Anda di halaman 1dari 12

1.

Rasional:

Aktiviti perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan ko- kurikulum di sekolah. Melalui
aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta
dipupuk dengan sifat mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi. Aktiviti perkhemahan juga
mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung
memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing masing. Seterusnya, perkhemahan yang
dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu , secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para
peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing masing. Misalnya dengan
menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat pengetahuan tentang flora dan fauna ,
tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi
kemahiran ikhtiar hidup dalam keadaan terdesak serta mencabar

2. Latar Belakang :

Dengan rasional di atas. JK Teknikal TKRS Daerah Jelebu akan menganjurkan Kursus Kenaikan Pangkat
Tunas KRS dan Pentauliahan Pegawai KRS Daerah Jelebu dengan hasrat memberi peluang kepada pelajar
menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita cita melahirkan generasi pelajar
yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi jasmani, emosi , Rohani dan Intelek. Program ini
juga diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi di
kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina dan
mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah
bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu.

3. Matlamat:

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,maka
program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada
kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama. Untuk membantu
merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah bertujuan unuk
melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta
berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui
aktiviti yang dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman
perlunya mengamalkan prinsip prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi,
membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan
mencintai nilai nilai budaya bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.
4. Nama Program:

Kursus Kenaikan Pangkat TKRS dan Pentauliahan Pegawai KRS Sesi 1/2017

5. Objektif:

5.1 Melaksanakan ujian kenaikan pangkat bagi Lans Kopral dan Kopral (TKRS)

5.2.Melaksnakan pentauliahan untuk pegawai KRS yang baru dan lt muda (KRS) serta melaksanakan
aktiviti TOTuntuk pegawai KRS

5.3 Mendedahkan para peserta kepada aspek aspek asas perkhemahan.

5.4 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

5.5 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin

5.6 Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

5.7 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan latihan lasak dan mencabar.

5.8 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing masing dalam bidang
kesenian dan kebudayaan

5.9 Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun rukun beragama dan kehidupan
bermoral

6. Konsep Pelaksanaan:

Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui aktiviti. Untuk


mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur
berikut:-

6.1 Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.

6.2 Penerapan nilai nilai murni kemanusiaan.

6.3 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi

6.4 Pengukuhan disiplin kendiri

6.5 Pengukuhan disiplin berpasukan

6.6 Pengukuhan keimanan dan ketakwaan

6.7 Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi


6.8 Penyemaian ciri ciri kepimpinan berwibawa.

6.9 Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif dan harmonis

6.10 Memupuk cita- cita kerjaya melalui aktiviti rekreasi dan reka cipta.

7.Aktiviti :

Aktiviti yang akan diadakan akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu aktiviti tanpa pertandingan dan
aktiviti pertandingan.

SENARAI AKTIVITI

Larian Senaman Pagi

Kuliah Maghrib / Subuh

Istiadat Pagi

Komunikasi

Gotong royong

SENARAI AKTIVITI KENAIKAN PANGKAT

Aktiviti Integrasi

Aktiviti Kemahiran

Aktiviti Rekacipta & Inovasi

Ujian Kenaikan Pangkat

8. Ketetapan dan pelaksanaan:-

8.1 Tarikh :

8.2 Hari : Jumaat hingga Ahad

8.3 Tempat : Kawasan Sekolah Kebangsaan Petasih (B) atau Perkarangan Jabatan Pertahanan Awam
Jelebu

9. Majlis Perasmian Penutup

a) Tarikh : 31 Oktober
b) Hari : Ahad

c) Masa : 9.00 pagi

d) Tetamu Kehormat : PPD jempol & Jelebu

10. Maklumat Penyertaan:-

Setiap sekolah akan diwakili oleh semua pelajar tahun 4, 5 dan 6 . Anggaran bilangan peserta
perkhemahan ialah seramai 150 orang.

