Anda di halaman 1dari 10

TEMA 1 : PENCAPAIAN KENDIRI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Mengenalpasti potensi diri yang ada pada diri.
Menyatakan cara-cara untuk memanfatkan potensi diri.
Menyatakan nilai yang perlu ada untuk menjamin kejayaan dalam sesuatu
kerjaya yang diceburi
PILIHAN KERJAYA
Kerjaya yang dipilih oleh seseorang individu perlulah bersesuaian dengan:
Kelayakan akademik- Kebolehan atau kecekapan dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan yang diperoleh secara formal di mana-mana institusi pendidikan.
Contoh: PMR,SPM,STPM,diploma,ijazah dan lain-lain.
Kelayakan ikhtisas- Kebolehan, kepandaian, kemahiran atau kecekapan khusus dalam
sesuatu bidang. Contohnya seorang guru perlu memiliki Diploma Perguruan bagi
memenuhi kerjayanya.
Kemahiran- Bergantung kepada jenis tugas dan kerjaya yang dilakukan.
Cara-cara untuk Mengetahui Peluang Kerjaya
Internet.
Iklan di surat khabar.
Internet.
Bimbingan dan nasihat daripada kaunselor.
Program karnival atau Minggu Kerjaya.
Faktor yang Mempengaruhi Pilihan Kerjaya Seseorang
Kelayakan akademik.
Minat dan potensi
Pengalaman/kemahiran.
Pengaruh persekitaran.
Faedah sampingan.
Taraf hidup.
Perkara yang Perlu Diambil Perhatian Sebelum Membuat Pilihan Kerjaya
Mendapat pendedahan awal di peringkat sekolah mengenai alam pekerjaan.
Memperoleh maklumat secukupnya agar dapat membuat keputusan berkaitan kursus
yang hendak diambil.
Mendapatkan bimbingan daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Menyertai program-program kerjaya yang dianjurkan.
Memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik dan bergiat dalam
aktiviti kokurikulum.
Mempunyai potensi diri atau keupayaan dalaman terhadap bidang yang
diceburi.
KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
Setiap pelajar pasti berhadapan dengan situasi yang memerlukan dia membuat
keputusan yang bijak, terutamanya semasa memilih jurusan.
Perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga perlu dilakukan bagi membantu
pelajar memilih jurusan yang sesuai dengan minat kerjaya.
Keputusan yang dibuat perlu berasaskan sumber pengetahuan yang boleh
dipercayai.
Sikap tegas, yakin, berani dan tidak beremosi perlu diamalkan semasa membuat
keputusan.
PILIHAN JURUSAN
SAINS
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, dan English for Science
and Technology (EST).
TEKNIKAL
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Fizik, Kimia, Kejuruteraan Awam, Matematik Tambahan, EST.
SASTERA
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Ekonomi Asas atau Perdagangan atau Kesusasteraan Melayu, Sains
dan Pendidikan Seni Visual.
AGAMA
Enam mata pelajaran teras.
Mata pelajaran Bahasa Arab, Usuludin, dan Syariah.
KESAN KEPUTUSAN YANG BIJAK DAN ADIL
Memperoleh pelbagai alternatif untuk menyelesaikan masalah.
Mengelakkan timbul konflik dalam diri dan orang lain.
Menyelesaikan masalah dengan cepat dan mudah.
Meringankan beban masalah.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.
Mendapatkan khidmat nasihat daripada guru kaunseling.
Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.
Mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan.
Mengenal pasti kesan dan akibat terhadap diri dan orang lain.

TEMA 2 : HUBUNGAN KEKELUARGAAN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Mencadangkan cara-cara untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan yang
erat.
Mengamalkan sikap bertaggungjawab sebagai anggota keluarga.

