Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi
memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bagi
memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Segala pengisian lebih
berfokus kepada profesion perguruan dan ciri-ciri guru yang telah mendapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di sekolah yang dipilih. Tugasan ini bertujuan
agar semua guru pelatih semester 6 mendapat kesedaran dan kefahaman tentang
aspek-aspek yang berkaitan mandat, peraturan dan perundangan pendidikan yang
perlu dipatuhi dan dijadikan panduan semasa melaksanakan tugas dan
tanggungjawab professional keguruan.

Proses pembinaan insan guru terbina berlandaskan kepada aspek kesedaran


bahawa profesion perguruan adalah mulia. Insan guru dilihat sebagai golongan yang
dapat membina generasi yang cemerlang di samping menjadi role model kepada
masyarakat. Justeru itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri
mereka dari semua aspek sama ada jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai
insan yang bergelar guru juga adalah suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi
dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan keterampilan diri. Oleh itu,
pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengalamannya juga
perlu dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik
khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

Selain itu, tugasan ini juga untuk membina kualiti peribadi dan profesional
sebagai seorang insan guru yang mulia. Mengetahui peranan guru sebagai pendidik
dan agen perubahan masyarakat, kepentingan hubungan komuniti dan peranan
serta tanggungjawab guru dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dalam
menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara. Hal ini kerana, melalui
tugasan Bina Insan Guru ini, kami telah diminta untuk menemuramah seorang guru
cemerlang yang dipilih dalam sesebuah sekolah. Melalui proses ini, banyak
pengetahuan yang kami perolehi dan pelajari.
2.0 OBJEKTIF

Selepas melaksanakan tugasan program Bina Insan Guru Siri 6, para guru pelatih
PISMP diharapkan dapat:

1. Kefahaman serta kesedaran mengenai aspek-aspek yang berkaitan dengan


mandat, perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi.
2. Memahami tanggungjawab professional keguruan.
3. Meningkatkan pemahaman berkaitan

{ melahirkan guru-guru pelatih yang menpunyai visi dan misi, berdisiplin,


bertanggungjawab, berdedikasi, berperwatakan, dan berkeperibadian mulia.

{ meningkatkan pengetahuan dan kecekapan perguruan sebagai khidmat rujuk


dalam bidang keguruan.

{ menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.

{ Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri guru cemerlang dan cara perlaksanaan


tugasnya setiap hari.

{ Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam


pengurusan pendidikan seharian.

Anda mungkin juga menyukai