Anda di halaman 1dari 1

DOA SELEPAS SELESAI BACA

SURAH YASIIN

Ya Allah! Sesunngguhnya kami memohon kepada-Mu penjagaan dan pemeliharaan agama kami, diri,
harta, keluarga dan segala apa yang telah Dikau kurniakan kepada kami.
Ya Allah! Jadikan kami dan mereka dalam Pemeliharaan-Mu, Keamanan-Mu dan Perlindungan-Mu
daripada setiap syaitan yang menghasut, dari kesombongan yang tegar, dari yang bermata jahat, dari
yang melampaui batas, dari pendengki dan daripada kejahatan setiap yang berniat jahat. Sesungguhnya
Dikau berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Maha Suci yang menghilangkan segala kedukaan, Maha Suci yang menghapuskan segala kesedihan,
Maha Suci yang melenyapkan segala hutang. Wahai yang menghilangkan! Hilangkanlah! Hilangkanlah
daripada kami segala kegelisahan dan kesusahan dalam seberapa segera! Maha suci yang mengurusnya
apabila mengkehendaki sesuatu hanya berkata Kun fa ya kun (Jadi! Maka jadilah
ia), kerana Maha Suci yang memerintahkan segala sesuatu dan kepada-Mu semuanya akan kembali.
Ya Allah! Perelokkanlah kamu dengan kesejahteraan dan keselamatan perkuatkanlah kami dengan
ketaqwaan dan istiqamah dan lindungilah kami daripada yang menyebabkan penyesalan dan
kebosanan; Sesungguhnya Dikau Maha Mendengar permohonan doa.
Ya Allah! Ampunilah kami, kedua orang tua kami, anak keturunan kami, kesemua guru kami, saudara-
saudara seagama kami, sahabat-sahabat kami, orang yang mencintai kami, orang yang berbuat baik
kepada kami dan kesemua Mukminin dan Mukminat serta Muslimin dan Muslimat, wahai Tuhan seluruh
alam! Kurniakanlah kami kesempurnaan untuk mengikuti jejak nabi kami sama ada zahir mahupun
batin dalam keadaan sihat dan selamat dengan Rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang!

Anda mungkin juga menyukai