Anda di halaman 1dari 26

6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan

bagaimana mengurangkan stress dalam kehidupan yang mencengkam? * Stress by gotmyphilosophy

Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.

Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini mereka terpaksa berhadapan dengan
tekanan. Tekanan pula boleh datang dari banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat
kerja, masalah kesihatan dan sebagainya.

Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.

Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang
mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.

Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi. Hutang belajar PTPTN perlu
dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan yang bekerja adalah masih kecil. Belum ditambah
lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?


Kita semua mempunyai cara tersendiri yang kita gemar lakukan untuk mengurangkan stress.

Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita
hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan
(stress) itu.

InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:

1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja
melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang
untuk berfikir dan mencari ilham.

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah
dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam
mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi
kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur
yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam
Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya
bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan
kita.

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Ia
seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan
oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan
prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan
kerja)

Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.

3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga


Mengurangkan
stress dengan keluarga

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan mencairkan masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita
tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa
mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah
kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka
bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan
keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.

4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan.
Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita,
serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia
memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan
meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit
kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya,
di dalam dunia yang serba sibuk ini. Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol
Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan
sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Learning is not only entertaining, its also empoweringboth of which are good for battling stress.

Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi
sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan
hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala
dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya
sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud :
Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar
kamu mendapat rahmat. (Surah al-Araaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang
gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan
bacaan al-Quran dengan baik.

5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

Saya sangat sukakan fotografi. Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk
keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi
keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain
muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.

Jadi apa minat anda?

6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur

Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana
waktu matahari tenggelam. Pasti Anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap
kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa
stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.

Penutup

Tidak semua stress itu buruk.

Mengejar deadlines, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa
membuatkan kita stress. Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap
tertinggi.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa. Kita manusia
biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri. Jika tidak
kita akan burn out.

Adakah anda selalu tertekan dan stress?

Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang
saya sebutkan diatas.

Kongsikan pandangan anda.

Saya sangat menghargai sebarang cadangan, penambahan, dan komen anda pada ruangan
dibawah. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan ilmu ini kepada orang lain.
Cara mengatasi tekanan perasaan
Sumber: Pakarcinta.com

1. Bawa-bawalah bertenang

Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih dan sebagainya,
pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang
selalu saya praktikkan bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas
dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat. Bagi yang beragama
Islam, anda digalakkan beristighfar.

2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan
pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya,
disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa
yang dibaca akan mudah diingati.

3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat.
Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-
waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman
paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling
mujarab.

Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang lain seperti buku-buku
berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai
orang rekomen baca buku Jangan Bersedih,

Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa
tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami,
pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas
kepayahan pasti ada kesenangan.

4. Cintai diri sendiri

Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain. Jelas daripada maksud
sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu
berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan
ceria dan penuh dengan senyuman.

5. Banyakkan solat sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat,
solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut
agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

6. Selalu berdoa kepada Allah SWT

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa
hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa
adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika
waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-
benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek
sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai
sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

7. Bersangka baik dengan Allah SWT

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.
Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh
itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika terjadi
sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

8. Mengurus masa dengan baik

Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu
pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu
kita tunaikan. Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.

9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian

Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin
Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-
syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya. .
Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang
besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana
sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.
Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda
kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira,
kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya.
Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.

10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala
tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal
yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan
berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa hati, ini hanya
menambahkan sebak di dada.

Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan
tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa
keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya Allah.

11. Aktiviti bersama alam

Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya
menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan
menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam.
Anda juga menikmati bird watching, nature walk, berjalan di tepi pantai sambil mengutip
cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi yang
cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan deria untuk merasai
kehadiran Allah SWT.

12. Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor
tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet
dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan
menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera badan anda dengan tidur
yang tidak mencukupi atau makan makanan yang tidak berkhasiat.

13. Jangan malu untuk ketawa

Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati? Anda boleh cubalah baca komik
atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.
14. Menangis dengan sepuas hati

Jika anda jenis yang tidak boleh gelak-ketawa sebab terputus wayar, maka cubalah menangis
sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati
kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan
perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. Luaran lain hati lain ada sesetengah
individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan
permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-
rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis
dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

15. Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri,
maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh
pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan
mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

16. Fokus kepada warna yang menenangkan

Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren
dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita
berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan.
Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang
anda mahukan.

17. Cuba hidu aroma yang menenangkan

Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma menenangkan. Anda boleh cuba
hangatkan pati aromaterapi lavender atau dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.

18. Hindari bunyi bising

Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa
kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan
tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau
bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan
yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.

Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan
penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan.
Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu
mengurangkan tekanan yang dihadapi.

19. Hadkan pengambilan ubat-ubatan

Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu menyumbangkan mood swing yang kurang baik
seperti kemurungan dan emosi tidak terkawal. Jika ia tidak perlu, anda boleh cuba elakkan
pengambilan ubat-ubatan sebegini seboleh mungkin. Simpan ubatan di tempat yang susah sukar
dicapai sekiranya anda berniat untuk mengambilnya dalam dos yang berlebihan. Jangan mengambil
pil tidur tanpa preskripsi doktor.

20. Katakan tidak pada alkohol dan dadah

Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang
pertimbangan anda. Mengambil sesuatu yang mengkhayalkan tidak akan membantu untuk
menghilangkan tekanan, sebaliknya akan membuatkan anda menjadi ketagih dengannya.

21. Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar

Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga
melalui telefon seperti talian Befrienders dan lain-lain. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan
pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

====================================================================

Jika anda adalah seorang muslim, janganlah lupa Allah. Walau anda sudah hampir berputus asa
dengan hidup anda sekarang..walau sebesar mana sekalipun masalah yang dihadapi, namun kita
masih ada Allah..mengadulah kepadaNya..mohonlah jalan keluar dariNya. Kerana segala yang berlaku
datangnya dari Allah, dan kepadaNya juga kita serahkan kembali penyelesaiannya..

Satu lagi cara untuk anda berasa lebih tenang ialah BELAJAR UNTUK MEMAAFKAN..Maafkan semua
orang yang membuat anda stress. Belajar untuk memaafkan kesilapan diri sendiri dan cubalah untuk
memaafkan semua orang yang anda sayang setiap hari. Selalulah memohon ampun dari Allah dan
melakukan solat sunat taubat dan solat sunat istikharah..semoga anda diberi petunjuk dan jalan
keluar terbaik untuk setiap masalah yang anda hadapi..Anggaplah setiap apa yang berlaku itu sebagai
petunjuk atau teguran dari Allah untuk anda..insyaaAllah anda akan dapat melalui setiap saat yang
stressful dengan lebih tenang..

Semoga doa ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda dan mereka yang mengalami tekanan
perasaan.
Apa Itu Stress?

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai
suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang
menimpanya. (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) Bebanan ini
boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup
seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang
baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai eustress dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia
dinamakan sebagai distress. Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk
menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian
kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis
telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika
Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah
hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem
telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

Apakah Yang Berlaku Ketika Stress?

Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama adrenaline
kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan
menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi
kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah
akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan
kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan);
pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan
begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh
kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan
kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi distress yang boleh
menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress ?

Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :

Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan
belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru
pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang
sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang
berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan
orang lain serta bertindak agresif.

Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress

Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam
darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan
menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping
memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh
menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996;
Stress and Heart Disease)

Insomnia atau susah tidur. Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh
menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang
diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The
Complete Idiots Guide To Managing Stress)

Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam
darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit
yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)
Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah
berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika
diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan.
(Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)

Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-
bahan catecholamines seperti epinephrine dan norepinephrine ke dalam darah. Bahan-bahan ini
berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-
kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by
Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan
peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema
di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula.
(Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E.,
1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic
Medicine)

Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit
ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan
reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R.,
Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)

Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa
penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus
(irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC
School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

Allah berfirman:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada o
* Ada sesiapa pernah mengalami keadaan macam ni ??

Stress boleh berlaku di mana-mana sahaja dan kepada sesiapa sahaja, daripada bayi sehingga
warga emas. Contohnya, STRESS di tempat kerja, di rumah, di sekolah dan di mana sahaja kita
mula merasai stress itu wujud. Ada orang stress disebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak,
ada pelajar yang stress bila gagal, ada ibu bapa yang stress apabila mengalami krisis rumah tangga.
Malah ada orang STRESS disebabkan pilihan pakaian terlalu banyak, sampai tak tahu nak pilih yang
mana untuk buat baju raya ;)

Stress terbahagia kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Jom kita Terjahh, apa faktor
dalaman yang boleh menyebabkan STRESS!

FAKTOR DALAMAN

(a) Perwatakan

Jika dilihat seperti contoh yang Awla berikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza.
Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika
dilihatkadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata
pelajaran matematik. Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa
Melayu dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai
kecenderungan,pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat
mengalami stress dan ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita
perlu kenal di mana kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.

