Anda di halaman 1dari 25

Topik X Pengujian

Hipotesis
10 terhadap
Parameter
Populasi
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif;
2. Mencari nilai genting untuk ujian-z dan ujian-t;
3. Menguji min untuk sampel besar dan sampel kecil; dan
4. Menguji perkadaran menggunakan ujian-z.

X PENGENALAN
Penyelidik berminat untuk menjawab persoalan yang timbul berkenaan dengan
masalah harian. Sebagai contoh, seorang pengurus mungkin mahu mengetahui
sama ada jualan bulanan syarikat telah meningkat, menyusut atau kekal statik.
Seorang profesor mungkin ingin tahu sama ada teknik pengajaran yang baru
mampu meningkatkan prestasi pelajar. Jabatan Pengangkutan Jalan mungkin
mahu mengkaji sama ada penggunaan tali pinggang keledar akan
mengurangkan kecederaan parah yang disebabkan oleh kemalangan.

Kesemua persoalan ini boleh diatasi dengan menggunakan ujian hipotesis


berstatistik. Ia merupakan suatu proses membuat keputusan untuk menilai
dakwaan mengenai parameter populasi seperti min atau kadaran.
180 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

Dalam pengujian hipotesis, penyelidik mestilah:

(a) Mentakrifkan atau mengenal pasti parameter populasi yang dikaji;


(b) Menyatakan hipotesis tertentu untuk disiasat;
(c) Memberi aras keertian;
(d) Memilih sampel rawak daripada populasi;
(e) Mengumpul data;
(f) Melaksanakan ujian dan analisis statistik yang sesuai; dan
(g) Membuat rumusan.

Memandangkan proses ini melibatkan pensampelan, maka teori taburan


pensampelan yang telah dibincangkan pada Topik 9 amat berguna. Secara
ringkas, ujian hipotesis berstatistik mengenai min populasi akan melibatkan
sama ada ujian-z atau ujian-t. Manakala ujian hipotesis berstatistik mengenai
kadaran populasi akan melibatkan ujian-z. Diberikan beberapa definisi berikut:

(a) Hipotesis berstatistik adalah konjektur/dakwaan mengenai parameter


populasi. Dakwaan ini mungkin benar atau mungkin palsu.

(b) Hipotesis nol dengan simbol H0, adalah hipotesis berstatistik yang
menyatakan bahawa tiada perbezaan antara parameter populasi dan nilai
spesifik.

(c) Hipotesis alternatif dengan simbol H1, adalah hipotesis berstatistik yang
menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara parameter populasi dan
nilai spesifik.

(d) Statistik ujian menggunakan data yang diperoleh dari sampel untuk
membuat keputusan sama ada untuk menolak atau menerima hipotesis
nol. Nilai dari statistik ujian ini biasanya disebut nilai ujian.

(e) Rantau penolakan terdiri daripada nilai berangka daripada statistik ujian
di mana hipotesis nol akan ditolak.

(f) Ralat jenis I berlaku apabila hipotesis nol ditolak walaupun ia benar. Ralat
jenis II berlaku apabila hipotesis nol diterima sedangkan ia palsu.

(g) Aras keertian, D , adalah kebarangkalian maksimum dalam membuat ralat


jenis I. Kita boleh menulis Pr(Membuat ralat jenis I) = D . Secara umumnya
ahli statistik menggunakan D = 0.1 atau 0.05 atau 0.01.
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 181

SEMAK KENDIRI 10.1

Diberikan satu populasi dengan parameter yang tidak diketahui.


Apakah yang anda faham tentang nilai hipotesis bagi parameter?

10.1 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP MIN


POPULASI
Dalam kebanyakan masalah, nilai bagi parameter populasi biasanya tidak
diketahui. Walau bagaimanapun, dengan bantuan maklumat tambahan seperti
pengalaman sebelum ini yang melibatkan masalah sampel, nilai tertentu boleh
diandaikan sebagai parameter. Nilai yang diandaikan ini adalah nilai hipotesis
untuk parameter dan perlu diuji berdasarkan maklumat daripada sampel rawak
yang dipilih sama ada untuk menolak atau menerima nilai andaian tersebut.

Langkah awal dalam pengujian hipotesis adalah untuk menulis atau formulasi
hipotesis terhadap nilai parameter populasi yang biasanya tidak diketahui.
Terdapat dua jenis hipotesis:

(a) Hipotesis Nol yang diwakili oleh H 0 ; dan

(b) Hipotesis Alternatif yang diwakili oleh H1 .

Hipotesis nol biasanya mengambil nilai spesifik, manakala hipotesis alternatif


mengambil nilai dalam selang yang merupakan pelengkap kepada nilai spesifik
di bawah H 0 .

Jadual 10.1 berikut menunjukkan beberapa contoh dalam formulasi hipotesis.


Dalam jadual ini, nilai P ialah 50. Seperti yang dilihat, nilai selang bagi P bawah
H1 ialah pelengkap kepada nilai H0.

Jadual 10.1: Contoh Hipotesis untuk P

Parameter Hipotesis Nol, H 0 Hipotesis Alternatif, H1

Kes 1: Min, P P 50 P 50

Kes 2: Min, P P d 50 P ! 50

Kes 3: Min, P P t 50 P  50
182 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

10.1.1 Formulasi Hipotesis


Pemilihan H1 adalah berdasarkan dakwaan yang dicipta dalam masalah. Biasanya,
dakwaan boleh dilihat dan difahami secara langsung dengan melihat kepada
bagaimana nilai parameter populasi berubah. Perubahan dalam nilai boleh
dikelaskan kepada arahan (kiri atau kanan) atau bukan arahan. Andaikan P 0
adalah nilai spesifik bagi P . Panduan berikut boleh digunakan untuk hipotesis:

(a) Mengenal pasti nilai spesifik bagi P seperti yang ditentukan;

(b) Mengenal pasti pernyataan dakwaan berkenaan dengan perubahan


dalam nilai sama ada ia arahan atau bukan arahan. Jika dakwaan itu
mengandungi tanda sama dengan =, maka ambil ungkapan ini untuk
formulasi H0. H1 kemudian digubah sebagai pelengkap (contoh diberikan
dalam Jadual 10.2); dan

(c) Sebaliknya, jika ungkapan ini tidak mengandungi tanda sama dengan,
maka ambil ungkapan ini untuk formulasi H1. H0 kemudian digubah
sebagai pelengkap.

Jadual 10.2: Formulasi H1 dan H0

Perubahan dalam Nilai P Pernyataan H1 Pernyataan H 0

(a) Menyusut/berkurang (perubahan


H1 : P  P0 H 0 : P t P0
arahan kiri)

(b) Meningkat/bertambah (perubahan


H1 : P ! P0 H 0 : P d P0
arahan kanan)

(c) Tidak diketahui perubahan/arah


perubahan tidak diberikan (perubahan H1 : P z P0 H0 : P P0
bukan arahan)

Kita boleh lihat daripada Jadual 10.2, petunjuk utama berikut:

(a) Ungkapan algebra di bawah H0 sentiasa mengandungi tanda sama dengan


=. Ini ialah suatu perkara yang sangat penting untuk dipertimbangkan.
Dengan kata lain, H1 langsung tidak mengandungi tanda sama dengan;
dan
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 183

(b) Ungkapan algebra di bawah H0 ialah pelengkap kepada salah satu nilai di
bawah H1. Sebagai contoh, set P t P 0 di bawah H0 adalah pelengkap
kepada P  P 0 di bawah H1.

Contoh 10.1:
Bagi setiap dakwaan yang diberi, nyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif.

(a) Purata umur bagi pelajar separuh masa tahun pertama ialah 32 tahun;

(b) Purata pendapatan bulanan bagi pengurus muda siswazah adalah lebih
daripada RM2,800;

(c) Purata bil elektrik bulanan bagi penggunaan domestik adalah sekurang-
kurangnya RM75; dan

(d) Purata bilangan kereta mewah baru yang diimport setiap bulan adalah
paling banyak 400 buah.

Penyelesaian:

(a) Dakwaan: Purata umur ialah 32 tahun ialah ungkapan tuntutan bukan
arahan. Ia bermakna Purata umur = 32 tahun. Ungkapan ini
mengandungi tanda sama dengan =, oleh itu pilih H0 terlebih dahulu,
kemudian gubah H1 sebagai pelengkap. Dalam kes ini, nilai P 0 = 32 tahun.

H0 : P 32 tahun (dakwaan)
H1 : P z 32 tahun

(b) Dakwaan: Purata pendapatan adalah lebih daripada RM2,800 ialah


ungkapan dakwaan arahan. Ia bermaksud Pendapatan purata >
RM2,800. Ungkapan ini tidak mengandungi tanda sama dengan =, oleh
itu pilih H1 terlebih dahulu dan kemudian gubah H0 sebagai pelengkap.
Dalam kes ini, nilai P 0 =RM2,800.

H1 : P ! RM2800 (dakwaan)
H 0 : P d RM2800
184 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

(c) Dakwaan: Purata bil adalah sekurang-kurangnya RM75 ialah ungkapan


dakwaan arahan. Ia bermaksud Purata bil t RM75. Ungkapan ini
mengandungi tanda sama dengan, oleh itu pilih H0 terlebih dahulu,
kemudian gubah H1 sebagai pelengkap. Dalam kes ini, nilai P 0 =RM75.

H 0 : P t RM75 (dakwaan)
H1 : P  RM75

(d) Dakwaan: Purata bilangan kereta import paling banyak ialah 400. Ia
merupakan satu dakwaan arahan. Ia bermakna 400 atau kurang dan
bersamaan dengan 400. Ungkapan ini mengandungi tanda sama dengan,
oleh itu pilih H0 terlebih dahulu, kemudian gubah H1 sebagai pelengkap.
Dalam kes ini, nilai P 0 = 400.

H 0 : P d 400 (dakwaan)
H1 : P ! 400

Jadual 10.3 menunjukkan contoh ungkapan dakwaan arahan dan bukan arahan
yang biasa digunakan oleh penyelidik.

Jadual 10.3: Ungkapan Dakwaan

H0 H1
Ungkapan Dakwaan Simbol (Sentiasa Terdapat (Tidak Terdapat
Tanda Sama dengan) Tanda Sama
dengan)
Sama dengan/sama = = 
Kurang daripada <  <
Kurang daripada atau
sama
  >
Tidak lebih daripada
Selebih-lebihnya
Lebih daripada
Lebih besar daripada >  >
Melebihi
Lebih daripada atau
sama dengan   <
Sekurang-kurangnya
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 185

AKTIVITI 10.1

Prestasi dalam subjek Matematik bagi sekolah dikatakan telah


meningkat sejak program intensif oleh guru-guru Sains dan Matematik
dilaksanakan.

(a) Cadangkan satu parameter yang sesuai untuk mengukur


perubahan dalam prestasi Matematik;
(b) Nyatakan arah perubahan parameter; dan
(c) Nyatakan hipotesis nol dan hipotesis alternatif yang sesuai.

10.1.2 Jenis Ujian dan Rantau Penolakan


Jenis ujian adalah berkait dengan ungkapan H1 dan diberikan dalam Jadual 10.4.
Untuk nilai D yang diberikan, nilai genting bagi menentukan rantau penolakan
boleh diperoleh sama ada daripada jadual taburan normal atau jadual taburan t.

Jadual 10.4: Jenis Ujian

Pernyataan H 1 Jenis Ujian Rantau Penolakan

H1 : P  P0 Satu hujung, kiri Rantau kiri

H1 : P ! P0 Satu hujung, kanan Rantau kanan

(Separuh rantau) kiri dan


H1 : P z P0 Dua hujung
(separuh rantau) kanan

Rantau penolakan boleh dilukis pada lengkung normal yang sesuai atau
lengkung-t bergantung pada jenis taburan pensampelan bagi min sampel, X .

Bagi nilai D yang diberi, rantau penolakan ditakrifkan oleh nilai genting bagi
skor-z atau skor-t. Jadual 10.5 menunjukkan contoh nilai genting bagi skor-z.
Nilai genting untuk skor-t bergantung pada saiz sampel n berdasarkan darjah
kebebasan v n  1 .
186 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

Jadual 10.5: Contoh-contoh Nilai Genting bagi Skor-z

Aras Keertian D
Jenis Ujian Nilai Genting (CV) 0.10 0.05 0.01 0.005
(10%) (5%) (1%) (0.5%)

1 hujung (kiri) zD -1.280 -1.645 -2.33 -2.58

1 hujung
zD 1.280 1.645 2.33 2.58
(kanan)

Sebelah kiri zD
-1.645 -1.960 -2.58 2.81
2
2 hujung
Sebelah kanan zD
1.645 1.960 2.58 2.81
2

Mencari Nilai Genting untuk Skor-z


Contoh 10.2 menunjukkan bagaimana untuk mencari nilai genting.

Contoh 10.2:
Andaikan taburan pensampelan X adalah normal. Cari nilai genting bagi setiap
kes dan tunjukkan rantau penolakan.

(a) Ujian hujung-kiri; D = 0.1;

(b) Ujian hujung-kanan; D = 0.05; dan

(c) Ujian dua-hujung; D = 0.02.

Penyelesaian:

(a) Lukis rajah dan tentukan rantau penolakan (lihat Rajah 10.1 (a)):

Diberi D 0.1 , kemudian cari 1  D 1  0.1 0.9 kerana nilai


kebarangkalian yang disediakan oleh Jadual Normal Piawai (OUM)
julatnya antara 0.50000 hingga 0.99999.

Rujuk Jadual Normal Piawai (OUM) di muka surat 23, yang ditunjukkan
dalam Jadual 8.3a dari Topik 8. Cari nilai yang paling hampir dengan 0.9.
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 187

Jadual 8.3a: Jadual Taburan Normal


z 0.00 0.01 0.02 0.03 0.04 0.05 0.06 0.07 0.08 0.09
0.00 0.50000 0.50399 0.51197 0.51595 0.51994 0.52392 0.52790 0.53188 0.53188 0.53586
0.10 0.53983 0.54380 0.54776 0.55172 0.55567 0.55962 0.56356 0.56749 0.57142 0.57535
0.20 0.57926 0.58706 0.59095 0.59483 0.59871 0.60257 0.60642 0.61026 0.61026 0.61409
0.30 0.61791 0.62172 0.62552 0.62930 0.63307 0.63683 0.64058 0.64431 0.64803 0.65173
0.40 0.65542 0.65910 0.66276 0.66640 0.67003 0.67364 0.67724 0.68082 0.68439 0.68793

0.50 0.69146 0.69497 0.69847 0.70194 0.70540 0.70884 0.71226 0.71566 0.71904 0.72240
0.60 0.72575 0.72907 0.73237 0.73565 0.73891 0.74215 0.74537 0.74857 0.75175 0.75490
0.70 0.75804 0.76115 0.76424 0.76730 0.77035 0.77337 0.77637 0.77935 0.78230 0.78524
0.80 0.78814 0.79103 0.79389 0.79673 0.79955 0.80234 0.80511 0.80785 0.81057 0.81327
0.90 0.81594 0.81859 0.82121 0.82381 0.82639 0.82894 0.83147 0.83398 0.83646 0.83891

1.00 0.84134 0.84375 0.84614 0.84849 0.85083 0.85314 0.85543 0.85769 0.85993 0.86214
1.10 0.86433 0.86650 0.86864 0.87076 0.87286 0.87493 0.87698 0.87900 0.88100 0.88298
1.20 0.88493 0.88686 0.88877 0.89065 0.89251 0.89435 0.89617 0.89796 0.88730 0.90147
1.30 0.90320 0.90490 0.90658 0.90824 0.90988 0.91149 0.91308 0.91466 0.91621 0.91774
1.40 0.91924 0.92073 0.92220 0.92364 0.92507 0.92647 0.92785 0.92922 0.93056 0.93189

1.50 0.93319 0.93448 0.93574 0.93699 0.93822 0.93943 0.94062 0.94179 0.94295 0.94408
1.60 0.94520 0.94630 0.94738 0.94845 0.94950 0.95053 0.95154 0.95352 0.95352 0.95449
1.70 0.95543 0.95637 0.95728 0.95818 0.95907 0.95994 0.96080 0.96246 0.96246 0.96327
1.80 0.96407 0.96485 0.96562 0.96637 0.96712 0.96784 0.96856 0.96995 0.96995 0.97062
1.90 0.97128 0.97193 0.97257 0.97320 0.97381 0.97441 0.97500 0.97558 0.97615 0.97670

Nilai yang paling hampir dengan 0.9 ialah baris 1.2, lajur 0.08 dan 0.09 iaitu;

0.9 adalah lebih dekat dengan 0.89973, berbanding 0.90147. Jadi, pilih z = 1.28 .

Untuk ujian hujung-kiri; z 1.28 o z D 1.28 (lihat Rajah 10.1(a)).

Rajah 10.1: Contoh rantau penolakan

(b) Lukiskan rajah dan tunjukkan rantau penolakan (lihat Rajah 10.1(b)):

Diberikan D 0.05 kemudian cari 1  D 1  0.05 0.95 .

Rujuk jadual normal piawai (OUM) di muka surat 23 (lihat Jadual 8.3b).

Cari nilai yang paling hampir dengan 0.95.


188 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

Jadual 8.3b: Jadual Taburan Normal


z 0.00 0.01 0.02 0.03 0.04 0.05 0.06 0.07 0.08 0.09
0.00 0.50000 0.50399 0.51197 0.51595 0.51994 0.52392 0.52790 0.53188 0.53188 0.53586
0.10 0.53983 0.54380 0.54776 0.55172 0.55567 0.55962 0.56356 0.56749 0.57142 0.57535
0.20 0.57926 0.58706 0.59095 0.59483 0.59871 0.60257 0.60642 0.61026 0.61026 0.61409
0.30 0.61791 0.62172 0.62552 0.62930 0.63307 0.63683 0.64058 0.64431 0.64803 0.65173
0.40 0.65542 0.65910 0.66276 0.66640 0.67003 0.67364 0.67724 0.68082 0.68439 0.68793

0.50 0.69146 0.69497 0.69847 0.70194 0.70540 0.70884 0.71226 0.71566 0.71904 0.72240
0.60 0.72575 0.72907 0.73237 0.73565 0.73891 0.74215 0.74537 0.74857 0.75175 0.75490
0.70 0.75804 0.76115 0.76424 0.76730 0.77035 0.77337 0.77637 0.77935 0.78230 0.78524
0.80 0.78814 0.79103 0.79389 0.79673 0.79955 0.80234 0.80511 0.80785 0.81057 0.81327
0.90 0.81594 0.81859 0.82121 0.82381 0.82639 0.82894 0.83147 0.83398 0.83646 0.83891

1.00 0.84134 0.84375 0.84614 0.84849 0.85083 0.85314 0.85543 0.85769 0.85993 0.86214
1.10 0.86433 0.86650 0.86864 0.87076 0.87286 0.87493 0.87698 0.87900 0.88100 0.88298
1.20 0.88493 0.88686 0.88877 0.89065 0.89251 0.89435 0.89617 0.89796 0.88730 0.90147
1.30 0.90320 0.90490 0.90658 0.90824 0.90988 0.91149 0.91308 0.91466 0.91621 0.91774
1.40 0.91924 0.92073 0.92220 0.92364 0.92507 0.92647 0.92785 0.92922 0.93056 0.93189

1.50 0.93319 0.93448 0.93574 0.93699 0.93822 0.93943 0.94062 0.94179 0.94295 0.94408
1.60 0.94520 0.94630 0.94738 0.94845 0.94950 0.95053 0.95154 0.95352 0.95352 0.95449
1.70 0.95543 0.95637 0.95728 0.95818 0.95907 0.95994 0.96080 0.96246 0.96246 0.96327
1.80 0.96407 0.96485 0.96562 0.96637 0.96712 0.96784 0.96856 0.96995 0.96995 0.97062
1.90 0.97128 0.97193 0.97257 0.97320 0.97381 0.97441 0.97500 0.97558 0.97615 0.97670

Nilai yang paling hampir dengan 0.95 ialah baris 1.6, lajur 0.04 dan 0.05
iaitu:

0.95 adalah lebih dekat dengan 0.94950, berbanding 0.95053. Jadi, pilih
z 1.64 .

Untuk ujian hujung kanan; z D 1.64 (lihat Rajah 10.1(b)).

(c) Lukiskan rajah dan tunjukkan rantau penolakan (lihat Rajah 10.1(c)):

Untuk ujian dua hujung, kita mempunyai separuh rantau kiri dan separuh
D 0.02
rantau kanan. Oleh itu, kita mencari nilai genting bagi 0.01
2 2
kemudian cari 1  D 1  0.01 0.99 .

Rujuk jadual normal piawai (OUM) di muka surat 23.

Cari nilai yang paling hampir dengan 0.99.


TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 189

Nilai yang paling hampir dengan 0.99 ialah baris 2.3, lajur 0.03 dan 0.04
iaitu:

0.99 adalah lebih dekat dengan 0.99010, berbanding 0.99036. Jadi, pilih
z = 2.33 .

Untuk ujian dua hujung:

(i) zD 2.33 untuk separuh rantau kiri; dan


2

(ii) zD 2.33 untuk separuh rantau kanan.


2

(lihat Rajah 10.1(c))

Mencari Nilai Genting bagi skor-t

Contoh 10.3:
Andaikan taburan pensampelan bagi X ialah taburan-t dengan darjah
kebebasan, v n  1 . Cari nilai genting bagi setiap kes dan tunjukkan rantau
penolakan.

(a) Ujian hujung kiri; D = 0.1; n = 16;

(b) Ujian hujung kanan; D = 0.05; n = 21; dan

(c) Ujian dua hujung; D = 0.02; n = 11.

Penyelesaian:

(a) Lukiskan rajah dan tunjukkan rantau penolakan (lihat Rajah 10.2(a)):

Diberikan D 0.1; Darjah kebebasan, v n  1 16  1 15 .

Jadi, pada muka surat 25 daripada jadual statistik OUM;


baris 15 dan lajur 0.1 menunjukkan t 0.1 (15) = 1.3406

Bagi ujian hujung-kiri; t 0.1 (15) = 1.3406 o t 0.1 15 = 1.3406 (lihat Rajah
10.2(a)).
190 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

Rajah 10.2: Contoh-contoh rantau penolakan bagi skor-t

(b) Lukiskan rajah dan tunjukkan rantau penolakan: (lihat Rajah 10.2(b)):

Diberikan D 0.05; Darjah kebebasan, v n  1 21  1 20 .

Jadi, pada muka surat 25 dari jadual berstatistik OUM;


baris 20, dan lajur 0.05 menunjukkan t 0.05 (20) = 1.7247

Bagi ujian hujung kanan; t 0.05 (20) = +1.7247 (lihat Rajah 10.2(b)).

(c) Lukiskan rajah dan tunjukkan rantau penolakan: (lihat Rajah 10.2(c)):

Untuk ujian dua hujung, kita mempunyai separuh rantau kiri dan separuh
D 0.02
rantau kanan. Oleh itu, kita mencari nilai genting bagi 0.01 .
2 2

Darjah kebebasan v n  1 11  1 10 .

Jadi, pada muka surat 25 dari jadual statistik OUM;


baris 11 dan lajur 0.01 menunjukkan t 0.01 (10) = 2.7638

Untuk ujian dua hujung:

(i) t 0.01 (10) = 2.7638 untuk separuh rantau kanan; dan

(ii) t 0.01 (10) = 2.7638 untuk separuh rantau kiri.

(Lihat Rajah 10.2(c))


TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 191

10.1.3 Statistik Ujian terhadap Min Populasi


Dalam pengujian hipotesis, menentukan statistik ujian yang sesuai adalah sangat
penting. Seperti yang dijelaskan dalam Topik 9, maklumat mengenai varians
populasi dan saiz sampel akan menentukan statistik ujian yang akan digunakan.

Kes I : Varians populasi V 2 diketahui

x  P0
Statistik ujian ialah skor-z z (10.1)
V n

Kes II: Varians populasi V 2 tidak diketahui dan saiz sampel besar, n t 30

x  P0
Statistik ujian ialah skor-z z (10.2)
s n

Kes III: Varians populasi V 2 tidak diketahui dan saiz sampel kecil, n  30

x  P0
Statistik ujian ialah skor-t t (10.3)
s n

dengan v n  1 ialah darjah kebebasan.

10.1.4 Prosedur Pengujian Hipotesis bagi Min


Populasi
Langkah-langkah berikut biasanya digunakan dalam pengujian hipotesis:

Langkah 1 : Mengenal pasti dakwaan dan formulasi hipotesis;

Langkah 2 : Menentukan statistik ujian sama ada menggunakan skor-z atau


skor-t dan hitung statistik ujian;

Langkah 3 : Mengenal pasti aras keertian D dan tentukan rantau penolakan.


Seterusnya membuat keputusan sama ada menolak atau gagal
untuk menolak H0 ; dan

Langkah 4 : Membuat kesimpulan/ringkasan keputusan.


192 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

Contoh 10.4:
Seorang penyelidik melaporkan bahawa purata gaji tahunan Ketua Pegawai
Eksekutif adalah lebih daripada RM42,000. Sampel kajian yang terdiri daripada
30 orang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mempunyai min gaji RM43,260. Sisihan
piawai bagi populasi ialah RM5,230. Menggunakan D = 0.05, uji kesahihan
laporan ini.

Penyelesaian:

P0 42000 n 30 x 43260 V 5230

Langkah 1 : Dakwaan tersebut ialah purata gaji adalah lebih daripada


RM42,000. Tiada tanda sama dengan dalam ungkapan ini,
dengan itu tentukan H1 dahulu kemudian rumuskan H0 (lihat
Jadual 10.3).

H1 : P ! RM42000 (dakwaan)
H 0 : P d RM42000

Langkah 2 : Sisihan piawai bagi populasi V 5320 diketahui, dengan itu kita
ada Kes I:

x  P0 43260  42000
Statistik ujian adalah skor-z: z 1.32
V/ n 5230 30

Langkah 3 : Aras keertian yang diberi adalah D 0.05 . Dengan melihat pada
pernyataan H1 (rujuk Jadual 10.4), ia adalah ujian hujung-kanan
z z 0.05 1.64
dengan D

Rajah 10.3: Ujian hujung kanan pada aras 5%


TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 193

Nilai ujian, z = 1.32 adalah kurang daripada 1.64. Dengan itu,


skor-z tidak berada dalam rantau penolakan (lihat Rajah 10.3).
Keputusan: Gagal menolak H0 pada aras 5%. Dengan kata lain,
H1 tidak diterima pada aras 5%.

Langkah 4 : Kesimpulannya, maklumat sampel yang diberikan tidak


memberi bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan bahawa
purata gaji tahunan bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) adalah
lebih daripada RM42,000.

Contoh 10.5:
Seorang penyelidik ingin mengkaji dakwaan bahawa purata jangka hayat masa
bagi lampu pendarfluor ialah 1,600 jam. Satu sampel rawak terhadap 100 lampu
pendarfluor mempunyai min jangka hayat 1,580 jam dan sisihan piawai 100 jam.
Adakah terdapat bukti yang menyokong dakwaan itu pada D = 0.05?

Penyelesaian:

P0 1600 n 100 x 1580 s 100

Langkah 1 : Dakwaan tersebut adalah purata jangka hayat bagi lampu


pendarfluor ialah 1,600 jam. Terdapat tanda sama dengan
dalam ungkapan ini, dengan itu tentukan H0 dahulu kemudian
rumuskan H1 (lihat Jadual 10.3).

H0 : P 1600 jam (dakwaan)


H1 : P z 1600 jam

Langkah 2 : Sisihan piawai bagi populasi tidak diketahui dan saiz sampel n =
100 adalah besar, dengan itu kita ada Kes II:

x  P0 1580  1600
Statistik ujian adalah skor-z z 2.0 .
V/ n 100 100

Langkah 3 : Aras keertian diberikan sebagai D 0.05 . Dengan melihat pada


pernyataan H1 (rujuk Jadual 10.4), ia adalah ujian dua hujung; di
mana rantau penolakan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
separuh kiri dan separuh kanan yang setiap satunya mewakili
D 0.05
0.025 ; dan nilai genting z D z 0.025 r1.96 .
2 2 2
194 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

Rajah 10.4: Ujian dua hujung pada aras 5%

Nilai ujian, z 2.0 adalah kurang daripada -2.0. Dengan itu, skor-z
berada dalam rantau penolakan (lihat Rajah 10.4). Keputusan:
Menolak H0 pada aras 5%.

Langkah 4 : Kesimpulannya, maklumat sampel yang diberikan memberikan


bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan bahawa purata
jangka hayat bagi lampu pendarfluor ialah 1,600 jam.

Contoh 10.6:
Jabatan Sumber Manusia mendakwa bahawa purata gaji permulaan bagi
eksekutif graduan dengan pengalaman kerja yang sedikit ialah RM24,000
setahun. Sampel rawak 10 eksekutif muda telah dipilih, dan min gaji mereka
ialah RM23,450 dan sisihan piawai ialah RM400. Uji dakwaan tersebut pada aras
5%.

Penyelesaian:

P0 24000 n 10 x 23450 s 400

Langkah 1 : Dakwaan tersebut adalah purata gaji permulaan bagi eksekutif


graduan dengan pengalaman kerja yang sedikit ialah RM24,000
setahun. Terdapat tanda sama dengan dalam ungkapan ini,
dengan itu tentukan H0 dahulu kemudian rumuskan H1.

H0 : P RM24000 (dakwaan)
H1 : P z RM24000
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 195

Langkah 2 : Sisihan piawai bagi populasi adalah tidak diketahui dan saiz
sampel n = 10, dengan itu kita ada Kes III:

x  P0 23450  24000
Statistik ujian adalah skor-t t 4.35 .
V/ n 400 10

Langkah 3 : Aras keertian diberikan sebagai D 0.05 dan darjah kebebasan


adalah v n  1 10  1 9 . Dengan melihat pada pernyataan H1
(rujuk Jadual 10.4), ia adalah ujian dua-hujung; di mana rantau
penolakan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu separuh kiri
dan separuh kanan yang mana setiap satunya mewakili
D 0.05
0.025 ; dan nilai genting t D 9 t 0.025 9 r 2.262
2 2 2

(Lihat jadual t (OUM), muka surat 25 baris 9, dan lajur 0.025).

Rajah 10.5: Ujian dua hujung pada aras 5% bagi skor-t

Nilai ujian, t 4.35 adalah kurang daripada -2.262. Oleh itu,


skor-t berada dalam separuh rantau penolakan kiri (lihat Rajah
10.5). Keputusan: Menolak H0 pada aras 5%.

Langkah 4 : Kesimpulannya, maklumat sampel yang diberikan memberi


bukti yang cukup untuk menolak dakwaan bahawa purata gaji
permulaan bagi eksekutif graduan dengan pengalaman kerja
yang sedikit ialah RM24,000 setahun.
196 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

LATIHAN 10.1

1. Andaikan taburan pensampelan bagi X adalah normal, dapatkan


nilai genting bagi setiap kes dan tunjukkan rantau penolakan.

(a) Ujian hujung kiri; D = 0.05;

(b) Ujian hujung kanan; D = 0.01; dan

(c) Ujian dua hujung ; D = 0.1.

2. Katakan taburan pensampelan bagi X mengikut taburan-t


dengan darjah kebebasan n-1, dapatkan nilai genting bagi setiap
kes dan tunjukkan rantau penolakan.

(a) Ujian hujung kiri; D = 0.05; n = 20;

(b) Ujian hujung kanan; D = 0.01; n = 1; dan

(c) Ujian dua hujung ; D = 0.1; n = 10.

3. Cari kesalahan pada hipotesis berikut dan jelaskan kenapa:

(a) H0 : P 4000 ; H1 : P z 3000 ;

(b) H 0 : P  100 ; H1 : P t 100 ; dan

(c) H 0 : P t 40 ; H1 : P ! 40 .

4. Bagi setiap dakwaan, nyatakan hipotesis nol dan hipotesis


alternatif.

