Anda di halaman 1dari 9

[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Konsep pembangunan modal insan diberi penekanan yang serius sejajar dengan
perancangan negara kita menjadi negara maju dalam bidang sains dan teknologi
berdasarkan acuan sendiri dan memenuhi hasrat wawasan 2020. Modal insan yang juga
dikenali sebagai pembangunan sumber manusia merupakan antara agenda utama dalam
perealisasian Rancangan Malaysia kesembilan (RMK-9). RMK-9 yang dilancarkan oleh
Perdana Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi fokus kepada unsur ini
memandangkan manusia itu sendiri akan berperanan dengan begitu ketara pembangunan
justeru mampu membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Konsep pembangunan
modal insan ini adalah proses untuk membentuk insan yang baik, kamil dan berguna, bukan
sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, agama dan negara.

Modal insan ini berperanan dalam menentukan prestasi sesebuah organisasi atau
unit. Modal insan ini juga membantu mencorakkan hala tuju negara ke arah Wawasan 2020
yang disasarkan bermula dari era mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Modal insan ini disifatkan seperti tiang utama yang menguatkan dan membentuk sesebuah
bangunan. Jika bahan yang digunakan untuk membuat tiang itu tidak berkualiti, pasti
bangunan tersebut juga akan mudah rosak atau roboh. Begitu juga bagi sesebuah
organisasi dan negara. Tanpa sumber manusia atau modal insan yang berkualiti, sesebuah
negara akan menjadi lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus
kepada inisiatif baru dalam sosioekonominya.

2.0 KONSEP MODAL INSAN DAN CIRI-CIRI MODAL INSAN YANG BERKUALITI

Secara konseptual, seorang pendidik merupakan manusia biasa yang


bertanggungjawab untuk melahirkan insan luar biasa yang bermodalkan ilmu pengetahuan
dan norma-norma kemanusiaan yang positif. Guru memikul tugas dan tanggungjawab yang
besar kepada masyarakat kerana kepada merekalah disandarkan harapan dan impian untuk
melahirkan individu yang mempunyai modal insan kelas pertama. Tun Dato Abdullah Ahmad
Badawi juga pernah tampil dalam Seminar Nasional Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan
ke-13 dan menyuarakan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa modal insan yang
berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan. Guru perlu sedar bahawa
tugas sebagai penjana modal insan tidak semudah yang disangka. Walau bagaimanapun,
sebagai seorang guru yang berkaliber dan berpendidikan, kita perlu keluar daripada

1
[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

kepompong pemikiran kita yang cetek dan dangkal yang beranggapan bahawa tugas warga
pendidik ini sekadar menghabiskan masa dengan sesi pembelajaran. Mari kita membuka
ruang pemikiran kita untuk menerobos peranan warga pendidik ini dengan lebih jauh kerana
para pelajar ini perlu dibentuk dengan sebaik yang mungkin.

Menurut [CITATION Sye14 \l 17417 ] menyatakan bahawa tugas sebagai seorang


guru untuk menjana modal insan kelas pertama bukan sahaja menagih komitmen yang
tinggi tetapi juga menuntut kepada pengorbanan yang berterusan termasuk semangat untuk
berhadapan dengan asam garam mendidik pelajar yang diwarnai dengan karenah yang
pelbagai. Strategi Pembangunan Modal Insan yang seimbang yang bakal saya coretkan
dengan lebih terperinci dalam bahagian yang lain merupakan matlamat yang perlu
dilaksanakan dan diperkasakan dalam diri setiap pelajar. Hal ini kerana ciri-ciri modal insan
yang wajar diterapkan merangkumi aspek jasmani yang sentiasa dalam keadaan sihat dan
bersedia untuk menerima sebarang arahan, emosi yang mampu ditangani dan disesuaikan
berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan, rohani yang ditarbiyah dengan kukuh dan kental,
intelek yang sentiasa berkembang mengikut arus peredaran zaman dan yang terakhir ialah
sosial yang harmoni dan mampu mengadaptasi diri dengan masyarakat sekeliling.

