Anda di halaman 1dari 52

INSTITUT PERGURUAN TENGKU

AMPUAN AFZAN

Kertas ini adalah untuk memenuhi sebahagian


daripada matapelajaran

PRASEKOLAH
-3101 & 3102-
Tajuk :
ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NAMA PELAJAR : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR


870504-29-5308
MASRINA BINTI BASERI
880523-26-5058
NURUL AZYAN BINTI AZMI
881228-03-5836
UNIT : PISMP PRASEKOLAH
NAMA PENSYARAH : CIK RUSINI BINTI KAMALUDDIN
TARIKH SERAHAN : 1 APRIL 2008
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA
MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN
PENGHARGAAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KAMI KE HADRAT ILAHI KERANA DENGAN


LIMPAH IZIN DAN KURNIANYA DAPAT JUGA KAMI MENYIAPKAN KERJA KURSUS
BERASASKAN ILMU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN INI
DENGAN JAYANYA.

UCAPAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PENSYARAH


YANG BANYAK MEMBERIKAN DORONGAN DAN TUNJUK AJAR KEPADA KAMI
DALAM PROSES MENYIAPKAN TUGASAN INI. INPUT INPUT YANG BERNAS
DAN BERGUNA DARIPADA BELIAU BANYAK MEMBANTU KAMI SEPANJANG
PROSES MENYIAPKAN TUGASAN INI.

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA JUGA KAMI UCAPKAN KEPADA


AHLI KELUARGA ATAS BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN MORAL DALAM
MENYIAPKAN TUGASAN INI. DORONGAN DARIPADA AHLI KELUARGA BANYAK
MEMBANTU KAMI UNTUK MENYIAPKAN TUGASAN INI.

AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH JUGA KAMI UCAPKAN BUAT TEMAN


TEMAN SEKELAS YANG BANYAK MEMBANTU DAN MENCURAH IDEA DALAM
MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN SEPENUHNYA. TERIMA KASIH BUAT
SEMUA..

WASSALAM
HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI
NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN
SUMBERNYA.

TANDATANGAN :

NAMA PENULIS : NOR HAZIRAH BINTI MOHAMMAD NASIR


870504-29-5308

TARIKH :
HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI
NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN
SUMBERNYA.

TANDATANGAN :

NAMA PENULIS : MASRINA BINTI BASERI


880523-26-5058

TARIKH :
HALAMAN PENGAKUAN

SAYA AKUI BAHAWA KARYA INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI
NUKILAN DAN RINGKASAN YANG TIAP TIAP SATUNYA TELAH SAYA JELASKAN
SUMBERNYA.

TANDATANGAN :

NAMA PENULIS : NURUL AZYAN BINTI AZMI


881228-03-5836

TARIKH :
SOALAN KAJIAN

Persatuan ibu bapa dan guru di sekolah anda ingin menyediakan perkhidmatan
berkualiti untuk anak-anak kakitangan sekolah anda dengan menubuhkan sebuah
prasekolah. Anda diminta membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti
ini bagi menjamin keselamatan, hak dan keperluan kanak-kanak dengan sebaiknya.

Anda perlulah memberi penjelasan kepada ahli PIBG di sekolah anda tentang perkara
berikut:
a) Jelaskan maksud Akta Prasekolah (Akta 550) dengan memberikan penerangan
yang tepat dan bersesuaian.
b) Nyatakan syarat dan kelayakan yang diperlukan unutk memasuki prasekolah.
Penerangan ini boleh dinyatakan melalui pengurusan grafik.
c) Terangkan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada di dalam bangunan
prasekolah serta nyatakan ciri-ciri keselamatan yang perlu ada.
d) Cadangkan program aktiviti harian yang sesuai untuk prasekolah tersebut.
e) Berikan cadangan anda supaya perkhidmatan prasekolah yang diberikan itu
berkualiti dan dapat memenuhi hak dan keperluan kanak-kanak.
PENGENALAN
PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting. Ia merupakan
pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di
rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan
sukakan sekolah. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang
luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan
kanak-kanak, strategi pengajaran pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan
aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Dalam tamadun Barat,
pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat
ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih dikenali
dengan peringkat kindergarten.

Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi
kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat
selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat nursery.
Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam
kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan
awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan
peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap.
Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga
meningkat ke enam tahun
PROGRAM PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
Objektif program Pendidikan Prasekolah
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang
seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna,bermenafaat,berfaedah
kepada diri sendiri,keluarga dan masyarakat berlandaskan rukun agama.

Program Pendidikan Prasekolah ialah bertujuan untuk membolehkan kanak-


kanak :-
1. Membina sahsiah dan perwatakan yang menarik untuk menjadi ahli keluarga dan
warganegara yang baik dan bernafaat dan berfaedah berlandaskan falsafah
Pendidikan Negara selaras dengan Rukun Negara.
2. Mengamalkan nilai-nilai kerohanian dan moral yang positif dalam kehidupan
sehari-hari berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
3. Menghormati dan menggunakan Bahasa Melaysia sebagai bahasa kebangsaan
4. Mengamalkan nilai-nilai keislaman di dalam kehidupan seharian khusus untuk
kanak-kanak yang beragama islam.
5. Membentuk keyakinan diri dan dapat mengawal serta menguasai keupayaan dan
memepraktikkan amalan-amalan kesihatan dan keselamatan yang piositif.
6. Membentuk konsep kendiri yang positif,bergaul dan menghargai hak dan
kebolehan orang lain serta memupukkan semangat faham-memahami di dalam
bekerja ,hormat-menghormati dan bertoleransi.
7. Menyemaikan sikap ingin tahu dan kesediaan belajar semasa berinteraksi.
8. Mengembangkan penggunaan bahasa semasa berkomunikasi.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara".

Visi
Berusaha menjadikan sekolah ini sebagai sebuah pusat pendidikan yang dapat
melahirkan pelajar yang intelek, berketrampilan, berpekerti mulia dan bersikap positif,
berteraskan kesepaduan ilmu, mengikut acuan budaya Malaysia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi
1. Mendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran terkini.
2. Menyelaraskan program peningkatan ilmu dari masa ke semasa.
3. Menjadikansekolah sebagai taman ilmu.
4. Berusaha menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
selesa.
5. Sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk meningkatkan prestasi murid.
6. Pengurusan sekolah yang cekap, teratur dan efisyen.
7. Sentiasa berhubung dengan sekolah-sekolah terbaik untuk mendapatkan idea-
idea ke arah kecemerlangan.
8. Sentiasa berusaha mendapatkan input-input terkini daripada Pusat
Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
daerah dan lain-lain pihak yang berkenaan.

Objektif
* Menyediakan murid-murid menjadi ahli masyarakat yang terdidik, kepimpinan
yang unggul, penuh keimanan dan bertanggungjawab.
* Menanam sikap yakin dan percaya ilmu pengetahuan penyuluh hidup.
* Menanam semangat pentingkan ilmu dan berusaha bersungguh- sungguh
menimba ilmu pengetahuan.
* Membentuk semangat kerjasama, bersatu padu, hormat menghormati, ikhlas
dan jujur.
* Menanam semangat cintakan negara rasa kekitaan dan penyayang.
* Mengalakkan penglibatan yang aktif dalam semua aktiviti sekolah.
* Berusaha menyemai dan mengamalkan nilai-nilai Islam.
* Memupuk tabiat suka membaca sepanjang hayat.
* Memupuk semangat berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran
dan ko- kurikulum.
MAKSUD
AKTA
550
Akta Prasekolah (Akta 550) ialah suatu akta yang mengadakan peruntukan bagi
pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta ini penentu
utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (Akta 550)


(LATAR BELAKANG)

Akta Pendidikan 1996 diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong setelah diluluskan
oleh Perlimen pada 15 Julai 1996.

o Diwartakan pada 1 Ogos 1996.


o Dikuatkuasakan pada 31/12/1997

Menggantikan Akta Pelajaran 1961.


Intipati kandungan dalam akta berasaskan perakuan-perakuan dalam Laporan
Kabinet 1979 dan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Akta Pelajaran 1961,(1989).
Majlis Perundingan Akta Pendidikan ditubuhkan pada 1990.
Terdapat pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala
tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Rasional kandungan pendidikan kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan.
Pindaan terbaru (Akta A1152) diwartakan pada bulan Disember 2002.
Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.
SUSUNAN SEKSYEN AKTA PENDIDIKAN 1996
Mukadimah
I. Permulaan (1 - 2)
II. Pentadbiran (3 - 9)
III. Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (10 - 14)
IV. Sistem Pendidikan Kebangsaan (15 - 66)
V. Penilaian dan peperiksaan (67 - 69)
VI. Pendidikan tinggi (70 - 72)
VII. Institusi Pendidikan Swasta (73 - 78)
VIII. Pendaftaran Instusi Pendidikan (79 - 102)
IX. Pendaftaran Guru (103 - 106)
X. Jemaah Nazir (117 - 122)
XI. Kewangan (123 - 125)
XII. Rayuan (126 - 129)
XIII. Peraturan-Peraturan (130 - 131)
XIV. Kesalahan dan Penalti (132 - 139)
XV. Pelbagai (140 - 145)
XVI. Peralihan dan Pemansuhan (146 - 156)

KANDUNGAN UTAMA AKTA PENDIDIKAN 1996


Bahasa
Kurikulum Kebangsaan
Pengajaran Agama Islam
Pengajaran Agama Selain Dari Agama Islam
Penilaian dan Peperiksaan Murid
Pengurusan Sekolah
Kuasa Menteri Membuat Peraturan
Dendaan dan Kompaun
Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 (AKTA A1152)
Kandungan Utama
Pindaan Seksyen 22
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah
digunakan oleh semua tadika
Seksyen 29A
Pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib
Pindaan di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2003

HUBUNGAN AKTA 550 DENGAN AKTA-AKTA LAIN


Menteri bertanggungjawab ke atas Institusi Pendidikan tinggi (IPT) - Sekyen 70.
Larangan penubuhan IPT kecuali mengikut undang-undang bertulis tentang IPT
-Seksyen 71. Melanggar Seksyen 71 adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh
didenda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-
duanya - Seksyen 72 Akta yang berkaitan ialah Akta 555

Implikasi Penguatkuasaan Akta Pendidikan 1996


Penginstitusian pendidikan prasekolah ke dalam sistem pendidikan kebangsaan
Peluasan peluang pendidikan
Peluasan pendidikan swasta terutamanya pada peringkat tinggi
Penyediaan khidmat nasihat kepada pelaksanaan Institusi Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA)
Pengkorporatan IPTA supaya wujud keupayaan governan secara autonomi
Jaminan kualiti terhadap program yang dilaksanakan oleh Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) melalui pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
Pemberian taraf universiti kepada ITM
Jaminan bantuan pendidikan tinggi melalui Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Negara (PTPTN) bagi pelajar yang layak dan diterima masuk ke IPTA dan
IPTS
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN BERKAITAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Menteri boleh membuat peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta
ini.
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi 32 perkara lain seperti
disenaraikan dalam seksyen 130 (2).
Peraturan-peraturan boleh menetapkan penalti kerana pelanggarannya
(hukuman dendaan atau kedua-duanya tetapi tidak lebih RM 10,000 atau tempoh
penjaraan melebih enam bulan).

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PRASEKOLAH


i. Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998.
ii. Tafsiran murid bererti kanak-kanak yang berumur dari empat hingga enam
tahun yang mendapat pendidikan di sesuatu tadika.
iii. Bahan pengajaran hendaklah digunakan dalam proses pengajaran tidak kira di
dalam atau di luar kelas.
iv. Tempoh masa pengajaran dan pembelajaran secara formal yang dijalankan di
tadika tidak kurang daripada tiga jam sehari selama lima hari seminggu.
v. Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang
perkembangan muridnya dalam domin kognitif, afektif dan psikomotor.
vi. Dari segi peraturan pendaftaran, tadika yang di bawah pengurusan Kementerian
Pelajaran dan sekolah bantuan kerajaan adalah dikecualikan pendaftarannya.
SYARAT
DAN
KELAYAKAN
UNTUK
MEMASUKI
PRASEKOLAH
1.1 Kanak-kanak yang
dilahirkan dalam tahun
2001sahaja.Jika ada
kekosongan,
kanak-kanak yang dilahirkan
dalam tahun 2002 boleh
diterima masuk.
1.2 Keutamaan pemilihan
hendaklah diberikan kepada kanak-
kanak yang pendapatan ibubapa
/penjaga seperti berikut :

