Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEBERSIHAN PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 1

PISMP AMBILAN JUN 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

OLEH: KISSAN RAJ, SHARMILAH, SIVARAJ, PHUA WAN JOO

Tarikh: 28 Oktober 2014 30 Oktober 2014

Hari: Selasa - Khamis

Tempat: Tasik Beris, Sik, Kedah

Pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2014 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
telah mengadakan Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 1 dari 28 Oktober 2014 hingga 30
Oktober 2014. Program ini diadakan di Tasik Beris, Sik, Kedah. Kami telah dipilih untuk menjadi
AJK Kebersihan bagi program ini. Oleh yang demikian, kami dikehendaki memantau kebersihan
semua tempat yang digunakan untuk semua aktiviti sepanjang program ini. Antara lokasi yang
digunakan ialah dewan makan, tapak perkhemahan, dewan, tandas dan dom.

Antara tugas kami adalah memantau keadaan di dewan makan. Sepanjang program ini
berlangsung, kantin adalah satu-satunya tempat untuk semua peserta menjamu selera. Secara
keseluruhan, kami perlu membahagikan tugas membersihkan dewan makan kepada setiap
kumpulan secara bergilir-gilir. Kami juga perlu memastikan bahawa selepas semua peserta
menghabiskan makanan mereka, semua peserta perlu membasuh pinggan dan cawan yang
digunakan dan menyimpan semula di tempat yang telah ditetapkan. Sisa-sisa makanan juga
perlu dibuang ke dalam tong sampah supaya sinki tidak tersumbat. Selain itu, kerusi juga
disusun dengan kemas selepas digunakan dan tiada sisa makanan yang ditinggalkan di atas
meja.
Selain itu, kami juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan keadaan dewan di
tapak perkhemahan kami adalah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.
Sebelum kami masuk ke dewan, kami perlu memastikan kasut-kasut disusun dengan teratur
dan kemas di tepi dewan. Kami juga perlu meletakkan kerusi-kerusi yang tidak digunakan
tersusun kemas di tepi dewan. Di akhir hari perkhemahan sebelum bertolak pulang ke institut,
kami juga perlu menjalankan tugas kami dengan mengutip sampah yang terdapat di dewan dan
memastikan semuanya dalam keadaan teratur serta bersih.

Kami juga ditugaskan untuk memantau kebersihan tandas-tandas yang dikhaskan untuk
kegunaan guru-guru pelatih yang terdapat di tapak perkhemahan kami. Tandas adalah antara
tempat penting serta paling kerap digunakan oleh guru-guru pelatih. Oleh hal yang demikian,
tandas adalah tempat yang perlu diberikan tumpuan terhadap tahap kebersihannya.

Akhirnya, kami juga perlu memastikan bahawa dom kami sentiasa berada dalam
keadaan bersih dan teratur. Kami perlu memastikan bahawa tiada sampah sarap yang dibuang
di merata-rata tempat. Sebelum pulang ke institut, kami juga perlu memastikan bahawa semua
barangan guru-guru pelatih telah diambil dan tiada barangan yang tertinggal di dalam dom.

Keseluruhannya, kami berpuas hati dengan keadaan kebersihan semua lokasi untuk
aktiviti Bina Insan Guru ini dan kebanyakan peserta mampu untuk menjaga kawasan aktiviti
dengan baik.
Disediakan oleh, Disediakan oleh,

___________________________ ___________________________

(KISSAN RAJ A/L NAGARAJ) (SIVARAJ A/L MURTHY)

AJK KEBERSIHAN PROGRAM BIG, AJK KEBERSIHAN PROGRAM BIG,

PELAJAR GURU PISMP AMBILAN JUN PELAJAR GURU PISMP AMBILAN JUN
2014. 2014.

Disediakan oleh, Disediakan oleh,

___________________________ ___________________________

(SHARMILAH A/P KRISHNAN) (PHUA WAN JOO)

AJK KEBERSIHAN PROGRAM BIG, AJK KEBERSIHAN PROGRAM BIG,

PELAJAR GURU PISMP AMBILAN JUN PELAJAR GURU PISMP AMBILAN JUN
2014. 2014.
JADUAL BERTUGAS DI DEWAN MAKAN

PAGI TENGAH HARI MALAM

28 OKTOBER --- KUMPULAN 1 KUMPULAN 2


2014

29 OKTOBER KUMPULAN 3 KUMPULAN 4 KUMPULAN 1


2014

30 OKTOBER KUMPULAN 2 --- ---


2014

JADUAL BERTUGAS DI DEWAN

PAGI MALAM

28 OKTOBER --- KUMPULAN 3


2014

29 OKTOBER KUMPULAN 4 KUMPULAN 1


2014

30 OKTOBER KUMPULAN 2 ---


2014

Anda mungkin juga menyukai