BIL SEKOLAH PEGAWAI PESERTA JUMLAH CATATAN


L P L P L P
SK PETASIH (B) 2 2 2 2 4 4
SK UNDANG JELEBU 2* 2 2 2 4 4
SK KUALA KLAWANG 1* 1 2 2 3 3
SK PUTRA 1 1 2 2 2 2
SK KAMPAI 1 1 2 2 2 2
SK SIMPANG DURIAN 2* 1 2 2 2 3
SK PASOH 3 2* 1 2 2 2 3
SK DURIAN TIPUS 2* 2* 2 2 4 4

11. Jawatankuasa Induk Perkhemahan Badan Uniform 2015

penasihat : Pegawai Pelajaran Daerah Jempol & Jelebu

Pengerusi:

Naib Pengerusi :

Naib Pengerusi 3 :

Naib Pengerusi 2 :

Setiausaha :

AJK

Guru Besar SK yang terlibat

Mej (KRS) Norzaman Abu Hassan- Pegawai Tadbir TKRS Daerah Jelebu

Kpt (KRS)Hairul Wagiman

Lt (KRS) Mohd Hafizi Asmarani


Kpt (KRS) Amirudin Hassan

12. Makanan Peserta dan Guru

Disediakan oleh Penganjur dan kos ditanggung oleh sekolah terlibat

13. Jadual Perkhemahan

Rujuk Lampiran 1

14.Peraturan tetap perkhemahan:

a) Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau
penjaga

b) Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa menyertai
perkhemahan.

c) Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan
untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan dilayan.

d) Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan, kecuali dengan kelulusan
kem komandan atau guru bertugas.

e) Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh digunakan sebagai
senjata adalah dilarang

f) Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas atau barang barang lain yang
berharga , termasuklah peralatan elektronik

g) Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan kawasan larangan yang ditandakan
atau ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaaan termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau
pegawai bertugas dan kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.

h) Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke
semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti aktiviti di sepanjang perkhemahan.

i) Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang membuang sampah merata-rata dalam
kawasan perkhemahan dan.

j) Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

k) Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur.

l) Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan oleh kem
komandan.
m) Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas
jam 12.00

n) Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa


kesemasa jika difikirkan perlu.

15. Harapan:
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga, sokongan
dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu.
AKTIVITI PERKHEMAHAN-PERTANDINGAN

AKTIVITI INTEGRASI

Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi

Aktiviti ini merupakan aktiviti berbentuk sukaneka. Setiap ahli pasukan diwajib menyertai aktiviti ini
untuk mengumpul markah pasukan. Penyertaan akan ditandakan dalam Kad Penyertaan Aktiviti yang
disediakan. Markah akan dijumlahkan menurut ahli kumpulan. Markah terkumpul akan dijumlahkan
untuk mencari JUARA bagi aktiviti perkhemahan.

AKTIVITI INTEGRASI BAHAGIAN 1

SUMPITAN

Peserta dibekalkan dengan straw minuman dan kacang hijau

Setiap peserta diberikan 3 cubaan untuk menjatuhkan sasaran. Setiap sasaran akan ditandakan
dengan markah tertentu dan peserta bebas memilih sasaran.

Setiap kumpulan diberikan peruntukan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini

BEDIL BULUH

Peserta dibekalkan dengan bedil buluh, surat khabar yang telah direndam sebagai peluru serta
sasaran yang ditandakan dengan markah

Setiap peserta diberikan 3 cubaan untuk menjatuhkan sasaran. Setiap sasaran akan ditandakan
dengan markah tertentu dan peserta bebas memilih sasaran.

