Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

TARIKH 14 Ogos 2015 MASA (1430 1540) KELAS 2A


MATA PELAJARAN Bahasa Melayu Tingkatan 2
TEMA / TAJUK Karangan fakta Langkah-langkah mencegah penularan
wabak denggi.

OBJEKTIF Pada akhir pelajaran, pelajar dapat :


1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga peribahasa berkaitan dengan
tajuk karangan secara berkumpulan.
2. Membina sebuah karangan fakta yang lengkap secara berkumpulan.
HPU / HPK / HHP 2.0 / 2.3 / Aras 3
ii . Memantapkan idea dengan mengemukakan fakta daripada pelbagai
sumber rujukan sebagai contoh dan bukti.

7.0/ 7.6 / Aras 1


i. Mengenal pasti dan mengutarakan gambaran umum dan isi-isi penting
daripada pelbagai bahan.
AKTIVITI 1. Guru melekatkan kad manila yang mengandungi objektif
pembelajaran di sudut papan putih.
Didik Hibur (Set Induksi)
2. Pelajar menyanyikan lagu wabak denggi bersama-sama untuk
merangsang pemikiran dan pengetahuan pelajar tentang denggi.
Peta Pemikiran
3. Pelajar melengkapkan peta pemikiran bulatan tentang denggi.
Kemudian guru bersoal jawab dengan pelajar untuk memberi gambaran
keseluruhan tentang wabak denggi.
Sistem Trafik
4. Guru meminta pelajar menyatakan pendapat tentang peribahasa yang
sesuai berkaitan dengan topik pembelajaran. Rakan sekelas akan
mengangkat kad trafik untuk menyatakan persetujuan mereka.
Jigsaw Puzzle
5. Pelajar membentuk kumpulan dan melakukan aktiviti berkumpulan atas
arahan guru. Pelajar dikehendaki bergerak ke kumpulan lain untuk
membincangkan isi-isi penting tentang wabak denggi.
6. Pelajar kembali ke kumpulan masing-masing untuk berkongsi isi-isi
penting yang diperoleh dan membina sebuah karangan yang lengkap
dengan menyelitkan sekurang-kurangnya satu peribahasa.
Gallery Tour
7. Pelajar mempersembahkan hasil dapatan mereka di stesen kumpulan
masing-masing. Semua pelajar akan bergerak ke setiap stesen
mengumpul maklumat baharu.
8. Guru turut melakukan pemantauan untuk mengenal pasti kesalahan
yang dilakukan oleh pelajar.
9. Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang hasil dapatan mereka. Guru
turut menyelitkan soalan KBAT.
10. Wakil pelajar membuat rumusan tentang topik yang dipelajari. Guru
membincangkan objektif yang tercapai.
Exit Ticket
11. Sebelum keluar kelas, pelajar dikehendaki menulis rumusan secara
individu pada sehelai kertas dan menyerahkan kepada guru.
SISTEM BAHASA Ayat penyata, ayat tanya, ayat tunggal, ayat majmuk.

PENGISIAN KURIKULUM ILMU : pengetahuan am, alam sekitar, wabak


denggi
NILAI : Bekerjasama, bertolak-ansur, keberanian, cinta akan alam sekitar.
KBT : Menganalisis, menyaring, menjana idea, menilai, membuat
keputusan.
BBM : papan putih, kertas sebak, pen marker, kad manila,
KBAT : Andaikan anda seorang Menteri Kesihatan, apakah peranan yang
paling utama dan berkesan yang akan dimainkan oleh anda untuk
memastikan negara bebas daripada sebarang penyakit berjangkit?
Mengapakah anda merasakan langkah tersebut berkesan?

Anda mungkin juga menyukai