Sebagai seorang guru, jalan kerja yang telah digarisan dalam Falsafah Pendidikan
Guru perlu dipatuhi kerana tindakan tersebut pastinya membuka jalan untuk warga pendidik
mencapai matlamat pendidikan di negara kita sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan secara tidak langsung, modal insan kelas pertama juga
pastinya dapat dibangunkan. [ CITATION Rob01 \l 17417 ] menyatakan bahawa setiap insan
yang dilahirkan di dunia ini ibarat kain putih tanpa sebarang kekotoran. Ini bermakna
peribadi dan cara kehidupannya kelak bakal ditentukan oleh pendidikan yang diperoleh
samada secara formal iaitu di peringkat sekolah dan institut ataupun secara tidak formal iaitu
pendidikan yang diperoleh daripada persekitaran.

Kesimpulannya, peranan seorang guru dalam membina modal insan berdasarkan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam konteks Malaysia
boleh dirumuskan sebagai tanggungjawab yang digalas oleh warga pendidik untuk
menterjemahkan usaha yang telah dirangka dalam bentuk pelaksanaan ke arah membina
modal insan yang berkualiti dari segenap aspek berlandaskan kepada FPK dan FPG di
Malaysia

2
[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

3.0 PERANAN GURU DALAM PENEKANAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN


BERDASARKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Komponen perdana yang perlu diketengahkan sebagai peranan yang wajar diberi
perhatian oleh seorang guru untuk membina modal insan yang berkualiti ialah membentuk
personaliti unggul dan membina kepimpinan yang kental dalam diri guru itu sendiri.
Marcapada kini, impian untuk menjadi seorang guru bukanlah satu perkara yang boleh
dianggap enteng kerana pencapaian akademik adalah salah satu cabang penilaian yang
bakal menentukan hala tuju seseorang. Namun begitu, wajarkah kita sebagai seorang guru
tampil di hadapan para pelajar yang hanya bermodalkan celik literasi yang mantap namun,
berlatar belakangkan akhlak dan tingkah laku yang negatif? Holmes Group telah
mengutarakan pendapat dengan menyatakan bahawa kualiti pendidikan di peringkat
sekolah tidak mampu ditingkatkan sebelum usaha untuk meningkatkan kualiti diri guru dari
segenap sudut aspek dilaksanakan dan diperkasakan. Guru berperanan penting untuk
menyediakan suasana yang kondusif sebagai langkah merangsang minat para pelajar di
sekolah. Menurut [CITATION Norua \l 17417 ] dalam bukunya yang berjudul Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia, antara elemen penting yang ditekankan dalam prinsip Kemahiran
Bersepadu Sekolah Rendah ialah suasana bilik darjah yang dapat merangsang murid untuk
belajar.

Tambahan pula, usaha untuk membangunkan modal insan yang seimbang bukan
sahaja tertumpu kepada pemantapan dari sudut emosi, rohani dan intelek semata-mata
bahkan, potensi para pelajar perlu dikembangkan dari aspek jasmani dan sosial. Hal ini
kerana elemen-elemen seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial merupakan ramuan
yang melengkapi antara satu sama lain ibarat isi dengan kuku untuk menghasilkan satu
acuan berkesan yang mampu memberikan implikasi positif terhadap seseorang individu.
Menurut [CITATION Sye10 \l 17417 ] dalam bukunya yang berjudul Budaya dan
Pembelajaran telah menyatakan bahawa peningkatan profesionalisme keguruan dalam bilik
darjah dilihat dapat mencorak kualiti pengajaran dan perkembangan murid termasuklah
perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Sebenarnya, usaha ini telah dirangka dan dilaksanakan dengan cukup rapi pada peringkat
sekolah baik peringkat Sekolah Rendah mahupun peringkat Sekolah Menengah iaitu
menerusi matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Guru memainkan peranan yang cukup penting untuk mengenal pasti bakat dan
potensi dalam diri pelajar seterusnya diasah dan dicungkil secara berkesan di samping
pendedahan terhadap bidang akademik juga tidak diketepikan. Fenomena ini dapat dilihat
apabila kita melemparkan pandangan kita terhadap beberapa polemik yang terpampang di

