Senarai Penanda Wacana
Senarai Penanda Wacana
Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang
lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan
dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian,
saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi.
Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan
penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah
untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk
menerangkannya.
Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) ............ dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,