Anda di halaman 1dari 6

Sekolah Kebangsaan Dato Idris

71500 Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan

KERTAS CADANGAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

EKSPLORASI JIWA MERDEKA,


REHATKAN MINDA,
HARGAI KHAZANAH NEGARA

TARIKH : 29 SEPTEMBER 1 OKTOBER 2016


HARI : KHAMIS SABTU
TEMPAT : PULAU PINANG
Sekolah Kebangsaan Dato Idris
71500 Tanjong Ipoh, Negeri Sembilan

KERTAS CADANGAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


_____________________________________________________________________

1. NAMA PROGRAM
Eksplorasi Jiwa Merdeka, Rehatkan Minda, Hargai Khazanah Negara

2. TEMPAT DILAWATI
Pulau Pinang

3. TARIKH LAWATAN
29 September 1 Oktober 2016

4. RASIONAL

4.1 Lawatan ini diadakan atas dasar menyahut seruan kerajaan


agar murid-murid dapat menghargai sejarah dan menanamkan
sikap cinta akan tanah air.

4.2 Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran secara


tidak langsung dalam membentuk dan membantu
memperkayakan pengetahuan murid.

4.3 Merangsang minda murid agar berani meneroka ilmu baru


yang bakal diperoleh.

5. OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk:

5.1 Mendapatkan ilmu tentang khazanah negara.

5.2 Membina keseimbangan intelek, jasmani, emosi dan rohani


semasa lawatan.

5.3 Merehatkan minda dengan cara yang berilmu.

6. PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


( Rujuk Lampiran A )

7. JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi : Encik Sabirin Bin Ishak


Naib pengerusi : Encik Ramdzan Bin Awang Kechik
Setiausaha : Puan Nor Azizah Binti Abd Aziz
Bendahari : Puan Nor Azizan Binti Mohamed Judi

8. JADUAL LAWATAN ( Rujuk Lampiran B )

9. KUMPULAN SASARAN
Murid-murid tahap dua, SK Dato Idris.

10. PENUTUP

Program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada
murid-murid tahap dua SK Dato Idris. Melalui program ini juga murid diberi
pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-
sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan
sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi
manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

(PN NOR AZIZAH BINTI ABD AZIZ) (ENCIK SABIRIN BIN ISHAK)
Setiausaha, Guru Besar,
Lawatan Sambil Belajar Sekolah Kebangsaan Dato
Idris
Sekolah Kebangsaan Dato Idris
LAMPIRAN B
JADUAL LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PULAU PINANG

29 SEPTEMBER 1 OKTOBER 2016


KHAMIS SABTU

Tarikh Masa Aktiviti


3.00 Ptg - Bertolak ke Pulau Pinang
29 SEPTEMBER 9.00 Mlm - Tiba di Pulau Pinang
2016 - Daftar masuk penginapan
KHAMIS - Rehat
7.30 Pg - Sarapan pagi
9.00 Pg - Melawat Muzium Perang
12.30 Tgh Hari - Melawat Masjid Kapitan Keling
30 SEPTEMBER - Makan Tgh Hari / Solat / Rehat
2016 2.30 Ptg - Melawat Muzium Negeri
JUMAAT 4.30 Ptg - Bersiar-siar sekitar bandar Penang
8.30 Mlm - Makan Malam di Persiaran Gurney
10.00 Mlm - Rehat / Tidur
7.30 Pg - Sarapan pagi
9.00 Pg - Melawat Bukit Bendera
1 OKTOBER 2016 12.00 Tgh Hari - Melawat Rumah Kelahiran P. Ramlee
SABTU 1.00 Ptg - Bertolak pulang ke SK Dato Idris
- Makan Tgh Hari & Solat di RNR Tapah
7.00 Ptg - Tiba di SK Dato Idris
# Sebarang pindaan / perubahan adalah tertakluk kepada keadaan
semasa program dilaksanakan.

LAMPIRAN A

ANGGARAN SUMBER KEWANGAN PROGRAM

MURID 40 Orang X RM 150 = RM 6000


GURU 4 Orang X RM 150 = RM 600

JUMLAH = RM 6600

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

Anggaran perbelanjaan program adalah sebanyak RM 150 untuk seorang


murid dan guru. Anggaran perbelanjaan program adalah termasuk :
1. Bas & Penginapan RM 5500.00
2. Tiket-tiket masuk ke tempat lawatan RM 800.00
3. Lain lain (Kecemasan) RM 300.00

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO IDRIS


71500 TANJONG IPOH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEL: 06-4887342/FAX: 06-4887320

Rujukan : SKDI/700/11 ( 01 )
Tarikh : 3 Ogos 2016

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato' Hamzah
Karung Berkunci No. 6
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
(U/P : Unit Perhubungan Dan Pendaftaran)

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN


DATO IDRIS
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Bersama-sama ini disertakan 6 salinan Borang Permohonan yang telah diisi untuk makluman dan
tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(ENCIK SABIRIN BIN ISHAK)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Dato Idris

s.k.
1. Fail Sekolah
2. Fail Lawatan

Anda mungkin juga menyukai