RM 350.00 ke bawah
RM 351.00 hingga RM 500.00
RM 501.00 hingga RM 750.00
1.3 Ibubapa /penjaga RM 751.00 hingga RM 1,000.00
hendaklah memenuhi borang RM 1,000.00 ke atas
permohonan Lampiran E Selain daripada
sebagaimana contoh pendapatan,tanggungan (keramaian
berkembar.(Borang ini anak ) hendaklah juga diambil kira.
hendaklah disimpan di
sekolah)

1.4 Pemilihan hendaklah dibuat oleh


Jawatankuasa Prasekolah yang telah
dipilih daripada :
Bilangan kanak-
kanak adalah diantara Guru Besar
10 hingga 25 orang Guru Penolong Kanan
Guru Prasekolah
Wakil PIBG
PELAKSANAAN KELAS PRA SEKOLAH

1. Kiteria Pemilihan Kemasukan Kanak-kanak Ke Kelas Prasekolah.

1.1 Kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2001sahaja.Jika ada kekosongan,


kanak-kanak yang dilahirkan dalam tahun 2002 boleh diterima masuk.
1.2 Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada kanak-kanak yang
pendapatan ibubapa /penjaga seperti berikut :
a) RM 350.00 ke bawah
b) RM 351.00 hingga RM 500.00
c) RM 501.00 hingga RM 750.00
d) RM 751.00 hingga RM 1,000.00
e) RM 1,000.00 ke atas
Selain daripada pendapatan,tanggungan (keramaian anak ) hendaklah juga diambil
kira.
1.3 Ibubapa /penjaga hendaklah memenuhi borang permohonan Lampiran E
sebagaimana contoh berkembar.(Borang ini hendaklah disimpan di sekolah)
1.4 Pemilihan hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Prasekolah yang telah dipilih
daripada :
a) Guru Besar
b) Guru Penolong Kanan
c) Guru Prasekolah
d) Wakil PIBG
1.5 Bilangan kanak-kanak adalah diantara 10 hingga 25 orang

2. Pengurusan masa

Waktu belajar adalah tidak kurang daripada 3 jam 30 minit termasuk waktu rehat.
(8.00 11.30 pagi atau 8.30 12 tengahari).
3. Pakaian seragam adalah dicadangkan seperti berikut:

3.1 Baju T berkolar pilihan warna mengikut keputusan Jawatankuasa


daerah
3.2 Seluar / Blouse warna maroon / Baju kemeja pink
3.3 Kasut / sarung kaki warna putih

4. Makanan

4.1 Makanan hendaklah disediakan oleh sekolah di atas kadar RM 1.50


sehari bagi
setiap murid.Tuntutan hendaklah dibuat sekali setahun sebagaimana yang
telah ditetapkan.
4.2 Makanan mestilah seimbang dan mengikut menu.
4.3 Minuman yang mengandungi bahan pewarna adalah dilarang.

5. Kewangan

5.1 Bantuan Perkapita (LPTB) akan diberikan pada kadar RM 100.00 ( Ringgit
Malaysia : Satu Ratus Sahaja ) bagi setiap kanak-kanak setahun sebagaimana
surat Pekeliling Kewangan Bil 6/2002
5.2 Penggunaan wang perkapita adalah untuk pengurusan dan pentadbiran hal-hal
berkaitan pembelanjaran prasekolah sahaja.
5.3 Pihak sekolah boleh menggunakan mana-mana wang peruntukan bantuan
Perkapita / Suwa sekolah untuk peruntukan kelas prasekolah jika perlu.
5.4 Tiada yuran dikenakan ke atas murid prasekolah
6. Pembantu Pengurusan Murid

6.1 Pembantu pengurusan murid adalah berjawatan tetap


6.2 Tugas dan tanggungjawab adalah sepertimana lampiran.
6.3 Pembantu pengurusan murid hendaklah bertugas setiap hari bekerja.

7. Guru

7 Kelas prasekolah hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen prasekolah latihan


maktab yang telah atau ditempatkan di sekolah tuan atau yang telah dilatih oleh
JPNP dalam pendidikan prasekolah.Guru kelas tersebut hendaklah terus mengajar
dikelas berkenaan.

8. Jawatankuasa prasekolah

Jawatankuasa hendaklah ditubuhkan di peringkat sekolah dengan keanggotaan berikut:


a) Guru Besar Pengetua
b) Guru Penolong Kanan
c) Guru Prasekolah
d) Guru Kanan Matapelajaran
e) Pembantu Pengurusan Murid
f) Wakil PIBG

9. Alat Permainan

Sila pastikan bahawa :


9.1 Kemudahan alat permainan luar dan ruang pembelajaran luar kelas diselia
dengan baik.
9.2 Kawasan dan alatan permainan sentiasa dalam keadaan yang selamat.
9.3 Keselamatan murid diberi perhatian yang utama.
10. Bahan Pembelajaran Dan Pengurusan Ruang

10.1 Bahan dan peralatan yang harus disediakan di ruang pembelajaran dan
pengajaran adalah seperti di bawah :
a) Bahan pengajaran / pembelajaran yang sesuai untuk semua
komponen / hasil pembelajaran.
b) Sudut rehat
c) Apron
d) Tuala kecil
e) Peralatan pengurusan diri seperti berus gigi,ubat gigi dan sikat
10.2 Memastikan ruang penyediaan makanan / dapur dalam keadaan bersih
dan kemas.
10.3 Bilik selesa ,tandas sentiasa bersih dan tidak berbau.

11. Am

11.1 Guru Besar dan Guru Penolong Kanan hendaklah memberi bimbingan
dan membantu penyeliaan yang berterusan kepada program pendidikan
prasekolah dan pembantu pengurusan murid.
11.2 Bagi setiap sesi persekolahan taklimat serta penerangan hendaklah
diberikan kepada ibubapa mengenai perkara berikut
a) Penerangan matlamat dan objektif Pendidikan Prasekolah.
b) Peranan ibubapa dalam membantu proses pembelajaran dan
perkembangan kemahiran kanak-kanak.
c) Merancang program sokongan bagi membantu pembelajaran
kanak-kanak.
KEMUDAHAN
FIZIKAL
DAN
CIRI CIRI
KESELAMATAN
PREMIS

Bangunan prasekolah mestilah mempunyai tapak yang sesuai. Premis


prasekolah tidak boleh terletak di tengah-tengah kawasan Bandar kerana kawasa yang
bising adalah tidak sesuai untuk binaan bangunan prasekolah.