Setiap kumpulan diberikan peruntukan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini

MEMASUKKAN BOLA PING PONG DALAM BEKAS TELUR

Peserta dibekalkan dengan 3 biji bola ping pong dan bekas telur

Setiap peserta diberikan 3 cubaan untuk memasukan bola ping pong ke dalam bekas telur
dengan cara melantunkan bole ke lantai untuk memasukkan bola ke dalam bekas telur

Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini

MEMASUKKAN AIR KE DALAM BOTOL

Setiap kumpulan diberikan sebiji baldi kecil, tali pengikat bungkusan dan botol mineral

Setiap kumpulan dikehendaki menggunakan tali untuk mengangkat baldi yang berisi air tanpa
memegang baldi dan memasukkan air ke dalam botol
Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini

AKTIVITI INTEGRASI BAHAGIAN 2

MASA: 11.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

SIMPULAN

Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat 2 simpulan dan soalan akan diberikan secara rawak
menerusi kad yang disediakan.

Setiap ahli diberikan masa 1 minit untuk menyelesaikan dua jenis simpulan

Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini

PERTOLONGAN CEMAS

Setiap ahli kumpulan dikehendaki membuat 1 jenis balutan dan soalan akan diberikan secara
rawak menerusi kad yang disediakan.

Setiap ahli diberikan masa 3 minit untuk menyelesaikan dua jenis simpulan

Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini

MEMINDAHKAN BEBAN

Setiap kumpulan dikehendaki memindahkan beban berupa hos pemadam api dari stesyen A ke
B ke C

Tugasan dilakukan secara bergilir-gilir

Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini

KIM GAMES

PANDANGAN

Satu kelompok barangan akan diletakkan ke dalam bekas yang tertutup. Setiap kumpulan akan
diberi masa 1 minit untuk melihat dan mengingat barangan yang diberikan kemudian mencatat
barangan tersebut

Kumpulan terbanyak mengingat barangan yang dipamerkan dikira menang

Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini


PENDENGARAN

Satu jenis barang akan diketuk untuk mengeluarkan bunyi. Setiap kumpulan akan diberi masa 1
minit untuk mendengar dan mencatat bunyi barangan yang didengar

Markah berdasarkan banyak bunyi benda yang tepat tekaannya

Setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menyelesaikan bahagian ini

PERTANDINGAN

PERTANDINGAN MENCIPTA SORAKAN SEMANGAT (CHANT)

Setiap kumpulan diminta mencipta satu sorakan semangat bersesuaian dengan sekolah

Setiap lagu sorakan semangat tidak kurang dari 3 minit dan tidak lebih dari 5 minit

Sorakan semangat hendaklah disertakan dengan gaya yang sesuai dan bertujuan menaikkan
semangat pasukan

Peralatan sokongan seperti gendang dan sebagainya boleh digunakan dan tidak lebih dari 4 jenis
alat

PERTANDINGAN MENGUBAH SEMULA LIRIK LAGU

Setiap kumpulan boleh memilih sebarang jenis lagu dan liriknya perlu diubah menjadi lagu
berbentuk patriotic/menaikkan semangat pasukan

Minus One boleh digunakan sewaktu persembahan

Masa persembahan 5 minit

PERTANDINGAN MEMASANG MODEL KERETA (PUTERI )

Setiap kumpulan diwakili 4 orang dan dikehendaki memasang model kereta

Masa diperuntukkan 1 jam

Peserta juga akan diuji nama dan fungsi komponen model kereta

PERTANDINGAN MENJAHIT KEY CHAIN DAN MEMBUAT BEKAS TELUR (PUTERA)

Setiap kumpulan akan diwakili oleh 4 orang dan dikehendaki menyiapkan key chain dari kain
flannel dan bekas telur dari botol mineral

Masa diperuntukkan 1 jam


PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM

SK UNDANG JELEBU

(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)

Nama Pelajar:

Kumpulan:

Tahun:

BIL ACARA T/TGN MARKAH

1 SUMPITAN

2 BEDIL BULUH

3 BOLA PING PONG

4 MEMASUKKAN AIR DLM BOTOL


5 SIMPULAN

6 PERTOLONGAN CEMAS

7 MEMINDAH BEBAN

8 KIM GAMES

9 SORAKAN KUMPULAN (CHANT)

10 LAGU PATRIOTIK

Anda mungkin juga menyukai