TEMA 2: HUBUNGAN KEKELUARGAAN.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
TANGGUNGJAWAB ANAK-ANAK TERHADAP KELUARGA
Patuh dan taat terhadap ibu bapa.
Hormat kepada ibu bapa dan mendoakan kesejahteraan mereka.
Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.
Menjaga maruah diri dan keluarga.
Saling membantu dalam keluarga.
TANGGUNGJAWAB IBU BAPA TERHADAP KELUARGA
Mencari nafkah untuk keluarga.
Memberi perlindungan dan menjaga keselamatan ahli keluarga.
Memberikan pendidikan dan didikan agama secukupnya.
Memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.
AMALAN KASIH SAYANG TERHADAP KELUARGA
Memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang berguna.
Menjadikan diri contoh yang baik kepada anggota keluarga.
Saling menyayangi antara anggota keluarga.
Peka terhadap perasaan setiap anggota keluarga.
Menjalinkan hubungan yang mesra dan akrab.
CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DAN MELINDUNGI KELUARGA
Memaklumkan kepada setiap ahli keluarga setiap kali keluar dari rumah.
Tidak berjalan di kawasan yang sunyi seorang diri.
Tidak mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.
Tidak membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah.
KEPERLUAN AHLI KELUARGA
KEPERLUAN FIZIKAL
Tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman, wang perbelanjaan, hiburan dan
perubatan.
KEPERLUAN MENTAL
Ilmu pengetahuan, pendidikan moral, nasihat, dan panduan berhubung sesuatu
perkara.
KEPERLUAN EMOSI
Penghargaan berbentuk kata-kata pujian, penghormatan dan kata-kata perangsang.
KEPERLUAN ROHANI
Didikan agama dan nilai-nilai murni.

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT


OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan
penjagaan alam sekitar.
Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pemeliharaan alam sekitar
Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
Pemuliharaan alam sekitar
Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami
perubahan akibat tindakan manusia.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi
dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus
sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.
ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA
ALAM SEKITAR
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
Alam Flora Sdn. Bhd.
JABATAN ALAM SEKITAR
PERANAN
Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.
Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di
dalam dan luar negara.
TANGGUNGJAWAB
Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif
1984.
AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR
PENEROKAAN HUTAN
Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah.
AKTIVITI PERINDUSTRIAN
Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR
PENCEMARAN UDARA
PUNCA
Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.
KESAN
Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.
PENCEMARAN AIR
PUNCA
Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian
KESAN
Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.
PENCEMARAN DARAT
PUNCA
Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.
KESAN
Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.
PENCEMARAN BUNYI
PUNCA
Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.
KESAN
Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.
CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM
Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.
KESAN-KESAN BENCANA ALAM
Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman
musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

TEMA 4 : WARISAN KEPELBAGAIAN


BUDAYA MALAYSIA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan cara-cara amalan adat resam dalam kehidupan harian.
Menyenaraikan adat resam pelbagai kaum.
Melahirkan perasaan bangga akan keunikan dan kekayaan warisan budaya
Malaysia.
TEMA 4: WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
KAUM CINA
Kenduri menyambut bayi, upacara minum teh, menyolek mayat, pemberian angpau.
KAUM MELAYU
Cukur jambul bayi berumur tujuh hari, bersanding, kenduri arwah, memakai inai
untuk pengantin.
KAUM INDIA
Lidah bayi disapu madu.,Memakai thali., Pemberian dawri oleh pengantin perempuan
kepada pengantin lelaki., Membakar mayat.
KAUM IBAN
Ulat panggilan untuk bayi, upacara minum teh, cucu si mati melangkah mayat,
melukis tatu.
KAUM KADAZAN
Mengikat daun wongkong di pintu, membayar sugit, adat bertangis untuk
mengucapkan selamat tinggal kepada pengantin, adat moginupus.
PANTANG LARANG PELBAGAI KAUM
Pantang larang merupakan suatu bentuk peraturan yang diwarisi sejak turun-
temurun.
Masyarakat zaman dahulu mengamalkan pantang larang untuk mengelakkan
malapetaka berlaku.
Pantang larang sebenarnya merupakan suatu kaedah untuk menyampaikan nasihat
dan pengajaran.
KAUM MELAYU
Jangan duduk di atas bantal, nanti ditumbuhi bisul.
Orang perempuan tidak boleh menyanyi di dapur.
KAUM CINA
Jangan menyapu sampah pada Tahun Baru Cina, takut hilang tuah.
Pisau tidak boleh diberikan sebagai hadiah.
KAUM INDIA
Jangan makan sambil berjalan, nanti terkena penyakit di dalam perut.
Ibu hendaklah memeluk bayinya semasa hujan lebat.
KAUM IBAN
Jangan mengetuk telur dengan pisau, nanti bayi cacat penglihatan.
Wanita mengandung tidak boleh menanam pokok pisang.
KADAZAN
Jangan berpayung di dalam rumah, nanti disambar petir.
Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah.