(b) Kendiri yang terlalu ideal

Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan
menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi
masalahnya ialah apabila manusia tidak bertindak untuk mengejar impian tersebut. Cita-cita dan
Impian tinggi tapi usaha kosong ? Sebagai contoh kita melihat pencapaian pelajaran rakan kita,
atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikit pun tidakberusaha ke arah itu, malah kita masih
dengan tabiat yang lama seperti meniru kawan, membuang masa dan sebagainya. Perkara ini
sangat tidak tepat sekiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-cita.
(c) Kognitif

Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan
disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang
merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor
kognitif yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah mengalami stress kerana berfikiran
lemah. Justeru, kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress akan
mudah datang kepada manusia seperti ini. Oleh hal yang demikian, kita perlu memberikan
perhatian dari sudut itu.

(f) Tidak selaras personaliti

Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat dalam
kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu ingin menjadi guru
dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat
dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak
mengenalpastinya sungguh-sungguh.
(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa

Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa.
Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang
yang lain. Dengan itu, segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh
pendengar dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi,
stress pasti akan berlaku.

(e) Keperluan dan kemahuan

Setiap manusia pasti mempunyai keperluan dan kemahuan masing-masing dalam kehidupan ini.
Cuma, yang membezakannya samaada keperluan dan kemahuan itu sedikit atau banyak. Sebagai
contoh, remaja yang kekurangan kasih sayang dalam hidupnya boleh mendatang stress yang besar
kepada dirinya. Sebuah keluarga yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai keperluan
yang mencukupi akan mengalami stress jika tidak ditangani dengan baik.

FAKTOR LUARAN
(a) Sosial dan tempat kerja

Selalunya kita tidak terlepas dari hubungan dengan orang lain. Manusia juga bekerja dan di tempat
kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa berlaku.
Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah hidup di
dunia, masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan manusia.
Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia yang
berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila hubungan
negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbang kepada stress. Maka
hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.

(b) Hubungan dengan keluarga

Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-anak
yang tidak baik. Ketegangan yang berlaku alam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan hasil
yang tidak baik. Misalnya, ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak tidak
lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala sudah
terkubur dan inilah bibit-bibit yang bakal mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan
seterusnya menyebabkan stress berlaku. Justeru, perkara ini perlu diberi perhatian. Maka
kita perlu mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain.
Hubungan ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai
individu lain.
(c) Persekitaran

Persekitaran dan keadaan cuaca yang tidak stabil juga boleh menyebabkan stress. Contohnya, para
pelajar membuat bising di dalam kelas . Keadaan ini boleh mendatangkan stress kepada pelajar
lain yang sedang belajar. Cuaca yang tidak menentu seperti panas terik boleh menyebabkan stress
kepada petani yang sedang bekerja. Oleh itu, stress ini boleh di atasi dengan cara yang baik jika
tahu bagaimana cara untuk mengatasinya.

Wahh, sedar tak sedar, rupanya dah panjang lebar Awla menaip :)

Kalau lihat kepada faktor-faktor stress yang Awla terangkan, semua boleh memberikan kesan yang
NEGATIF kan ? Jadi, bagaimana STRESS ini dapat memberikan kesan yang POSITIF ? Awla akan
sambung untuk entri seterusnya pula tentang STRESS NEGATIF dan STRESS POSITIF ini. Pasti kamu
semua dah penat baca panjang-panjang ni ya ?

Sampai di sini sahaja dahulu untuk kali ini, in Sha ALLAH, Awla kan sambung secepat mungkin :)

No more STRESS !

Thanks a lot for reading ! Semoga ALLAH redha.


Kesan dan akibat stres

Posted on November 20, 2012 by sitik

Stres atau tekanan adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap sesuatu perubahan yang
dialami. Stres merangkumi tekanan, beban, keletihan, ketegangan, konflik, panik, perasaan gemuruh,
kebimbangan, kemurungan (depresi), tidak bermaya dan hilang daya cita.

Secara amnya, stres (tekanan) boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu stres akut (jangka pendek)
dan stres kronik (jangka panjang).

Stres akut (stres jangka pendek) ialah tindak balas spontan badan terhadap apa-apa keadaan yang
mencabar, menakutkan atau bahaya. Tahap stres ini pula bergantung kepada beberapa faktor seperti
keterukan stres tersebut, tempoh stres yang dialami, dan cara individu menangani stres tersebut.
Stres jangka pendek ini boleh sembuh dengan segera sekiranya faktor penyebab kepada stres
tersebut dapat ditangani dengan baik. Stres jenis ini selalunya menunjukkan tanda-tanda masalah
sakit jantung atau denyutan jantung tak normal.

Stres kronik (stres jangka panjang) ini selalunya dialami oleh orang yang stres berpanjangan atau
dalam tempoh yang lama. Stres seperti ini disebabkan masalah penyakit kronik atau masalah yang
berpanjangan sehingga menyebabkan sakit jantung yang dihidapi bertambah teruk.

Apakah akibat atau kesan stres kepada tubuh badan, mental dan minda seseorang?

Kesan stres jangka pendek terhadap badan ditunjukkan melalui tanda-tanda berikut, di antaranya:

* Denyutan jantung yang cepat


* Sakit kepala/migrain
* Rasa tegang atau ketat di tengkuk dan bahu
* Sakit belakang
* Bernafas cepat
* Badan dan tapak tangan berpeluh
* Sakit perut, mual atau cirit birit

Jika dibiarkan stres tanpa ditangani dan dirawat dengan baik, ia boleh memberi kesan lebih besar
dan mempengaruhi sistem badan, termasuklah:

1. Sistem imun

Stres menyebabkan badan menjadi lemah dan mudah mendapat serangan penyakit. Namun begitu,
sedikit stres ada kalanya memberi faedah kerana ia dapat melonjakkan sistem imun bagi melawan
jangkitan penyakit. Stres yang berpanjangan pula akan memperlahankan penyembuhan seperti luka,
dan lain-lain serta menyebabkan penyakit kulit (eczema) bertambah teruk.

2. Jantung (Kardio-vaskular)

Stres berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, denyutan jantung tak normal (arrhythmin), masalah
darah beku, arteri mengeras (atherosclerosis), penyakit arteri koronari, serangan sakit jantung, dan
jantung gagal berfungsi.

Bagi stres akut, berjalan sedikitpun boleh menyebabkan denyutan jantung bertambah cepat dan
tekanan darah pun naik. Stres kronik boleh menyebabkan arteri menjadi sempit, paras kolesterol
meningkat, juga meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan sakit jantung atau strok.

3. Otot

Ketegangan stres yang berterusan akan merebak ke tengkuk, bahu dan sakit belakang bawah. Otot
terasa cekang atau tegang di tengkuk yang boleh menyebabkan sakit kepala, di bahu dan di belakang.
Stres juga akan menyebabkan sakit rheumatoid arthritis bertambah teruk.

4. Sistem penghadaman

Stres menyebabkan penyakit berkaitan perut yang sedia ada akan bertambah teruk. Stres juga akan
menyebabkan mulut kering, makanan tidak hadam, mual, perut berangin, cirit-birit atau sembelit.

5. Organ pembiakan

Stres boleh memanjangkan atau memendekkan kitar haid atau mengalami senggugut semasa haid.
Stres juga dikaitkan dengan kurang subur (fertiliti rendah), masalah lemah tenaga batin, masalah
semasa hamil, dan lain-lain yang berkaitan. Wanita hamil yang mengalami stres yang tinggi boleh
menyebabkan anak yang bakal dilahirkan berisiko mendapat asthma atau alergi.

6. Sistem pernafasan

Stres akan menunjukkan simptom asthma dan masalah paru-paru yang lain. Semasa stres, seseorang
itu akan bernafas cepat sehingga terasa sesak nafas. Jika berterusan, ia boleh menyebabkan paru-
paru mudah mendapat penyakit berjangkit.

7. Sistem saraf

Apabila stres, saraf simpatetik otak memberi isyarat kepada kelenjar adrenal supaya merembeskan
hormon-hormon, termasuklah hormon epinefrin. Jika pengeluaran hormon ini sentiasa pada paras
yang tinggi, ia boleh memberi kesan kepada ingatan dan keupayaan belajar, serta menyebabkan
kemurungan (depresi).

8. Sistem endokrina

Hormon stres akan menggalakkan hati (hepa) menghasilkan lebih banyak gula dalam darah. Jika
berterusan, akhirnya seseorang itu berisiko mendapat penyakit diabetes Type-2.

9. Kulit

Stres menyebabkan jerawat tumbuh atau jerawat dan kurap yang sedia ada menjadi semakin teruk.

Di antara kesan stres ke atas fikiran (mental) dan emosi ialah:


1. Emosi menjadi tidak stabil dan tidak mampu menyelesaikan masalah, walaupun masalah yang kecil
saja.

2. Rasa kecewa, cepat naik darah dan baran sehingga ke tahap menjerit-jerit.

3. Rasa letih sepanjang masa.

4. Sukar fokus terhadap kerja yang dilakukan.

5. Mudah dan terlalu risau walaupun perkara-perkara kecil.

6. Rasa cemas kerana terasa-rasa ada kerja yang belum sempat diselesaikan.

7. Sering berimaginasi perkara-perkara buruk akan berlaku.

Anda mungkin juga menyukai