Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Saya sebagai seorang guru pemulihan mempunyai kewajipan untuk mempelajari


ilmu berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Kemahiran ini membolehkan saya
menjana hubungan yang positif dengan anak murid saya. Saya berupaya berinteraksi
dengan murid-murid dan mengambil berat tentang masalah mereka. Saya juga mampu
memberi nasihat kepada mereka secara bijaksana.

Selain itu, saya turut boleh membentuk tingkah laku positif dalam kalangan murid
pemulihan. Saya dapat mengenalpasti tingkah laku murid yang negatif. Sekiranya ini berlaku,
saya dapat mencari pendekatan penyelesaian agar tingkah laku negatif murid dapat ditukar
kepada tingkah laku yang positif. Saya juga boleh berbincang dan sama-sama mencari
alternatif yang sesuai dan dipersetujui oleh murid untuk melakukan perubahan tersebut.

Di samping itu, melalui ilmu bimbingan dan kaunseling, saya juga boleh membantu
murid mencapai potensi diri. Murid-murid akan mendapat menyedari kekuatan, kebolehan,
bakat dan minat diri yang boleh diperkembangkan untuk membina potensi diri ke tahap
optima. Kesedaran ini dijangkakan akan diperolehi oleh murid hasil daripada temu bual dan
perkongsian maklumat bersama dengan saya.

Kesimpulannya, saya sebagai seorang guru biasa juga harus menglengkapi diri
sendiri dengan kemahiran bimbingan dan kaunseling supaya tanggungjawab saya bukan
sahaja mengajar malah dapat memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid.

10

Anda mungkin juga menyukai