Anda di halaman 1dari 7

A) Bagaimanakah seorang guru biasa boleh memainkan peranan sebagai

guru pembimbing di sekolah

Bimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang


digunakan untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan
penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak semua
sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling. Apa pun
bimbingan dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh semua pihak
disesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir,guru kaunseling serta guru biasa juga turut
memainkan peranannya juga. Berdasarkan surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia
Bilangan 12 tahun 2012, usaha perekayasaan telah dilkasanakan ke atas perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling (B&K) di sekolah dengan menetapkan empat skop tugas sebagai
fokus utama.

Salah satu fokus ialah guru biasa memberi perhatian terhadap pembangunan dan
pengembangan sahsiah diri murid. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar di sekolah
mempunyai tahap kebolehan yang berlainan sama ada pelajar pintar, sederhana dan lemah.
Oleh itu , guru memainkan peranan dalam membimbing dengan menyediakan pelbagai
aktiviti pengayaan untuk mencabar pemikiran mental mereka. Hal ini akan menggalakkan
pelajar lebih terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Dalam konteks ini, guru haruslah
memberi peluang kepada murid-murid yang lebih lemah untuk melibatkan diri dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya mereka berasa disayangi dan akan melibatkan diri
secara aktif semasa pengajaran dijalankan. Di dalam kelas, guru boleh menggunakan teknik
atau kaeah menyoal, teknik peneguhan, serta memberi dorongan kepada para pelajar
supaya kebolehan dapat dikembangkan. Kebolehan murid mestilah dikembangkan dengan
seimbang dari semua aspek iaitu jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

Selain itu, guru biasa juga memainkan peranan untuk meningkatkan disiplin diri
murid. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram
supaya proses pengajaran dan pepbelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar
Guru adalah golongan yang perlu memberi pemupukan disiplin pelajar-pelajar berada di
sekolah. Guru memainkan peranan dan tanggungjawab bukan sahaja setakat mengajar
tetapi juga mendidik. Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak para pelajar melalui
pembentukan disiplin yang baik. Dalam buku Pengurusan Sekolah ada menyatakan bahawa
matlamat akhir guru adalah membentuk disiplin kendiri yang baik. Guru tidak hanya
mengawas pelajar dibilik darjah tetapi juga semasa aktiviti luar bilik darjah dijalankan. Oleh
sebab itu, seorang guru perlu memberi penekanan kepada murid tentang disiplin diri dalam
semua matapelajaran.

Fokus ketiga pula, guru biasa boleh memainkan peranan dengan memberikan
pendidikan kepada murid-murid untuk mendapat sesuatu kerjaya yang baik dalam
kehidupannya. Pembentukan tabiat positif mampu memberi kesan yang positif ke arah
peningkatan prestasi dalam pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah
seperti positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin terhadap
kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi. Pembentukan tabiat positif
ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun lagi agar segala masalah dapat
dibendung dan dapat dijadikan sebagai iktibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya
menguji kita dalam usaha mencapai kejayaan.

Seterusnya, guru biasa memainkan peranan sebagai pembimbing ialah psikososial


dan kesejahteraan mental.Guru biasa boleh membantu murid dalam mengambil
keputusan yang rasional.Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan
sendiri. Namun begitu, mereka masih tidak dapat berfikir sama ada keputusan yang
diambil itu adalah rasional atau tidak. Oleh yang demikian, adalah menjadi tugas kepada
guru biasa untuk membantu murid-murid ini dalam membuat pertimbangan, mengenal
pasti baik atau buruk akan sesuatu tindakan dan sebagainya.

Berdasarkan pandangaan saya dan juga perbincangan yang dibuat dengan guru-
guru di sekolah saya berpraktikum, saya dapati guru biasa sebagai guru pembimbing
memainkan peranan yang amat penting dalam membantu guru bimbingan dan
kaunseling memperoleh satu profil awal murid-murid. Guru biasa juga selalu
berkolaborasi dengan guru bimbingan dan kaunseling dari segi mengumpul data dan
menyediakan maklumat murid. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa guru biasa sebagai
guru pembimbing dan guru bimbingan dan kaunseling saling melengkapi keperluan satu
sama lain.
B) Analisis dan jelaskan kombinasi tret personality Sosial, Keusahawanan,
Seni serta bincangkan sejauh manakah kewujudan keselarasan tret
personality ini dengan persekitaran kerjaya sebagai guru di sekolah.

Kaunseling kerjaya merupakan satu aspek kaunseling yang penting serta dinamik.
Terdapat pelbagai teori kerjaya yang telah dibangunkan yang menjadi asas pengkaji dalam
kajian mereka terhadap bidang kerjaya. Antara teori tersebut ialah teori kerjaya Islam, teori
pemilihan kerjaya yang menggunakan pendekatan struktur yang memberikan penekanan
kepada proses yang terlibat dalam pemilihan kerjaya yang mempunyai struktur yang amat
jelas seperti teori Tret dan Faktor, teori Holland, teori Anne Roe dan teori Psikonalitik Bordin.
Manakala teori Super yang diasaskan oleh Donald E.Super pula lebih dikenali
menggunakan pendekatan proses.

Dalam tugasan ini, saya dapat menganalisis tentang Teori Pemilihan Kerjaya Holland
.Ia merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan
banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa
minat vokasional adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi
tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti
biasanya dikenal pasti melalui kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-
aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai
ekspresi personaliti.

Teori Holland telah mengkategorikan individu kepada salah satu daripada enam
kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya
masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik
(A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Setiap jenis personaliti terbentuk hasil
daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan
sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada
interaksi antara individu dengan faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti
tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti yang lain.

Daripada enam personaliti ini, saya telah memberi tumpuan kepada Sosial , Seni dan
Keusahawan serta bincangkan sejauh manakah kewujudan keselarasan tret personality ini
dengan persekitaran kerjaya sebagai guru di sekolah. Pertama Tret Sosial pula adalah
individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain
seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang dan mengubati. Disamping
menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan,
peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar,
peramah, pemurah, suka menolong, idealistik, empati, baik hati dan lain-lain. Mereka
meminati kerjaya seperti guru , ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor.

Tret sosial ini dapat mewujudkan keselaraan personaliti guru di sekolah ialah
membantu dan membimbing murid yang mempunyai masalah berkaitan pembelajaran ,
sosial dan keluarga misalnya. Sebagai contoh, murid yang berada di kelas tahun empat
biasanya mengalami peralihan dari tahap ke tahap . pada tahun empat , akan ada segelintir
murid mengalami masalah dalam pembelajaran. Hal ini wujud kerana tajuk pembelajaran
yang lebih rumit bermula dari aspek ini , guru akan memainkan peranan membantu
muridnya yang bermasalah dalam pembelajaran.

Kedua pula, tret seni iaitu sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu artistic
menyukai aktiviti-aktiviti yang bebas dan tidak sistematik yang memerlukan mereka
memanipulasi bahan-bahan dan perkataan. Disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang
eksplisit, sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang
terbalik, emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas, intuitif dan lain-lain. Dari sudut
seorang guru tret seni ini dapat mempertingkatkan pengetahuannya dengan cara bersikap
kreatif dan mempunyai imaginasi yang tinggi serta pandai menggunakan pelbagai kaedah
sebagai strategi dalam pengajran dan pembelajaran. Guru guru juga boleh menandai
dengan tugas-tugas dan masalah-masalah yang memerlukan interpretasi atau kreasi
bentuk-bentuk artistik malalui cita rasa, perasaan, dan imajinasi.

Tret seterusnya adalah Keusahawanan. Ia adalah seseorang individu enterprising


menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan
memimpin untuk mencapai matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping
menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri
seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi,
angkuh, bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain.

Dalam lingkungan kerjaya sebagai guru, ia adalah salah satu usaha ditandai dengan
tugas-tugas yang mengutamakan kemampuan verbal yang dipergunakan untuk
mengarahkan atau memengaruhi orang lain seperti murid , ibu bapa dan lain lain lagi.
Sebagai contonya , kepimpinan seorang guru akan dapat dilaksanakannya dengan baik
apabila ia mempunyai pandangan dan inisiatif yang baik dalam memipin murid . Guru
sebagai pemimpin mestilah terlebih dahulu dapat mengendalikan pekerjaan dengan baik ,
teratur , bersistematik dan tegas dalam percakapan dan pekerjaanya yang dapat menarik
minat denagn keadaan yang menyenangkan sebelum ia menjadi ikutan atau contoh
tauladan masyarakat dan murid

Daripada penjelasan diatas dapat disimpulkan bahawa teori Holland dapat


mengemukakan individu terbahagi kepada tiga jenis tret personalitI antaranya
keusahawanan, seni, dan sosial. Perkembangan tret personaliti tersebut akibat dari interaksi
dengan lingkungan dan yang menentukan dari adalah faktor bawaan diri sendri dan
lingkungan. Individu dapat menetukan kerjaya secara gemilang apabila tret personaliti yang
khas diterima didalam suatu lingkungan kerja, selanjutnya minat yang dimiliki individu yang
besar dan sosial yang mendukung untuk bekerja.Tingkah laku individu adalah ditentukan
oleh interaksi antara personaliti dan persekitaran. Menurut Holland, sekiranya kita
mengetahui pola personality individu dan pola persekitaranya maka secara prinsipnya kita
boleh meramal beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan tersebut.
Rujukan

BADU, T. H. (2017). Teori kerjaya Holland. Retrieved 2 05, 2017, from TEORI PEMILIHAN
KERJAYA HOLLAND: http://bkipgktawau.blogspot.my/2016/07/teori-kerjaya-
holland.html

(2014). Teori Kerjaya Holland. In S. Nachiappan, Bimbingan dan Kaunseling Kanak - kanak
(pp. 235 - 236). Shah Alam: Oxfard Fajar.

Ramli, D. A. (2008, november 19). MENGENALI BEBERAPA TEORI PEMILIHAN


KERJAYA. Retrieved Februari 05, 2017, from Teori Pemilihan Kerjaya:
http://abdulhalimramli.blogspot.my/2008/11/mengenali-beberapa-teori-pemilihan.html
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
O8000 SUNGAI PETANI, KEDAH

TUGASAN :

Penulisan Akademik

NAMA GURU PELATIH : KUGANESWARI A/P KANASON

NOMBOR KAD PENGENALAN : 940115 - 05 5264

ANGKA GILIRAN : 2014251340073

KUMPULAN : P 7E ( MUZIK ) / 2014

NAMA KURSUS : PERSATUAN ALAM SEKITAR

KOD KURSUS : EDU 3073

NAMA PENSYARAH : DR. ROHANI CHE HASHIM

Anda mungkin juga menyukai