Anda di halaman 1dari 3

Melebihi 1000 bulan

Di penghujung Ramadhan, satu lagi anugerah Allah menunggu kita.


Khazanah yang amat tinggi nilainya, dinilai melebihi 1000 bulan. Mujahid menceritakan
bahawa satu ketika Junjungan s.a.w. mengkhabarkan kisah seorang pahlawan Bani Israil
yang berjihad di jalan Allah selama 1000 bulan. Kisah tersebut mentakjubkan para sahabat
yang mendengarnya, siapakah yang dapat melakukan sedemikian itu dari kalangan umat
yang rata-rata umurnya 60 ke 70 tahun. Namun umat ini amat bertuah kerana umat ini
umat Nabi pilihan, Junjungan sekalian alam dan kekasih Allah yang paling dikasihiNya,
maka dianugerahkanlah kepada umat ini satu malam yang diberi gandaan lebih baik dari
1000 bulan. Maka bertuahlah umat yang mendambakan kehadiran malam tersebut dan
mencarinya penuh kerinduan demi meraih keredhaan Ilahi. Begitu tinggi nilai anugerah
Allah tersebut, masakan kita yang mengaku umat Nabi Junjungan sanggup melepaskan
peluang keemasan memperolehinya. Jika ganjaran duniawi yang tidak seberapa,
bersengkang mata kita menghasilkannya, kenapa kebahagiaan ukhrawi yang kekal abadi
dipersia-siakan. Oleh itu jangan lepas peluang keemasan ini.
Naungan Nur Arsy

Almarhum Buya Dr. Habib Muhammad bin 'Alawi bin 'Abbas al-Maliki
dalam risalahnya mengenai peristiwa Isra` dan Mi'raj yang berjodol "al-Anwaar al-
Bahiyyah min Isra` wa Mi'raaj Khairil Bariyyah" pada halaman 76 menukilkan satu kisah
di mana ketika Junjungan Nabi s.a.w. tiba di Mustawa, baginda telah mendengar goresan
kalam dan telah melihat seseorang sedang berselindung dalam cahaya 'arsy, yakni
mendapat naungan 'arsy. Perkara ini sungguh mengkagumkan baginda s.a.w. kerana Jibril
a.s. yang disifatkan Allah sebagai "Syadiidul Quwaa" pun tidak mampu untuk melepasi
Sidratul Muntaha ke Mustawa. Justru dari aspek ini, orang tadi telah dikurniakan Allah
s.w.t kemuliaan mengatasi malaikat agung tersebut. Junjungan s.a.w. dimaklumkan
bahawa orang tersebut bukannya nabi dan bukannya malaikat tetapi dia adalah orang yang
sewaktu di dunia memiliki lidah yang sentiasa basah dengan zikrullah, hati yang sentiasa
bergantung atau terikat dengan masjid-masjid dan dia sentiasa mentaati kedua
ibubapanya serta tidak mendatangkan cemohan dan cacian terhadap mereka.

Mudah-mudahan Allah jadikan kita seperti orang tersebut, punya lidah yang sentiasa
berzikir tiap saat dan ketika, punya hati yang sentiasa beribadat dan rindu dalam mentaati
Allah dan menjadi anak yang sholeh yang menjadi penyejuk mata ayah dan bonda.
Ingatlah akan kedatangan hari di mana manusia sejak Nabi Adam a.s. sehingga manusia
terakhir dikumpulkan di satu lapangan, bersesak-sesakan menurut kadar amalan masing-
masing, matahari pula hanya sejengkal jaraknya dari kepala ........... dan pada hari
tersebut tiada naungan melainkan naungan Allah s.w.t. Allahu ... Allah...... berikanlah
kami naunganMu.

‫اللهم أظلني تحت ظل عرشك يوم ل ظل إل ظلك‬


Ya Allah, naungilah aku di bawah naungan arsyMu
pada hari tiada naungan melainkan naunganmu.

Sholawat Sidi Syamsuddin


Ini adalah sholawat yang dinisbahkan
kepada Sayyidi Syamsuddin Muhammad al-Hanafi seorang waliyUllah yang dikatakan
memegang maqam Quthub selama 46 tahun 3 bulan. Sholawat ini adalah sholawat ke-40
yang dicatat oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam "Afdhalush Sholawat". Syaikh
Yusuf turut menukilkan kisah bahawa Sidi Syamsuddin telah diperintahkan oleh Junjungan
Nabi s.a.w. untuk menjadikan sholawat ini sebagai wirid dalam khalwatnya sebelum
terbenam matahari. Sholawat ini merupakan antara shighah jami` yang menghimpunkan
pahala dan rahsia yang banyak. Kandungannya ialah permohonan kita kepada Allah untuk
menggandakan pahala ucapan sholawat dan salam yang kita ucapkan untuk baginda s.a.w.
dan ahli keluarga serta para sahabat dengan gandaan yang besar lagi agung, iaitu sebanyak
atau seluas ilmu Allah yang tiada kesudahan, baik dari segi bilangan, berat maupun
isipadu. Allahu ... Allah.... hanya Allah sahaja yang mengetahui kadarnya.

Anda mungkin juga menyukai