Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

Program Kesedaran Palestin


‘Palestin’ Jom ke Sekolah

TARIKH: 24 JUN 2014


TEMPAT: BANGUNAN KOKURIKULUM, INSTITUT PENDIDIKAN
GURU, KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan


kerjasama daripada Pihak Pentadbir Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul
Halim dengan tujuan berikut:

1.1 Untuk mendapatkan kelulusan bagi mengadakan program kesedaran


Palestin di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

1.2 Untuk mendapatkan kelulusan menggunakan bilik bilik di di IPG


Kampus Sultan Abdul Halim.

1.3 Untuk mendapatkan kelulusan untuk menjemput pihak Aqsa Syarif


ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk bekerjasama dalam
menjayakan program ini.

1.4 Untuk mendapatkan kelulusan untuk membuat kutipan amal untuk


disalurkan kepada mereka yang memerlukan sepanjang bulan
Ramadhan.

2.0 PENGENALAN

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin


dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya
tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai Nakhbah
Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel.
Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”. Peristiwa
ini bermula dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram
oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

Akibat pergolakan negara yang berterusan, anak - anak warga Palestin


tidak berpeluang menikmati kemudahan pendidikan secara formal di
sekolah. Institusi pendidikan Palestin mengalami kemunduran dan nasib
generasi muda Palestin semakin terbiar. Menyelami jiwa pendidik dalam
diri guru pelatih, program ini memberi perhatian kepada nasib anak -
anak Palestin yang tidak berpeluang menikmati suasana pembelajaran
seperti anak - anak di tanah air tercinta ini.

3.0 OBJEKTIF

1) Menyemai kesedaran dan nilai keinsanan dalam diri para guru


pelatih tentang isu Palestin.
2) Memberikan kesedaran kepada para guru pelatih tentang
kepentingan memperjuangkan isu Palestin seterusnya melahirkan
guru yang proaktif sejajar dengan falsafah pendidikan Negara.
3) Membangkitkan kesedaran mengenai isu kemanusiaan dalam
kalangan pelatih IPG seterusnya kepada murid-murid di sekolah
praktikal masing-masing

4.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini mensasarkan kepada semua guru pelatih PISMP


Semester 8 dan Semester 6.

5.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 24 Jun 2014


Hari : Selasa
Masa : 8.15 - 10. 45 malam
Tempat : Bangunan Ko-kurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim
6.0 TENTATIF PROGRAM

Tentatif program dilampirkan bersama-sama surat ini pada bahagian lampiran

7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat Program
Puan Salmiah binti Said

Pengarah Program

Akmal Adli bin Nasaruddin (Exco Kerohanian JPPIPGKSAH 1)

Timbalan Pengarah Program

Akmal bin Idrus (Exco Kerohanian JPPIPGKSAH 2)

Setiausaha

Nurul Amirah binti Zulkifly

Naib Setiausaha

Khairul Izzuddin bin Zaini

Bendahari

Munira Anis binti Zulkifli

AJK

1) Muhammad Hazwan bin Mohammad


2) Sabran Solihin bin Mohd Safian
3) Nur Amalini binti Amri
4) Nurul Nadiah binti Fauzi
5) Nurul Fatihah binti Azemi
8.0 PENUTUP
Ahli Jawatankuasa Program ‘Palestin’ Jom ke Sekolah amat komited
untuk memberikan kesedaran secara meluas berkenaan isu Palestin
kepada warga guru pelatih IPG Kamps Sultan Abdul Halim. Oleh itu, kami
mengharapkan sokongan dari Pihak Pentadbir IPG Kampus Sultan Abdul
Halim dalam menjayakan program ini

9.0 PERBELANJAAN

Program ini tidak memerlukan sebarang peruntukan kewangan daripada


pihak kampus.

Yang Benar,

…………………………………….
(KHAIRUL IZZUDDIN BIN ZAINI
Naib Setiausaha,
Program ‘Palestin’ Jom Ke Sekolah,
Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim,
Kedah Darul Aman
LAMPIRAN 1

Tentatif Program

8.15 - Pendaftaran / Kehadiran Guru Pelatih

8.45 - Program Bermula

- Ucapan Alu - Aluan Pengurus Projek.

- Tayangan Video tentang Isu Palestin

- Ceramah Isu Palestin :

‘Anak - Anak Palestin Tidak Seberuntung Anak - Anak di Sini’

- Sesi Soal Jawab

10.15 - Jamuan Ringan


LAMPIRAN 2

PROFIL PENCERAMAH

Nama : Abdul Wahab bin Yahaya

Pekerjaan : Bekerja sendiri dan aktivis Aqsa Syarif

Jawatan : Pengerusi Aqsa Syarif Cawangan Kedah dan Ahli jawatankuasa

Hidayah Centre Cawangan Kedah

Pengalaman : Pernah menganggotai misi Aqsa to Gaza (A2G) ke Palestin.

Beliau aktif memberikan ceramah berkaitan dengan isu


Gaza di seluruh negeri Kedah
LAMPIRAN 3

PROFIL AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

Ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya di Malaysia pada 4 Februari 2010


sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan.
Aqsa Syarif (singkatan: AQSA) memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa
Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan
Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh lapan orang
ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya dan menjadi
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan
IKRAM Malaysia. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk
kebaikan Palestin dan dunia secara amnya. Aqsa Syarif mengharap dorongan
dan sokongan dari para sukarelawan dan seluruh rakyat Malaysia.

VISI

Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa


dan Palestin

MISI

Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia


bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah

MOTTO

Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa


OBJEKTIF

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat


Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan


dengan Palestin di dalam dan di luar negara.

AKTIVITI AQSA SYARIF

Sejajar dengan misi Aqsa Syarif, pelbagai program dan projek sudah, sedang
dan akan dilaksanakan. Di antaranya ialah memberi bantuan kemanusiaan
melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan.
Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana dari rakyat dan pelbagai agensi awam
dan swasta di Malaysia dan menyalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di
kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Kesemua
itu bermula dengan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh Malaysia seperti melalui
kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan
NGO seumpama melalui ceramah, penerbitan media dan aktiviti ‘fund raising’.

Aqsa Syarif bertekad untuk terus membantu rakyat Palestin dengan motto
“Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa“

Anda mungkin juga menyukai