Anda di halaman 1dari 36

Teori Tingkahlaku

(Behaviourist Theory)
Teori Tingkahlaku
(Behaviourist Theory)
Teori yang menerangkan bagaimana manusia dan
haiwan belajar.

para pengasas teori ini adalah: Watson; Pavlov;


Thorndike; dan Skinner. mereka berpendapat:

Pembelajaran dianggap sebagai perolehan tingkahlaku


baru – bagaimana ? – mari kita lihat:
John Broadus Watson (1878 – 1958)

 seorang ahli psikologi, salah seorang pengasas awal


teori behaviouris.
 Beliau banyak membuat kajian ke atas tingkahlaku
haiwan dan manusia.
 kajiannya yang popular ialah kajian keatas seorang
kanak-kanak bernama “Little Albert” – tahun 1920
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 3
Eksperimen “Little Albert”
 Pada tahun 1920, Watson dan pembantunya, Rosalie
Rayner dari John Hopkins University, telah menjalankan
kajian keatas seorang bayi berumur 9 bulan bernama
Albert

 mereka cuba menakutkan Albert dengan seekor tikus


putih, diikuti dengan arnab putih, monyet dan beberapa
topeng yang berbeza-beza
 - - - - - - - - - - - - - - - - - apakah reaksi Albert?

9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 4


Eksperimen “Little Albert”
 Albert tidak takut pada semua yang ditunjukkan, malah
ia merasa seronok dan selesa
 seterusnya, apabila Albert berumur 11 bulan, percubaan
yang sama dilakukan kepada Albert. bagaimana kali ini?
 pada awalnya, Albert menunjukkan reaksi yang sama
seperti dahulu
 kemudian, Watson dan Rayner telah membuat bunyi
yang kuat dengan mengetuk batang besi paip, dan bunyi
kuat yang mendadak itu telah menyebabkan Albert takut
dan menangis
 percubaan itu diulang-ulang sebanyak 7 kali dalam
tempoh 7 minggu
 diakhir tempoh tersebut, Albert menangis bila melihat
tikus putih walau pun besi paip tidak dibunyikan
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 5
Eksperimen “Little Albert”
 Bagaimana pula reaksi Albert apabila ia ditunjukkan
dengan arnab putih pula?
 Albert takut dan menangis bila ditunjukkan kepadanya
arnab putih dan juga topeng-topeng tersebut walau pun
batang besi tersebut tidak dibunyikan.
 Watson dan Rayner telah membuat rumusan: pada
awalnya Albert telah dilazimkan untuk menangis sebagai
gerakbalas terhadap tikus putih sahaja.
 namun, apabila berlanjutan, apa sahaja yang berwarna
dan berbulu putih mempunyai perkaitan dengan bunyi
yang kuat.
 menurut Watson, pelaziman klasik boleh menyebabkan
fobia.
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 6
 pemerhatian seterusnya dilakukan ke atas Albert. 10 hari
kemudian, ketakutan terhadap tikus telah berkurangan
kesimpulan Watson:
 Albert telah mengaitkan tikus putih (rangsangan yang
dilazimkan) dengan bunyi kuat (rangsangan tidak
terlazim). Akibat perkaitan ini, terhasil gerakbalas (takut)
melalui tangisan
Implikasi teori ini:
 kanak-kanak dapat belajar melalui proses pelaziman.
Rangsangan yang diulang-ulang hingga menjadi
kebiasaan boleh menyebabkan pembelajaran tingkah
laku.
 Tingkah laku kanak-kanak boleh dibentuk melalui proses
asuhan dan latihan yang diulang-ulang sehingga
menjadi kebiasaan

9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 7


Ivan Petrovich Pavlov (1849 – 1936)

 seorang ahli fisiologi, psikologi dan ahli perubatan


Rusia
 pada tahun 1904, beliau dianugerah hadiah nobel
kerana kejayaannya dalam eksperimen dengan
seekor anjing yang dilaparkan
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 9
Ivan Petrovich Pavlov (1849 – 1936)

 Beliau telah berjaya melatih anjing untuk mengeluarkan


air liur apabila kedengaran bunyi loceng
 kejayaan eksperimennya telah mengangkat nama beliau
sebagai pengasas teori pelaziman klasik dan menjadi
rujukan utama dalam mazhab behaviouris
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 10
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 11
Eksperimen Pavlov
 kebiasannya, hanya makanan sahaja yang dikaitkan
dengan air liur anjing
 namun, melalui padanan yang berulang-ulang, satu
perkaitan telah wujud antara loceng (rangsangan neutral)
dengan lelehan air liur (gerakbalas)
 perkaitan antara R – G dikenali sebagai pembelajaran.
 bila Pavlov menghidangkan makanan (RTT) kepada
anjing, air liurnya keluar (GTT)
 pada awalnya, bunyi loceng (RN) sahaja tidak dapat
mengeluarkan air liur anjing

9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 12


Eksperimen Pavlov
 seterusnya, Pavlov membunyikan loceng (RT) sebelum
memberi makanan (RTT). Padanan RT dan RTT ini
diulang-ulang berkali-kali (pelaziman)
 kemudian, selepas pelaziman, dengan hanya
mendengar loceng (RT) sahaja, tanpa makanan, air
liur anjing keluar (GT)
 menurut Pavlov, pelaziman klasik tidak menyebabkan
pembelajaran tingkah laku baru. Perkaitan yang wujud
antara padanan RN (loceng) dan RTT (makanan) yang
menghasilkan GT (air liur keluar)
 apakah implikasi eksperimen ini dalam proses
pembelajaran kanak-kanak?
 teori Pavlov juga menerangkan pembelajaran berlaku
melalui proses pelaziman (latihan yang diulang-ulang).
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 13
seorang ayah melatih anaknya berdoa di kuil
Edward Lee Thorndike (1874 – 1949)

 seorang ahli psikologi yang banyak memberi


sumbangan dalam bidang pembelajaran, pengajaran
dan pengujian mental.
 beliau telah mereka bentuk “kotak ajaib” (puzzle box)
yang digunakan untuk mengkaji bagaimana haiwan
seperti
9/2/2016 kucing dan anjing
Bakir menyelesaikan
Mahadi IPTHO masalah. 15
Thorndike dan kotak ajaib

 pada peringkat awal, Thorndike meletakkan kucing


yang dilaparkan kedalam kotak ajaib tersebut.
 kemudian beliau memerhatikan bagaimana kucing
tersebut berusaha melepaskan diri untuk mendapat
kan makanan di luar kotak tersebut.
 akhirnya, beliau mendapati, kucing kucing itu dapat
melepaskan
9/2/2016
diri melalui kaedah
Bakir Mahadi IPTHO
cubajaya. 16
Thorndike dan kotak ajaib
 kotak ajaib Thorndike berfungsi berasaskan prinsip
pelaziman instrumental. Apakah maksudnya?
 sekiranya haiwan tersebut diberi ganjaran,
gerakbalas akan berulang dan berlakulah
pembelajaran.
 sebaliknya, jika tiada ganjaran, gerakbalas kucing itu
akan hilang secara beransur-ansur.
 Berdasarkan kajian yang sama keatas beberapa ekor
kucing, Thorndike mendapati jangka masa kucing
berada dalam kotak itu secara beransur-ansur
menjadi semakin singkat.
 Menurutnya lagi: apabila urutan R – G diikuti dengan
keseronokan, gerak balas tersebut akan kekal;
sebaliknya gerakbalas yang diikuti dengan kesakitan,
gerak balas tersebut akan lenyap begitu sahaja.
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 17
Teori Thorndike:

 menurut Thorndike, haiwan dan juga manusia belajar


melalui kaedah cuba jaya; ganjaran dan dendaan.
 pembelajaran akan berlaku apabila haiwan atau manusia
berjaya untuk membentuk perkaitan antara rangsangan
dengan
9/2/2016 ganjaran atau dendaan.
Bakir Mahadi IPTHO 18
Burrhus Frederic Skinner (1904 – 1990)