Tandas pula mestilah sesuai untuk kanak-kanak. Terdapat ciri-ciri keselamatan


yang dapat memberi keselesaa kepada kanak-kanak ketika menggunakannya. Tandas
kanak-kanak lelaki dan perempuan hendakalah diasingkan.

Dapur pula perlu terdapat unsur keselamatan. pintu dapur hendaklah sentiasa
diawasi agar kanak-kanak tidak boleh sesuka hati memasuki kawasan dapur. Alat-alat
yang digunakan juga hendaklah bersih dan tidak berkarat.

Ruang untuk belajar adalah penting bagi memastikan mereka berada dalam
keadaan yang selesa untuk menimba ilmu. Tempat belajar hendaklah di asingkan dari
dapur

Kawasan riadah pula hendaklah dilengkapi dengn alat permainan yang tidak
berbahaya.

Prasekolah yang lengkap seharusnya mempunyai bilik sakit. Bilik tersebut


perlulah sesuai dengan saiz kanak-kanak.

Penyusunan persekitaran dalam bangunan perlu mengambilkira bahagian yang


kekal seperti saiz dan bentuk bilik, kedudukan tingkap. dan bahagian yang sedia terbina
seperti kabinet. Manakala bahagian yang baleh mudah alih seperti peralatan dan bahan
pembelajaran, warna dan tektur

DALAM BANGUNAN
Struktur fizikal bangunan di bahagian dalam bangunan sahaja. Struktur
bangunan yang sedia ada seperti berikut.

RUANG
Saiz menepati rsyarat penubuhan dan prasekolah
Ruang yang luas dan tidak ada susun atur yang mempengaruhi kanak-kanak
berkelakuan agresif
Ruang menepati penyusunan suasana pembelajaran mempengaruhi tingkah
laku.

BENTUK
Bentuk bilik segi empat sukar disusun
Laluan trafik sempit dan pergerakan terhad
mudah menyelia kanak-kanak dan perlu keperhatinan
kanak-kanak mudah berintraksi dengan rakan sebaya
tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.
Bentuk segi empat bujur mudah disusun
Laluan trafik selesa dan memudahkan pergerakan
mudah menyelia kanak-kanak
kanak-kanak mudah berintraksi dengan rakan sebaya
tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.

BILIK BERBENTUK L
Laluan trafik selesa dengan pelbagai hala pergerakan.
sukar menyelia kanak-kanak
tingkah laku positif dari segi sosiolasi dan kognitif.
TINGKAP DAN PINTU
Tingkap dapat pengcahayaan semulajadi ke dalam bangunan
ruang melukis dan membaca sesuai kedudukannya dekat dengan tingkap
pintu utama yang merupakan laluan masuk ke dalam bangunan
Pintu kecemasan tidak dibenarkan meletak sebarang bentuk penghalang
didepannya
pintu ke ruang dapur hendaklah ada penghadang pintu dan sentiasa diawasi.
Sesebuah prasekolah perlu mempunyai tingkap yang cukup untuk pengudaraan
dan pencahayaan yang baik.
Udara yang bersih penting untuk murid dan semua manusia untuk pernafasan
dan kekurangan oksigen boleh membantutkan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak.
Pencahayaan yang cukup pula penting semasa guru mengadakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PLUG ELEKTRIK
Kedudukan plug yang sedia ada disesuaikan untuk peralatan teknologi seperti
komputer, television dan radio kaset.
guna plug elektrik yang sesuai dan selamat.
tempat plug tidak boleh dicapai atau ditutup dengan selamat

SINKI
-Saiz dan ketinggian simki yang sesuai supaya kanak-kanak dapat
menggunakannya dengan betul
-tisu disediakan atau kaintuala bergantung berdekatan dengan sinki.
-kedudukan sinki di ruang basah
-pastikan kawasan bawah sinki sentiasa kering.
RUANG DINDING
-ruang dinding disediakan untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid secara
kreatif.
-pemilihan warna diding yang sesuai.

PAGAR
Pastikan prasekolah mempunyai pagar. Pintu ini hendaklah berkunci untuk
meggelakkan orang luar menceroboh kawasan prasekolah dengan mudah.
Selain itu, pastikan pagar yang terdapat di prasekolah tidak bahaya kepada
murid-murid iaitu tidak tajam. Hal ini penting untuk menjamin keselamatan murid-
murid.

TANDAS
-saiz yang bersesuaian dengan kanak-kanak
-pastikan mangkuk tandas sentiasa bersih dan harum
-permukaan lantai tidak licin.
Tandas di prasekolah perlulah sesuai dengan saiz kanak-kanak prasekolah.
Mangkuk tandas yang sesuai untuk kanak-kanak bagi mengelakkan kanak-kanak
jatuh ke dalam mangkuk tandas.
lantai tandas tidak licin dan sentiasa kering serta bertakung. Hal ini penting untuk
mengelakkan kanak-kanak tergelincir.

TAMAN PERMAINAN
Taman permainan yang terdapat di sekolah adalah dikhaskan untuk murid-murid
prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun.
Taman permainan ini diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran psikomotor
kasar di kalangan kanak-kanak.
PETI KECEMASAN
Setiap kelas prasekolah perlu mempunyai peti kecemasan.
Peti kecemasan sangat penting ketika waktu kecemasan seperti murid
mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti dan sebagainya.
Peti kecemasan perlulah disimpan di tempat tinggi iaitu tempat yang tidak dapat
dicapai oleh murid.
Selain itu, pastikan peti kecemasan ini diperbaharui dari semasa ke semasa.
Sekiranya ubat yang terdapat dalam peti kecemasan ini telah luput tarikh
penggunaanya, guru prasekolah perlulah menggantikannya dengan yang baru.
Hal ini dapat mengelakkan pengguna yang menggunakan ubat tersebut
mengalami kesan yang lebih buruk.

PENYUSUNAN PERALATAN
-Dapat membantu kanak-kanak membentuk tingkah laku yang positif.
-menganggarkan bilangan kanak-kanak mengikt keselesaan ruang.
-mendorong melakukan aktiviti dengan rakan.
-memberi peluang untuk kanak-kanak membuat pilhan aktiviti yang aktif dalam
suasana senyap atau bising.

LONGKANG
Longkang perlu dibersihkan setiap hari bagi menggelakkan air bertakung yang boleh
menjadi tempat pembiakan nyamuk. Selain itu, longkang perlu ditutup secara rapi dan
tidak berbahaya kepada murid.

Alat pemadam kebakaran


Prasekolah perlu mempunyai alat pemadam kebakaran. Hal ini penting kerana guru
prasekolah boleh menggunakan alat pemadam kebakaran sekiranya berlaku kebakaran
kecil di prasekolah. Selain itu, alat pemadam ini perlu masih sah digunakan dan
diperbaharui dari semasa ke semasa.

Dua pintu utama


Prasekolah perlu mempunyai pintu di hadapan kelas dan di belakang kelas. Hal ini
penting semasa berlaku kecemasan. Sekiranya kecemasan berlaku di dalam kelas,
guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid boleh menggunakan kedua-dua
pintu untuk meyelamatkan diri dan murid-murid.

Persekitaran luar
Persekitaran di luar prasekolah perlulah selamat untuk murid-murid. Pastikan
prasekolah tidak berada berhampiran dengan jalan raya dan jalan yang sibuk.
Tambahan pula, pastikan kawasan prasekolah tidak mempunyai peralatan berbahaya
seperti cangkul, serpihan pasu, tong-tong air dan sebagainya. Murid-murid tidak
mengetahui tentang bahaya yang akan menimpa mereka ketika mereka bermain di
kawasan luar kelas prasekolah.

Taman permainan kanak-kanak perlu mempunyai ruang khas untuk kanak-kanak


bermain dan terletak di kawasan lapang. Alat mainan yang disediakan perlulah selamat
iaitu tidak tajam dan tidak bertoksik. Alat permainan yang baik ialah alat permainan
yang dihasilkan dari jenis tidak berkarat dan plastik yang tahan lama. Hal ini penting
untuk menjamin keselamatan kanak-kanak semasa bermain. Di samping itu, siaz alat
permainan ini perlulah sesuai dengan usia kanak-kanak. Tambahan pula, pembaik pulih
alatan permainan perlu dibuat bagi menjamin tahap keselamatan kanak-kanak semasa
bermain alatan tersebut.

Dapur
Dapur di prasekolah perlulah mempunyai pintu dan ditutup sepanjang masa. Hal ini
penting untuk mengelakkan kanak-kanak masuk ke dalam dapur. Alatan yang terdapat
di dapur seperti pisau, gunting, alatan elektrik dan sebagainya disusun di tempat yang
sepatutnya. Selain itu, lantai di ruang dapur dipastikan tidak licin dan sentiasa kering.
Tambahan pula, penggunaan alatan elektirk bervoltan tinggi tidak digunakan dengan
soket yang sama untuk mengelakkan berlaku litar pintas di dalam prasekolah.

Sudut ICT
Makmal komputer disediakan untuk murid-murid sekolah rendah dan sekolah
menengah. Mereka diperkenalkan kepada program-program computer yang mudah di
peringkat sekolah rendah. Dengan adanya, computer di sekolah, murid-murid akan
membesar dalam suasana yang mengikut perkembangan sains dan teknologi.

Kemudahan ICT diletakkan di sudut yang luas dan selesa semasa menggunakannya.
Hal ini penting untuk mengelakkan kanak-kanak terlanggar kemudahan ini
menyebabkan kecederaan. Wayar elektrik yang digunakan perlu diselenggara dengan
baik dan kemas bagi mengelakkan litar pintas berlaku. Semasa aktiviti murid-murid
dilaksanakan di sudut ini, guru perlulah memantau pergerakkan murid bagi
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sudut Bacaan
Pusat sumber digunakan untuk mencari bahan , dan untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan Dalam perpustakaan terdapat pelbagai jenis buku yang boleh menjadi
rujukan murid-murid. Antaranya subjek Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Bahasa
Inggeris serta buku-buku cerita .Pusat sumber menjadi rujukan untuk murid-murid di
sekolah kerana untuk mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan. Selain daripada itu,
pelbagai sudut kebudayaan disediakan. Murid-murid dapat didedahkan kepada
pelbagai jenis kebudayaan dan adapt resam Negara kita.

Di samping pemerolehan ilmu pengetahuan secara langsung dari perpustakaan,


murid-murid juga terlibat dengan pengurusan contohnya menjadi pengawas pusat
sumber.

Pelbagai bahan bacaan disediakan di tempat ini. Bahan bacaan yang disediakan
seperti big book, buku cerita dan sebagai. Bahan bacaan ini disusun dan disimpan di
rak buku atau almari. Almari dan rak buku yang digunakan hendaklah bersesuaian
dengan ketinggian murid dan tidak mempunyai bucu tajam di sekelilingnya.

Sudut fizikal
Terdapat kolam renang yang dibina di sudut fizikal. Kolam renang ini disediakan di
sebuah bilik khas dan mempunyai pintu serta dikunci sepanjang masa. Safe guard
ditempatkan di kawasan kolam ini ketika murid-murid mengadakan aktiviti in. Selain itu,
kedalaman air di dalam kolam renang di sesuaikan dengan saiz dan ketinggian murid-
murid. Murid-murid yang tidak pandai berenang dipakaikan jaket keselamatan bagi
menjamin keselamatan murid.

Ruang makan
Meja mudah alih boleh disediakan pleh guru sekiranya ruang di dalam prasekolah ini
terlalu kecil untuk disediakan meja makan. Meja makan yang disediakan tidak
mempunyai bucu untuk menjamin keselamatan murid. Selain itu, kerusi dan meja yang
disediakan perlulah disusun dengan kemas untuk mengelakkan murid melanggar
peralatan tersebut. Tambahan pula, pastikan kebersihan ruang makan setiap kali murid
selesai makan. Hal ini penting untuk mengelakkan murid tergelincir dengan sisa
makanan yang tumpah.

Ruang belajar
Ruang pembelajaran digunakan untuk murid-murid ketika dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Saiz bilik darjah adalah penting kerana ia menjamin keselesaan murid-
murid di dalamnya. Ukuran bilik darjah yang di anggap sesuai untuk menampung 40
orang murid ialah 7 x 9 meter
Meja dan kerusi disediakan tidak mempunyai bucu tajan yang boleh membahayakan
keselamatan murid. Meja dan kerusi yang tajam boleh mencederakan murid ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku sekiranya murid terjatuh dan terkena
bucu tersebut.

PROGRAM
AKTIVITI HARIAN
YANG SESUAI
UNTUK PROGRAM
PRASEKOLAH

SUMBER
Guru dan pelaksana prasekolah perlu memberi perhatian kepada catatan yang
diberi. Catatan ini bertujuan untuk memberi panduan atau maklumat lanjut
mengenai sesuatu aktiviti yang dijalankan. Alatan dan bahan yang dinyatakan
hanya sebagai cadangan. Guru dan pelaksana prasekolah harus menggunakan
pelbagai bahan dan alatan yang terdapat dipersekitaran tempat masingmasing.
Selain itu guru boleh memperbanyakkan penggunaan bahan dan
alatan yang dikitar semula
Terdapat banyak jenis sumber bahan iaitu alat pembelajaran. Alat pembelajaran
mestilah sesuai dengan kanak-kanak prasekolah. Kesemua sumber bahan ini jika
digunakan dalam situasi pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dan bertindak
sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih berkesan.
Antara jenis-jenis sumber bahan adalah bahan hidup yang bersumberkanbahan
dari alam semulajadiyang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Manakala
bahan bukan hidup pula terdiri daripada bahan elektronik, bukan elektronik dan
permainan. Bahan elektronik ialah bahan visualseperti rakaman video, rancangan
televisyen, tayangan filem atau cerita kanak-kanak dan tayangan slide. Gambra-gambar
yang bergerak dapat merangsang daya imaginasi murid. Bahan ini melibatkan
komunikasi antara murid dan guru. Bahan bukan elektronik pula adalahbahan bercetak
dan permainan, contohnya kad domino bernombor dan playdoh. Ini dapat merangsang
imaginasi murid untuk membentuk sesuatu. Contoh yang lain adalah bahan-bahan
bergambar seperti mewarna dengan pelbagai jenis bahan mewarna. Alat muzik juga
dapat membantu meningkatkan kreativiti murid.

PROGRAM AKTIVITI HARIAN


Susunan aktiviti harian prasekolah perlulah mengambil kira faktor-faktor berikut
iaitu, kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid kesepaduan komponen
secara seimbang, keseimbangan aktiviti luar kelas dan keseimbangan aktiviti kelas,
aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Aktiviti harian tadika dilaksanakan berpandukan
cadangan-cadangan berikut seperti rutin, perbualan pagi, aktiviti kelas, aktiviti
kumpulan, aktiviti individu, rehat , dan aktiviti penamat.

Rutin bermaksud aktiviti atau aturan biasa yang dilakukan oleh guru atau murid
setiap hari mengikut sesuatu sistem yang ditentukan. Contoh rutin yang biasa dilakukan
ialah seperti berikut di mana guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid
menyambut murid dengan mesra ketika mereka datang ke prasekolah, murid menyusun
kasut dan beg, guru mengambil kedatangan murid, guru memeriksa kebersihan murid,
murid membersih diri selepas makan, guru mengadakan perhimpunan pada awal pagi
dan murid mematuhi peraturan di dalam dan luar bilik darjah

Perbualan pagi merupakan aktiviti yang bertujuan untuk mewujudkan suasana


kesediaan murid seterusnya dapat menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru
dan murid. Contoh aktiviti perbualan pagi ialah, murid berkongsi pengalaman atau
bahan bersama rakan dan guru (show and tell), guru menerangkan peraturan dan
disiplin bilik darjah, guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu.

Aktiviti kelas merupakan satu kaedah yang melibatkan seluruh kelas


menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama serentak. Aktiviti ini
digunakan apabila guru menyampaikan maklumat semasa perbualan pagi , guru
menerang atau memberi maklumat, guru bercerita, membuat aktiviti fizikal di dalam
atau luar kelas, membuat aktiviti penamat pada akhir pembelajaran dan membuat
lawatan di sekitar sekolah.

Aktiviti kumpulan merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang


membahagikan murid kepada kumpulan kecil bagi menjalankan aktiviti yang sama atau
berbeza-beza di antara satu kumpulan dengan kumpulan lain. Setiap ahli dalam
kumpulan perlu bekerja secara koloboratif dalam kumpulan masing-masing. Selain itu
murid-murid boleh bertukar aktiviti selepas tempoh yang telah ditetapkan jika perlu
namun bagi murid yang belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti yang lain, harus
dibenarkan untuk meneruskan aktiviti tersebut bagi mengelakkan murid tersebut
mengalami kesulitan sekiranya bergerak ke aktiviti yang lain. Antara contoh aktiviti
kumpulan ialah main bongkah, membuat kolaj, membentuk doh dan bermain cantuman
puzzle serta penerokaan.

Aktiviti individu boleh diadakan di mana murid menjalankan aktiviti pembelajaran


secara bersendirian. Selain itu murid boleh menjalankan aktiviti bebas di pusat
pembelajaran yang diminati jika tugas dalam aktiviti kumpulan sudah selesai seterusnya
murid mendapat perhatian secara personal daripada guru bagi pemulihan dan
pengukuhan. Antara contoh aktiviti individu ialah melukis, menyusun bongkah,
membaca buku kecil/kad bacaan serta menggunting/menampal.

Murid-murid memerlukan rehat selepas menjalankan aktiviti yang aktif untuk


menikmati hidangan makanan yang berkhasiat dan seimbang, mengamalkan nilai murni
seperti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas selepas makan dan
menggosok gigi serta menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti melihat buku
bergambar, main komputer atau mendengar muzik perlahan dan lain-lain lagi.
Aktiviti penamat ialah aktiviti yang terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah. Aktiviti penamat ialah di mana murid dikehendaki memeriksa sekitar kelas
sekiranya masih ada lagi peralatan atau bahan yang telah digunakan masih belum
disimpan di tempat asal, murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa
bulatan untuk melaksanakan aktiviti perbualan untuk berbincang atau berbual tentang
pengalaman pembelajaran yang telah diperolehi pada hari tersebut, guru
menyampaikan pesanan perkara-perkara yang perlu dilakukan di rumah dan juga
bahan-bahan yang perlu dibawa pada hari esoknya.

Susunan aktiviti harian perlu mengambil kira faktor-faktor berikut;


Kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan murid.
, aktiviti yang dirancangkan mestilah bersesuaian dengan keperluan dan
perkembangan kanak-kanak atau murid-murid. Ini kerana kesesuaian setiap aktiviti
dengan keperluan dan perkembangan kanak-kanak memainkan perananan yang amat
penting dalam menentukan keberkesanan dan kejayaan bagi aktiviti yang berkaitan.
Seorang guru prasekolah haruslah peka dan mengambil berat tentang tahap
perkembangan murid-murid dan mengetahui apa yang diperlukan oleh mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Kesepaduan komponen secara seimbang.


kesepaduan komponen yang seimbang dalam setiap aktiviti harian yang
dirancangkan. Kesepaduan komponen mestilah mencakupi aspek bahasa dan
komunikasi, perkembangan kognitif, pendidikan kerohanian dan moral, perkembangan
sosioemosi, perkembangan fizikal serta aspek kreativiti dan estetika. Contohnya melalui
pengajian bertema, guru prasekolah mesti memasukkan keenam-enam komponen
dalam setiap tema pengajaran. Dalam merancang setiap aktiviti harian, daya kreativiti
seorang guru itu amat penting bagi memastikan aktiviti yang ingin dijalankan seimbang
dan menyeluruh. Kesepaduan antara setiap komponen tersebut akan memberikan
kesan yang seimbang kepada murid-murid.

Keseimbangan aktiviti luar kelas;


keseimbangan aktiviti dalam kelas dan di luar kelas. Dalam proses merancang
aktiviti harian bagi murid-muri prasekolah, guru perlu menseimbangkan antara aktiviti
dalam kelas dan juga di luar kelas. Guru boleh menjalankan aktiviti pangajaran dalam
kelas bagi komponen kognitif atau komponen-komponen yang sesuai dijalankan di
dalam kelas. Bagi aktiviti Iuar kelas, sesuai dengan komponen fizikal. Walau
bagaimanapun, perancangan aktiviti harian juga bergantung kepada kreativiti guru.
Guru boleh merancang aktiviti mengikut kreativiti sendiri dan juga mengikut kesesuaian
asalkan tidak terkeluar daripada sukatan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Keseimbangan antara aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah dapat memberi kesan
yang seimbang terhadap perkembagan murid-murid.

Keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.


keseimbangan aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Ketiga-tiga
aspek ini perlu diseimbangkan dalam proses merancang aktiviti harian prasekolah.
Keseimbangan ini juga dapat membantu murid-murid dalam beberapa aspek seperti
perkembangan kognitif, sosioemosi dan pendidikan rohani.
Contohnya bagi aktiviti kelas, murid-murid mendengar guru bercerita atau murud
yang bercerita. Ini dapat membantu murid alam proses perkembangan kognitif sekali
gus dapat menambahkan keyakinan dalam diri murid-murid. Bagi aktiviti kumpulan,
murid dapat bersosial dam bekerjasama dengan ahli kumpulan. Ini akan membantu
murid dalam proses perkembangan sosioemosi dan juga moral. Bagi aktiviti individu
pula, guru dapat menilai tahap pencapaian murid-murid melalui tugasan yang diberikan
oleh guru kepada setiap murid-murid.
Terdapat beberapa cadangan yang dijadikan panduan bagi aktiviti-aktiviti di tadika atau
prasekolah. Cadangan-cadangan berikut ialah rutin, perbualan pagi, aktiviti kelas,
aktiviti kumpulan, aktiviti individu, rehat dan aktiviti penamat.
CADANGAN
Melalui temubual ini, terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan dapat
diperolehi untuk membaiki strategi dan aktiviti yang sedia ada di prasekolah.

Aktiviti Berpusatkan Murid


Cadangan pertama yang dapat diperkatakan ialah guru perlu menjalankan
aktiviti berpusatkan murid. Melalui cara ini, kanak-kanak akan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil
ataupun kelas. Selain itu guru prasekolah juga perlulah menceriakan keadaan
persekitaran di prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memperbaharui dan membuat
perubahan persekitaran kelas prasekolah agar kanak-kanak sentiasa tertarik dan
gembira ketika hadir ke prasekolah.
Perbanyakkan Aktiviti
Guru juga perlu mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti
dan permainan di dalam prasekolah dengan menggunakan alat bantu mengajar
yang dapat menarik perhatian murid prasekolah untuk mengikuti pembelajaran. Murid
prasekolah mempunyai potensi diri yang tersendiri dan menjadi tugas guru untuk
mencungkilnya.

Ubah perancangan pembelajaran

Untuk melahirkan insan yang berpotensi, guru parasekolah seharusnya

mempelbagaikan lagi aktiviti-aktiviti dan menguba perancangan pembelajaran supaya

menjadi lebih efektif. Dari situ kanak-kanak prasekolah dapat mengaut pengalaman

dan pengalaman itu akan dibawa ke tahun satu.

kerjasama antara guru prasekolah dan guru tahun satu

Seterusnya, kerjasama antara guru prasekolah dan guru di tahun satu harus

ada. Mereka seharusnya sering berhubung antara satu sama lain. Ini membolehkan

kedua-dua belah pihak dapat melaksanakan aktiviti yang berkaitan dan sesuai untuk

kanak-kanak ketika di prasekolah mahupun apabila mereka melangkah ke alam

sekolah rendah.

Semua organisasi memainkan peranan

Seharusnya semua organisasi memainkan peranan penting untuk menjadikan

kanak-kanak ini seorang yang berjaya dan berdikari sendiri. Apa yang boleh dibuat

ialah guru di sekolah rendah seharusnya masih menerapkan nilai-nilai murni ketika
pengajaran di dalam kelas. Pemantauan guru ketika waktu rehat boleh membentuk

sahsiah murid-murid. Ini kerana mereka akan takut untuk melanggar peraturan.

Tidak mengajar pengajaran formal secara mendadak

Dari segi pengajaran pula guru di tahun satu tidak boleh memberi pengajaran

formal secara tiba-tiba, mereka masih perlu menitikberatkan pengajaran secara kreatif

di awal kemasukan mereka di tahun satu. Dengan ini murid-murid akan rasa gembira

belajar dan makin hari makin berminat untuk belajar.

Didikan dari rumah

Didikan dari rumah adalah penting. Ibubapa seharusnya turut serta bersama-

sama dengan guru membantu untuk memastikan anak-anak selesa berada di rumah

dan dapat belajar dengan baik. Ibubapa dan guru juga perlu duduk berbincang dan

berkongsi idea bagaimana untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang ada.

Kemudahan Teknologi Maklumat yang Lengkap


Kementerian Pelajaran juga perlulah membantu dengan menyediakan
kemudahan teknologi maklumat yang lengkap seperti komputer riba (laptop) bagi setiap
guru prasekolah. Ini mampu mengurangkan beban kerja guru prasekolah. Komputer
riba boleh digunakan oleh guru prasekolah untuk mengaplikasikan pembelajaran dalam
mata pelajaran teknologi maklumat kepada kanak-kanak prasekolah.

