Anda di halaman 1dari 30

PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT

SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

ALAT-ALAT PEMADAM API.

Alat Pemadam Api jenis mudah alih dibahagikan kepada 5 kategori mengikut kandungan media
pemadaman seperti berikut :-
1. Air
2. Bueh
3. Debu Kering
4. Halon
5. Karbon Dioksida

Biasanya alat pemadam api bertindak apabila gas bertekanan yang disimpan dibahagian sebelah
atas tabung menolak media pemadaman keluar dari tabung melalui hos dan nozel. Tekanan yang
diperlukan dihasil oleh salah satu cara berikut :

a) Tindakan Kimia
Dua atau lebih bahan kimia bertindak balas antara satu sama lain untuk menghasilkan gas
expellent apabila alat pemadam api bertindak ( jarang digunakan sekarang ).

b) Gas Cartridge
Tekanan yang diperlukan dihasil oleh mampatan atau gas cecair yang dilepaskan daripada
cartridge yang terletak didalam tabung alat pemadam api.

c) Stored Pressure
Gas expellent yang bertekanan disimpan didalam tabung alat pemadam api bersama
media pemadaman. Bagi alat pemadam api jenis karbon dioksida, gas expellent itu juga
bertindak sebagai media pemadaman.
Secara ringkasnya, alat pemadam api jenis mudah alih dapat dikelaskan mengikut
kandungan dan cara tindakan seperti dalam jadual 4.1.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 1 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Jadual 4.1

Kandungan
Tindakan
Air Bueh Debu Halon CO₂

Kimia  
Gas
  
Cartridge
Stored
    
Pressure

PRESTASI ALAT PEMADAM API

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 2 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Kehendak-kehendak utama dari segi prestasi bagi alat pemadam api diterangkan seperti di bawah:

1) Jangka Masa Pengeluaran ( discharge )


Jangka masa pengeluaran yang minimum bagi setiap jenis alat pemadam api ditunjukkan
dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2

Kandungan media
pemadaman nominal Jangka masa pengeluaran minimum ( saat )
dalam tabung

Kilogram atau Liter Air Bueh Lain-lain

2 dan ke bawah 10 10 6

3 hingga 6 30 20 9

7 hingga 10 45 30 12

Lebih daripada 10 45 30 15

2) Jarak Pengeluaran
Alat Pemadam api jenis air dan bueh hendaklah berupaya untuk menghasilkan jet atau
pancutan tidak kurang daripada :
a) 4 meter jika tabung diisi lebih dari 2 liter.
b) 2 meter jika tabung diisi tidak melebihi 2 liter
c) Jangka masa minimum yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2

3) Sukatan Kandungan

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 3 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api perlu direka supaya apabila diisi penuh dengan media pemadaman dan
bertindak pada keadaan dengan media pemadaman dan bertindak pada keadaan yang
normal, sukatan kandungan bahan yang keluar dari tabung tidak boleh kurang daripada:
a) Air dan bueh - 95%
b) Debu Kering - 85%
c) Halon - 85%
d) Karbon Dioksida - 75%

Masa yang diambil untuk alat pemadam api bertindak dari mula sehingga media pemadaman
keluar dari nozel tidak melebihi 4 saat.

4) Kelas ( rating )
Kelas bagi alat pemadam api ditetapkan berdasar kepada keupayaannya untuk
memadamkan kebakaran api kelas A atau kelas B mengikut keputusan daripada ujian
kebakaran.

a) Api Kelas A
Memperuntukkan satu siri ujian kebakaran crib kayu bagi alat pemadam api yang
digunakan untuk memadam api kelas A ( bahan pejal ). Ukuran tinggi dan lebar
crib kayu berkenaan adalah sama, tetapi berbeza dari segi panjangnya. Alat
pemadam api dikatakan bertaraf kelas A berdasarkan kepada keupayaan untuk
memadamkan kebakaran crib kayu yang terpanjang, contohnya alat pemadam api
itu berupaya memadamkan kebakaran api kelas A hingga ukuran crib kayu 2.7
meter panjang.

b) Api Kelas B
Piawaian British menetapkan taraf api kelas B ( cecair ) berdasarkan kepada
keupayaan sesuatu alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran cecair
mudah terbakar didalam sebuah penakung yang terbesar. Taraf yang ditetapkan
itu adalah berkaitan dengan isi padu cecair ( bercampur dengan air ) didalam
penakung tersebut, contohnya alat pemadam api jenis ini boleh memadamkan

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 4 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

kebakaran didalam penakung yang mengandungi 34 liter campuran bahan bakar


dengan air.

c) Kelas api lain


Pada masa kini, tidak ada pengelasan khusus dari segi prestasi yang tidak
menetapkan pengelasan keupayaan untuk digunakan bagi api kelas C ( gas ) dan
api Kelas D ( logam ). Alat pemadam api jenis debu kering, halon dan CO ₂ adalah
sesuai bagi kebakaran melibatkan gas tetapi perlu berhati-hati kerana letupan
mungkin boleh berlaku. Alat pemadam api jenis air dan buih tidak sesuai bagi
kebakaran yang melibatkan peralatan elektrik kerana kedua-dua media ini boleh
mengalirkan elektrik.

5) Ciri-ciri dari segi prestasi.


Data bagi ciri-ciri prestasi pelbagai jenis dan saiz alat pemadam api ditunjukkan dalam
jadual 4.3.

6) Berat
Berat keseluruhan alat pemadam api ( termasuk kandungan ) tidak boleh melebihi 23 kg
kerana ia dianggap sebagai berat maksimum seseorang untuk membawa dan
menggunakan alat pemadam api dengan baik dan berkesan.

7) Tindakan mechanism
Alat pemadam api hendaklah bertindak dengan cara menembus, membuka atau
memecah satu alat penutup dengan tidak perlu membalikkannya seperti sesetengah alat
pemadam api yang lama. Perbezaan diantara alat pemadam api yang belum dan telah
digunakan hendaklah ketara. Alat pemadam api juga harus mempunyai satu alat untuk
menghalangnya daripada bertindak disebabkan oleh perbuatan yang tidak sengaja dan
satu alat untuk mengawal pengeluaran media pemadaman.
Jadual 4.3
kapasiti Kelas api

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 5 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Jenis alat
Berat Jarak Jangka masa
pemadam A B
kandungan pancutan pengeluaran
api
Liter Kg M S
Air 6 9-11 6 45 8 -
9 12-15 6 70 13 -
6 10-11 4 27 8 144
Bueh
9 14-16 4 45 13 183
Kg
1 1.5-2 3 8 5 34
2 3-1 4 10 13 55
Debu 3 5-6 4 10 13 113
Kering 4 7.5-8.5 5 10 21 144
6 9-11 5 12 34 183
9 14-16 6 15 43 233
12 18-20 6 20 55 296
1 1.5-3 2 8 - 21
Halon 2.5 3-5 3 10 5 55
( 1211 ) 3.5 5-7.5 5 11 5 9
7 10-12 6 13 8 144
1 3-6 2 9 - 21
Karbon 2 4.5-8 2 14 - 34
Dioksida 5 11-18 2 24 - 55
7 17-23 3 26 - 55

8) Hos dan Nozel


Alat pemadam api yang diisi dengan media pemadaman melebihi 3kg atau 3 liter harus
dilengkapkan dengan suatu hos dan nozzle pengeluaran yang panjangnya tidak kurang
daripada 80% daripada tabung alat pemadam api. Hos itu tidak boleh mengandungi
tekanan kecuali semasa alat pemadam api itu bertindak.

9) Tanda
Alat pemadam api perlu ditandakan dengan maklumat-maklumat seperti berikut :-

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 6 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

a) Perkataan “ ALAT PEMADAM API “


b) Media pemadaman
c) Jenis ( gas cartridge atau stored pressure )
d) Berat media pemadaman ( kg atau liter )
e) Kelas api ( A atau B ) dan taraf ujian yang dicapai.
f) Cara tindakan dan jarak pengeluaran bagi alat pemadam api jenis air dan bueh.
g) Piawaian British ( BS 5423 )
h) Lingkungan (range ) suhu bagi alat pemadam api dapat bertindak dengan
berkesan.
i) Tahun alat pemadam api dibuat.
j) Tekanan ujian dan tekanan kerja.
k) Sama ada alat pemadam api boleh diisi semula atau dibuang selepas digunakan.

10) Warna
Alat pemadam api diwarnakan keseluruhan atau sebahagiannya mengikut warna seperti
berikut untuk senang dikenali.
Media pemadaman Warna
Air Merah
Bueh Putih Kuning ( cream )
Debu Kering Biru Muda
Karbon Dioksida Hitam
Halon Hijau

Air Buih Debu Kering Halon


CO₂

PEMERIKSAAN
Jenis-jenis AlatDAN UJIAN
Pemadam

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 7 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

PEMERIKSAAN BERJADUAL
Alat pemadam api jenis gas cartridge boleh dikeluarkan cartridgenya untuk diperiksa dengan
menimbang kandungannya sama ada beratnya mencukupi atau tidak. Bagi alat pemadam api jenis
debu kering ( gas cartridge ), boleh juga ditimbang sebagai pemeriksaan tambahan. Alat pemadam
api jenis stored pressure tidak boleh dikeluarkan untuk diperiksa kerana ia dalam keadaan yang
bertekanan. Alat pemadam api karbon dioksida diperiksa dengan cara menimbang beratnya dan
alat pemadam api jenis stored pressure yang lain, mengikut jenisnya diperiksa seperti
cara berikut:-
a) Memeriksa tekanan dengan tolok tekanan atau manometer.
b) Menimbang untuk memeriksa jumlah kandungan media pemadaman didalam tabung.

