Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TEH, DALAT

PERATURAN SEKOLAH

Berikut ialah peraturan-peraturan sekolah yang perlu dipatuhi oleh semua murid.
Dengan adanya peraturan-peraturan sekolah ini, murid-murid akan dapat memahami
tanggungjawab dan peranan masing-masing semasa menimba ilmu pengetahuan di
sekolah ini.

1. WAKTU PERSEKOLAHAN

1.1 Semua murid hendaklah mematuhi jadual waktu pengajaran dan pembelajaran
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
1.2 Sesi pengajaran dan pembelajaran adalah mengikut perincian berikut:-

TAHAP SATU ( TAHUN 1, 2, 3 )

Isnin - Khamis : 0730 pagi 1230 tengah hari


( Murid Tahun 1 dan Tahun 2 balik pada pukul 0100 petang sebanyak 2 kali
seminggu - kelas Bahasa Arab )
Jumaat : 0730 pagi 1150 pagi

TAHAP DUA ( TAHUN 4, 5, 6 )

Isnin - Khamis : 0730 pagi 0100 tengah hari


Jumaat : 0730 pagi 1150 pagi

2. WAKTU REHAT

2.1 Waktu rehat adalah seperti berikut:


Isnin Khamis : 1000 pagi 1030 pagi ( 30 minit )
Jumaat : 1000 pagi 1020 pagi ( 20 minit )
2.2 Semasa waktu rehat, semua murid perlu berada di bilik RMT untuk
menikmati sarapan masing-masing.
2.3 Semua murid hendaklah bergerak dengan tertib semasa pergi ke bilik RMT.
2.4 Semua murid wajib terlibat dalam program memberus gigi selepas
menikmati sarapan.

3. PERHIMPUNAN PAGI

3.1 Majlis perhimpunan mingguan sekolah diadakan pada setiap hari Isnin
bermula dari jam 0730 pagi hingga 0800 pagi bertempat di dewan sekolah.
3.2 Murid hendaklah beratur dan berbaris mengikut kelas masing-masing.
3.3 Setelah majlis perhimpunan pagi selesai, murid hendaklah bersurai dan terus
bergerak mengikut barisan menuju ke kelas masing-masing.

1
4. PAKAIAN

4.1 Murid hendaklah hadir ke sekolah dengan memakai pakaian seragam sekolah
yang kemas dan lengkap.
4.2 Tanda nama hendaklah dilekatkan pada baju seragam sekolah di sebelah kiri.
4.3 Murid hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian untuk mata pelajaran
Pendidikan Jasmani (PJ). Pakaian tersebut boleh ditukar pada waktu rehat.
4.4 Murid tidak dibenarkan memakai barang kemas atau barang perhiasan diri
seperti gelang, cincin, rantai dan sebagainya.
4.5 Penggunaan selipar, seluar jeans dan baju-T semasa menghadiri waktu
persekolahan adalah dilarang sama sekali. Penggunaan selipar hanya
dibenarkan atas sebab-sebab yang munasabah.

5. KEKEMASAN DIRI

5.1 Murid lelaki dilarang berambut panjang.


5.2 Murid perempuan yang berambut panjang perlu memastikan agar rambut
mereka sentiasa kemas.
5.3 Murid tidak dibenarkan menyimpan kuku panjang.
5.4 Seluruh anggota badan murid hendaklah sentiasa bersih.
5.4 Pakaian seragam dan baju kokurikulum murid hendaklah sentiasa kemas dan
bersih.

6. BILIK KELAS

6.1 Semua murid bertanggungjawab terhadap kebersihan, kekemasan dan


keceriaan bilik kelas masing-masing.
6.2 Semua perabot yang terdapat di dalam bilik darjah hendaklah dijaga dengan
baik.
6.3 Murid dilarang menulis atau menconteng di atas papan hitam/ putih kecuali
jika diarahkan oleh guru untuk berbuat sedemikian.
6.4 Meja dan kerusi guru hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Murid
bertanggungjawab untuk memastikan agar meja guru sentiasa bersih dan
kemas.
6.5 Semua perabot di dalam sesebuah bilik darjah tidak boleh dipindahkan ke
kelas atau tempat lain kecuali jika diarahkan untuk berbuat sedemikian oleh
guru atau setelah mendapat kebenaran daripada guru besar.

7. KELAKUAN AM

7.1 Murid hendaklah menghormati semua kakitangan sekolah sama ada di dalam
atau di luar kawasan sekolah. Murid perlu memberikan salam ataupun ucap
selamat (mengikut kesesuaian) tatkala bersua dengan kaki tangan sekolah.
7.2 Murid yang lebih berumur hendaklah memperlihatkan rasa tanggungjawab
dan keprihatinan terhadap murid yang lebih muda. Murid yang lebih muda
hendaklah sentiasa menghormati murid yang lebih berumur.
7.3 Murid perlu meminta kebenaran terlebih dahulu daripada guru yang mengajar

