Anda di halaman 1dari 2

Laporan AJK Stage Manager

Tarikh

25/8, 1/9, 7/9

Program

Program Senandung Kemerdekaan

Masa

2pm-5pm/ 8pm-10pm

Saya dapat merumuskan bahawa saya menimba satu pengalaman yang baru dalam
tempoh tiga hari yang berbeza saya menjalankan tugasan sebagai Stage Manager.
Saya amat gembira serta bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh masa yang diberikan. Saya mempelajari banyak perkara baru semasa berada
melakukan tugasan tersebut. Saya dapat mengetahui tentang bagaimana sesebuah
persembahan akan dikendalikan dan apakah peranan bagi setiap ahli jawatan kuasa
sebelum, semasa serta selepas persembahan.
Sebelum persembahan tersebut saya telah menjalankan tugas sebagai AJK PA
System. Malah, isu kekurangan ajk saya dapat berpeluang untuk menjalankan tugas
sebagai Stage Manager semasa persembahan itu. Pada mula, saya bertugas bersama
dengan rakan saya telah berperanan sebagai AJK PA System. Maka, pada hari finale
saya dapat seorang lagi untuk bertugas dengan saya. Dengan berjayanya, kami telah
melaksanakan tugasn kami, seperti yang telah diarahkan oleh pengerusi Pertandingan
Senandung Kemerdekaan ini. Menerusinya :
1. Kami telah belajar memasang mic, dan juga standnya di Dewan Munsyi.
2. Kami juga telah mengetahui cara membuat pertempahan mic dan standnya
untuk sesebuah majlis.
3. Pada akhir pertandingan kami telah mengemaskannnya dan seterusnya
memulangkannya kepada pihak yang bertanggungjawab.
4. Kami juga belajar tentang menguruskan tempat kedudukan peserta mengikut
lagu yang telah dipilih.

5. Kami dapat berpeluang untuk berinteraksi dengan warga IPGKSAH dengan


memberikan taklimat serta maklumat tentang program ini.

Dengan ini :
_____________________

Anda mungkin juga menyukai