PEMERIKSAAN, SERVICE DAN PENYELENGGARAAN TAHUNAN


Alat pemadam api hendaklah diperiksa oleh seseorang yang berkelayakan sekurang-kurangnya
setahun sekali. Orang yang menjalankan pemeriksaan perlu mengenal pasti dan menandakan alat
pemadam api yang didapati mengalami kerosakan. Pengguna hendaklah dinasihatkan untuk
membaiki kerosakan tersebut. Dicadangkan supaya alat pemadam api jenis soda asid, bueh kimia,
halon 1211 dan halon 1301 tidak lagi diguna pakai.

Ujian Pengeluaran
Semua alat pemadam api perlu menjalani ujian pengeluaran dalam masa 4 hingga 20 tahun
bergantung kepada jenis alat pemadam api yang digunakan.

Ujian Tekanan
Alat pemadam api jenis halon dan karbon dioksida harus menjalani ujian tekanan berkala. Ujian ini
dilakukan oleh pengusaha kilang atau syarikat yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan
ujian tersebut.

Pengisian Tabung
Alat pemadam api diisi semula selepas digunakan dengan secepat mungkin. Sesetengah alat
pemadam api perlu dihantar kepada pengusaha kilang atau pihak yang mempunyai kepakaran

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 8 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

untuk diisi semula, tetapi ada juga yang boleh dilakukan sendiri oleh pengguna dengan
berpandukan kepada arahan yang dikeluarkan oleh pengusaha kilang. Alat pemadam api yang
telah diisi semula perlu ditandakan dengan tarikh pengisian itu dilakukan.

ALAT PEMADAM API JENIS AIR

ALAT PEMADAM API JENIS SODA ASID

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 9 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Alat pemadam api jenis ini jarang digunakan sekarang dan telah digantikan dengan jenis air ( Gas
cartridge atau stored pressure). Kelemahan utama alat pemadam api jenis ini ialah bahan kimia di
dalam air yang keluar dari tabung boleh merosakkan bahan-bahan lain disekeliling.

ALAT PEMADAM API JENIS AIR ( GAS CARTRIDGE )


Alat pemadam api jenis ini mengandungi 9 atau 6 liter air dan gas expellent, biasanya CO ₂
disimpan dalam cartridge yang terletak didalam tabung alat pemadam api. Tekanan bertindak
( operation pressure ) ialah dalam lingkungan 10 bar. Rajah 4.3 menunjukkan jenis alat pemadam
api ini. Jika pin keselamatan atau plag dicabut dan mengenakan tekanan pada operating lever
akan menyebabkan pressure disc pada cartridge ditembusi, dalam masa yang sama control valve
akan terbuka. Gas yang dilepaskan mengenakan tekanan pada permukaan air dan menolak air itu
keluar dari tabung melalui hos dan nozel. Pengeluaran air boleh dikawal oleh operating lever.

Alat Pemadam Api jenis air ( Gas Cartridge )

ALAT PEMADAM API JENIS AIR ( STORED PRESSURE )


Reka bentuk alat pemadam api jenis ini adalah serupa dengan jenis gas cartridge dan mempunyai
kapasiti yang sama ( rajah 4.4 ). Perbezaannya ialah tabung alat pemadam api jenis stored
pressure diisi tekan ( pressurized ). Udara atau gas nitrogen dipam kedalam tabung melalui suatu

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 10 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

adaptor khas pada operating head sehingga tekanan mencapai lebih kurang 10 bar. Alat pemadam
api ini akan bertindak apabila pin keselamatan atau plug dicabut dan menekan operating lever. Ini
akan menyebabkan control valve terbuka dan membenarkan udara yang bertekanan menolak air
keluar dari tabung melalui hos dan nozel. Pengeluaran media pemadaman juga boleh dikawal oleh
operating lever.

Alat Pemadam Api jenis air ( Stored Pressure )

ALAT PEMADAM API JENIS BUEH

PENGENALAN

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 11 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Walaupun protein foam concentrate masih selalu digunakan untuk foam making branch yang besar
tetapi alat pemadam api jenis bueh kebanyakkan menggunakan aqueous film-forming foam
( AFFF) concentrate. Biasanya terdapat dua cara untuk menghasilkan bueh dalam alat pemadam
api mudah alih :
a) Tindak balas kimia.
b) Self-aspirations bagi larutan bueh melalui branch pipe.

Perkembangan terbaru ialah menggunakan alat pemadam api jenis fluoroprotein film-forming
( FFFP ) untuk memadamkan api kelas A dan B, termasuk juga api yang melibatkan bahan polar
( alcohol ) iaitu kebanyakkan alat pemadam api jenis bueh yang lain tidak berfungsi dengan
berkesan.

ALAT PEMADAM API JENIS BUEH KIMIA


Jenis alat pemadam api ini kebanyakkan telah digantikan dengan jenis yang lebih baru dan
berkesan. Tindak balas kimia di dalam tabung menghasilkan bueh yang mengandungi gelembung
CO₂ dan tekanan gas itu sendiri menyebabkan media pemadaman itu dikeluarkan dari tabung.

ALAT PEMADAM API JENIS SELF-ASPIRATING


Larutan bueh disimpan dalam sebuah bekas yang biasanya mempunyai muatan 6 atau 9 liter dan
dikeluarkan sama ada dengan cara menggunakan gas cartridge CO₂ ( rajah 4.5 ) atau mampatan
udara atau nitrogen. Dalam kedua-dua kes itu, larutan bueh dipaksa keluar melalui hos dan
branch yang direka khas. Biasanya tekanan bertindak ( operating pressure ) pada 10 bar. Cara
tindakannya ialah sama ada menggunakan pengetuk ( striker ) atau lever untuk menembus gas
cartridge pressure disc atau, bagi jenis stored pressure, menekan lever untuk membuka valve
( rajah 4.6). Alat pemadam api yang bertindak dengan cara menggunakan pengetuk tidak boleh
dikawal pengeluarannya.
ALAT PEMADAM API JENIS NON-ASPIRATING AFFF
Biasanya bertindak dengan cara menggunakan gas cartridge dan nozel yang telah diubah suai
untuk menyembur AFFF di tabung kepada bahan yang terbakar.

MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API JENIS BUEH

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 12 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Semasa memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api jenis self-aspiration,
pengguna perlu menujukan bueh itu kepada permukaan yang menegak, seperti dinding atau
bahagian tepi bekas itu ( rajah 4.7 ) supaya dapat bentuk satu lapisan blanket pada permukaan
bahan yang terbakar. Jika bueh itu ditujukan terus kepada bahan yang terbakar akan
mengakibatkan sama ada bueh itu bercampur dengan cecair dan diuraikan dengan lebih cepat
atau bueh itu terbenam di dalam cecair dan tidak memberi kesan pemadaman yang baik. Keadaan
ini tidak berlaku pada alat pemadam api jenis spray non-aspiration kerana jenis ini boleh dihalakan
terus kepada permukaan cecair yang terbakar. Bagi api yang sedang merebak, bueh hendaklah
ditujukan kepada permukaan cecair yang terbakar untuk membentuk lapisan blanket, dan jika
boleh membuat satu halangan ( break ), untuk mengasingkan cecair yang terbakar dan belum
terbakar.

Alat Pemadam Api jenis buih ( Stored pressure) Alat Pemadam Api jenis buih ( Gas Cartridge )

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 13 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Cara menggunakan alat pemadam api jenis buih semasa memadamkan kebakaran

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 14 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING

PENGENALAN
Debu kering yang di gunakan untuk memadam dan mengawal kebakaran terdiri daripada zarah-
zarah kimia yang dapat menghalang penyerapan wap dan tidak menjadi keras semasa dalam
simpanan serta dapat mengalir keluar dari tabung dengan bebas melalui hos dan nozel.Kelas api
yang berlainan boleh dipadamkan dengan berkesan oleh bahan kimia yang bersesuaian.

a) Kelas A - Pepejal

b) Kelas B - Cecair mudah terbakar

c) Kelas C - Gas

d) Kelas D - Logam

JENIS-JENIS DEBU KERING


Debu kering dikelaskan mengikut keupayaanya untuk memadamkan kelas api yang tertentu
contohnya BC, ABC.

1. DEBU KERING KELAS BC


Debu kering jenis ini memadamkan api dengan cara tindak balas kimia. Debu kering yang
berkesan untuk api kelas BC ialah biasanya mengandungi garam daripada logam alkali. Klorida
dan sulfat adalah bahan kimia yang berkesan untuk api kelas BC tetapi boleh menyebabkan
kakisan berlaku. Secara amnya, debu kering yang paling berkesan untuk api kelas BC adalah yang
mengandungi bikarbonat dari sodium dan potassium, terutamanya sekali campuran urea dan
potassium bikarbonat.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 15 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

2. DEBU KERING KELAS ABC


Debu kering jenis kelas ABC ini bukan sahaja dapat menghalang penyebaran api tetapi juga dapat
memadamkan bara api kelas A. Jika digunakan pada bahan pepejal akan membentuk satu lapisan
yang menutup permukaan bahan pepejal tersebut disebabkan oleh debu yang terkena pada haba.
Oleh itu oksigen akan dihalang dan kesan pemadaman secara melemaskan akan berlaku. Lapisan
itu perlu dibiarkan dan tidak diganggu supaya bahan itu dapat disejukkan di bawah takat suhu
nyalaan. Debu kering kelas ABC yang paling popular digunakan ialah mono ammonium.

Alat Pemadam Api jenis debu kering ( gas Cartridge )

3. DEBU KERING KELAS D


Kedua-dua jenis debu kering yang diterangkan sebelum ini didapati tidak berkesan untuk
memadam api kelas D yang melibatkan magnesium, aluminium atau titanium. Jenis debu kering
sekurang-kurangnya dapat mengawal api kelas ini. Salah satu jenis debu yang digunakan ialah
campuran sodium, potisum dan barium klorida yang dikenali sebagai ternary eutectic chloride
( TEC ) yang telah dibuktikan amat berkesan bagi api yang melibatkan uranium, plutonium dan
magnesium aloi. Ia boleh membentuk satu lapisan untuk menutup logam tersebut dan juga

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 16 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

menyejukkannya. Takat suhu lebur bagi debu itu adalah rendah dan keupayaan untuk menyerap
haba pendam daripada logam adalah tinggi secara perbandingan.

Alat pemadam api jenis debu kering ( stored pressure )

PERTIMBANGAN SEMASA OPERASI

1 BAHAYA-BAHAYA KEPADA ANGGOTA


Walaupun kebanyakan debu kering tidak mendatangkan kesan yang berbahaya terhadap anggota
bomba, tetapi sesetengahnya, terutama yang melibatkan klorida seperti TEC boleh menjadi
bahaya jika dihidu dengan banyak. Jangan membenarkan debu kering terkena pada mata atau
dihidu terutama semasa menggunakan alat pemadam api dalam keadaan yang terkurung. Anggota
perlu memakai topeng yang sesuai semasa mengisi alat pemadam api atau mengendalikan kerja
yang melibatkan debu kering.

2. MELAWAN API
Debu kering perlu mencapai kadar yang tertentu untuk memadam api dengan berkesan dan kadar
ini dikenali sebagai critical application rate. Semasa memadam api dengan debu kering, biasanya
inerting atmosphere tidak wujud maka perlulah berhati-hati supaya nyalaan semula tidak berlaku
terutama yang melibatkan api kelas B. Kekesanan memadam api dengan menggunakan debu
kering dikawasan lapang bergantung kepada cara penggunaan dan keadaan disekeliling seperti
angin dan kelembapan. Debu kering merupakan media yang berkesan untuk menyekat api yang
perlu dipadam dengan cepat tetapi tidak sesuai untuk memadam api ditempat-tempat yang

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 17 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

tersembunyi dan sempit. Ditempat yang terkurung, debu boleh menjejaskan pandangan orang
yang berada ditempat tersebut.

3. DEBU YANG BERCAMPUR ( MIXING )


Kemungkinan berlaku tindak balas kimia antara jenis debu yang berlainan adalah jarang kerana
biasanya disatu-satu tempat hanya sejenis debu yang digunakan. Tindak balas antara debu yang
berbeza adalah perlahan dan akan membentuk air dan CO₂ tetapi mungkin menghasilkan tekanan
yang tinggi jika berlaku dalam keadaan tertutup.

JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API DEBU KERING


Alat pemadam api jenis debu kering boleh didapati dalam pelbagai saiz mengikut berat debu di
dalam tabung dari 1 kg hingga 12 kg. Cara debu kering di dalam tabung bertindak adalah sama
dengan jenis air dan bueh iaitu dengan menggunakan stored pressure atau gas cartridge. Apabila
tekanan di dalam dilepaskan ia akan menolak debu tersebut keluar dari tabung melalui hos dan
nozel. Reka bentuk fan-shaped ( lihat rajah 4.9 ) bagi model yang lebih nozel dipasang terus pada
operating head. Tekanan bertindak ( operating pressure ) adalah diantara 7.5 bar hingga 15 bar.

1. JENIS STORED PRESSURE


Jenis ini adalah sama seperti alat pemadam api jenis air atau bueh iaitu udara atau nitrogen dipam
ke dalam tabung sehingga tolok tekanan menunjukkan bacaan yang dikehendaki. Cara tindakanya
ialah mula-mula pin keselamatan atau plag dicabut dan kemudian menekan lever untuk
mengeluarkan debu dari tabung. Pengeluaran debu boleh dikawal oleh lever.

2. JENIS GAS CARTRIDGE


Jenis alat pemadam api ini mengandungi gas cartridge CO₂ dengan saiz yang sesuai dipasang
didalam tabung. Cara tindakan ialah mula-mula pin keselamatan atau plag dicabut, selepas itu
sama ada melakukan mengetuk tombol disebelah atas bahu atau menekan lever. Alat pemadam
api jenis gas cartridge menekan tiub pengeluaran ( discharge tube ) untuk mempercepatkan
pengaliran debu tersebut kerana CO₂ yang dilepaskan akan mengalir kebahagian bawah tabung
melalui tiub dengan lebih mudah.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 18 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

MENGELAKKAN KELEMBAPAN SEMASA PENGISIAN


Bagi alat pemadam api jenis debu kering, adalah mustahak untuk memastikan bahawa alat
pemadam api itu dan juga udara yang dipam kedalam tabung hendaklah bebas daripada
kelembapan dan debu kering yang hendak diisi kedalam tabung juga dalam keadaan yang kering.
Semasa pengisian, setelah bekas yang mengisi debu telah dibuka, debu itu hendaklah diisi
kedalam tabung dengan segera dan ditutup supaya tidak bercampur dengan udara sekeliling yang
mengandungi wap air.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 19 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

ALAT PEMADAM API JENIS HALON

PENGENALAN
Halon ( halogenated hydrocarbons ) adalah sekumpulan media pemadaman yang disimpan dalam
keadaan bertekanan dan berbentuk cecair yang akan mengewap dengan cepat jika dilepaskan
dari tabung. Kesan pemadaman adalah disebabkan terutamanya oleh tindakan kimia yang
menghalang penyebaran api. Kesan pemadaman secara penyejukan tidak banyak berlaku.

Halon dapat memadam kebakaran dengan cepat bagi api kelas B atau kelas C yang kecil atau
dalam peringkat permulaan, terutama sekali dalam ruang tertutup. Halon juga lebih berkesan
daripada bueh untuk pemadam api cecair yang sedang mengalir dan perlu dipadamkan dengan
cepat. Api kelas A juga boleh dipadamkan dengan menggunakan halon tetapi kurang berkesan.
Halon tidak mengalirkan elektrik maka boleh digunakan untuk peralatan elektrik dan elektronik.

Halon 1301 wujud dalam bentuk gas didalam tabung disebabkan takat suhu didih yang sangat
rendah tetapi jenis halon yang lain wujud dalam bentuk cecair kerana takat suhu didih adalah lebih
tinggi.

CIRI-CIRI HALON
Halon adalah sebatian hidrokarbon dari sekumpulan lima unsur bukan logam yang dikenali
sebagai halogen iaitu florida, klorida, bromide, iodine dan astatine. Iodin dan astatine bukan media
pemadaman yang sesuai maka tidak digunakan untuk memadam api.

Kriteria yang digunakan untuk menentukan kesesuaian halon untuk memadam kebakaran ialah :
a) Kecekapan sebagai media pemadaman
b) Sifat keracunan termasuk bahan yang terhasil daripada tindak balas penguraian
( decomposition ).
c) Sifat-sifat fizikal seperti takat suhu didih dan takat suhu beku.
d) Kesan bercampur dengan bahan yang lain.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 20 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

IDENTIFIKASI
Untuk mengenal bahan kimia yang melibatkan halon dengan mudah, satu system nombor telah
digunakan. Bilangan atom bagi karbon, florida, klorida dan bromide bagi setiap molekul halon telah
dikenal pasti seperti ditunjukkan dalam jadual 4.4. Nama sebenar setiap halon telah diringkas
seperti berikut :

NAMA RINGKASAN NO.HALON


Bromotrifluoromethane BTM 1301
Bromochlorodifluoromethane BCF 1211
Dibromotetrafluoroethane DTE 2402
Chlorobromomethane CBM 1011
Carbon tetrachlorine CTC 104
Methyl bromine MB 1011

KECEKAPAN MEMADAM KEBAKARAN


Kecekapan halon memadam kebakaran boleh diukur dengan tepat dari kesan sebatian itu
terhadap flammable limits bagi wap yang terbakar seperti hexane atau heptane. Angka yang
diperolehi dikenali sebagai inhibitory factor. Semakin rendah inhibitory factor sesuatu jenis halon,
kesan pemadaman adalah lebih baik.

Anggota bomba perlu tahu bahawa halon hanya mempunyai sedikit kesan pemadaman secara
penyejukan ( kurang daripada CO₂ ) terhadap bahan yang terbakar, kemungkinan besar nyalaan
semula boleh berlaku. Oleh itu perlu ada bekalan halon atau media pemadaman lain yang sesuai
sebagai back-up jika kebakaran berlaku semula.

Jenis-jenis halon yang biasa digunakan adalah halon 1301, halon 1211 dan sebilangan kecil halon
1011. Walaubagaimanpun halon 2402 juga digunakan untuk enjin kapal terbang dan kapal
menentang kebakaran. Pada masa sekarang, kebanyakan alat pemadam api jenis halon
menggunakan halon 1211 ( BTM ) sebagai media pemadaman.

Peringatan : Halon tidak boleh digunakan bagi :


a) Bahan kimia yang mengandungi unsur oksigen sendiri seperti cellulose nitrate, gun
powder dan solid rocket propellants.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 21 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

b) Logam yang aktif seperti sodium, potassium, magnesium dan titanium.


c) Logam hydrides seperti lithium aluminium hydride dan sodium hydride.

JENIS-JENIS ALAT PEMADAM API HALON


Alat pemadam api jenis halon mempunyai pelbagai saiz dan biasanya adalah diantara 0.7kg
hingga 7 kg dengan nitrogen kering sebagai stored pressure pada lebih kurang 10 bar.
Kebanyakan alat pemadam api jenis halon dilengkapkan dengan lever untuk mengawal
pengeluaran halon dari tabung lihat rajah ( 4.10 dan 4.11 ).

Sesetengah pengusaha kilang alat pemadam api memasang petunjuk tekanan dan alat untuk
menunjukkan sama ada alat pemadam api itu telah dipakai atau tidak. Alat pemadam api jenis
halon perlu diisi semula selepas dipakai sama ada dibengkel, dihantar kekilang atau pihak lain
yang pakar dalam pengisian alat pemadam api.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 22 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Alat Pemadam Api jenis halon ( saiz kecil )

Alat Pemadam api jenis halon ( Saiz besar )

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 23 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

ALAT PEMADAM API JENIS KARBON DIOKSIDA

CIRI-CIRI KARBON DIOKSIDA


Karbon dioksida ( CO₂ ) telah lama digunakan untuk memadam kebakaran yang melibatkan cecair

mudah terbakar atau peralatan elektrik CO₂ mempunyai sifat-sifat yang diperlukan untuk

memadam kebakaran dengan berkesan. CO₂ tidak bertindak dengan kebanyakan bahan tetapi
boleh menghasilkan tekanan bertindak dengan kebanyakan bahan, boleh menghasilkan tekanan
yang diperlukan dan dapat memadam api ditempat-tempat yang tersembunyi atau sempit. CO₂
juga tidak mengalirkan elektrik dan tidak merosakkan peralatan elektronik. Penggunaanya adalah
seperti juga halon kecuali CO₂ kurang sesuai untuk api kelas A.

Jika cecair CO₂ dilepaskan dari tabung simpanan yang berisi tekan akan menyebabkan cecair itu
mengembang dengan sangat cepat dan bertukar menjadi gas serta menghasilkan kesan yang
sejuk dengan menukarkan sebahagian CO₂ kepada zarah-zarah pepejal. Zarah pepejal ini
mempunyai takat suhu pada -79ºC dan akan bertukar terus dari bentuk pepejal kepada gas.
Penukaran bentuk ini hanya menghasilkan sedikit sahaja kesan pemadaman secara penyejukan
iaitu yang lebih penting ialah kesannya dari segi melemaskan. Secaraamnya 1kg CO₂ cecair
akan menghasilkan lebih kurang 0.5 meter padu gas yang bebas pada tekana atomsfera.

ALAT PEMADAM API CO₂ JENIS MUDAH ALIH

Secara kasarnya, alat pemadam api CO₂ terdiri daripada satu tabung, satu injap kawalan untuk
melepaskan gas dan satu hon pengeluaran ( discharge horn ) yang digunakan untuk hon
pengeluaran yang disambungkan terus kepada operating head tetapi bagi model yang lebih besar,
hon pengeluaran disambung kepada hujung atau hos pendek atau hos flexible yang bertekanan
tinggi. Alat pemadam api CO₂ juga mesti dilengkapkan dengan satu alat pelepas tekanan untuk
dilengkapkan dengan satu alat pelepas tekanan bagi melepaskan tekanan yang terlalu tinggi.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 24 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Gas CO₂ kekal dalam bentuk cecair didalam tabung pada tekanan 54 bar dan takat suhu CO₂ .

