Anda di halaman 1dari 2

PSIKOLOGI

KEFAHAMAN IBU TENTNG PEMBELAJARAN JANIN DI DALAM KANDUNGAN DAN PERSEDIAAN YANG
DIAMBIL BAGI MEMASTIKAN BAYI DI DALAM KANDUNGAN SENTIASA SIHAT

PENDAHULUAN

Ibu adalah seorang perempuan yang telah dicipta Allah dan diberikan kekuatan yang luar biasa untuk
memikul tanggungjawap seorang ibu. Seorang ibu itu haruslah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal
supaya dapat menjadi seorang ibu yang baik, solehah, mampu menjaga anak-anak yang merupakan
amanah daripada Allah.

Setiap ibu yang hamil, perlu mengetahui bahawa terdapatnya pembelajaran yang boleh dilakukan
walaupun ketika anak masih di dalam kandungan. Janin yang berada di dalam kandungan mampu
mendengar dengan jelas dan bergerak sesuai dengan irama atau suara ibu yang didengarnya.

Mendidik anak dalam kandungan merupakan suatu pekerjaan yang besar yang memerlukan motivasi
yang kuat, pemikiran juga pengorbanan dari pihak ibu bapa kerana mendidik anak dalam kandungan
sangat berbeza dengan mendidik anak yang sudah lahir atau sudah memasuki sekolah formal.

Anak merupakan amanah dan juga rezeki daripada Allah yang tidak dapat diganti dengan apapun. Oleh
itu, ibubapa perlu mempersiapkan diri untuk menyambut anak ini dengan sebaiknya supaya anak ini
akan menjadi anak yang soleh, cerdas dan bermanfaat untuk bangsa.

Oleh itu, pembelajaran janin didalam kandungan atau juga dikenali dengan pendidikan pralahir
merupakan satu proses yang penting yang akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak
pada masa yang akan datang.

Selain daripada pembelajaran janin di dalam kandungan, terdapat beberapa persediaan lain yang para
ibu perlu ingat semasa berada dalam sesi mengandung. Sebagai contoh adalah nutrisi serta gizi yang
diperlukan oleh ibu dan anak. Juga beberapa petua dan adat yang perlu dilakukan dan perkara yang
harus ditinggalkan yang semestinya tidak berlanggar dengan syarak.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif yang perlu dicapai adalah :

1. Mengetahui adakah para ibu tahu atau alert tentang adanya pembelajaran janin ketika di dalam
kandungan?
2. Mengetahui apa dia pembelajaran yang terjadi semasa janin di dalam kandungan (contoh)
3. Mengetahui kenapa perlunya pendidikan seawal janin lagi?
4. Memahami keperluan dan kemahuan (mengidam) untuk memastikan ibu dan bayi sihat
5. Mengetahui apa dia rintangan-rintangan yang dihadapi oleh ibu ketika mengandung (petua,
adat)
KESIMPULAN

Bab ini adalah sebagai pengenalan awal sebelum penulis meneruskan bahagian-bahagian seterusnya,
iaitu penulis membincangkan mengenai pendahuluan definisi operasi kajian, hasil kajian, cadangan dan
penutup.

Anda mungkin juga menyukai