2
pada waktu berkenaan jika hendak keluar dari bilik darjah.
7.4 Hanya SEORANG murid lelaki atau DUA ORANG murid perempuan sahaja
dibenarkan keluar dari bilik kelas pada satu-satu masa. Pas keluar dari bilik
kelas akan disediakan untuk urusan ini.
7.5 Murid hendaklah mematuhi arahan Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan
Penolong Ketua Kelas dari semasa ke semasa. Kerjasama yang sepenuhnya
hendaklah diberikan kepada mereka.
7.6 Sebelum masuk ke dalam kelas, murid hendaklah mengetuk pintu dan
memberikan salam terlebih dahulu. Apabila dijemput masuk oleh guru atau
AKS, baharulah murid berkenaan dibenarkan masuk.
7.7 Berikankan ucapan salam dan seumpamanya (mengikut kesesuaian) apabila
terdapat guru, anggota kakitangan sokongan (AKS) atau pelawat masuk ke
dalam bilik kelas.
7.8 Murid tidak dibenarkan mewujudkan suasana bising di dalam bilik kelas
semasa sesi P&P formal, semasa kelas bimbingan (petang, waktu cuti atau
hujung minggu) dan semasa kelas KAFA. Masa lapang hendaklah
dimanfaatkan sepenuhnya untuk menguruskan kerja-kerja sekolah, ulangkaji
dan membaca buku (Program Nilam).
7.9 Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik kelas lain tanpa mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada guru atau guru besar.
7.10 Bergaduh dan berkelahi adalah dilarang sama sekali. Murid yang terlibat
dalam kegiatan sedemikian akan dikenakan tindakan disiplin.
7.11 Murid hendaklah berkelakuan baik dan mengamalkan sikap bersopan-santun
pada setiap masa.
7.12 Murid hendaklah sentiasa bersikap bersih, cekap dan amanah.
7.13 Murid haruslah sentiasa mematuhi dan mentaati peraturan sekolah yang
telah ditetapkan.
7.14 Arahan dan teguran secara lisan yang dikeluarkan oleh guru besar dan guru-
guru dari semasa ke semasa adalah turut dianggap sebagai peraturan
sekolah.

8. MURID YANG TIDAK HADIR KE SEKOLAH

8.1 Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah hendaklah memberikan sebab secara
bertulis atau menghubungi pihak sekolah melalui telefon.
8.2 Jika seseorang murid tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa alasan
yang kukuh, guru besar akan menghubungi ibu bapa / penjaga murid
berkenaan sama ada melalui telefon atau surat rasmi.

3
9. PRESTASI PENCAPAIAN MURID MEROSOT

9.1 Jika prestasi murid merosot (berdasarkan ujian bulanan, ujian topikal, PKSR),
guru besar akan memanggil ibu bapa / penjaga murid yang berkenaan ke
sekolah untuk mencari kaedah tarbiah yang berkesan agar murid tersebut
lebih tekun belajar dan menunjukkan prestasi pencapaian yang lebih
memberangsangkan.
9.2 Beberapa siri perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid yang mengalami
kemerosotan prestasi pencapaian akan diadakan sehinggalah murid yang
berkenaan mampu untuk menyerlah dan menampakkan impak daripada sesi
perjumpaan tersebut.

10. PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

10.1 Semua murid (yang berkenaan sahaja) WAJIB untuk menyertai aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Murid hendaklah memakai pakaian
yang bersesuaian dengan aktiviti kokurikulum yang dijalankan pada minggu
yang berkenaan.
10.2 Jika murid terpilih untuk mewakili sekolah atau jabatan pelajaran dalam
mana-mana aktiviti kokurikulum, murid tersebut wajar untuk berlatih dengan
bersungguh-sungguh (membuat persediaan awal yang secukupnya). Murid
perlu melibatkan diri dengan aktif dan penuh kecekalan.

4
ETIKA MURID
Seseorang murid hendaklah menjadikan etika murid sebagai panduan, sokongan, dan
dorongan serta kekuatan pada dirinya untuk menempuh apa jua rintangan dan
cabaran. Murid yang komited pada etika akan memperoleh kejayaan dan
kesejahteraan diri.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI

Menjaga kebersihan diri (fizikal dan mental)


Bersopan, jujur dan amanah
Menghargai dan menepati masa
Berjimat cermat
Bersifat sederhana dan tidak sombong
Sabar dan bertolak ansur
Menghormati hak asasi orang lain
Berani dan cekal hati
Berdedikasi
Berdikari
Rajin dan sentiasa berusaha
Yakin pada diri sendiri
Bersemangat ingin maju
Berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi
Mengamalkan nilai-nilai murni

TANGGUNGJAWAB TERHADAP SEKOLAH

Mematuhi dan menghormati peraturan sekolah


Menghormati guru-guru dan kakitangan sekolah
Belajar bersungguh-sungguh
Sentiasa menjaga dan menaikkan imej sekolah
Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
Bekerjasama sesama murid
Berdisiplin tinggi
Menjaga kemudahan dan harta benda sekolah
Tekun dan bangga dalam mengikuti aktiviti sekolah
Menggunakan sepenuhnya peluang untuk menimba ilmu
Menyayangi dan berterima kasih kepada sekolah

TANGGUNGJAWAB KEPADA KELUARGA

Menghormati ibu bapa dan orang-orang tua


Memupuk hubungan baik dan mesra dalam keluarga
Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga
Menjaga nama baik keluarga
Menghargai bantuan, jasa baik dan pengorbanan keluarga

5
TANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMA

Taat kepada ajaran agama


Mempertahankan kesucian agama
Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian
Memahami dan mengamalkan nilai-nilai murni

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT

Tolong-menolong dan bekerjasama


Menghormati orang-orang yang lebih tua
Bertolak ansur
Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku kaum lain
Bersifat sederhana dan tidak sombong
Bersefahaman dan sabar
Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan bukan manusia
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat

TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA

Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara


Mematuhi undang-undang negara
Mengamalkan prinsip-prinsip RUKUN NEGARA
Menjaga kemudahan-kemudahan awam
Menjaga dan menaikkan imej negara
Berusaha mencapai kecemerlangan ke arah merealisasikan wawasan negara.

Anda mungkin juga menyukai