Anda di halaman 1dari 3

HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk

dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs
bermula pada Januari 2013.

APA ITU HOTs?


Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi
baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi
lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian

Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran
mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.

Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan
HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika
menggunakan teknik yang betul.

TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs


1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

APA YANG GURU PERLU UBAH?


1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi

PERANAN GURU UNTUK HOTs


1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi
CONTOH SOALAN HOTs DAN LOTs

PERBEZAAN HOTs DAN LOTs


Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secara
ringkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada
hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk
mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul.

Anda mungkin juga menyukai