 terkenal kerana kajiannya ke atas tikus dengan


menggunakan “Kotak Skinner”
 Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali
sebagai “pelaziman operan”
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 19
KOTAK SKINNER
Skinner dan Pelaziman Operan
 seekor tikus diletak dalam sebuah kotak khas.
Kotak tersebut mempunyai satu alat penekan
yang diletak pada ginding. Apabila ditekan,
ketulan makanan akan keluar.
 pada awalnya, tikus itu telah menekan alat
tersebut secara tidak sengaja. Apabila mendapat
makanan setiap kali menekan, tikus itu tanpa
berlengah-lengah lagi, terus menekan alat
tersebut untuk mendapatkan makanan.
 ini bermakna tikus itu telah belajar bagaimana
mendapatkan makanan dengan menekan alat itu =
(pembelajaran melalui pelaziman)
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 21
Skinner dan Pelaziman Operan
 seterusnya, Skinner memutuskan hubungan
makanan dengan alat penekan
 apabila tikus menekan alat tersebut, makanan
tidak keluar
 ini bermakna jika ganjaran (makanan) dihentikan,
tikus pun berhenti menekan. Peringkat ini
dipanggil penghapusan
 seterusnya, Skinner menggunakan lampu dimana,
jika tikus menekan alat diikuti lampu menyala,
makanan akan diperolehi
 Jika lampu tidak menyala, makanan tidak di
keluarkan
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 22
Skinner dan Pelaziman Operan
 lama kelamaan, tikus itu belajar untuk menekan
alat tersebut hanya apabila lampu dinyalakan
 ini bermakna tikus itu telah belajar konsep
diskriminasi dimana ia dapat membezakan masa
yang paling sesuai menekan alat penekan untuk
mendapatkan makanan

9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 23


Rumusan bagi Eksperimen Skinner:
 tingkah laku yang diikuti dengan pengukuhan akan
meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku
yang serupa pada masa depan.
 tingkah laku yang tidak lagi diikuti dengan pengukuhan
akan mengurangkan kebarangkalian berlakunya
tingkahlaku tersebut pada masa hadapan.
Implikasinya:
 Skinner menggunakan makanan sebagai peneguhan
(yang menyeronokkan) kepada tikus tersebut.
 beliau telah membuktikan bahawa pengukuhan perlu
dalam pembelajaran tingkahlaku. Apakah peneguhan
yang
9/2/2016
sesuai untuk kanak-kanak?
Bakir Mahadi IPTHO 24
4 konsep penting Teori Behaviouris:

Pengukuha
n&
dendaan
Teori
Behaviouris shaping

modifikasi
tingkahlaku
Pengukuhan / Peneguhan (reinforcement)
 = suatu proses menggunakan peneguh /pengukuh
untuk menguat / mengukuhkan sesuatu tingkah
laku
proses kesan
tingkah laku + peneguh  t/laku diperkukuh
(t/laku diulangi)
 pengukuhan positif = rangsangan yang seronok
atau menyenangkan seperti: pujian, hadiah, . . .
 pengukuhan negatf = rangsangan yang tidak
seronok spt: bunyi buzzer, ibu berleter, rasa malu,
rasa tak selesa, rasa tak seronok, . . .
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 26
Pengukuhan / Peneguhan dan dendaan
 pengukuhan ialah proses untuk meningkatkan
kebarangkalian berlakunya tingkahlaku
 dendaan (punishment) ialah proses untuk
mengurangkan kebarangkalian berlakunya
tingkahlaku
 contoh pengukuhan negatif: bunyi buzzer bila tak
pakai talipinggang keledar – bila selalu berlaku kita
akan cuba elak bunyi itu dengan memakainya setiap
kali apabila masuk kedalam kereta (bunyi buzzer
dapat meningkatkan amalan memakai tali pinggang
keledar)
 pada pendapat kamu, apakah pengukuhan dan
dendaan yang sesuai diberikan kepada kanak-kanak
dalam proses pembelajaran?
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 27
Pengukuhan / Peneguhan dan dendaan
 dendaan ialah proses untuk mengurangkan
kebarangkalian berlakunya tingkahlaku
 dendaan positif = bertujuan untuk mengurangkan
kebarangkalian berlakunya t/laku tidak diingini
melalui pemberian rangsangan contohnya
seperti: merotan anak yang buat jahat
 dendaan negatif = bertujuan untuk menarik
semula sesuatu rangsangan yang diberi. contoh:
guru tidak membenarkan murid yang ponteng
kelas keluar pada waktu rehat

