Anda di halaman 1dari 11

LATIHAN 1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .

A.lazat

B.merdu

C.gembira

D.mewah

2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .

A.jauh

B.panjang

C.lama

D.jarang

3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.

A.bodoh

B.malas

C.pandai

D.degil

4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .

A.lewat

B.selalu

C.malas

D.jarang

5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .

A.berat

B.ringan

C.kecil
D.lembut

6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .

A.manis

B.masam

C.pahit

D.masin

7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .

A.laju

B.deras

C.cepat

D.lambut

8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.

A.kuat

B.fasih

C.cergas

D.laju

9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .

A.laju

B.kuat

C.kencang

D.deras

10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .

A.sedap

B.merdu

C.nyenyak

D.seronok
LATIHAN 2

Gariskan kata adjektif yang sesuai.

1. Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.

2. Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).

3 Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).

4. Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.

5. Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.

6. Peristiwa (ganjil, panas) yang berlaku di kawasan itu telah menggemparkan orang ramai.

7. Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli tiket perlawanan akhir
Piala Malaysia di Stadium Nasional.

8. Fajar hanya kelihatan pada waktu (siang, subuh).


LATIHAN 3

Pilih kata adjektif yang sesuai untuk ayat-ayat berikut.

1. Adik tidak suka makan ubat yang __________________ itu.[pahit/manis/pedas.]

2. Kami memerlukan galah yang lebih ____________ untuk mengait buah rambutan
itu.[lembut/panjang /usang]

3. Dinding rumah kedai yang lama itu telah ________ .[hancur/retak/pecah]

4. Pokok-pokok yang ____________ di sepenajang jalan itu mestilah ditebang dengan


segera[condong/bongkok/jatuh]

5. Ikan yang disiang-siang oleh tukang masak itu berbau ___________________.


[garing/hangus/hanyir]

6. Kedua-dua tangan saya hampir ____________ kerana cuaca terlalu sejuk.[keras/kaku/beku]

7. Jalan yang menuju ke ladang itu agak _______________.[regang/sempit/longgar]

8. Nordin sentiasa _____________ belajar kerana dia berazam cemerlang dalam

peperiksaan.[tekun/malas/benci]

9. Janganlah kita bersikap ____________ walaupun kita sudah kaya-raya.[ramah/angkuh/kejam]

10. Pelajar yang _____________________ akan berjaya dalam hidupnya.[pandai/malas/bingung]


Latihan Kata Adjektif 1

1. Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.

A. gelap B. nyaman C. hening D. bising

2. Amir sangat _______ kerena mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.

A. segan B. benci C. marah D. kecewa

3. Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk

belajar.

A. lupa B. malu C. jarang D. sering

4. Walaupun datuk Ramli sudah tua, kulitnya masih ___________ .

A. tegang B. teguh C. tegap D. tegar

5. Burung bangau mempunyai leher yang __________ .

A.tinggi B. panjang C. pendek D. rendah

6. Lauk - pauk yang dijual di gerai Mak Midah sedap - sedap belaka walaupun ____________ .

A. kelat B. pedas C. pedas D. payau

7. Puan Khoo melabuhkan kain batik anaknya yang kelihatan ____________ itu.

A. rendah B. singkat C. tinggi D. sempit

8. Saya tidak akan _________ seandainya dia berterus terang.

A. ragu B. marah C. dendam D. bimbang

9. Pemidato itu agak ___________ semasa berhujah.

A. marah B. gembira C. bimbang D. gementar

10. Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.

A. kuat B. rakus C. senyap D. perlahan


Latihan Kata Adjektif 2

1. Wang ini saya sumbangkan secara __________,kata Lee Kepada Siva.

A. Ikhlas B. sopan C. adil D. amanah

2. Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.

A. Lebat B. penuh C. ketat D. padat

3. Yuki berjoging dan menanam pokok bunga pada waktu _________.

A. Sesak B. tegang C. sunyi D. senggang

4. Baju Ching Ting sudah ________kerana kerap dipakainya.

A. Uzur B. lusuh C. layu D. kelam

5. Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.

