Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 2: PENULISAN PIDATO

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mula bicara,
Sembah hamba pembuka bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati tuan pengerusi
majlis,para hakim yang adil lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan jam randiknya,
tetamu kehormat, para guru yang dikasihi, rakan rakan pelajar dan hadirin yang disayangi
sekalian.

Pada pagi yang mulia ini,saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana atas
berkat dan izinNya, saya diberi peluang untuk berucap di atas pentas yang megah ini.

Kejiranan Tunjang Keharmonian Masyarakat, demikianlah bingkisan wacana saya pada pagi
ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebelum kita menyelam dengan lebih lanjut mengenai topik kita pada hari ini, izikan
saya untuk mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat jiran memberi maksud orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang.

Dasawarsa kini,konsep kejiranan semakin pudar di kalangan masyarakat kita . Arus


kemodenan dan teknologi yang kini rancak membangun meragut kemesraan antara masyarakat
tanpa kita sedari. Persoalannya kini , bagaimanakah kejiranan mampu mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat kita?

1
Hadirin dan hadirat sekalian,

Kejiranan dalam masyarakat kita yang longgar dapat dikenalpasti melalui pelbagai
aspek.Isi pertama saya di bawah lembayung kata Komunikasi Asas Masyarakat Harmoni. Dari
segi komunikasi, kita lebih gemar untuk melayani alam maya dan telefon pintar berbanding
untuk bertegur sapa dengan jiran kita. Malah, terdapat sesetengah daripada masyarakat yang
masih lagi tidak mengenali jiran mereka yang berdekatan.

Fenomena ini haruslah dikekang kerana bagi mengekalkan keharmonian dalam


sesebuah kejiranan, komunikasi antrara jiran sangat penting. Akan tetapi, kita seharusnya
menjaga kesantunan ketika berkomunikasi seperti mana yang ditakrifkan oleh J.Ferguson dan
Das Gupta (1968) iaitu , kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh
penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa
menimbulkan sebarang konflik. Misalnya, ketika berjumpa dengan jiran sebelah adalah lebih
baik kita memulakan dengan memberi salam dan penggunaan bahasa yang baik menunjukkan
salah satu kesantunan verbal dalam sesuatu komunikasi. Hal ini kerana komunikasi yang baik
menggambarkan personiliti yang baik dan mampu menimbulkan suasana kejiranan yang
harmoni.

Penggunaaan kata sapaan atau kata panggilan dilihat semakin kurang digunakan dalam
masyarakat kita. Hal ini menjadi salah satu punca longgarnya semangat kejiranan kerana
penggunaan kata sapaan menunjukkan kesopanan dan adab kepada seseorang yang jauh
lebih tua atau lebih berpangkat daripada kita. Malangnya, kita hanya mempraktikkan perkara ini
untuk keluarga kita sendiri mahupun kepada orang yang dikenali sahaja. Sewajarnya, kita
seharusnya menyapa jiran kita dengan baik. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti nama diri
orang pertama dan kedua seperti aku, engkau/kau, kamu, awak menunjukkan eratnya
sesebuah hubungan. Walaubagaimanapun, hal ini berbeza bagi mereka yang lebih berusia,
penggunaan kata ganti nama tersebut dalam komunikasi adalah satu tindakan yang kurang
beradab dan tidak menepati takrif kesantunan yang telah dikemukakan oleh Awang Sariyan
(2007) iaitu kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab,
memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepda pihak yang menjadi

2
teman bicara. Oleh itu, penggunaan kata sapaan dan kata panggilan seperti pakcik, makcik ,
tok, abang dan kakak merupakan contoh kesantunan verbal apabila berkomunikasi dengan
orang yang lebih tua daripada kita.

Bahasa tubuh memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan keharmonian dalam
kejiranan sesebuah masyarakat. Hal ini kerana bahasa tubuh mengekspresikan perasaan
seseorang dan penggunaan bahasa tubuh yang tidak sesuai mampu menimbulkan konflik
dalam sesuatu komunikasi. Dalam konteks kejiranan, ekspresi wajah yang baik
menggambarkan emosi seseorang yang baik sekaligus memberikan impak kepada kesantunan
bahasa bukan verbal ketika berkomunikasi. Kini, kita seolah tidak menjaga ekspresi wajah
ketika berkomunikasi dengan jiran. Misalnya mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan
tidak berminat sekaligus mengguris perasaan penutur. Bahasa tubuh yang lain seperti gerakan
tangan mahupun gerakan anggota badan haruslah dijaga pada masa yang sama. Jelaslah
disini bahawa komunikasi secara verbal mahupun bukan verbal memainkan peranan besar
dalam kejiranan yang harmoni.

Putera puteri yang dicintai sekalian,

Tajuk seterusnya yang akan saya kupaskan ialah Amalan Ziarah Pemangkin
Silaturahim. Kini, masyarakat kian leka dan sibuk dengan kerjaya mereka sehingga amalan
ziara menziarahi di pandang sepi dalam sesebuah kejiranan. Bahkan, kita hanya menziarahi
mereka yang kenali sahaja seperti saudara dan sahabat handai. Senario seperti ini harus kita
elakkan kerana tidak menwujudkan suasana kejiranan yang harmoni.

Pada musim perayaan, sudah menjadi kemestian bagi masyarakat kita untuk menziarahi
rumah-rumah jiran terdekat walaupun berbeza agama dan bangsa . Akan tetapi, terdapat
segelintir masyarakat yang mengendahkan adab ketika menziarahi. Misalnya, tidak
menggunakan sistem bahasa panggilan dengan betul merupakan satu sikap yang tidak sopan
serta mampu mengundang konflik. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk menerap adab dan
kesantunan dalam amalan ziarah ini.

3
Ketika menziarahi rumah jiran tetangga adalah lebih baik kita mengenakan pakaian
yang sesuai terlebih dahulu. Masyarakat kita kini tidak lagi mengendahkan pemakaian yang
sesuai dan sopan ketika menziarahi rumah jiran. Sebagai contoh, mengenakan pakaian yang
menjolok mata bukan sahaja melambangkan ketidaksopanan seseorang malah memperlihatkan
personaliti yang buruk kepada mata khalayak. Perkara seperti ini harus kita elakkan dan adalah
lebih sopan jika kita memakai pakaian yang menutup aurat dan tidak menjolok mata.

Jelaslah bahawa amalan ziarah menziarahi bukan sahaja dipraktikkan pada musim
perayaan tetapi hendaklah diamalkan setiap masa dalam kejiranan bagi memastikan konsep
kejiranan tidak terpudar begitu sahaja. Malahan, adab ketika berziarah perlu diutamakan pada
masa yang sama.

Warga dewan yang budiman,

Kesimpulannya, konsep kejiranan perlulah kita pelihara kerana menjadi asas


kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, kesantunan berbahasa perlulah dipraktikkan sepanjang
masa dalam kehidupan seharian kita bagi memastikan keharmonian dalam masyarakat. Maka,
jelaslah seperti mana yang telah dikatakan oleh Mohd Yusof Hussain (2011) dalam journalnya
yang bertajuk Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup masyarakat
kampung bandar: Kes Kampung Berjaya dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia iaitu
hubungan kejiranan mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh
membentuk satu jaringan komuniti yang paling sempurna. Hubungan kejiranan ini juga turut
mewujudkan interaksi sosial yang sempurna dan mampu menggalakkan perpaduan dalam
kalangan penduduk setempat. Sebelum saya menutup pidato saya pada hari ini, izinkan saya
menyampaikan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada masa yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai