Anda di halaman 1dari 4

Bil AGENDA TEKS

1. Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia


jemputan dan _______________________________ dengan diiringi En. -
ibu bapa __________________________(Yang Dipertua PIBG), Mohd
Zaidi bin Ghazali (Guru Penolong Kanan Pentadbiran), Guru-Guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Lenga.

Nyanyian Sidang Hadirin yang dihormati,


2. Lagu Negeri Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
Johor dan menyayikan lagu negeri Johor dan lagu Negaraku.
Lagu
Negaraku Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


3. Pengacara Dipalu oleh Si Anak Muda
Majlis Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berbahagia
_________________________________________

Yang Berusaha En. Mohd Zaidi bin Ghazali


Guru Penolong kanan pentadbiran SK Lenga

Yang Dihormati ______________________________


Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali
En. _____________________________________________
Naib Yang Dipertua PIBG SK Batang Kali

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat ptg.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta


limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-____ tahun 2017 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Lenga, turut sama


merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada Yang Berbahagia
___________________________ kerana sudi meluangkan masa
bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang
kita rencanakan pada hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan
4. dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Hairulamri bin Meskam. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hairuamri bin


Meskam atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang
amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu,
permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin
kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi
pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya
saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar
ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan


ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik,
kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

Ucapan Alu- Seterusnya, majlis menjemput Mohd Zaidi bin Ghazali, Guru
5. aluan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Lenga untuk menyampaikan
Guru Besar ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohd Zaidi


bin Ghazali atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan
6. Perasmian yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia
ADUN Batang ___________________________________________,
Kali _______________________dan seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG SK Lenga kali ke ________bagi tahun
2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada Yang Berbahagian
____________________________________________ atas
ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan
ucapan Datuk itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan
bersama.

Majlis Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada


7. Penyampaian AJK PIBG sesi 2016/2017. Untuk itu, majlis menjemput Yang
Cenderahati Berbahagia __________________________________________ ,
AJK PIBG sesi dengan diiringi En. Mohd Zaidi bin Ghazali untuk menyampaikan
2013/2014 cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

(Rujuk senarai nama penerima cenderahati)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia


_____________________________________________________
diatas penyampaian cenderahati itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan


En. Mohd Zaidi bin Ghazali untuk menyampaikan sedikit
cenderahati kepada Yang Berbahagia
____________________________________________________.

Terima kasih diucapkan kepada GPK 1 Sk Lenga.

Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka


8. selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Lenga,
kali ke-_______ bagi tahun 2017.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Lenga, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia
__________________________________________________
atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-____. Tidak dilupakan juga kepada
ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh..
Seterusnya, kami serahkan kepada En. Mohd Zaidi bin Ghazali
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Lenga, kali
ke-____ bagi tahun 2017

Anda mungkin juga menyukai