A. Kaku B. riang C. diam D. nyenyak

6. Masakan itu amat __________kerana dimasak dengan cili yang terlalu banyak.

A. Kelat B. pahit C. pedas D. payau

7. Bahagian depan kereta itu telah ________setelah terlanggar lori.

A. Patah B. remuk C. retak D. kempis

8. Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya


bersempena dengan Hari Ibu.

A. Cemas B. terharu C. terkejut D. kecewa

9. Abang Bok Yu _________berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama

lima tahun.

A. Fasih B. leka C. bijak D. deras

10. Seluruh badan Azman ________kerana disengat sekawan tebuan sewaktu bermain di tepi

sungai.

A. Hancur B. tersiat C. tercalar D. bengkak


Latihan Kata Adjektif 3

1. Harimau hutan yang berjaya ditangkap itu sangat ___________________.

A. Ganas B. comel C. gebu D. tembam

2. Nenek Timah yang sudah ____________itu berjalan menggunakan tongkat.

A. Bongkak B. bongkok C. bengkok D. Condong

3. Ah Kin begitu _____________berbahasa Inggeris.

A. Condong B. bijak C. fasih D. pantas

4. Persahabatan Mak Limah dan Mak Gayah sungguh_________.

A. Beku B. hangat C. karib D. akrab

5. Sebelum kemalangan itu, Ali berkelakuan_____________.

A. Ganjil B. jelas C. lantang D. janggal

6. Linda begitu ________dengan datuknya.

A. Lucu B. manja C. lawak D. manis

7. Pelari itu berlari dengan_______menuju ke garisan penamat.

A. Kuat B. cepat C. pantas D. deras

8. Cahaya bulan yang _____ itu sungguh cantik.

A. Tenggelam B. mengembang C. pudar D. mengambang

9. Rohayu kelihatan _______ begitu kurung.

A. Keras B. kelat C. lembut D. cantik

10. Bilik sewa rumah Linda sungguh __________.

A. Tebal B. sempit C. tajam D. keras


11. Mi kari itu _________ kerana terlebih garam.

A. Pahit B. manis C. masin D. masam

12. Amerika Syarikat telah menggunakan senjata yang ______ untuk menyerang Afghanistan.

A. Daif B. kuno C. lama D. canggih

13. Dia terlalu __________ kepada majikannya yang baik hati itu.

A. Setia B. angkuh C. jarang D. girang

14. Buaya ialah sejenis reptilia yang ____________.

A. Baik B. ganas C. jinak D. manja

15. Budak yang ________ itu tersipu-sipu apabila diusik oleh rakan-rakannya.

A. Pendiam B. pemalu C. peramah D. girang

16. Penglihatan datuk semakin_______________.

A. Juling B. bercahaya C. rapat D. kabur

17. Tapak kasut sekolah saya sudah ___________.

A. Haus B. rencam C. tajam D. tumpul

18. Ahli bina badan negara itu berbadan kuat dan______________.

A. Capek B. tegap C. bongkok D. pipih

19. Sarung kusyen di rumahnya berbau _________kerana tidak pernah dibasuh.

A. Harum B. hanyir C. hapak D. tengik

20. Bukit yang ___________itu amat sukar untuk di daki.

A. Sengit B. tirus C. rencam D. curam

21. Amri lebih _____daripada Amir dan Din.

A. Leper B. nipis C. tinggi D. bulat


Latihan Kata Adjektif 4

1. Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.

A. Kelat B. pahit C. manis D. masin

2. Puan Teoh menguli adunan kuih pau itu sehingga ______.

A. Liat B. keras C. lembut D. lembap

3. Pusat peranginan itu terletak ______daripada kebisingan kota.

A. Jauh B. dekat C. hampir D. lama

4. Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.

A. Lembut B. halus C. kasar D. licin

5. Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujann semasa dalam perjalanan ke sekolah.

A. Halus B. basah C. kembang D. sejuk

6. Hang Tuah sangat terkenal sebagai pahlawan Melayu yang ________.

A. Berani B. takut C. elok D. jahat

7. Semua kenderaan bergerak ______kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di
Jalan Lintang.

A. Perlahan B. deras C. laju D. gopoh

8. Pihak polis telah mengambil tindakan ______untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin
menjadi-jadi sekarang.

