Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL

1. Mata pelajaran : Pendidikan Moral


2. Tarikh : 10 Februari 2015
3. Masa : 12.20 tengah hari - 1.20 tengah hari (60 minit)
4. Tahun/Kelas : 5 Ria 1/5 Ria 2
5. Jumlah murid :
6. Nilai : Baik Hati
7. Tajuk : Berikan Sokongan, Hulurkan Bantuan
8. Standard pembelajaran :
2.1.1 Memerihalkan cara bantuan kepada masyarakat setempat
2.1.2 Menghuraikan kebaikan memberi bantuan kepada masyarakat
setempat.
2.1.3 Melahirkan perasaan apabila memberi bantuan kepada masyarakat
setempat.
9. Hasil Pembelajaran : Pada akhir PdP murid dapat :
1) menyenaraikan sekurang - kurangnya 3 cara membantu golongan
yang tidak bernasib baik.
2) menyatakan 3 kebaikan membantu orang lain berdasarkan situasi yang
diberikan.
3) membezakan bentuk bantuan kebendaan dan sokongan moral dengan
mengisi peta pokok sekurang - kurangnya 4 daripada 6 petak yang
diberi dengan betul.
10. Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui pelbagai bentuk bantuan di
sekolah dan di luar sekolah.
11. KBKK : Menjana idea dan menyatakan sebab akibat
12. EMK : Kreativiti dan inovasi
13. Bahan Bantu Mengajar : Buku teks (Unit 2), buku tulis
14. Penyampaian :
Langkah / Isi Pelajaran Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Catatan /
Masa Aktiviti
Set induksi Guru membincangkan 1. Guru membincangkan masalah bencana KBT
(5 minit) masalah banjir yang banjir dengan murid. KP: Verbal
berlaku baru - baru ini. 2. Guru menanyakan beberapa soalan Linguistik
kepada murid.
Soalan: 3. Guru memilih secara rawak tiga atau KB:
1. Tahukah kamu empat murid untuk menjawab soalan secara Kemahiran
mengenai bencana individu. Lisan
banjir yang melanda 4. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
negara kita baru - baru
ini?
2. Apakah perasaan
kamu melihat keadaan
mangsa - mangsa banjir
tersebut?
3. Apakah yang boleh
kamu lakukan untuk
memberikan bantuan
kepada mangsa -
mangsa banjir?
4. Mengapakah kita
perlu membantu
mangsa banjir?

Langkah 1 Buku teks Pendidikan 1. Guru meminta murid melihat buku teks di BBM: Buku
(10 minit) Moral Tahun 5 SK. halaman 11. teks
(Rujuk Lampiran 1) 2. Murid membaca halaman 11 secara
Soalan: senyap. KBT: Verbal
1. Apakah yang berlaku 3. Guru berbincang dengan murid untuk Linguistik
dalam situasi 1? memahami kandungan halaman buku teks Menjana idea
2. Apakah yang boleh tersebut.
kita lakukan untuk 4. Guru menyoal murid berdasarkan buku
membantu Adrian dalam teks.
situasi 2? 5. Murid menjawab soalan guru dengan
3. Apakah yang kamu menggunakan ayat mereka sendiri.
faham mengenai situasi
3?
Langkah 2 Buku Teks Pendidikan 1. Guru meminta murid untuk mengeluarkan BBM: Buku
(10 minit) Moral Tahun 5 SK buku latihan. teks, buku
(Rujuk Lampiran 1) 2. Guru meminta murid untuk menyalin dan latihan
menjawab soalan seperti yang ada di dalam
Aktiviti 1: buku teks halaman 11. KBT:
Melengkapkan jadual 3. Guru membincangkan jawapan dengan Menjana idea
murid.
Aktiviti 2: 4. Guru memilih 4 atau 5 orang murid untuk
Melengkapkan peta menjawab soalan.
pokok.

Langkah 3 Buku Teks Pendidikan 1. Guru menunjukkan petikan orang - orang BBM:
(10 minit) Moral Darjah 5 SK. yang ditimpa musibah di dalam buku teks Buku teks
(Rujuk Lampiran 2) muka surat 12.
2. Guru meminta murid menyatakan KBT:
keadaan orang - orang yang ditimpa Verbal
masalah seperti di dalam petikan. Linguistik
3. Guru menanyakan beberapa soalan Kontekstual
kepada murid.
4. Murid menjawab soalan dengan betul
dan tepat.
5. Guru menanyakan beberapa contoh
musibah yang lain kepada murid.
6. Murid memberikan 3 contoh lain kepada
guru.

Langkah 4 Murid diberi masa 7-8 1. Guru membahagikan murid kepada 6 BBM: Kertas
(20 minit) minit untuk berbincang kumpulan. A4
bersama ahli kumpulan. 2. Guru memberi sehalai kertas A4 kepada KBT:
setiap kumpulan. Menjana idea
3. Guru meminta setiap kumpulan untuk Menghubung
membincangkan cara - cara membantu kait
Joseph, Clara dan Kevin. Bekerjasama
4. Guru menyuruh murid untuk menulis
langkah - langkah yang sudah dibincangkan
di atas kertas A4 yang telah diberikan.
5. Guru meminta setiap kumpulan untuk
membentangkan hasil perbincangan
mereka di hadapan kelas.
6. Guru berbincang dengan murid
mengenai hasil kerja yang telah
dibincangkan.

Penutup 1. Guru mengakhiri pengajaran dan


(5 minit) pembelajaran dengan merumus tentang
nilai - nilai murni.
2. Guru memuji hasil kerja dan tingkah laku
murid.

Refleksi:

Hari ini merupakan interaksi pertama saya dengan kelas ini. Kelas ini merupakan
gabunngan pelajar moral tahun 5 Ria 1 dan 5 Ria 2. Oleh kerana pelajar moral untuk
tahun 5 adalah sedikit, agak mudah untuk saya mengendalikan mereka. Sebelum
memulakan pengajaran, saya telah menetapkan bersama - sama mereka peraturan -
peraturan di dalam kelas, antaranya ialah senyap ketika guru sedang mengajar atau
bercakap. Peraturan - peraturan tersebut banyak membantu saya dalam pengajaran,
lebih - lebih lagi dari segi pengurusan bilik darjah. Murid - murid tahun 5 sudah boleh
memikirkan sebab dan akibat dan ini memudahkan mereka untuk memahami dan
menilai peraturan - peraturan yang telah ditetapkan.

Kebanyakan daripada murid kelas ini terdiri daripada pelajar Iban dan mereka lebih
cenderung untuk berbahasa Iban sesama mereka. Untuk menghormati bulan bahasa,
saya telah menetapkan peraturan untuk hanya bercakap dalam Bahasa Melayu atau
Bahasa Inggeris ketika berada dia dalam kelas saya. Ini sekaligus memupuk nilai
cintakan bahasa serta mengukuhkan lagi kosa kata Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris mereka.

Anda mungkin juga menyukai