Anda di halaman 1dari 2

TEMA 3 :

HIDUP BERMASYARAKAT
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan
alam sekitar.
Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pemeliharaan alam sekitar
Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya.
Pemuliharaan alam sekitar
Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat
tindakan manusia.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam
pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara
sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara.
ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA
ALAM SEKITAR
Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM)
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
Alam Flora Sdn. Bhd.
JABATAN ALAM SEKITAR
PERANAN
Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar.
Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar
negara.
TANGGUNGJAWAB
Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran.
Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984.
AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR
PENEROKAAN HUTAN
Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah.
AKTIVITI PERINDUSTRIAN
Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit.
KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR
PENCEMARAN UDARA
PUNCA
Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang.
KESAN
Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif.
PENCEMARAN AIR
PUNCA
Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian
KESAN
Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih.
PENCEMARAN DARAT
PUNCA
Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap.
KESAN
Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa.
PENCEMARAN BUNYI
PUNCA
Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian.
KESAN
Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi.
CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM
Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau.
KESAN-KESAN BENCANA ALAM
Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman musnah,
mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda.

Anda mungkin juga menyukai