A. Lama B. segera C. lampau D. lewat

9. Lagu Melayu asli nyanyian penyanyi terkenal tanah air itu sungguh________.

A. Garau B. merdu C. biru D. kuat

10. Warna _______pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.

A. Merah B. biru C. kuning D. putih

11. Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______itu di dalam stor
sukan.

A. Lonjong B. kempis C. lurus D. kemik

12. Tikar yang diperbuat daripada mengkuang itu _________buatannya.

A. Jelas B. keras C. tegap D. halus

13. Pengemis itu makan nasi denggan_________kerana terlalu lapar.

A. Pantas B. perlahan C. lembut D. gelojoh

14. Besi pembahagi jalan itu _________setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.

A. Bengkok B. bujur C. kempis D. lonjong


15. Penghulu itu berasa sungguh _______terhadap penduduk kampong kerana anaknya terlibat
dalam kegiatan jenayah.

A. Rindu B. malu C. sayang D. benci

16. Bunyi jeritan yang __________dari rumah di tepi hutan itu sungguh menakutkan.

A. Merdu B. nyaring C. mersik D. bising

17. Dalam cerita dongeng, nenek kebayan amat ditakuti kerana wajahnya _______.

A. Lama B. uzur C. hodoh D. tua

18. Jamal berasa ________melihat perangai Eng Kai yang mengada-ada itu.

A. Gembira B. bosan C. terharu D. sedih

19. Tiang rumah itu sudah ______kerana dimakan anai-anai.

A. Reput B. kuat C. lembut D. rapuh

20. Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________dengan rumahnya.

A. Awal B. jauh C. dekat D. nyaris

21. Murid itu mengikat tali kasutnya dengan ________supaya tidak mudah terurai.

A. Kukuh B. teguh C. perlahan D. kemas

22. Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________itu.

A. Tumpul B. tajam C. panjang D. nipis

23. Badan adik terasa ________ kerana bermain di kawasan semak-samun.

A. Gatal B. kurus C. cantik D. payau

24. Kamariah menjemur tuala yang ______itu di ampaian.

A. Cerah B. basah C. kasar D. rapuh

25. Kita haruslah bersenam supaya otak kita _________.

A. Cair B. cergas C. cerdas D. lembap

26. Latihan bola sepak akan diadakan pada petang ini sekiranya cuaca ________.

A. Cerah B. mendung C. basah D. rebut

27. Biskut yang dibuat oleh Shasha _______kerana dibakar terlalu lama.

A. Hangus B. kering C. hancur D. rosak

28. Abang saya kelihatan sungguh __________apabila berbaju Melayu dan bersamping.

A. Jelita B. gagah C. kacak D. cantik

29. Pameran batik itu mendapat sambutan _______daripada orang ramai.

A. Dingin B. panas C. hangat D. hambar


30. Ayah melarang adik mandi di sungai yang _______arusnya.

A. Cepat B. laju C. deras D. pantas

31. Mukanya menjadi _______setelah mendengar berita _______itu.

A. Merah..buruk C. putih. Buruk

B. Pucat.buruk D. pucat..baik

32. Perutnya ________kerana belum bersarapan.

A. Kosong B. bulat C. kenyang D. lapar

33. Pemain bola sepak yang ______itu telah dipilih sebagai pemain terbaik.

A. Tangkas B. cepat C. laju D. cekap

34. Biri-biri yang sedang meragut rumput di padang itu ________.

A. Gemuk-gemuk C. tergemuk

B. Paling gemuk sekali D. paling tergemuk

35. Lukisan Wei Bin amat ______ .

A. Tercantik C. tercantik sekali

B. Cantik sekali D. paling cantik sekali

36. Yu Ying paling _____ makan durian.

A. suka B. tersuka C. suka sekali D. tersuka sekali

37. Semua kanak-kanak tadika itu ___belaka.

A. Comel B. comel-comel C. tercomel D. paling comel

38. Kuih yang dibuat oleh kakak itu amat _________sekali.

A. Manis B. termanis C. manis-manis D. paling manis

39. Anak Mak Tijah_______belaka.

A. Rajin-rajin B. sangat rajin C. sungguh rajin D. paling rajin

40. Kipas itu bergerak dengan ____________sekali.

A. Cepat B. ligat C. pantas D. laju

Anda mungkin juga menyukai