3
[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

dada akhbar pada masa kini yang giat menulis berkaitan dengan isu mencungkil bakat
terpendam dalam diri anak watan kita seperti laporan yang dikemukakan oleh [ CITATION
Sit14 \l 17417 ] dalam akhbar Harian Metro berjudul Cungkil bakat anak yatim bertarikh 13
Mei 2014. Aktiviti sedemikian juga wajar untuk dijalankan secara berterusan di peringkat
sekolah. Sementelahan itu, latihan secara profesional pada masa yang sesuai perlu
dirangka dan digiatkan dari masa ke semasa agar bakat mereka dapat ditonjolkan untuk
dipersembahkan di peringkat yang lebih berprestij tinggi. Hal ini juga selaras dengan
anjakan ketiga yang telah dirangka dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
melahirkan masyarakat yang mampu menghayati nilai untuk diaplikasikan dalam kehidupan
seharian.

Akhir Sekali, guru juga berperanan untuk mendedahkan para pelajar dengan aktiviti-
aktiviti yang dapat menyemai dan membentuk personaliti unggul dalam diri mereka agar
nilai-nilai kepimpinan, pergaulan dan penampilan mampu diterapkan bermula dari akar
umbinya lagi. Usaha ini juga merupakan salah satu modus operandi yang efektif untuk
melihat sejauh mana para pelajar dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan secara amali
berdasarkan pembelajaran teori di dalam bilik darjah. Setiap manusia mempunyai personaliti
diri yang berbeza namun, tahap kemampuan untuk terus membangun menjadi seorang
pelajar yang berpersonaliti unggul perlu dikembangkan. [ CITATION DrF14 \l 17417 ]
menyatakan bahawa personaliti setiap manusia adalah berbeza melihat kepada sifat-sifat
khusus yang ditonjolkan seperti cara berfikir, beraksi dan beremosi.

4
[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

4.0 AHLI FALSAFAH DAN PEMIMPIN NEGARA YANG TELAH MEMBERI SUMBANGAN
DAN MENGAMALKAN KERJA GURU SEBAGAI IBADAH

Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad

Pemiik nama Zaba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad
dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri
Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907.
Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge. Beliau
pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru. Di antara
karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu
dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan
tatabahasa Bahasa Melayu.

Salah satu sumbangan Zaba ialah dalam sistem ejaan Melayu. Minat beliau
terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa Melayu
merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul
senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliau telah
menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan
Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "Pan-Malayan
Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan
sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.
Zaba tidak hanya menumpukan minatnya terhadap bidang bahasa dan persuratan Melayu,
malah tulisan beliau melangkaui bidang lain seperti ekonomi, agama dan sikap orang
Melayu sendiri. Beliau menulis tentang kemiskinan dan menyentuh mengenai cara
mengatasi ekonomi masyarakat Melayu ketika itu. Di sinilah terletaknya ketegasan dan
kebolehan beliau sebagai seorang nasionalis. Beliau meninggal dunia pada 23 Oktober
1973 ketika berusia 78 tahun.

Sumbangan beliau sangat besar ertinya, Zaba ialah sumber ilham dalam dunia
pendidikan Melayu dan Arab. Beliau diibaratkan sebagai sebuah pelita yang mengerdip
dalam kegelapan kemiskinan dunia pendidikan orang-orang Melayu ketika zamannya.
Jelaslah bahawa, beliau merupakan seorang yang mengamalkan kerja guru sebagai ibadah
dan sepatutnya menjadi contoh tauladan kepada pendidik nusa bangsa.

5
[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

AMINUDDIN BAKI

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 januari 1926 di Chemor, Perak. Beliau menerima
pendidikan awal di sekolah Melayu kemudian meneruskan pelajaran di Sekolah Anderson,
Ipoh. Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941. Sekitar tahun
1945 hingga 1946, beliau mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar. Beliau sangat
kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945
di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Ekoran daripada itu, Aminuddin telah menubuhkan
Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf
(PERMI) pada bulan April 1946.

Selepas menamatkan pengajian beliau di University of London pada bulan julai 1953
dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan. Pulang ke tanah air,
beliau ditawarkan menjawat jawatan pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung
Malim. Sumbangan terbesar beliau kepada para pelajar adalah dengan memperkenalkan
mata pelajaran Sejarah Islam. Pada bulan September 1955, Aminuddin telah terlibat dalam
menyediakan Laporan/Penyata Razak. Pada tahun 1960, beliau telah dipilih sebsagai ahli
jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman Talib. Syor-syor dalam kedua-
dua laporan tersebut telah banyak mengubah sistem pendidikan di Malaysia dan telah
digunakan sehingga hari ini. Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1965 ketika berusia
39 tahun.

Dengan itu, negara kita telah kehilangan permata negara yang telah membuka
minda anak bangsa dan namanya telah tercatat bersama tokoh-tokoh pendidik negara yang
telah banyak berkorban untuk pembentukan negara bangsa. Oleh hal demikian,bakal guru
haruslah mencontohi beliau supaya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang demi kemajuan negara kita pada masa hadapan.

6
[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

5.0 ISU-ISU DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari


Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya
mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur,kemudahan
pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkan peluang pendidikan berjaya
mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat
pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Pencapaian orang melayu dalam bidang sains dan teknologi adalah jelas bahawa
bilangan pelajar Melayu di bangku sekolah, bahkan juga lepasan SPM yang cemerlang
dalam bidang sains dan teknologi amat kurang sekali. Antara masalah yang telah pun
dikenalpasti ialah terlalu kurangnya guru siswazah dalam bidang sains dan matematik di
sekolah peringkat menengah. Guru siswazah yang ada lebih ramai yang berkelayakan
sastera (kira-kira 70 80 peratus). Sudah tentulah guru siswazah berkelayakan sastera tidak
mampu menghasilkan pelajar yang mahir dalam bidang sians dan matematik. Sedangkan
kerajaan ingin menyediakan pelajar sains dan sastera dengan nisbah 60:40 antara
sains:sastera. Sepatutnya kita menyediakan guru siswazah berkelayakan sains sebanyak 60
peratus dan yang berkelayakan sastera sebanyak 40 peratus. Hal ini demikian, sesuai
dengan peraliran zaman globalisasi ini yang memerlukan pemikiran generasi muda yang
celik teknologi untuk mempertingkatkan tahap kemajuan negara kita dan seterusnya dapat
bersaing dengan negara-negara yang mempunyai tahap kemajuan teknologi yang tinggi.

Penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan matematik telah
mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana penggunaan bahasa asing bukan
sahaja merosakkan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ilmu, tetapi turut
memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di luar bandar. Mereka belajar melalui medium
yang mereka tidak faham. Komunikasi tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi
kesan yang buruk. Selain daripada itu, isu-isu berkaitan pendidikan juga turut melibatkan
penggunaan internet. Era dunia tanpa sempadan atau globalisasi telah memudahkan
maklumat diperoleh dengan cepat dan berkesan melalui internet atau laman-laman web dan
sebagainya melalui komputer. Implikasinya, isu-isu moral semasa khususnya isu-isu yang
membabitkan nilai-nilai sosial menjadi begitu kompleks dan menjadi sukar untuk
diselesaikan. Fenomena ini disebabkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang ingin
diterapkan bercanggah dengan nilai-nilai di Barat atau negara-negara maju yang lain.

7
[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kesimpulannya, tanggungjawab sistem pendidikan adalah untuk menyediakan


generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat
menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal,tujuan dan
matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan
haruslah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,memperkukuh, dan
mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi
masyarakat hari ini agar sistem pendidikan negara kita mampu menyumbang ke arah
kemajuan ekonomi yang mantap.

6.0 RUMUSAN

Justifikasinya, modal insan kelas pertama yang berkualiti dapat dibentuk apabila
usaha yang dijana oleh seorang guru itu merupakan usaha yang berterusan bukan seperti
melepaskan batuk di tangga yang pasti memberi implikasi negatif kepada pembentukan
negara bangsa pada masa akan datang. Hal ini kerana para pelajar yang duduk di hadapan
kita pada hari merupakan wajah-wajah yang bakal mengemudi bahtera pentadbiran negara
pada masa akan datang dan cara pelaksanaan mereka akan ditentukan bermula pada hari
ini. Perkara ini juga bertepatan dengan saranan yang telah dikemukakan oleh Mantan
Perdana Menteri kita iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau membentangkan
Rancangan Malaysia ke- 9 di Parlimen. Menurut beliau, guru merupakan tulang belakang
yang berperanan untuk melahirkan para pelajar yang bercirikan modal insan seimbang dari
aspek akedemik dan juga akhlak.

Secara keseluruhannya, bukan pendidik sahaja yang memainkan peranan tetapi


semua pihak perlu menggembleng satu usaha yang padu kerana bulatnya air itu kerana
pembentung dan bulatnya masyarakat itu kerana muafakat untuk memastikan impian yang
telah kita bina mampu menjadi realiti, bukan sekadar fantasi yang hanya hanyut dibawa arus
masa. Perkara ini juga jelas ditegaskan PPPIM pada anjakan yang kesembilan iaitu warga
guru perlu berkolaberasi dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas agar
segala perancangan dapat diajlankan dengan lebih terancang. Sebagai rakyat Malaysia, kita
perlu faham dan menghayati roh perlembagaan negara dan kontrak sosial yang
diamalkan di negara ini. Walaupun masing-masing memahami kita adalah warganegara
penuh tanpa berkelas-kelas, kita juga wajar menilai diri kita untuk mengetahui di mana
bumi kita pijak dan di mana langit kita junjung. Jangan disebabkan emosi dan percanggahan
pendapat, kita meruntuhkan tembok yang selama ini kina bina bersama di bawah satu
lembayung pemerintahan.

8
[Pick the date] [EDUP3013 FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

7.0 RUJUKAN

Portal Rasmi Kementerian. (2014). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:


http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
diakses pada 14 julai, 2015

Hamzah, R. K. (2001). Pengurusan Diri. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.

Hoo, C. S. (2011). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015:


http://www.slideshare.net/chonseong138/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-
20132025ringkasan diakses pada 15 Julai, 2015

Miskon, S. I. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Miskon, S. I. (2014). Pengantar Pengajian Profesionalisme. Selangor Darul Ehsan:


Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mustafa, S. I. (n.d.).

Noriati A. Rashid, L. K. (2014 edisi kedua). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor
Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rashid, N. A. (2014). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Saari, N. H. (2014). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.


Transformasi Profesion Perguruan Negara:
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/8557-pelan-pembangunan-
pendidikan-malaysia-pppm-2013-2025-transformasi-profesion-perguruan-negara
diakses pada 10 julai, 2015

Sahib, S. Z. (13 Mei, 2014). Harian Metro. Cungkil Bakat Anak Yatim, p. 28.

(2004). Sumbangan Pemikiran Za'ba Dalam Pelanjutan Tradisi Linguistik. In A. Sariyan.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shukur, D. F. (2014). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai