Anda di halaman 1dari 1

BACAAN DOA DI PERHIMPUNAN

.
.



.







.
Ya Allah, sesungguhnya kami berkumpul untuk menuntut ilmu-Mu.
Bukakanlah hati-hati kami. Lapangkanlah dada kami untuk menerima
ilmu dan pengetahuan. Rahmatilah segala usaha guru-guru kami untuk
mendidik kami.
Ya Allah, Jadikanlah kami dan warga SK Landeh, sebagai hamba
yang sentiasa mendapat hidayah dan petunjukMu. Tambahkan kepada
kami kecintaan kepada segala kebaikan, dan terus istiqamah
berkhidmat menabur bakti kepada agama.
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami. Dosa kedua ibubapa kami.
Dosa guru-guru kami, dan seluruh umat Islam. Hiasilah diri kami, dengan
akhlak yang mulia, yang menjadi penyejuk mata ibubapa dan guru-guru
kami. Cukuplah Hanya kepada Engkau kami memohon segala
pertolongan.