(a) Purata umur eksekutif muda adalah 24 tahun;

(b) Purata pendapatan bulanan bagi pengurus kanan bukan


siswazah adalah kurang daripada RM2,300:

(c) Purata bil telefon bulanan untuk kegunaan pejabat adalah


sekurang-kurangnya RM750; dan

(d) Purata bilangan pekerja baru yang diambil bekerja setiap


tahun tidak melebihi 40 orang.
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 197

5. Buat keputusan mengenai statistik ujian bagi ujian hipotesis yang


berikut. Andaikan populasi asal adalah normal atau berbentuk
loceng:

(a) H0 : P 4000 ; H1 : P z 4000 . V =100; n = 25, x = 4100.

(b) H0 : P 400 ; H1 : P  400 . s = 100; n = 40, x = 395.

(c) H0 : P 40 ; H1 : P ! 40 . s = 4; n = 10, x = 35.

6. Seorang penyelidik ingin membuat kesimpulan sama ada purata


pendapatan tahunan keluarga di kawasan perumahan melebihi
RM14,000. Sampel rawak sebanyak 60 keluarga telah dipilih. Sampel
tersebut menunjukkan purata pendapatan tahunan RM14,100 dengan
sisihan piawai RM400. Pada aras 5%, lakukan ujian berstatistik untuk
membantu penyelidik membuat kesimpulan.

7. Sebuah syarikat automobil mendakwa bahawa purata hayat tayar


yang dikeluarkan dalam negara bagi 60,000km yang dinyatakan oleh
pengeluar adalah terlalu tinggi. Syarikat itu memilih sebanyak 50
sampel rawak tayar biasa yang memberi min hayat 59,500km dan
sisihan piawai 1,500km. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat pada
aras keertian 0.01?

10.2 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP


KADARAN POPULASI
Dalam modul ini, kita hanya mempertimbangkan saiz sampel besar (n t 30).
Taburan pensampelan bagi kadaran sampel P biasanya menghampiri taburan
normal. Oleh itu, prosedurnya adalah sama seperti prosedur untuk pengujian
hipotesis bagi min populasi bagi sampel yang besar. Hipotesis nol untuk ujian ini
adalah:

H0 :S S0
198 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

Titik anggaran untuk kadaran populasi S adalah kadaran sampel:


x
p0 (10.4)
n

yang x dari n (yang merupakan saiz sampel rawak) adalah positif atau
menyokong ciri-ciri.

Bagi kes kadaran, taburan populasi yang sebenar dan taburan statistik ujian ialah
taburan binomial. Walau bagaimanapun, bagi saiz sampel yang besar (n t 30)
dan jika syarat yang berikut:

n S t 5 dan n S 1  S t 5 (10.5)

dipenuhi, maka taburan normal ialah anggaran yang terbaik. Semakin besar saiz
sampel, semakin baik anggaran. Jika kedua-dua keadaan ini tidak dipenuhi,
maka kebarangkalian untuk menolak H0 boleh dikira daripada jadual taburan
binomial.

Dalam topik ini, andaikan syarat tadi dipenuhi, maka apabila H0 benar, kadaran

sampel P akan menghampiri taburan normal N P P , V P2 di mana:
p0 (1  p 0 )
PP p 0 , dan V P2 (10.6)
n

Oleh itu, statistik ujian ialah skor-z:

p0  P p
z (10.7)
Vp

iaitu normal piawai N(0, 1).

Contoh 10.7:
Jabatan Pendaftaran mendakwa bahawa kadar kegagalan pelajar Ijazah
Pendidikan Jarak Jauh yang bekerja adalah lebih daripada 30%. Walau
bagaimanapun, pada semester lepas, terdapat 125 orang pelajar daripada 400
sampel rawak yang gagal untuk meneruskan pengajian mereka. Pada D = 0.05,
adakah maklumat sampel menyokong dakwaan tersebut?
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 199

Penyelesaian:
x 125
S 0.3 p0 0.3125 n 400
n 400

Langkah 1 : Dakwaan tersebut adalah kadar kegagalan pelajar Ijazah


Pendidikan Jarak Jauh yang bekerja adalah lebih daripada 30%.
Tiada tanda sama dengan dalam ungkapan ini, oleh itu tentukan
H1 dahulu kemudian rumuskan H0.

H1 : S ! 0.3 (dakwaan)
H 0 : S d 0.3

Langkah 2 : Saiz sampel n = 400, dan syarat n S 400 0.3 120 > 5 dan
n S 1  S 400 0.3 1  0.3 84 > 5 dipenuhi. Oleh itu, taburan
p pensampelan bagi kadaran sampel menghampiri taburan
normal dengan

p 0 (1  p 0 ) 0.3 0.7
PP p0 0.3 dan V p 0.023
n 400

p0  P p 0.3125  0.3
Statistik ujian adalah skor-z: z 0.543
Vp 0.023

Langkah 3 : Aras keertian diberikan D 0.05 . Melihat kepada pernyataan H1


(rujuk Jadual 10.4), ia adalah ujian hujung kanan di
mana zD z0.05 1.64 .

Rajah 10.6: Ujian hujung kanan pada aras 5%


200 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

Nilai ujian, z = 0.543 adalah kurang daripada 1.64. Oleh itu,


skor-z tidak berada dalam rantau penolakan (lihat Rajah 10.6).
Keputusan: Gagal untuk menolak H0 pada aras 5%.

Langkah 4 : Sebagai kesimpulan, maklumat sampel yang diberikan tidak


memberi bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan bahawa
kadar kegagalan bagi pelajar Ijazah Pendidikan Jarak Jauh yang
bekerja adalah lebih daripada 30%.

Contoh 10.8:
Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh Syarikat A didapati 40% daripada
pelanggannya berpuas hati dengan kaunter perkhidmatan pelanggan. Walau
bagaimanapun, seorang eksekutif baharu mahu menguji dakwaan ini dan
memilih sampel rawak 100 pelanggan dan mendapati bahawa hanya 37% yang
berpuas hati dengan kaunter perkhidmatan pelanggan. Pada D = 0.01, adakah
maklumat sampel memberikan bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan
tersebut?

Penyelesaian:

S 0.4 p0 0.37 n 100

Langkah 1 : Dakwaan itu adalah 40% daripada pelanggannya berpuas hati


dengan kaunter perkhidmatan pelanggan. Ia ialah ungkapan
dakwaan bukan arahan. Terdapat tanda sama dengan dalam
ungkapan ini; dengan itu tentukan H0 terlebih dahulu kemudian
H1.

H0 : S 0.4 , (dakwaan)
H1 : S z 0.4

Langkah 2 : Saiz sampel n = 100, dan syarat n S 100 0.4 40 > 5 dan
n S 1  S 100 0.4 1  0.4 24 > 5 dipenuhi. Oleh itu, taburan
pensampelan dari kadaran sampel menghampiri taburan normal
dengan

p 0 (1  p 0 ) 0.4 0.6
PP p0 0.4 dan V p 0.049
n 100
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 201

p0  P p 0.37  0.40
Statistik ujian adalah skor-z, z 0.612
Vp 0.049

Langkah 3 : Aras keertian diberikan sebagai D 0.05 . Melihat kepada


pernyataan H1 (rujuk Jadual 10.4), ia ialah ujian dua hujung di
mana rantau penolakan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
separuh kiri dan separuh kanan yang setiap satunya mewakili
D 0.01
0.005 ; dan nilai genting zD z0.005 r 2.58 .
2 2 2

Rajah 10.7: Ujian dua-hujung pada aras 1%

Nilai ujian, z = 0.612 adalah lebih besar daripada 2.58. Oleh itu,
skor-z tidak berada dalam rantau penolakan (lihat Rajah 10.7).
Keputusan: Gagal untuk menolak H0 pada aras 5%.

Langkah 4 : Kesimpulannya, maklumat sampel yang diberikan tidak


memberi bukti yang cukup untuk menolak dakwaan bahawa
40% daripada pelanggannya berpuas hati dengan perkhidmatan
kaunter.
202 X TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI

LATIHAN 10.2

1. Sebanyak 50 cerapan sampel rawak dipilih daripada populasi


binari dengan perkadaran memihak kepada sifat tertentu, S tidak
diketahui. Diberikan kadaran sampel memihak kepada sifat yang
sama adalah 0.45. Uji dan buat kesimpulan bagi hipotesis berikut:

(a) H0: S =0.51; H1: S 0.51; D = 0.05.

(b) H0: S =0.60; H1: S < 0.60; D = 0.01.

(c) H0: S =0.40; H1: S > 0.40; D = 0.10.

2. Daripada 835 pelanggan yang datang ke kaunter untuk khidmat


pelanggan, 401 daripada mereka memiliki akaun simpanan.
Adakah sampel data ini membantu anda untuk membuat
kesimpulan bahawa lebih daripada 45% daripada pelanggan
bank memiliki akaun simpanan?

3. Pengurusan perbandaran mendapati bahawa 37% daripada


masyarakat tempatan mempunyai lebih daripada tujuh orang ahli
keluarga. Sampel rawak sebanyak 100 keluarga di kawasan
setempat telah dipilih mendapati 23 daripada mereka mempunyai
lebih daripada tujuh orang ahli keluarga. Pada D = 0.01, adakah
terdapat bukti yang cukup yang menunjukkan bahawa peratusan
telah berubah?

4. Seorang penyelidik mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 15%


daripada semua pengurus baharu menghadapi masalah dengan
pengurusan masa yang berkait dengan rutin harian mereka.
Berdasarkan sampel 80 orang pengurus baharu, sembilan
daripada mereka didapati menghadapi masalah tersebut. Pada
D = 0.05, adakah terdapat bukti yang cukup untuk menolak
dakwaan tersebut?
TOPIK 10 PENGUJIAN HIPOTESIS TERHADAP PARAMETER POPULASI W 203

x Dalam topik ini, kita telah membincangkan pengujian hipotesis berkaitan


min dan kadaran populasi.

x Perumusan hipotesis nol dan hipotesis alternatif adalah sangat penting dan
biasanya berpandukan pernyataan dakwaan dalam permasalahan.

x Pengujian hipotesis terhadap min populasi sama ada menggunakan ujian-z


atau ujian-t bergantung pada jenis taburan pensampelan bagi min sampel.

x Ungkapan hipotesis alternatif akan menentukan jenis ujian sama ada ujian
hujung kiri, ujian hujung kanan atau ujian dua hujung.

x Untuk menguji kadaran populasi, ujian-z digunakan.

x Beberapa perbincangan dalam mencari nilai genting menggunakan ujian-z


atau ujian-t dengan D diberi, telah dibincangkan melalui contoh untuk
menentukan rantau penolakan.

x Ia akan diikuti dengan membuat keputusan sama ada untuk menolak atau
menerima hipotesis nol.

x Prosedur ujian ini kemudian disimpulkan mengikut keputusan statistik


ujian.

Hipotesis alternatif Rantau penolakan


Hipotesis nol Ujian-z
Pengujian hipotesis berstatistik

Anda mungkin juga menyukai