Anda di halaman 1dari 1

BACAAN DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

.
.




.

.


Allahumma Antal Azizul Jalil, .

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafakan kesyukuran dan pujian terhadap Mu,
atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Ya Allah , Ya Hakim, Ya Halim,

Kami pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, maka
kembalikanlah semula kepada kami jika kami memerlukannya dan janganlah Engkau
buat kami melupainya

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang
menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala
usaha yang kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan
janganlah engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau
sempitkannya. Permudahkanlah segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Hanya padaMu kami bermohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan
kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia
dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti
kepada agamaMu serta berjasa kepada bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai