Peribadi Muslimah.
Memelihara Aurat (Ketika Solat~Di Luar Solat)
Lambang Peribadi Muslimah.
Pemahaman ini telah diperkuatkan lagi oleh hadis Nabi s.a.w yang
diriwayatkan oleh Aisyah r.a bahawa kakaknya Asma binti Abu Bakar r.a pernah
masuk ke rumah Nabi s.a.w dengan berpakaian jarang sehingga nampak
kulitnya, lalu Rasulullah s.a.w memalingkan wajahnya lalu menyebut, Wahai
Asma, sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah didatangi haid
(mencapai usia baligh), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu melainkan ini dan
ini - sambil menunjukkan muka dan dua tapak tangannya. (H.R. Abu Daud)
Justeru itu, para ulama telah menetapkan beberapa garis panduan untuk
memastikan bahawa ciri-ciri pakaian muslimah itu bukan sahaja menutup kulit di
bahagian badan yang menjadi auratnya, tetapi juga menepati konsep menutup
aurat bagi mencapai objektif yang dikehendaki oleh syariat.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda: Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat
keduanya, (salah satunya ialah) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan
orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka
ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga,
padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (H.R
Muslim)
Kelima- Tidak memakai wangian yang harumnya boleh dihidu oleh lelaki
ajnabi.
Nabi s.a.w telah mengingatkan kaum wanita dalam sebuah hadis yang
bermaksud: Mana-mana wanita yang berwangi-wangian dan kemudiannya lalu
di kalangan khalayak lelaki yang menghidu harumannya, maka ia adalah seperti
wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang tertarik lalu memandangnya adalah
mata yang berzina. (H.R Abu Daud, At-Tirmizi: Hasan Sahih)
Keenam- Tidak menyerupai pakaian lelaki
Allah S.W.T melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga wanita
yang menyerupai lelaki. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bukan dari golongan
kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang
menyerupai wanita. (Musnad Ahmad, no: 6875).
Tidak diterima solat perempuan yang telah baligh melainkan dengan memakai
kain yang menutup kepalanya.
Di dalam sebuah hadith yang lain pula, Ummul Muminin Ummu Salamah
r.a telah meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Nabi s.a.w:
Adakah seseorang perempuan itu boleh bersolat dalam keadaan memakai baju
dan tudung kepala sahaja, tetapi tidak memakai kain sarung?
Rasulullah s.a.w menjawab:
.
Boleh, jika bajunya itu labuh sehingga menutup zahir (bahagian atas) kedua
kakinya. (H.R Abu Daud, no. 640 dan al-Baihaqi, jilid 2, no. 232)
Terdapat tiga istilah yang telah disebutkan di dalam hadith-hadith di atas
berkenaan dengan pakaian wanita di dalam solat iaitu dir' (baju yang menutupi
bahagian tengah tubuh),khimar (tudung yang menutupi kepala) dan
juga izar (kain sarung yang menutupi bahagian bawah badan).
Berdasarkan hadith berkenaan dengan khimar di atas, maka tidak ada
khilaf di kalangan fuqaha bahawa hukum menutup kepala iaitu seluruh rambut,
telinga dan juga leher adalah wajib bagi wanita yang telah baligh di dalam
solatnya.
Adapun pakaian yang boleh digunakan untuk mengerjakan solat pula
ialah apa jua pakaian yang menutup keseluruhan tubuh badan wanita sehingga
ke kakinya, kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan sama ada dengan
sehelai pakaian atau lebih. Hal ini jelas disebut oleh Ibn al-Munzir berdasarkan
kepada hadith Ummu Salamah yang telah disebutkan tadi, di mana baju labuh
yang sudah menutupi zahir kedua kaki boleh dipakai untuk bersolat, dan tidak
perlu lagi memakai kain sarung yang khusus. (Al-Mufassal fi Ahkam a-Marah wa
al-Bait al-Muslim, jilid 1, hlm 193)
Imam Ahmad pula berkata, "Disepakati oleh para ulama bahawa yang
wajib dipakai ialah baju yang labuh (dir' atau jubah) dan tudung kepala (khimar).
Namun jika ditambah (kainnya) adalah lebih afdhal jika ia lebih menutupi aurat.
Adalah dikira memadai dengan dua helai pakaian itu kerana ia sudah menutup
apa yang wajib ke atasnya untuk ditutup." (Al-Mughni, jilid 2, hlm. 330-331)
Adapun pakaian solat wanita yang lebih digalakkan menurut para ulama
ialah sebanyak tiga helai pakaian iaitu dir (baju yang longgar menutupi badan
hingga ke kaki),khimar (yang menutup kepala dan leher) dan jilbab iaitu telekung
yang besar diletakkan di atas khimar yang melitupi sebahagian besar tubuh
supaya tidak menampakkan bentuk tubuh wanita. (Al-Mufassal fi Ahkam al-
Marah wa al-Bait al-Muslim, jilid 1, hlm. 193)
Beberapa Isu Berkenaan Pakaian Solat Wanita
Pertama - Jika dilihat sekilas pandang, maka asas sempadan aurat
wanita di dalam solat adalah sama dengan sempadan auratnya di luar solat
apabila terdedah kepada pandangan lelaki ajnabi. Namun bagi para ulama yang
berpandangan bahawa terdapat perbezaan bagi sempadan aurat di dalam dan di
luar solat, maka kebanyakan mereka menjadikan aurat di luar solat iaitu di
hadapan lelaki ajnabi itu lebih ketat daripada aurat wanita ketika mengerjakan
solat di tempat yang tidak dapat dilihat oleh lelaki ajnabi. Ini adalah kerana bagi
kebanyakan ulama, fitnah di dalam solat adalah lebih ringan berbanding fitnah di
luar solat. Justeru itu, tiada khilaf tentang perlunya membuka muka untuk
mengerjakan solat, tetapi terdapat khilaf tentang wajibnya menutup muka di
hadapan lelaki ajnabi di luar solat.
Begitu juga masih sah solat wanita yang bersolat dengan pakaian yang
ketat apabila telah menutup bahagian auratnya kerana tidak ada dalil yang
mengatakan sebaliknya. Namun begitu ada di kalangan ulama yang meletakkan
hukumnya sebagai makruh. Akan tetapi sekiranya pakaian yang ketat itu dipakai
di hadapan lelaki ajnabi, maka hukumnya adalah haram dan berdosa.
Dukacitanya, hukum yang telah dirumuskan oleh para fuqaha
berpandukan al-Quran dan al-Sunnah di atas tidak difahami dan tidak dipatuhi
oleh sebilangan wanita Islam dewasa ini. Amalan masyarakat yang mengetatkan
penutupan aurat di dalam solat kerana khuatir ibadah mereka tidak sah, tetapi
pada masa yang sama tidak begitu menitik beratkan penjagaan aurat di luar
solat dalam kehidupan seharian adalah jelas bertentangan dengan hukum
berkenaan. Hal ini berlaku mungkin kerana masih terpisahnya aspek ibadah
daripada soal kehidupan bagi kebanyakan anggota masyarakat kita. Padahal
sebagaimana menutup aurat di dalam solat itu adalah perintah Allah s.w.t, maka
menutup aurat di luar solat juga adalah perintah Allah s.w.t yang wajib dipatuhi
dengan sebaiknya.
Kedua Apa yang dimaksudkan dengan dua tapak tangan yang
dibenarkan untuk dibuka ialah bermula dari hujung jari jemari sehingga ke tulang
yang timbul di pergelangan tangan (al-ku'), termasuk belakang dua tapak
tangannya, zahir dan batinnya (Nihayatul Muhtaj, jilid 2, hlm. 6). Manakala
pandangan yang mengatakan bahawa hanya bahagian tapak tangan sahaja
yang harus dibuka, sedangkan belakang tapak tangan itu perlu ditutup dengan
telekung solat yang labuh atau lengan baju yang panjang adalah tidak
mempunyai dalil atau hujah yang kuat. Jumhur fuqaha menegaskan bahawa
seluruh tapak tangan wanita (zahir dan batinnya) adalah bukan aurat di dalam
bersolat (Ahkam al-Aurah wa al-Nazor, hlm. 234).
Ketiga - Berkenaan dengan kaki wanita pula, maka menurut pandangan
yang muktamad daripada mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, ia merupakan
aurat wanita yang wajib ditutup di dalam solat dan di luarnya ketika berhadapan
dengan lelaki ajnabi. Namun demikian masih lagi terdapat khilaf di dalam
mazhab-mazhab itu sendiri tentang keharusan membuka kaki di dalam solat.
Menurut mazhab Hanafi pula, kaki wanita bukanlah aurat dan tidak perlu ditutup
sama ada ketika solat mahupun di luarnya. Namun terdapat satu riwayat yang
lain di dalam mazhab tersebut yang menetapkan bahawa kaki wanita juga
adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi, tetapi bukan aurat yang perlu ditutup di
dalam solat. (Ahkam al-Aurah wa al-Nazor, hlm. 233)
Pandangan jumhur fuqaha dibuat berdasarkan kepada hadith Ummu
Salamah yang telah disebutkan di awal tadi. Hadith tersebut memberi maksud
bahawa baju labuh yang wajib dipakai oleh wanita untuk mengerjakan solat ialah
yang menutup kakinya. Ini adalah kerana apabila pakaian solat wanita sudahpun
menutup zahir kedua kakinya ketika berdiri dan rukuk, ia pasti akan menutup
tapak kakinya ketika duduk dan sujud disebabkan berhimpunnya anggota-
anggota tubuh yang lain ketika duduk dan sujud.
Keempat - Berkenaan dagu wanita yang seringkali ditutup dengan
telekung solat di negara kita, adakah ianya termasuk bahagian yang wajib
ditutup ataupun ia adalah sebagai satu cara untuk lebih berhati-hati (ihtiyath)?
Perbincangan mengenai sempadan muka boleh didapati di dalam bab
bersuci iaitu dalam membincangkan tentang had muka yang wajib dibasuh
sewaktu berwudhu. Secara ringkas, sempadan muka dari segi memanjang
bermula dari tempat tumbuh rambut (bahagian atas) hingga ke bahagian paling
bawah dagu, dan dari segi lebarnya bermula dari telinga hingga ke telinga. (Fiqh
Minhaji, jilid 1, hlm. 60). Namun Dr Yusof al-Qaradhawi di dalam bukunya Fiqh
al-Thaharah (hlm. 141) menyebut pandangan beliau bahawa adalah tidak perlu
untuk mengehadkan sempadan muka dengan begitu detil kerana ia adalah
sebagaimana yang telah diketahui umum merupakan wajah yang dapat dilihat
dari arah hadapan.
Justeru itu, dagu yang wajib dibasuh tanpa khilaf ketika berwudhu masih
termasuk dalam sempadan muka yang harus dibuka semasa wanita
mengerjakan solat. Bagaimanapun pandangan yang menganjurkan agar
bahagian bawah dagu itu sebaiknya ditutup bersama khimar adalah pandangan
yang berdasarkan ihtiyath (lebih berhati-hati).
Kesimpulan
Islam tidak menentukan pakaian yang khusus untuk dipakai oleh wanita
ketika bersolat. Yang ditentukan oleh syarak ialah apa yang perlu ditutup, dan
bukannya apa yang perlu dipakai. Justeru itu, para muslimah tidak perlu terikat
dengan pemakaian telekung solat sahaja untuk mengerjakan solat kerana solat
wanita boleh dikerjakan dengan apa jua bentuk pakaian, asal sahaja menutupi
bahagian auratnya serta tidak terlalu nipis sehingga menampakkan warna kulit.
(Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jilid 1, hlm. 580).
Mungkin apabila berada di rumah, memakai telekung solat yang khusus
itu adalah lebih mudah kerana biasanya wanita memakai pakaian yang ringkas
dan tidak memakai tudung kepala ketika berada di dalam rumah sesama
mahramnya. Namun apabila keluar dari rumah, seorang muslimah sepatutnya
telah memastikan bahawa auratnya ditutup dengan sempurna agar tidak dilihat
oleh lelaki ajnabi. Justeru itu, solat wanita yang bertudung kepala bersama jubah,
baju kurung atau baju labuh dengan seluar panjang yang longgar adalah sah di
sisi syarak, setelah dapat dipastikan bahawa lengannya tidak tersingkap dan
kakinya juga tertutup dengan sempurna sama ada dengan memakai stokin
ataupun kain yang dilabuhkan.
Sekiranya disiplin menutup aurat ini dijaga oleh para muslimah setiap kali
keluar dari rumah sebagai memenuhi tuntutan yang diwajibkan oleh Allah s.w.t,
sudah tentu keadaan ini akan menyelesaikan masalah sebahagian wanita yang
menjadikan ketiadaan telekung solat sebagai alasan untuk melewat-lewatkan
solat ataupun terus meninggalkan solat apabila keluar dari rumah.
Semoga Allah memudahkan kita semua untuk melaksanakan perintah-
Nya sebagaimana yang Dia redhai, dan semoga kita semua para muslimah akan
terus diberikan pahala oleh Allah s.w.t setiap saat kita berpakaian menutup aurat
dan memelihara kehormatan diri sebagaimana yang ditetapkan oleh syariat.
Wallahu alam.
Rujukan:
1. Abdul Karim Zaidan (1994). Al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-
Bait al-Muslim.Beirut, Muassasah al-Risalah, Cetakan Keempat.
2. Abu Malik Kamal bin al-Sayid Salim. Fiqh al-Sunnah Li al-
Nisa. Kaherah, Maktabah Taufiqiyyah.
3. Musaid bin Qasim al-Falih. Ahkam al-Aurah wa an-Nazor bi Dalil
al-Nas wa al-Nazor.Riyadh, Dar al-Maarif.
4. Ibn Qudamah (1992). Al-Mughni.Kaherah, Hajar Li al-Nasyr wa al-
Tauzi, Cetakan Kedua.
5. Mohd Ali al-Hashimi (2002). Syakhsiyyah al-Marah al-
Muslimah. Beirut, Dar al-Basyair al-Islamiyyah, Cetakan Ketujuh.
6. Wahbah al-Zuhaily (1996). Al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuh. Damsyik,
Dar al-Fikr, Cetakan Ketiga.
7. Yusof al-Qaradhawi (2008). Fiqh al-Thaharah. Kaherah, Maktabah
Wahbah, Cetakan Keempat.
8. Yusof Al-Qardhawi (1994). Al-Halal wal Haram fil Islam. Beirut, Al-
Maktab al-Islamy, Cetakan Kelima Belas.
Ukhtukum: Ummu Afif
Pensyarah di Jabatan al-Syariah KIAS.
Rabiul Awwal 1434H