Anda di halaman 1dari 1

NAMALEE ZI QIAN

TINGKATAN 3 INTELEK
Nama Penyakit: DEMAM ZIKA (ZIKA FEVER)
Penyebab Penyakit: Diakibatkan oleh virus Zika, sebuah virus dari genus Flavivirus.
Penyakit ini terjadi akibat gigitan nyamuk Aedes aegypti pada manusia. Penyakit ini
boleh tersebar melalui ibu-ke-anak di dalam rahim dan menyebabkan mikrosefali. Ia
juga mungkin boleh merebak melalui hubungan seks dan pemindahan darah.
Tanda-tanda Penyakit Simptomnya serupa dengan demam denggi. Kebanyakan
daripada kes demam ini tidak menunjukkan simptom. Apabila ada simptom, ia biasanya
termasuk demam, mata merah, sakit sendi, sakit kepala, dan ruam
makulopapular. Secara amnya, simptom ini adalah tidak teruk dan berlanjutan selama
kurang daripada tujuh hari.

Cara MengubatiTiada rawatan yang khusus. Paracetamol dapat membantu


melegakan simptom. Kemasukan ke hospital sangat jarang diperlukan.
Langkah Pencegahan: Pencegahan penyakit ini melibatkan pengurangan gigitan
nyamuk di kawasan yang penyakit ini tercetus.Usaha pencegahan termasuk
penggunaan penghalau serangga, menutup sebahagian besar badan dengan
pakaian, kelambu, dan memastikan tiada air bertakung kerana ia menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Tiada vaksin yang berkesan. Pegawai kesihatan mengesyorkan
supaya ibu bapa menangguhkan kehamilan disebabkan wabak ini dan adalah
disarankan kepada wanita yang hamil tidak berkunjung ke kawasan tempat wabak ini.

Anda mungkin juga menyukai