Anda di halaman 1dari 3

MODEL AKIBAT LOGIKAL (RUDOLF DREIKURS)

Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan
oleh dreikurs. Model ini berasaskan empat premis asas teori Adler:-

Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau
menjadi ahli sesuatu kelompok
Kesemua tingkahlaku adalah bersebab
Manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan
Realiti dipersepsikan oleh manusia

Sebagai penjelasan lanjut, fokus utama dreikurs ialah mewujudkan suasana


bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu
guru yang inginkan kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya
menggunakan hukuman. Jadual dibawah merupakan teknik-teknik yang boleh
digunkan setimpal dengan keempat-empat motif tingkahlaku bermasalah.

Motif Teknik yang disyorkan


Inginkan perhatian: sengaja Minimumkan tahap perhatian-
membangkitkan kemarahan jangan endahkan tingkahlaku
cikgu cara-cara seperti tersebut.
mengetuk-ngetuk pensel, Iktiraf tingkahlaku bermasalah-
bercakap-cakap dengan rakan serapkan dalam sesi
dan lain-lain pengajaran.

Menggunakan kuasa: pergelutan Cuba kekalkan persekitaran


kuasa antara guru dan murid pembeajaran yang positif.
seperti enggan Alihkan fokus ke tempat lain
menyempurnakan tugas, Usahakan supaya murid yang
sengaja meninggalkan buku dan berkenaan menyedari
lain-lain kelakuannya
Membalas dendam: murid terasa Sama seperti 2
tidak diberikan layanan yang
adil yang ditunjukan melalui
cara cara seperti
mencur,berlawan, merosakkan
harta benda sekolah dan lain-
lain
Memaparkan kekurangan: Ubahsuai kaedah mengajar
tindakan lain selain dari diatas Gunakan bahan bantu
seperti mengundukan diri, pembelajaran berbentuk
mengasingkan diri dan lain-lain maujud atau komputer

Antara cara yang boleh dilaksanakan dalam menangani masalah didalam soalan
perbincangan iaitu apabila loceng menandakan sudah tamat sesi pengajaran.
Sambil Cikgu Lin bersedia untuk keluar dari kelas Empat Bestari, beliau dapati
ukiran singkatan OK atas sebuah meja. Sepanjang waktu mata pelajaran
Sejarah tadi, Khan duduk di tempat tersebut. Oleh itu, bukan sukar bagi Cikgu
Lin meneka murid siapa yang telah melakukan salah laku tersebut.

Cikgu Lin boleh menggunakan akibat logikal bertujuan membetulkan tingkahlaku


bermasalah. Akibat logikal berpegang kepada prinsip bahawa murid harus
diberikan pilihan untuk membetulkan tingkah lakunya serta tidak dipaksakan
untuk bertingkah laku mengikut arahan. Dengan itu, murid boleh boleh belajar
menjadi lebih bertanggungjawab. Bagi situasi tingkalah laku bermasalah yang
dilakukan oleh Khan, tindakan guru adalah:

Berikan murid berkenaan pilihan SAMA ADA mencuci bersih cadangan


tersebut ATAU dikenakan bayaran sebagai upah pekerja am mencuci
contengan tersebut.
Melalui tindakan tersebut sudah tentu memberikan kesedaran dan
tanggungjawab kepada murid berkenaan. Kekuatan dan kekurangan bagi model
akibat logikal dreikurs ini ialah:

Kekuatan Kekurangan
Memupuk autonomi dimana murid Agak sukar untuk guru
bertanggungjawab atas tindakan permulaan mengenal pasti
dan pilihan mereka serta memahami motif murid-
murid melakukan salah laku
Mewujudkan persekitaran Agak sukar untuk mengenal pasti
pembelajaran yang kondusif akibat logikal yang setimpal
melalui komunikasi yang dengan salah laku tertentu
terbuka dan sling hormat-
menghormati antara murid-
murid

Anda mungkin juga menyukai