Anda di halaman 1dari 1

ADAB MENUNTUT ILMU MENURUT IMAM AL-GHAZALI

1) Menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu
amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih
dan tenang.

2) Penuntut ilmu disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang
berpotensi melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap
pelajaran.

3) Penuntut ilmu tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan
intelektual dan guru.

4) Orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu
mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat dalam kalangan
manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat.

5) Penuntut ilmu tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji
melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin.

6) Tidak memaksa diri untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus.

7) Penuntut ilmu tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum


menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya.

8) Penuntut ilmu perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang
dipelajari.

9) Penuntut ilmu perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas
bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama
manusia.

10) Penuntut ilmu perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya
mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk
sampingan.

Anda mungkin juga menyukai