Menambah Bilangan Kelas


Selain itu, penambahan bilangan kelas prasekolah juga perlu dilakukan. Ia akan
memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak untuk belajar di prasekolah.
Pertambahan kelas prasekolah ini dapat membantu kanak-kanak menyesuaikan diri
dengan persekitaran sekolah sejak awal lagi.

Program Transisi Kelas Penyayang


Program Transisi Kelas Penyayang yang dibuat untuk kanak-kanak prasekolah
yang baru melangkah ke Tahun Satu juga perlu diteruskan. Ia telah terbukti dapat
membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran di Tahun
Satu di sekolah. Oleh itu, mereka tidak akan mengalami kejutan budaya dalam diri.
Ujian bagi mengenalpasti potensi murid juga hendaklah diadakan bagi membantu guru
guru mengenalpasti tahap pencapaian murid sejak awal lagi. Oleh itu, guru dapat
menemui cara yang berkesan dalam pembelajaran mengikut potensi diri mereka.

Interaksi dengan ibubapa murid


Selain itu, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil tahu hal berkenaan
perkembangan anak-anak mereka. Hubungan dua hala antara ibu bapa perlulah
diwujudkan. Dengan ini guru dapat menceritakan permasalahan anak mereka kepada
ibu bapa dan mereka dapat memantau serta membantu anak-anak mereka. Terdapat
ibu bapa yang mengambil ringan pembelajaran anak-anak mereka di prasekolah dan
meletakkan 100 peratus tanggungjawab mendidik anak mereka di bahu guru.

Oleh itu, kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan untuk memangkin

kemantapan dan kematangan kanak-kanak untuk belajar dan menyesuaikan diri untuk

transisi dari satu tahap ke satu tahap.

Kesimpulannya guru perlu merancang satu strategi yang berkesan dan


bersesuaian dengan muridnya untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru
juga perlu seiring dengan strategi tersebut. Secara tidak langsung, ia sedikit sebanyak
dapat membantu kanak-kanak prasekolah menyesuaikan diri untuk ke tahun satu.
Guru juga harus sentiasa peka dengan sebarang cadangan penambahbaikan yang
dibuat supaya dapat memberikan yang terbaik untuk pembelajaran kanak kanak
prasekolah.

REFLEKSI
Penubuhan prasekolah adalah mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
Akta 550. Melalui akta ini, ibu bapa dan penjaga akan yakin dan tidak berasa bimbang
apabila ingin menghantar anak mereka ke prasekolah. Ibu bapa penjaga seharusnya
mengetahui dan memahami segala perkara yang terdapat dalam Akta 550 kerana
mereka akan mengetahui hak dan kelebihan yang seharusnya dimiliki oleh anak anak
mereka. Ini dapat mengelakkan kes penipuan dan penderaan pada anak anak
mereka ketika berada di pusat jagaan.
Pelaksanaan aktiviti di prasekolah, tabika atau pusat pendidikan awal kanak kanak
yang lain seharusnya bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kematangan
kanak kanak. Setiap pusat pendidikan awal ini seharusnya menyediakan pelbagai
aktiviti yang boleh memperkembangan tahap pemikiran kanak kanak. Pada tahap
umur ini, pendidikan ilmiah tidak wajar diberi tekanan yang melampau. Kanak kanak
harus diberi penekanan untuk belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Mereka
digalakkan bermain dan berinteraksi dengan alam sekitar mereka bagi memperkayakan
lagi pengalaman yang sedia ada. Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk
kanak kanak. Setiap aktiviti akan dipantau oleh guru sekolah pada setiap masa bagi
menjamin keselamatan murid murid ketika berada di kawasan prasekolah.
Pendidikan prasekolah juga mempunyai rang undang undangnya yang tersendiri.
Setiap syarat kemasukan, aktiviti prasekolah dan kawasan prasekolah mempunyai
peraturan yang harus dipatuhi. Peraturan dan undang undang yang dicipta adalah
untuk menjamin keselamatan dan kesihatan murid murid prasekolah. Kebajikan murid
murid prasekolah merupakan tunggak utama Akta 550 ditubuhkan. Kanak kanak
yang berumur 5 hingga 8 tahun tidak boleh sewenang wenangnya diserahkan kepada
orang yang tidak dikenali. Ini dikhuatiri keselamatan kanak kanak tersebut
saya dapat mengetahui kemudahan fizikal yang perlu diberi perhatian oleh guru
prasekolah dalam melaksanakan prasekolah yang berkualiti. Saya pernah melawat
sebuah tadika KEMAS dan 3 buah prasekolah sepanjang tempoh pengajian ini. Pada
pendapat saya, guru prasekolah kadangkala terlepas pandang tentang perkara ini.
Dalam proses menghasilkan murid dan pengajaran yang berkualiti, aspek kemudahan
fizikal perlu dititkberatkan bagi menjamin keselamatan murid dan orang ramai.
Selain itu, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dalam masa yang
telah ditetapkan walaupun sangat sibuk dengan pelbagai kerja kursus yang lain. Saya
mendapat kerjasama yang baik daripada ahli kumpulan yang lain. Mereka memberi
komitmen yang tinggi walaupun semua orang mengalami tekanan dalam melaksanakan
tugasan yang masih banyak belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

BIBLIOGRAFI

Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan
Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.

Haliza Hamzah. et.al. (2008). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur :


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.


Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006). Perkembangan Pendidikan Prasekolah.


Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Huraian Kurikulum Prasekolah


Kebangsaan. Kuala Lumpur : KPM

Putri Zabariah. et. al. (2006). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing.

Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005). Panduan Merancang
Aktiviti Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing.
Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta A1152) yang diwartakan pada Disember
2002.
Bahagian Perancangan dan Pembangunan Penyelidikan. (2001).
Pembangunan Pendidikan 2001 2010. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Educational Planning and Research Division. (2001). Education in Malaysia:
A Journey to Excellence. Kuala Lumpur: Ministry of Education.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Laporan Tahunan Kementerian
Pendidikan Malaysia 2001. Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.
Institut Tadbiran Awam. (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia.

Angus, L. (1997). Studies in Educational Policy and Administration (Educational


Government). Melbourne: Monash University.
Mohd. Taib Hashim. (1998). Nota Kursus Penggubalan dan Penilaian Dasar
Awam. Kuala Lumpur. INTAN.

Anda mungkin juga menyukai