Anda di halaman 1dari 2

MARI BANTU MEMBANTU

Pencerita : Di dalam sebuah hutan, tinggal beberapa ekor


haiwan iaitu semut, tupai, belalang, burung dan
banyak lagi. Semut dan tupai sangat rajin
bekerja, tetapi belalang pula seekor haiwan yang
malas dan degil. Pada suatu hari, musim
tengkujuh hampir tiba. Semua haiwan berasa
risau.

Tupai 1 : Kawan-kawan, musim tengkujuh akan tiba. Marilah


kita mencari makanan. Kita mesti menyimpan
makanan mulai dari sekarang.

Belalang : Kamu pergilah dahulu. Saya hendak menyanyi dan


menghiburkan penghuni hutan ini.

Semut : Baiklah tupai, mari kita kumpulkan makanan. Tetapi,


dimanakan kita hendak menyimpan makanan?

Tupai 1 : Jangan risau semut. Pada pokok itu ada satu lubang
besar. Kita boleh menyimpan makanan di situ.

Pencerita : Tupai, semut dan rakan-rakan mereka pun


mencari makanan tanpa menghiraukan Si Belalang.
Banyak makanan yang dapat dikumpul oleh semut,
tupai dan rakan-rakannya.

Tupai 2 : Belatuk, lubang ini kepunyaan kamu? Bolehkah kami


menyimpan makanan kami di situ?
Belatuk : Saya akan benarkan, tetapi beritahulah sebabnya.

Tupai 2 : Kami ingin menyimpan makanan kerana musim


tengkujuh akan tiba.

Belatuk : Baiklah kalau begitu.

Pencerita : Semut, tupai dan rakan-rakan berjaya menyimpan


makanan yang banyak untuk musim tengkujuh
yang akan tiba. Belalang pula asyik menyanyi dan
terus menyanyi sehingga tiba musim tengkujuh.
Belalang sangat lapar. Tiada makanan yang boleh
dicarinya kerana musim tengkujuh. Belalang
berasa sangat lapar.

Belalang : Wahai tupai, saya lapar. Berilah saya sedikit


makanan.

Tupai 2 : Hah, itulah!. Dahulu saya telah menasihati kamu


untuk menyimpan makanan. Tetapi kamu degil.

Belalang : Maafkan saya tupai dan semut, saya janji tidak


akan berubah selepas ini.

Semut : Baguslah kalau kamu sedar belalang. Mari ikut saya


mengambil makanan. Jika tidak awak akan mati
kelaparan.

Belalang : Baiklah. Terima kasih kawan-kawan.

Anda mungkin juga menyukai