Anda di halaman 1dari 2

KITA biasa dengar perkataan orang itu cantik, perempuan itu cantik dan acap kali juga kita

dengar banyak penganjuran berkaitan dengan ratu cantik. Setakat yang diketahui, saya tidak
pernah mendengar orang menganjurkan ratu cantik dalaman, kecantikan rohani atau kecantikan
dalaman.

Kecantikan adalah suatu perkara yang lumrah dalam fitrah manusia. Semua manusia cenderung
kepada perkara yang molek-molek dan cantik-cantik sama ada kepada aspek fizikal maupun
aspek-aspek kehidupan lahiriah yang lain. Jarang-jarang orang memperkatakan mengenai
kecantikan dalaman.

Selalunya orang akan menilai seseorang yang lain daripada segi kecantikan luaran yang serba
subjektif. Naum demikian, kriteria penilaian yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. adalah lebih baik.
Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
Dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan
kamu). (al-Hujurat: 13)

Ayat ini menjelaskan bahawa sesungguhnya semulia-mulia insan di sisi Allah ialah orang yang
lebih tinggi takwanya di antara manusia kamu dan bukannya yang lebih tinggi keturunan atau
bangsanya. Sesungguhnya Allah juga Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya
akan keadaan manusia dan amalan-amalan manusia semuanya. Saya berpendapat kecantikan
dalaman insan terletak kepada sifat takwa yang juga merupakan kriteria utama kemuliaan insan
itu sendiri.

Hal ini juga telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah
tidak melihat kepada rupa paras, keturunan dan harta benda kamu, akan tetapi Allah melihat
kepada keimanan dan amalan-amalan kamu. Pengertian hadis ini menjelaskan bahawa di sisi
Allah s.w.t, perkara yang dinilai oleh Allah ialah keimanan dan amalan-amalan manusia dan tiada
selain daripada itu. Rupa paras, keturunan dan harta benda akan beransur-ansur menjadi
terhakis. Paras rupa daripada muda remaja akan menjadi tua, keturunan akan berakhir dengan
kematian ataupun ketiadaan zuriat dan harta benda pula akan berkurangan dan ditinggalkan di
dunia apabila berlaku kematian.
Hadis ini juga menjelaskan bahawa iman dan amalan manusia adalah amat signifikan dalam
konteks hubungan insan dengan Allah s.w.t. Kayu pengukur berimannya seseorang itu ialah ia
beriktikad dan meyakini dengan sebenarnya segala rukun iman (arkan al-iman) beserta dengan
tuntutan-tuntutannya dan menunaikannya manakala kayu pengukur Muslimnya seseorang ialah
dengan pengakuan dua kalimah shahadahnya, iktikad serta keyakinannya yang jitu dengan
tuntutan-tuntutan Islam yang tidak berubah dan berbelah bahagi serta praktik-praktiknya. Ini
adalah teras dan tunjang kecantikan dalaman yang patut diutamakan. Jika hati kita tunduk
kepada keimanan, fizikal dan jasmani kita akan turut cantik. Begitulah sepatutnya ia berlaku.

Orang yang cantik dalamannya ialah mereka yang benar-benar berada di atas landasan al-Quran
dan al-Sunnah. Orang-orang Muslim yang hanya bershahadah tetapi tidak melakukan dosa
mensyirikkan Allah, tidak menunaikan tuntutan syahadah, tuntutan rukun iman dan tuntutan
Islam ataupun meninggalkan salah satu atau sebahagian daripadanya adalah sama ada
tergolong dalam kelompok Muslim fajir, Muslim fasiq ataupun Muslim Asi. Mereka ini tergolong
dalam kelompok yang tidak cantik dalamnya walaupun secara fizikal kelihatan cantik. Mereka
tetap akan diazab oleh Allah sesuai dengan sebanyak mana dosa yang telah mereka lakukan dan
bezanya mereka dengan seorang yang kafir ialah orang kafir akan kekal di dalam neraka selama-
lamanya.

Kecantikan dalaman yang utama ialah mengesakan Allah pada tauhid Rububiyyah dan
pemerintahanNya. Iaitu beriktikad bahawa Allah sebagai pemilik mutlak dan memiliki serta
menguasai seluruh alam, Pencipta setiap sesuatu dan Pemberi rezeki. Kesemuanya di alam
semesta dan bimasakti berada di bawah kehendak-Nya, pengetahuan dan ilmu-Nya serta
kebijaksanaan-Nya yang Maha Suci. Oleh itu setiap perkataan, perbuatan atau iktikad yang
mengingkari elemen khusus tauhid Rububiyyah ini atau pengingkaran terhadap sebahagian atau
sedikit daripadanya akan membawa kepada kufur dan murtad.

Satu ciri penting berkaitan dengan kecantikan dalaman ialah mereka itu tidak mempunyai sifat
kesombongan dan kebongkakan. Firaun contohnya; mengaku sebagai rabb bahawa beliau
adalah pemilik mutlak sesuatu di atas alam, pemberi rezeki atau pentadbir yang menafikan Allah
yang lebih berhak ke atas segala-galanya. Begitu juga dari segi sejarah kisah Namrud....

Anda mungkin juga menyukai