Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasuklah bidang
psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan memberi fokus
kepada aspek aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan prinsip-prinsip
tertentu. Teori pembelajaran adalah hipotesis-hipotesis yang diutarakan oleh ahli-ahli psikolgi
tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi
proses pembelajaran.

Tokok-tokok pendidikan telah mengemukakan beberapa teori pembelajaran. Antaranya


adalah teori pembelajaran behaviorisme, teori pembelajaran humanistik, teori pembelajaran
sosial dan teori pembelajaran kognitif. Dalam keempat-empat teori diatas teori pembelajaran
humanistik dan teori pembelajaran sosial amat penring dalam pembelajaran abad ke 21.

Teori pembelajaran Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang
individu seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara fikiran
pengamatan serta interpretasi seseoran individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian itu.
Ahli-ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu bertanggungjawab ke
atas tindakanya. Selain itu, Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran
manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Albert Bandura
merupakan ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal kerana teori pembelajaran sosial
dan teori modelnya.

Secara rumusnya, kedua-dua teori diatas boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21. Pembelajaran abad ke 21 adalah rupa dan bentuk pendidikan
yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan
bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan
keperluan pendidikan masa kini dan masa depan.

2
2.0 Teori pembelajaran serta Aplikasi dan Implikasinya berdasarkan abad ke 21

Teori pembelajaran sosial merupakan perluasan dari teori belajar perilaku yang
tradisional. Teori ini menerima sebahagian besar dari prinsip-prinsip teori belajar perilaku
tetapi lebih banyak memberikan penekanan kepada proses mental yang terjadi secra
internal. Menurut albert badura dalam Ee Ah Meng (1995), sebahagian besar manusia
belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku orag lain.

Experimen bandura melibatkan seorang kanak-kanak prasekolah yang biasanya akan


duduk dan melihat orang lain melakukan sesuatu. Menurut experimen tersebut peniruan
boleh berlaku dalam tiga bentuk iaitu, peniruan secara langsung, peniruan melalui sekat
laluan dan tidak sekat laluan dan peniruan melalui elisitasi.

Menurut Bandura dalam Eh Ah Meng (1995), peniruan hanya belaku jika terdapat
perkara-perkara seperti :

i.perhatian yang teliti diberikan kepada gerak balas yang hendak dihontohi, sama ada
melalui penglihatan, pendengaran atau penggunaan deria.
ii.Hasil pemerhatian disimpan dalam ingatan.
iii.Gerak balas yang ditimbulkan adalah berdasarkan perkara yang dilihat, didengar, atau
dirasai.
iv.Ganjaran diberikan untuk meneguhkan gerak balas itu.

Dalam teori sosial bandura aplikasi berlaku melalui peniruan dalam tiga bentuk. Yang
pertama adalah meniru secara langsung dimana pelajar tersebut meniru ibubapa atau guru
dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya. Bagi melahirkan seseorang
individu yang bermoral dan bersifat kendiri seperti yang dinyatakan dalam pembelajaran
abad ke 21 teori ini amat penting. Guru perlu menjadi model untuk pelajar meniru tingkah
lakunya secara langsung dan melaksanakan dengan sendiri dalam kehidupannya. Hal ini
demikian kerana pembelajaran abad ke 21 menggalakan pendidikan berpusatkan pelajar.
Guru perlu menghormati orang lain dan berpakaian sopan bagi melahirkan pelajar yang
menhormati orang lain. Hal ini demikian kerana pelajar meniru tingkah laku guru secara
langsung. Implikasinya pada masa depan guru tersebut dapat melahirkan seorang insan
yang bermoral.

3
Seterusnya, peniruan melalui sekat laluan adalah dimana murid dapat menyesuaikan diri
di pelbagai situasi. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil
rakan tidak boleh melakukan di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid disebabkan
adanya peraturan bilik darjah yang boleh membawa hukuman jika amalan itu berlaku. Dalam
pembelajaran abad ke 21 pula seseorang pelajar perlu faham dan mematuhi arahan.
Peniruan melalui sekat laluan amat penting dalam pembelajaran abad ke 21 di mana pelajar
perlu memahami situasi dan mematuhi peraturan yang telah dirancang dan ia boleh
mewujudkan seseorang pelajar yang berdisiplin.

Murid-murid juga meniru melalui tidak sekat laluan iaitu murid-murid akan terus meniru
amalan dalam sesuatu situasi dan melaksanakan dalam kehidupan dan ini mengalakan sifat
berdikari seseorang pelajar seperti yang dinyatakan dalam pembelajaran abad ke 21.
Contohnya, kalau mereka mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam
kelas, tetapi ini dengan guru yang baru, itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan mula
menjeritkan jawapan. Peniruan ini juga penting pada sesetengah masa untuk melahirkan
seseorang pelajar yag aktif dalam kelas seperti yang telah dinyatakan dalam ciri-ciri
pembelajaran abad ke 21. Dengan mengamalkan amalan ini pelajar akan menjadi lebih
berani untuk berhadap dan memberikan pendapatnya. Kita sebagai guru perlu memastikan
dan berusaha menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku.
Perkara seperti memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi
kepada murid-murid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang
baik dalam kalangan murid-murid pada masa kini. Selain itu, persembahan pengajaran
seseorang guru seharusnya tersusun dan dapat menarik minat dan perhatian murid-murid
serta seharusnya dapat dijadikan model untuk diikuti oleh mereka.

Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru, amat penting bagi
kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan mencontohi pelbagai jenis
model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Oleh yang demikian, kita hendaklah
memastikan bahawa kita sendiri boleh menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta
memaklumkan kepada anak murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak
bermoral, melanggar norma-norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan
manipulasi dan sebagainya.

Selain teori pembelajaran sosial, teori pembelajaran humanistik juga amat penting dalam
melaksanakan pembelajaran abad ke 21. Kita perlu mengingatkan diri kita sendiri bahawa,
tidak kira betapa pun perbezaan kita dari segi bangsa, agama, status sosial, ekonomi, politik,

4
atau aspek-aspek yang lain, kta hidup atas planet yang sama. Teori pembelajaran sosial
berasaskan tangkah laku seseorang manakala teori pembelajaran humanistik pula
berasaskan kesediaan moral dan potensi pelajar.

Teori pembelajaran Humanis menumpukan pada apa yang berlaku dalam diri seseorang
individu seperti perasaan atau emosinya. Pendekatan humanis menekankan cara fikiran
pengamatan serta interpretasi seseorang individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian
itu. Ahli-ahli psikologi humanis mempercayai bahawa seseorang individu bertanggungjawab
ke atas tindakanya. Contohnya. Kalau seseorang ingin mencapai kecemerlangan dalam
kehidupanya, ia perlu bertindak atau berusaha ke arah pencapaiannya.

Abraham Maslow merupakan seorang ahli psikologi yang mengutarakan bahawa kuasa
motivasi seseorang individu ialah kecenderunganya untuk berkembang serta mencapai
hasrat diri. Ini bermaksud setiap individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan
potensinya ke tahap yang maksimum. Walaupun terdapat halangan-halangan,
kecenderungan semula jadi ialah untuk mencapai hasrat diri atau mengembangkan potensi.

Ahli psikologi yang kedua iaitu Carl Rogers menjalankan kajiannya dimana beliau
menyuruh klienya meluahkan perasaan serta interpretasi terhadap peristiwa-peristiwa yang
didalaminya.

Teori humanis menekankan objektif-objektif speperti meningkatkan arah kendiri dan


kebebasan pelajar, membantu pelajar agar lebih bertanggungjawab untuk menentukan
perkara yang ingin mereka pelajari, meningkatkan daya cipta pelajar-pelajar,
mengembangkan minat dalam bidang seni dan akhirnya sekali meningkatkan naluri ingin
tahu pelajar-pelajar.

Teori ini boleh diaplikasikan dalam pendidikan terbuka. Menurut Asmah Ahmad (1989)
pendidikan terbuka ialah proses pendidikan yang memberikan kesempatan kepada murid
untuk bergerak secara bebas di sekitar kelas dan memilik aktiviti belajar mereka sendri
mengikut minat dan potensinya. Dalam pembelajaran abad ke 21 pula hal ini boleh dikaitkan
dengan pembelajaran kendiri dan pembelajaran berpusatkan pelajar dimana peranan pelajar
pelajar lebih penting dan guru hanya menjadi pembimbing. Ciri utama dari proses ini adalah
lingkungan fizik kelas yang berbeza dari kelas tradisional, kerana murid bergerak secara
individual atau dalam kelompok-kelompok kecil. Dengan mengamalkan pendidikan terbuka
kita dapat mewujudkan suasana kelas yang hangat dan ramah sehingga mendukung proses
belajar yang membuat murid nyaman dalam melakukan sesuatu.

5
Seterusnya, menurut Mok Soon Sang (2008), teori humanistik menggalakan
pembelajaran kooperatif. Belajar kooperatif merupakan cara yang baik untuk meningkatkan
dorongan berprestasi murid. Dalam pembelajaran kooperatif murid bergerak dalam
kumpulan-kumpulan yang kecil dan komposisi ini tetap selama beberapa minggu. Dalam
teknik pembelajaran abad ke 21 ini murid-murid yang berkemampuan dan jens kelaminnya
berbeza disatukan dalam satu kumpulan dimana pertandingan akan berlaku sesama pelajar
bagi meningkatkan prestasinya. Maka pada akhir minggu pelajar yang pandai akan jadi lebih
panadai dan pelajar yag lemah akan jadi lebih baik sebelumnya.

Psikologi humanistik sangat relevan dengan dunia pendidikan, kerana alian ini selalu
mendorong peningkatan kualiti diri manusia melalui penghargaannya tehadap potensi
potensi positif yang ada pada setiap insan.

Secara rumusnya, kita sebagai calon guru harusnya mampu mendidik para pelajar kita
dengan baik, dengan kaedah serta teori yang tepat sehingga proses belajar mengajar
berjalan dengan baik. Oleh kerana, pelajarilah teori-teori pembelajaran yang kita mampu
menemukan atau menggunakan dalam kaedah mengajar yang tepat. Dengan
mengaplikasikan teori-teori pembelajaran ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kita dapat mencapai cabaran Pembelajaran Abad 21 iaitu menyediakan pembelajaran yang
menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

6
7
3.0 Rumusan

Intihanya, belajar merupakan suatu proses usaha sadar yang dilakukan oleh individu
untuk suatu perubahan dari tidak tahu menjadi tahu, dari tidak memiliki sikap menjadi
bersikap benar, dari tidak terampil menjadi terampil melakukan sesuatu. Belajar tidak hanya
sekadar mementingkan pengetahuan atau informasi yang disampaikan. Namun bagaimana
melibatkan individu secara aktif membuat atau pun mengulangi hasil belajar yang
diterimanya menjadi suatu pengalamaan yang bermanfaat bagi pribadinya. Pembelajaran
merupakan suatu sistem yang membantu individu belajar dan berinteraksi dengan sumber
belajar dan lingkungan.

Teori belajar adalah suatu teori yang di dalamnya terdapat tata cara pengaplikasian
kegiatan belajar mengajar antara guru dan siswa, perancangan kaedah pembelajaran yang
akan dilaksanakan di kelas mahupun di luar kelas. Namun teori belajar ini tidak semudah
yang dikira, dalam prosesnya teori belajar ini membutuhkan berbagai sumber saranan yang
dapat menunjang seperti lingkungan pelajar, keadaan psikologi siswa, perbedaan tingkat
kecerdasan pelajar. Semua cara ini dapat dijadikan bahan acuan untuk menciptakan suatu
model teori belajar yang dianggap cocok, tidak perlu terpaku dengan kurikulum yang ada
asalkan tujuan dari teori belajar ini sama dengan tujuan pendidikan.

8
Rujukan

Alauddin, A. (2015). Prinsip dan Implikasi Teori Belajar Humanistik dalam Pembelajaran.
IQRA: Jurnal Pendidikan, 3(1).

Anggaraeni, F. D. Pembelajaran Melek Media Pada Siswa Sekolah Dasar


(Pendekatan Teori Belajar Humanistik).

Asmah Ahmad. (1989). Pedagogi. Pendidikan Longman : Selangor.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam : Fajar
Bakti

Koeswara, E. (1991). Teori-teori Kepribadian (Psikoanalisis, Behaviorisme, Humanistik).


Bandung: PT Eresco

Mok Soon Sang. (2008). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor :
Multimedia

Siswono, T. Y. E. (2007). Pembelajaran Matematika Humanistik yang Mengembangkan


Kreativitas Siswa. Makalah disampaikan pada Semnas Pendidikan Matematika yang
Memanusiakan Manusia. FKIP Universitas Sanata Dharma Yogyakarta, Agustus.

Wati, W. (2010). Makalah Strategi Pembelajaran Teori Belajar dan Pembelajaran. Program
Pasca Sarjana Universitas Negeri Padang.
.

Anda mungkin juga menyukai