Anda di halaman 1dari 6

KAJIAN LITERATUR

PENGENALAN
DEFINISI
KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM
DIMENSI

-Kajian ini menerangkan tentang akhlak islam yang memberi definisi iaitu sebagai
satu sifat atau sikap keperibadian yang membentuk kehidupan yang sempurna
berdasarkan prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t
Di dalam kajian ni konteks berdasarkan tajuk ini ialah akhlak yang dikehendaki dalam
islam itu adalah berbeza dari segi konsep moral atau etika yang dicipta oleh
manusia.Ini ialah disebabkan oleh kerana kedua-duanya itu adalah lebih memberi
penekanan dalam aspek tindakan dan tingkah laku lahiriah manusia dari segi
hubungan antara sesama manusia ini adalah berdasarkan kepada pemikiran dan
pandangan umum dalam sesuatu kumpulan masyarakat kepada sesuatu masa dan
sesuatu tempat yang tertentu.
Dari segi nilai moral dan etika yang bersifat relatif,subjektif dan temporal yang
berubah-ubah mengikut linkungan segi pemikiran,suasana dan tempat.Manakala
bagi akhlak islam lebih menuju ke sifat yang menyeluruh daripada segi luaran dan
dalaman,zahir dan batin.Akhlak islam adalah lebih kepada berasaskan kepada nilai-
nilai mulia yang tetap,pasti dan tidak mempunyai perubahan yang serta
bersumberkan kepada wahyu.Walaubagaimanapun,perubahan dan perbezaan dalam
dinamik masyarakat adalah diambil kira dalam kajian akhlak asalkan ia tidak
bercanggah dengan sumber wahyu.

KEDUDUKAN AKHLAK DI DALAM ISLAM


Sebagaimana yang kita ketahui akhlak dalam islam dapat dilihat dalam beberapa
aspek iaitu akhlak merupakan satu dari komponen asas islam selain daripada akidah
dan syariah.Ini memberi pendedahan dalam menggambarkan bahawa kedudukan
yang sangat penting sebagai salah satu daripada tunjang islam itu sendiri.Berbanding
dengan komponen yang lain,akhlak adalah dianggap sebagai buah iaitu pegangan
akidah yang sahih dan kuat disertai dengan penghayatan amaliyyah yang komited
akan menghasilkan bauh yang manis dan harum,dan begitu juga sebaliknya.Selain
itu,akhlak juga berkait rapat dengan aspek kejiwaan dan dalaman manusia.Aspek
dalaman adalah asas bagi penilain manusia di sisi Allah s.w.t ianya berkait mengenai
hati dan juga yang berkaitan dengannya.Di dalam pengutusan Rasullah s.a.w ke alam
ini adalah dengan bertujuan menanamkan kemuliaan akhlak daripada kalangan
manusia yang sebelumnya hidup tanpa satu sistem akhlak yang adil,universal dan
saksama.

DIMENSI
Akhlak yang dituntut oleh islam adalah bersifat menyeluruh dan berkaitan dengan
segi hubungan dalam kehidupan manusia iaitu dari segi dimensi akhlak dengan Allah
s.w.t dan Rasul-nya yang bermakna ia menumpukan sepenuhnya
ketakwaan,keimanan,kepatuhan dan keikhlasan kepada Allah s.w.t dalam seluruh
aktiviti kehidupan dan ia juga memberi maksud dalam tuntutan mentaati Allah s.w.t
dan Rasul-nya yang merupakan tuntutan yang penting dan yang banyak ditekan oleh
al-quran dan al-hadith berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud

Dan tidak diperintahkan mereka itu (segala manusia) melainkan untuk beribadat
kepada Allah dengan penuh keikhlasan bag-iNya.

(Surah al-Bayyinah: 5)

Selain itu,akhlak dengan Allah juga amat menekankan kita supaya sentiasa
mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t.Mensyukuri nikmat Allah ialah
dengan cara mentaati perintah-nya dan menjauhi larangan-nya di dalam firman Allah
s.w.t yang memberi maksud

Berkatalah (Sulaiman) ini adalah anugerah Tuhanku untuk mengujiku sama


ada aku bersyukur atau ingkar …

(Surah al-Naml: 40)

Seterusnya berkaitan dengan akhlak dengan diri sendiri iaitu ia menuntut manusia
untuk menunaikan hak-hak dan tuntutan dirinya seperti yang telah ditetapkan oleh
Allah s.w.t iaitu sama ada melalui peraturan syariahnya atau peraturan tabi’I iaitu
kejadiannya sendiri dari segi jasmani,rohani,intelek dan emosi dari segi firman Allah
s.w.t

… dan jangan kamu campakkan dirimu dalam kebinasaan …

(Surah al-Baqarah: 195)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya bagi dirimu ke atas kamu ada hak, dan bagi ahli keluargamu
ke atas mu ada hak, maka tunaikanlah hak bagi setiap yang berhak.