9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 28


4 konsep penting Teori Behaviouris:

Pengukuha
n&
dendaan
Teori
Behaviouris shaping

modifikasi
tingkahlaku
shaping

 = proses pembentukan sesuatu tingkahlaku yang


diingini melalui pengukuhan sehingga mencapai
atau menyerupai matlamat yang diingini.
 kaedah shaping diguna oleh ahli jimnastik sehingga
berupaya melakukan pergerakan yang sangat
kompleks
 contoh yang lain: dengan menggunakan teknik
“successive approximations” kaedah ini juga di
guna oleh jurulatih anjing sehingga anjing tersebut
mampu untuk membantu orang buta dalam
kehidupan harian seperti melintas jalan, dsb

9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 30


shaping

 kaedah shaping juga diguna oleh ahli terapi untuk


merawat fobia atau rasa takut seperti takut lipas,
takut ular, dsb…
 B.F. Skinner pernah menggunakan kaedah ini untuk
mengajar burung merpati bermain bola pingpong
dengan membentuk tingkahlaku burung secara
berperingkat-peringkat.
 pada peringkat awal, Skinner memberinya makan
sebiji kacang hijau selepas setiap kali burung itu
berjaya menghampiri kacang hijau
 langkah kedua, bila burung itu dapat mematuk bola
pingpong dengan paruhnya, ia diberi kacang hijau
sebagai peneguhan
9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 31
shaping

 langkah ketiga, makanan diberi apabila setiap kali


burung itu berjaya menghantar bola ke kawasan
lawan
 Skinner juga berjaya melatih burung merpati lain
sehingga kedua-dua burung merpati itu pandai ber
main bola pingpong!
Implikasi Teori Pembelajaran Behavioris
terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
 dalam pengajaran – guru perlu memastikan maklum
balas diberi dengan kerap, secepat mungkin dan
berbentuk spesifik
 guru perlu menggunakan pelbagai peneguhan untuk
mengekalkan keberkesanan pengajaran
 penggunaan rangsangan – gerakbalas secara ber-
peringkat-peringkat untuk menguasai kemahiran aras
tinggi
 guru perlu menyusun bahan-bahan pengajaran
mengikut aras kesukaran – dari yang mudah → yang
lebih sukar

9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 33


4 konsep penting Teori Behaviouris:

Pengukuha
n&
dendaan
Teori
Behaviouris shaping

modifikasi
tingkahlaku
Modifikasi Tingkahlaku

 modifikasi ialah suatu kaedah yang digunakan oleh guru


untuk menghapuskan tingkahlaku yang tidak diingini dan
menggantikannya dengan tingkahlaku yang diingini
melalui pengukuhan / peneguhan dan dendaan.
 contoh: penggunaan “time-out” – minta murid yang suka
buat bising keluar bagi satu tempoh masa tertentu.
apabila ia boleh menumpukan perhatian dlm pelajaran,
ia dibenarkan masuk dan diberi pujian.
 guru juga boleh mengaplikasi prinsip-prinsip Skinner spt
peneguhan; dendaan; penghapusan; diskriminasi;
shaping; dsb... untuk tujuan memodifikasi tingkahlaku
murid.

9/2/2016 Bakir Mahadi IPTHO 35


Sekian

jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai