Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengerusi yang cantic molek pekertinya membawa rasional persoalan.

Yang
dihormati Puan Nor Aznim binti Mohd Radzi, ahli panel dan sidang hadirin sekalian. Selamat tengah hari,
salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Bak kata pepatah melayu, setiap penyakit pasti ada penyembuhnya. Pada pendapat saya,
terdapat beberapa langkah yang efektif boleh dilaksanakan bagi membendung gejala ini. Salah satu
langkah yang dianggap dominan termasuklah ibu bapa perlulah memainkan peranan mereka dengan
baik bagi membendung kemelut ini. Ibu bapa perlulah menampilkan teladan yang baik kepada anak-
anak mereka supaya dijadikan contoh oleh anak-anak. Mengapakah dikatakan begitu? Hal ini adalah
kerana anak-anak diibaratkan bagai kain putih yang perlu dicorak oleh ibu bapa. Anak-anak
menanggapkan segala tingkah laku ibu bapa adalah betul dan perlu diikuti. Janganlah seseorang ibu atau
bapa hanya berkelakuan positif di hadapan anak-anak ,sedangkan sering mengejek dan menghina orang
lain di sebaliknya. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintih dan ketam mengajar anaknya berjalan lurus
sedangkan dirinya berjalan senget! Tambahan pula, di samping mengejar kebendaan dalam kehidupan,
ibu bapa juga perlu mengambil perhatian terhadap anak-anak mereka. Hal ini adalah kerana segelintir
anak –anak yang membuli rakan-rakannya hanya untuk menarik perhatian daripada orang ramai. Ibu
bapa boleh meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak dan memberikan belaian kasih sayang
yang sepenuhnya kepada anak-anak supaya mereka tidak berasa dirinya diabaikan. Ibu bapa juga
haruslah mendidik anak-anak mereka supaya tidak membuli orang yang lebh lemah daripada mereka
sejak mereka masih kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini pasti dapat
mengurangkan berlakunya gejala buli.

Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan dengan baik agar masalah
buli di kawasan sekolah dapat dielakkan. Pihak sekolah perlulah bekerjasama dengan para pelajar bagai
aur dengan tebing untuk membendung masalah ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku
di kawasan sekolah haruslah melaporkan kepada pihak sekolah dengan secepat mungkin. Pelajar yang
menjadi mangsa buli juga haruslah memberanikan diri untuk melaporkan kepada guru tentang masalah
yang dihadapiya. Manakala pihak sekolah yang menerima laporan aduan perlulah mengambil tindakan
yang sewajar terhadap pelajar yang membuli pelajar lain dan bukan hanya menutu kes tersebut dengan
sesuka hati sahaja. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan ibu bapa pelajar yang disyaki terlibat dalam
kes buli untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan membincangkan

Anda mungkin juga menyukai