TEMA 5 : MALAYSIA NEGARA BERDAULAT


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan peranan dan tugas badan eksekutif dan kehakiman.
Membina struktur atau carta organisasi jentera pentadbiran negara.
Membantu pihak kerajaan dengan menyokong program yang dijalankan.
TEMA 5: MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
JENTERA PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA
YANG DIPERTUAN AGONG MAJLIS RAJA-RAJA
KETUA AUDIT NEGARA/ SURUHANJAYA
BADAN PERUNDANGAN- Parlimen ( Dewan Negara dan Dewan Rakyat)
BADAN EKSEKUTIF- Kabinet- Kementerian ( Jabatan/ Perbadanan Awam), Badan Berkanun,
Badan Bukan Berkanun.
BADAN KEHAKIMAN- Mahkamah Persekutuan/ Mahkamah Rayuan (Mahkamah Tinggi Malaya
( Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen), Mahkamah Tinggi Borneo
PERUNDANGAN (Legislatif)
Menggubal undang-undang, meluluskan rang undang-undang, membahaskan rang
undang-undang.
PELAKSANA (Eksekutif)
Melaksanakan dasar-dasar kerajaan, mentadbir dan memberi arahan, menerima dan
melaksanakan arahan.
KEHAKIMAN (Judisiari)
Melaksanakan undang-undang, mentafsir undang-undang, menyelesaikan
perbicaraan awam.
SURUHANJAYA DIRAJA
Ditubuhkan untuk mengkaji, menyiasat atau menerima cadangan daripada
suruhanjaya tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kepentingan awam.
Antara isu yang diberi perhatian ialah persepsi awan terhadap agensi atau jabatan
kerajaan yang disiasat untuk meningkatkan ketelusan dan membuat
penambahbaikan.
Suruhan jaya Diraja cuba menghapuskan tanggapan negatif dengan membuat
cadangan untuk menjadikan jabatan dan agensi menjadi lebih cekap dan
bertanggungjawab.
Ahli-ahli suruhanjaya Diraja dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan terdiri daripada
pakar yang berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu seperti kehakiman, politik,
sosial dan akademik.
Keputusan atau syor-syor yang dicadangkan diperoleh melalui penyiasatan secara
terbuka.
KENALI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Terdapat 28 buah kementerian di Malaysia.
Setiap kementerian dikawal oleh seorang menteri dan dibantu oleh seorang timbalan
menteri.
Agensi atau jabatan yang ditubuhkan dalam sesebuah kementerian menjalankan
fungsi-fungsi tertentu.
ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DI MALAYSIA
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam,
Polis Diraja Malaysia.
Kementerian Kewangan
Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Akautan Negara, Jabatan Kastam dan Eksais
Diraja, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran
Negara.
Kementerian Pertahanan
Angkatan Tentera Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Veteran, Jabatan Latihan
Khidmat Negara, Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera
Udara diRaja Malaysia.
Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
Jabatan Bekalan Air, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Kementerian Kerja Raya
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia, Jabatan
Pertanian Malaysia.
Kementerian Luar Negeri
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri.
Kementerian Belia dan Sukan
Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan
Negara, Perbadanan Stadium Merdeka.
Kementerian Pengajian Tinggi
Jabatan Pengurusan IPT, Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Lembaga
Akreditasi Negara, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Yayasan Tuanku
Abdul Rahman.
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Istana Budaya, Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Jabatan Warisan
Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.
Kementerian Kesihatan
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung
Negara, Institut Kesihatan Umum, Institut Penyelidikan Perubatan, Jabatan Kesihatan
Awam, Pusat Penyelidikan Klinikal.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Jemaah Pemasaran Lada Hitam Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko
Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
Kementerian Pelancongan
Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Institut Sosial Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Agensi Angkasa Negara, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, Jabatan
Kimia, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia, Jabatan Standard Malaysia,
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

TEMA 6 : CABARAN MASA DEPAN


OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Menyatakan maksud dan ciri-ciri keamanan dalam sesebuah negara.
Menyenaraikan kepentingan keamanan negara dan sejagat.
Menyatakan cara-cara memupuk keamanan dalam kalangan masyarakat
pelbagai kaum.
TEMA 6-CABARAN MASA DEPAN
MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA DAN SEJAGAT
ANCAMAN DALAMAN
Penyeludupan dan penyalahgunaan dadah.
Kumpulan militant atau puak ekstremis.
Kegiatan jenayah.
Kebanjiran pendatang asing.
Kegiatan rasuah.
Pemalsuan dokumen.
Penyalahgunaan teknologi.
ANCAMAN LUARAN
Kegiatan lanun di perairan negara.
Kekacauan politik.
Pengaruh budaya barat.
Masalah alam sekitar.
Serangan mata wang.
Serangan penyakit-penyakit kritikal.
Jenayah siber atau bahan-bahan porno.
KESAN-KESAN ANCAMAN DALAMAN
Penyebaran pelbagai penyakit berbahaya.
Merosakkan masa depan generasi muda.
Meningkatkan kadar jenayah.
Menggugat keselamatan negara.
Menjejaskan ekonomi negara.
KESAN-KESAN ANCAMAN LUARAN
Kejatuhan nilai ringgit dan menyebabkan ekonomi terjejas.
Merosakkan akhlak dan moral remaja.
Menyebabkan peningkatan suhu bumi.
Mengancam nyawa manusia.
Mendedahkan remaja dengan jenayah siber dan bahan-bahan porno.
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA KEAMANAN DUNIA
PERGERAKAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)
Mengecam keganasan.
Menyokong usaha-usaha mengekalkan keamanan.
Mengambil pendekatan berkecuali ketika berlaku konflik.
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
Menyeru ke arah keamanan.
Menerajui negara-negara Islam seluruh dunia.
Memberi sumbangan dalam pembangunan negara-negara anggota.
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU ( PBB)
Bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang.
Mengecam keganasan yang berlaku di seluruh dunia.
Menghantar pasukan pengaman ke negara-negara yang bergolak.
MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA (IHL)
DIPRAKTIKKAN
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa diperkenalkan dalam Konvensyen
Geneva 1949.
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dilaksanakan bertujuan untuk
melindungi orang awam seperti wanita, kanak-kanak, orang tua, pelarian, tawanan
perang, hal-hal berkaitan agama.
Penjenayah perang akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
PERATURAN-PERATURAN ASAS DALAM IHL
Melindungi orang yang cedera dan tidak terlibat dalam peperangan dengan penuh
rasa kemanusiaan.
Tidak boleh membunuh atau mencederakan orang yang menyerah diri dan tidak
berupaya.
Melindungi kakitangan perubatan, pertubuhan, pengangkutan, dan peralatan
perubatan.
Melindungi dan menghormati tentera dan orang awam yang ditawan.
Tidak boleh melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap tawanan.
Dilarang menggunakan senjata nuklear, kimia dan biologi.
Tidak boleh menyerang orang awam; harus bezakan antara orang awam dengan
tentera.
PERTUBUHAN YANG MEMBERIKAN BANTUAN KEMANUSIAAN
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
MERCY Malaysia.
Yayasan Salam Malaysia (SALAM)
Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
PENCABULAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
Membunuh orang awam semasa peperangan.
Mendera dan memalukan tawanan perang yang menyerah diri.
Menghalang mangsa yang cedera mendapatkan tawanan.
Memusnahkan harta benda orang awam semasa peperangan.
Tawanan disabitkan kesalahan tanpa mendapat hak perundangan.
Membunuh musuh yang telah menyerah diri.

Anda mungkin juga menyukai