Biasanya hanya dua pertiga daripada seluruh isi padu tabung diisi dengan gas CO ₂ cecair.

Sebahagian kecil CO₂ mengawap dan memenuhi ruang dibahagian atas tabung dan bertindak
sebagai gas expellent. Sesetengah alat pemadam api yang lama akan bertindak apabila plunger
disebelah atas tabung diketuk dan memecahkan disc penutup. Kebanyakan jenis alat pemadam
api yang baru akan bertindak apabila pin keselamatan atau plag dicabut dan menekan lever.

Satu tiub pengeluaran ( discharge tube ) dipasang didalam tabung supaya CO₂ cecair dibahagian
bawah tabung dapat dikeluarkan melalui injap pada cylinder head. Injap ini harus dibuka dengan
cepat untuk memudahkan laluan gas CO₂ . Pengembangan gas CO₂ mungkin berlaku didalam
hos tetapi biasanya hanya berlaku dibahagian hon pengeluaran. Nisbah pengembangan adalah
lebih kurang 450:1. Tujuan utama hon pengeluaran dipasang adalah untuk menghalang udara
bercampur dengan CO₂ dan mengurangkan halaju gas itu. Ketiadaan hon pengeluaran akan

menyebabkan jet CO₂ dan udara bertindak dan boleh meningkatkan kekuatan api.

ALAT PEMADAM API JENIS CO₂


Alat pemadam api jenis ini adalah salah satu alat melawan kebakaran yang biasanya didapati
dipremis perdagangan dan industri. Alat pemadam api ini selalu diletakan didapur hotel atau
restoran besar sebagai langkah keselamatan bagi mengendalikan tabung gas mampatan yang
lain.

Semasa memadam api, hon pengeluran perlu dihalakan terus kepada punca api itu bermula dari
bahagian tepi dan kemudian pada keseluruhan permukaan bahan yang terbakar ( lihat rajah 4.14 ).
Jarak pengeluaran alat pemadam api CO₂ adalah terhad. Jika digunakan dikawasan yang lapang,
pengguna harus berdiri seberapa dekat yang boleh dengan api disebelah arah menentang angin
dan menghalakan gas itu kearah kebakaran mengikut angin.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 25 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Pengudaraan harus dilakukan selepas alat pemadam api CO₂ digunakan untuk memadam api

didalam bilik yang tertutup. Oleh sebab gas CO₂ boleh menghasilkan kesan yang amat sejuk,
maka perlu dielakkan daripada terkena pada bahagian badan yang tededah, dan jangan
memegang tabung hos atau discharge horn dengan tangan.

Perkara-perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah :


a) Alat pemadam api CO₂ menghasilkan bunyi yang agak kuat semasa bertindak.

b) CO₂ yang keluar dari tabung dalam bentuk wap tebal boleh menjejaskan pandangan jika
digunakan dalam ruangan tertutup.
c) CO₂ tidak menghasilkan kesan pemadaman secara penyejukkan pada bahan yang

terbakar, maka perlu ada alat pemadam api CO₂ atau media pemadaman yang lain untuk
mengawal jika nyalaan semula berlaku.
d) Alat pemadam api ini yang telah digunakan perlu dihantar kepada pengusaha kilang atau
syarikat yang pakar untuk diisi semula.

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 26 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Alat Pemadam Api jenis karbon dioksida bersaiz kecil

Alat Pemadam Api jenis karbon dioksida bersaiz besar

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 27 of 30


PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

Kaedah menggunakan alat pemadam api jenis karbon dioksida untuk memadam kebakaran

PLBP- UPDATE 2009 AMN - MS 28 of 30


RUMUSAN

PLBP- UPDATE 2009


BERAT JARAK JANGKA MASA
KAPASITI

AMN
KANDUNGAN PANCUTAN PENGELUARAN
WARNA

LITER KG METER SAAT


SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

- MS 29 of 30
PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT

MERAH 6-9 9-15 6 45-70

( CREAM
PUTIH) KUNING 6-9 10-16 4 27-45

BIRU MUDA 1-12 1.5-20 3-6 8-20

HITAM 1-7 3-23 2-3 9-26

HIJAU 1-7 1.5-12 2-6 8-13


PLBP- UPDATE 2009
AMN
MEDIA PEMADAMAN
SUBJEK : ALAT-ALAT PEMADAM API

- MS 30 of 30
PUSAT LATIHAN BOMBA & PENYELAMAT

( WATER ) AIR

( FOAM ) BUEH

( DRY CHEMICAL ) DEBU KERING

( CARBON DIOXIDE ) KARBON DIOKSIDA

HALON

Anda mungkin juga menyukai