Anda di halaman 1dari 12

NAMA SEKOLAH

SMK BULUH KASAP,


KM 8 JLN BULUH KASAP,
85100 BULUH KASAP,
SEGAMAT JOHOR.

ADA TINDAKAN,KAEDAH DAN


NAMA PENGKAJI:

AYAT HENDAKLAH POSITIF


RADINHAZIZI BIN HANAPI GURU MATAPELAJARAN
TERSEBUT. BOLEH SECARA
INDIVIDU @ BERKUMPULAN

KUMP SASARAN
TAJUK KAJIAN:

KAEDAH RUMAH: MEMPERTINGKAT PENGUASAAN KEMAHIRAN


MENAMBAH INTEGER POSITIF DAN NEGATIF DALAM KALANGAN

15 P.P
PELAJAR TINGKATAN 1C

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Pada tahun 2007, saya mula ditempatkan di SMK Buluh Kasap, Segamat.

MASALAH
Saya diarahkan mengajar Matematik Tingkatan 1C. Saya berasa teruja untuk
mengajar pelajar-pelajar. Namun begitu,semasa mengajar tajuk

ISU/
INTEGERS,saya dapati terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar.
Ia benar benar mencabar saya. Saya perlu menguatkan semangat agar saya
dapat memperbaiki keadaan dan membantu pelajar terbabit.

Apa yang saya dapati ialah mereka tidak dapat menyelesaikan operasi
tambah dan tolak dengan baik. Ini kerana pelajar pelajar terbabit mempunyai
asas yang sangat lemah berkaitan tanda bagi setiap nombor. Namun begitu
mungkin bukan kesilapan mereka secara total, pihak guru juga mungkin

FAKTOR GURU
ISU/MASALAH

KUMPUL DATA
tersilap. Ini kerana pada peringkat rendah pelajar hanya diperkenalkan
dengan nombor positif. Sebagai contoh,kita hanya menyebut 2 sebagai dua
sahaja dan bukannya positif dua. Inilah kesannya yang saya perolehi di
peringkat menengah. Kesan secara langsung dapat dilihat melalui Ujian
Topikal dan semakan buku latihan pelajar.
Contoh kesalahan:

-5+2=3 (sepatutnya -3)


-5+2=7 (sepatutnya -3)

Daripada contoh jawapan yang diberikan oleh pelajar saya dapati mereka
FAKTOR PELAJAR

gagal mengenal tanda bagi setiap nombor. Pelajar juga tidak memahami
PERSEKITARAN

maksud integer lebih-lebih lagi integer negatif. Masalah ini juga berkait
dengan cara hidup pelajar dan guru. Maksud saya dalam kehidupan seharian,
kita tidak pernah menggunakan istilah integer negatif atau positif semasa
FAKTOR

berurusan. Keadaan ini jika kita perhalusi memang berkait dengan


pengetahuan sedia ada pelajar untuk diadaptasi di dalam bilik darjah.
Masalah ini tidak boleh saya biarkan kerana asas integer positif dan
negatif sangat penting bagi pelajar apabila mereka menduduki peperiksaan

APA USAHA
awam nanti. Kemudian saya mendapat satu idea untuk mengatasi masalah ini

GURU?
dengan menggunakan KAEDAH RUMAH. Diharapkan kaedah ini dapat
membantu pelajar menyelesaikan masalah menambah integer positif dan
negatif.

2. FOKUS KAJIAN

NYATAKAN
MASALAH
Kajian yang akan saya jalankan ini lebih menekankan kepada penguasaan
pelajar di dalam menyelesaikan penambahan integer. Beberapa kemahiran
yang perlu dikuasai oleh pelajar seperti pengenalan tanda setiap integer,
perbezaan nilai antara dua integer berbeza tanda dan kemahiran meletakkan
tanda bagi setiap nilai beza yang diperolehi.
Masalah ini berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak begitu
menguasai atau memahami kehendak soalan penambahan integer tersebut.

MASALAH
BERLAKU
SEBAB
Di samping itu sikap pelajar juga merupakan penyumbang sampingan kepada
masalah ini. Terdapat beberapa pelajar yang cepat putus asa apabila gagal
memahami pengajar guru. Mereka tidak lagi mahu berusaha bagi
memahamkan perkara yang diajar.
Saya mesti berusaha agar kesemua pelajar ini dapat menguasai

JANGKAAN JIKA TIADA


APA USAHA GURU?
penambahan integer positif dan negatif. Ini kerana asas integer positif dan
negatif akan diaplikasi lagi di dalam topik pecahan, nombor perpuluhan,

TINDAKAN
ungkapan algebra, persamaan linear dan indeks di tingkatan 2 dan 3 nanti.
Bayangkan apa yang akan terjadi kepada pelajar yang gagal menguasai
perkara ini nanti. Pasti mereka akan lebih benci terhadap Matematik. Ini juga
akan membantu mereka semasa menjawab soalan PMR dan seterusnya
SPM nanti.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan,pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut:
KEMAHIRAN
DARI PADA
AMBIL

TAJUK

i. Objektif Umum
mempertingkat kemahiran menambah integer positif dan negatif.
ii. Objektif khusus

INTERVENSI DAN meningkatkan kemahiran pelajar mengenal tanda bagi


BOLEH DIUKUR setiap integer
BERKAITAN

AKTIVITI @


DENGAN

meningkatkan kemahiran pelajar mencari beza antara


dua integer berbeza tanda
meningkatkan kemahiran pelajar menentukan tanda bagi
jawapan.
Mengubah amalan pengajaran guru ke arah yang lebih
efektif.

4. KUMPULAN SASARAN

TAHAP PELAJAR?
Kajian ini melibatkan 8 orang pelajar tingkatan 1C yang gagal menjawab
soalan penambahan integer negatif dan positif. Mereka terdiri daripada 3
orang pelajar perempuan dan 5 orang pelajar lelaki. Semua pelajar ini

BILANGAN?
MASALAH?
meupakan pelajar yang mendapat gred D semasa UPSR tahun 2006.

SIAPA?
5. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Tinjauan Awal Masalah


Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah
akan saya lakukan terhadap 8 orang pelajar yang saya maksudkan tadi.
Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui kelemahan
sebenar pelajar.

i. Ujian Pra
Ujian pra dilakukan dengan memberi kepada pelajar terbabit
soalansoalan penambahan integer positif dan negatif.
MENDAPATKAN MAKLUMAT PADA
KAEDAH MENGUMPUL DATA BAGI

Sebanyak 20 soalan subjektif penambahan integer negatif dan


positif diberikan kepada pelajar. Daripada jawapan yang
diberikan oleh pelajar,saya boleh mengesan kelemahan-
kelemahan mereka.

ii. Semakan buku latihan


Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan
PERINGKAT AWAL

kelemahan pelajar bagi sub topik ini. Kelemahan pelajar juga


boleh dikesan di sini.

iii. Temu bual.


Dijalankan sewaktu rehat di mana murid diminta berjumpa
dengan saya untuk ditemubual secara berpasangan. Borang
soal selidik digunakan bagi memudahkan murid menjalani soal
selidik dengan lancar.
5.2 Perlaksanaan tindakan

i. Kaedah rumah
AKTIVITI YANG DIRANCANG DAN

PERLAKSANAAN. CADANGKAN

Cara Pelaksanaan:
AKTIVITI YANG KREATIF DAN
HURAIAN TERPERINCI CARA

AKTIVITI 1
Memperkenalkan tanda bagi setiap integer
Di dalam bahagian ini saya akan menerangkan kepada
pelajar tentang tanda sebenar bagi setiap integer yang
diberikan. Sebagai contohnya 2 ialah positif dua secara
sebutannya. Dengan kata lain jika tiada tanda di hadapan
nombor,ia adalah nombor positif. Bagi nombor
negatif,tanda ( - ) telah jelas diletakkan di hadapan
INOVATIF

nombor. Contohnya,

INTEGER TANDA
+6 POSITIF ENAM
6 POSITIF ENAM
-6 NEGATIF ENAM

Setelah itu latih tubi akan diberikan sebagai


pengukuhan.(rujuk lampiran 1)

AKTIVITI 2
Meletakkan integer ke dalam rumah berdasarkan tanda
masing masing dan menjumlahkannya.
Di dalam aktiviti ini pula pada peringkat permulaan
pelajar akan diberikan jadual rumah. Pelajar
dikehendaki meletakkan integer di ruang tanda (rumah)
masing-masing dan kemudiannya dikehendaki
menjumlahkannya. Sebagai contohnya,

- 5 + 2 + (-3 ) = _____

Tanda pada nombor

- +

5 2
3
8 2
Setelah itu beberapa latihan pengukuhan akan
diberikan kepada pelajar.(rujuk lampiran 2)
AKTIVITI 3
Mencari beza jumlah antara rumah dan meletakkan
tanda bagi nilai beza jumlah antara rumah.
Setelah tamat aktiviti 1 dan 2 pelajar akan diajar untuk
mencari beza jumlah antara kedua-dua rumah. Sebenarnya
di sini pelajar perlu menolak nombor yang lebih besar
kepada yang kecil untuk mencari beza. Untuk meletakkan
tanda pula, pelajar perlu membandingkan jumlah yang
mana lebih besar. Ini bermakna tanda bagi jawapan
bergantung kepada nilai jumlah yang lebih besar di antara
kedua dua rumah. Sebagai contohnya,

- 5 + 10 + (-8) + 2 + 17 = _____

Tanda pada nombor

- +

5 10
8 2
17

13 29

Beza antara jumlah dua nombor ialah 16 iaitu 29-13


Tanda bagi jawapan ditentukan berdasarkan kepada nilai
pada ruangan mana yang paling besar. ( 29 lebih besar
daripada 5, maka tanda pada nombor 29 diambil)

Jawapannya ialah +16

ii. Latihan pengukuhan.( RUJUK LAMPIRAN 3)


iii. Ujian Pos

Dijalankan sesudah pengajaran menggunakan kaedah rumah


dilakukan. Murid dikehendaki menjawab soalan tersebut yang
mirip seperti ujian pra.markah pelajar akan direkodkan.
6. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tempoh


pelaksanaan
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Minggu 1 April 2007
2 Menulis Proposal Kajian Minggu 2 April 2007
3 Merancang Tindakan Minggu 3 April 2007
4 Melaksanakan Tindakan Minggu 1 Mei 2007
5 Melaksanakan Ujian Pos Minggu 2 Mei 2007
6 Refleksi Kajian Minggu 3 Mei 2007
7 Menulis Laporan Kajian Minggu 1 Jun 2007
8 Pembentangan Dapatan Kajian Minggu 4 Jun 2007

7. KOS KAJIAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI X JUMLAH KOS


HARGA SEUNIT
1 Kertas A4 2 rim x RM 10.00 RM 20.00
2 Printer Cartridge 1 x RM 60.00 RM 60.00

JIKA TIDAK MEMERLUKAN


PERUNTUKAN KEWANGAN.
BOLEH ABAIKAN ITEM INI
3 Fotostat bahan RM 50.00

TIDAK MELIBATKAN KOS


4 White Board 2 x RM 5.00 RM 10.00

Marker Pen
5 Alatulis Pelajar 8 x RM 5.00 RM 40.00

PENGURUSAN
JUMLAH RM 180.00

LAMPIRAN 1.

ARAHAN
SILA TULISKAN TANDA INTEGER DIBERIKAN SEBAGAI POSITIF ATAU
NEGATIF

INTEGER TANDA
+ 10 POSITIF SEPULUH
2
34
-54
9
+9
-9
10
-78

SILA LETAKKAN TANDA + ATAU BAGI SETIAP INTEGER DI BAWAH

INTEGER TANDA
POSITIF LAPAN
SEBELAS
NEGATIF LIMA
LIMA PULUH
NEGATIF SERIBU
SEMBILAN
DUA BELAS

LAMPIRAN 2.

3 -9 +7 20 21 +43 -21 7 11 -87 1


-25 32 10000 -1 774 19 -19 +19 6

ARAHAN.
SILA MASUKKAN INTEGER DI ATAS DI RUANG YANG SESUAI
BERDASARKAN TANDA INTEGER TERSEBUT.

INTEGER POSITIF INTEGER NEGATIF


(+) (-)
LAMPIRAN 3.

Soalan 1:

- 5 + 2 = _____

Tanda pada nombor

- +

5 2
Beza antara dua nombor ialah ...........
Tanda bagi jawapan ditentukan berdasarkan kepada nilai
pada ruangan mana yang paling besar. ( 5 lebih besar
daripada 2, maka tanda pada nombor 5 diambil)
Jawapannya ialah ............
Soalan 2:

2 + (- 5) + 12 = _____

Tanda pada nombor

- +

5 2
12

Beza antara jumlah dua nombor ialah 9 iaitu 14 - 5

Tanda bagi jawapan ditentukan berdasarkan kepada nilai


pada ruangan mana yang paling besar. ( 14 lebih besar
daripada 5, maka tanda pada nombor 14 diambil)

Jawapannya ialah ..................

Contoh 3:

- 5 + 10 + (-8) + 2 + 17 = _____

Tanda pada nombor

- +
Beza antara jumlah dua nombor ialah ...............
Tanda bagi jawapan ditentukan berdasarkan kepada nilai
pada ruangan mana yang paling besar. (......lebih besar
daripada....., maka tanda pada nombor ......diambil)

Jawapannya ialah ........

(CONTOH)
5.5 REFLEKSI KAJIAN

MARKAH
TINDAKAN GURU SEPERTI UJIAN POS

PELAJAR UJIAN PRA (%) UJIAN POS


(%)
HURAIAN KEBERKESANAN

P1 32 80
P2 34 86
P3 34 84
P4 37 84
P5 40 90
P6 43 88
P7 38 80
P8 30 78
JADUAL 1: PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN POS
Berdasarkan Jadual 1, didapati berlaku peningkatan pencapaian pelajar
daripada ujian pra kepada ujian pos.7 orang pelajar memperolehi markah 80% dan ke
atas di dalam ujian pos. Ini menunjukkan bahawa mereka benar-benar faham
mengenai kaedah rumah dan dapat mengaplikasikannya dan seterusnya berjaya
memperolehi jawapan dengan cepat dan tepat.

TINGKAH LAKU PELAJAR SEBELUM SETELAH


PENGGUNAAN PENGGUNAAN
KAEDAH RUMAH KAEDAH RUMAH
BIL BIL
(%) (%)
BERMAIN-MAIN DENGAN 6 2
ALATULIS (75%) (25%)

BERBUAL DENGAN RAKAN 6 2


(75%) (25%)

TIDUR 2 0
(25%) (0%)

BERTANYA SOALAN 2 5
(25%) (62.5%)

MENYIAPKAN KERJA RUMAH 3 8


(37.5%) (100%)

ENGGAN MENJAWAB SOALAN 7 1


SECARA SUKARELA (87.5%) (12.5%)
MEMBUAT LATIHAN DI PAPAN 1 8
TULIS (12.5%) (100%)

PERUBAHAN TINGKAH LAKU DAN EMOSI PELAJAR


JADUAL 2 : PERUBAHAN TINGKAH LAKU PELAJAR SEBELUM DAN
SELEPAS PENGGUNAAN KAEDAH RUMAH.
MELALUI PEMERHATIAN @ TEMUBUAL
Dengan menggunakan kaedah ini juga saya dapati tumpuan yang diberikan
oleh pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran semakin baik. Mereka
memberikan tumpuan sepenuhnya semasa saya mengajar. Mereka semakin rajin
bertanya apabila ada sebarang kemusykilan. Secara tidak langsung suasana di dalam
bilik darjah menjadi sangat kondusif dan praktikal untuk pembelajaran. Pelajar-pelajar
seolah oleh tidak sabar menantikan waktu Matematik. Tingkah laku pelajar memang
berubah. Berdasarkan Jadual 2 di atas, tingkah laku negatif pelajar seperti bermain-
main dengan alat tulis,berbual sesama mereka,tidur,enggan menjawab soalan secara
sukarela dan enggan menjawab soalan di papan tulis adalah berkurang. Manakala
tingkahlaku positif seperti bertanya soalan apabila kurang faham dan menyiapkan
kerja rumah apabila diarahkan semakin bertambah.ini menunjukan bahawa para
pelajar semakin meminati topik ini khususnya dan matapelajaran ini umumnya.
Saya juga berasa tersentuh apabila beberapa orang pelajar dari kelas lain meminta jasa

KEKEBERKESANAN KAJIAN
baik saya mengajar mereka penambahan integer negatif dan positif menggunakan

PERASAAN GURU TENTANG


kaedah rumah. Mereka mendapat tahu mengenai kaedah ini melalui kawan mereka di
tingkatan 1C. Secara baik saya memberitahu mereka yang saya akan berbincang
dengan rakan guru Matematik agar mempraktikkan kaedah ini di dalam pengajaran
dan pembelajaran mereka agar semua pelajar tingkatan satu memperolehi manfaatnya.
Alhamdulillah apabila saya berbincang bersama sama rakan di dalam panitia
Matematik,mereka juga berminat untuk menjayakan kaedah ini.

Kesimpulannya, saya berasa gembira dan bersyukur atas keberkesanan kaedah yang
saya perkenalkan.

Anda mungkin juga menyukai