HBEF3503 T1A3 Jurnal Reflektif 1
HBEF3503 T1A3 Jurnal Reflektif 1
HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF
( REFLEKTIF JURNAL )
0
HBEF3503
1
HBEF 3503
1.0 PENDAHULUAN
Kajian yang telah saya jalankan ke atas seorang murid yang berkeperluan khas di Sekolah
Kebangsaan Masai bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan program
pendidikan inklusif yang dijalankan terhadapnya selama 2 bulan. Kajian ini juga adalah
untuk mengenal pasti program yang sesuai untuk pelajar ini. Saya menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data dan maklumat yang diperolehi.
Instrument yang digunakan pula ialah borang soal selidik dan temubual dengan guru-guru
dan pelajar yang terlibat.
Menyedari hakikat itu, pihak sekolah sewajarnya harus bersedia dan sentiasa
ingin membantu dalam memastikan sikap pelajar sentiasa positif dalam belajar. Para
pentadbir mesti menyediakan kemudahan yang lengkap kepada guru-guru untuk
memastikan pelajar yang dipilih dapat ditransformasikan.
Subjek Pendidikan Inklusif HBEF3503 ini banyak memberi impak kepada diri saya
sendiri. Sebagai seorang guru, saat yang paling indah dan bermakna ialah setelah seorang
guru itu dapat memberikan ilmu yang berguna kepada pelajarnya, mendidik pelajarnya
dan membantu perkembangan pelajarnya secara menyeluruh dalam semua aspek iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Setelah pelajar yang dipilih mengikuti program ini iaitu Nor Hana binti Abdul
Kadir mendapat sedikit peningkatan dan perubahan positif, saya berasa sangat bangga
dan seronok. Saya berpendapat sekiranya program ini diteruskan dan melibatkan ramai
pihak, masalah pembelajaran akan dapat dikurangkan di sekolah. Namun komitmen
semua pihak amatlah diharapkan.
2
HBEF3503
masa akan datang. Menurut perancangan saya, sekiranya diberi peluang oleh pihak
pentadbir untuk meneruskan program seumpama ini, saya akan melibatkan semua pihak
terutamanya guru-guru agar program ini dapat dijalankan dengan lebih berjaya. Para guru
akan diberikan kursus yang lebih lengkap serta diberikan pendedahan tentang pentingnya
program ini.
Dari pemerhatian dan dapatan program yang dijalankan, saya mendapati pelajar
yang dipilih mengikuti program ini semakin maju dari masa ke semasa. Sebelum program
dijalankan, Nor Hana langsung tidak tahu menulis namanya sendiri. Setelah 2 bulan
mengikuti program Pendidikan Inklusif, Nor Hana boleh menulis namanya di atas kertas
dan di papan tulis walaupun tulisannya masih belum begitu elok. Sebelum program juga,
pelajar ini masih lagi belum mengenali huruf dan nombor. Pada peringkat permulaan,
saya hanya memberi pendedahan dari nombor 1 hingga 10 sahaja. Ia bertujuan agar,
pelajar ini boleh memberi lebih tumpuan dan tidak berasa tertekan semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
Dari segi sosial dan pergaulan dengan guru dan rakan sebaya, Nor Hana semakin
boleh menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Sebelum program, dia lebih suka duduk
menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan-rakan. Di dalam kelas pula, dia selalu diejek
oleh rakan-rakan. Setelah program, apa yang dilihat ialah sesuatu yang positif. Nor Hana
sudah boleh diterima oleh rakan-rakannya dan dia boleh menyesuaikan diri dengan
mereka.
3
HBEF3503
Guru-guru dan pentadbir juga mendapat manfaat daripada program seumpama ini.
Guru-guru tahu bagaimana untuk menangani pelajar berkeperluan khas sekiranya
terdapat pelajar seperti ini pada masa akan datang. Bagi memastikan guru-guru lebih
bersedia dengan program ini, kursus dan ceramah telah diberikan kepada mereka. Ibu
bapa pelajar berkenaan juga telah diberikan taklimat khusus agar mereka lebih
memahami perjalanan program dan membantu pelajar ini di rumah. Ibu bapa juga telah
diberikan penerangan yang lebih lanjut agar mereka faham situasi anak mereka.
Hasil daripada soal selidik dan temu bual saya dengan beberapa orang guru dan
juga murid yang terlibat, saya mendapati perlunya penambahbaikan ke atas program yang
telah dijalankan itu. Penambahbaikan tersebut adalah dari segi kolaborasi antara guru-
guru mata pelajaran. Kolaborasi yang baik antara guru yang terlibat seperti guru bahasa
Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan lain-lain akan memberikan kesan positif
terhadap keberkesanan program ini. Ramai responden beranggapan bahawa kerjasama
yang utuh dan saling berbincang masalah serta cara mengatasi ke atas murid yang terlibat
pastinya akan memberikan impak positif kepada mereka. Selain itu, hubungan dan
komunikasi dua hala antara guru dan ibu bapa murid juga amat penting. Guru harus
sentiasa berhubung dan melaporkan prestasi dan perkembangan murid tersebut kepada
ibu bapa mereka dari masa ke semasa. Respon daripada penjaga juga amat diperlukan
oleh guru-guru untuk mencungkil idea yang sesuai sejajar dengan matlamat program.
PIBG juga harus melibatkan diri secara aktif dalam memastikan program ini
berjaya. Pengerusi PIBG bertanggungjawab menjadi penghubung antara guru dan ibu
bapa pelajar yang dipilih. Selain itu, pertubuhan ini juga bertanggungjawab menerangkan
kepada ibu bapa akan kepentingan program seumpama ini kepada anak mereka. Ini
4
HBEF3503
kerana, ramai ibu bapa yang salah sangka dan tidak mahu memberikan kerjasama dan
tidak membenarkan anak-anak mereka mengikuti program ini.
6.0 RUMUSAN
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
5
HBEF3503
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Azrina Abdul Majid. (2000). Persepsi guru khas dan guru Biasa terhadap Hubungan
Sosialisasi Murid Khas dengan Murid Normal di dalam Program Integrasi.
Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rohaty Mohd Majzub. (1996). Sikap Guru Besar atau Pengetua Terhadap
Pengintergrasian Kanak-kanak dengan Keperluan Khas. Jurnal Pendidikan, 21,33-
50
Saravanan A/L Veeramuthu. (1997). Kajian terhadap pelaksanaan sebuah kelas inklusif di
sekolah rendah. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
6
HBEF3503
Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan Kajian: Satu
Tinjauan Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan Kanak-kanak
berumur 4-9 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://eprints.utm.my/2236/1/7 9..pdf
http://nuraminamyblog.wordpress.com/2011/12/19/pendidikan-inklusif/