(HR. Bukhari)

Tambahan itu,dimensi yang seterusnya iaitu berkaitan akhlak dengan manusia lain
yang membawa maksud berakhlak dengan manusia lain menuntut seseorang
individu agar mempunyai perasaan dan bertingkah laku sewajarnya terhadap
manusia lain yang berdasarkan kedudukan mereka.Dalam konteks ini manusia lain
yang terdiri daeripada peringkat yang terdiri daripada

1.Ibu bapa
Berdasarkan firman Allah s.w.t yang membawa maksud:

… dan Allah telah wajibkan agar kamu tidak beribadat melainkan kepada- Nya dan
dengan kedua ibu bapa hendaklah berbuat baik …

(Surah al-Isra’ : 23)

2.Tangunggan
firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada
api neraka.
(Surah al-Tahrim: 6)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Perintahlah anakmu sembahyang ketika berumur tujuh tahun, rotankan


ketika berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka.

(HR. Ahmad, Abu Daud dan Hakim)

3. Kaum kerabat
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Bukanlah kebaikan itu bahawa kamu menghadapkan mukamu ke arah timur atau
barat tetapi kebaikan itu ialah sesiapa yang beriman dengan Allah, dan hari akhirat
dan malaikat dan kitab dan nabi-nabi dan memberikan harta kepada yang
dikasihinya daripada kaum kerabatnya dan anak-anak yatim.

(Surah al-Baqarah: 177)

4. Jiran tetangga
Sabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan
jirannya.

(HR.Abu Hurairah)

Sabda Baginda lagi:

Tidak (sempurna) iman seseorang yang tidur dalam kekenyangan


sedangkan jirannya dalam kelaparan.

(HR Tabrani)

5. Masyarakat
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami jadikan daripada lelaki dan perempuan dan Kami ciptakan
berpuak-puak dan berkabilah supaya kamu dapat saling mengenali.

(Surah al-Hujurat: 13)

6. Alam seluruhnya
Selain itu,alam seluruhnya juga adalah merupakan hamba Allah yang sentiasa
melaksanakan ibadat kepada-Nya.Berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

… dan tiada sesuatupun (daripada isi langit dan bumi) melainkan semuanya
bertasbih dan memuji Allah akan tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka.

(Surah al-Isra’: 44)

Konklusinya,semua isi kandungan langit dan bumi haruslah dilakukan dengan sebaik-
baiknya dan dengan ihsan yang mendatangkan sebarang kemusnahan dan

kerosakan.Malahan,Rasulullah s.a.w juga yang telah diutus oleh Allah s.w.t untuk
membawa rahmat ke seluruh alam,hanyalah bukan khusus untuk manusia
sahaja.Berdasarkan firman Allah s.w.t yang memberi maksud:

… dan tidak Kami utuskan kamu melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh
alam.

(Surah al-Anbiya’: 107)

PERANAN AKHLAK ISLAM


KEPENTINGAN
CIRI AKHLAK
PEMBENTUKAH AKHLAK MENURUT ISLAM
CIRI-CIRI
Antara ciri-ciri akhlak islam ialah ia bersifat mutlak dan menyeluruh ini dimaksudkan
dengan akhlak islamiyyah bersifat mutlak adalah tidak bole dipinda atau diubah
suai,dikenankan kepada seluruh individu tanpa melihat keturunan,warna
kulit,pangkat,tempat dan masa.Selain itu,ia melengkapkan dan menyempurnakan
tuntutan iaitu ia dilihat dari sudut sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan
pelbagai naluri,akhlak islamiyyah adalah terdiri daripada semua aspek kemanusiaan
rohaniyyah,jasmaniyyah,danaqliyyah yang sesuai dengan semua tuntutan naluri
dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela iaitu sifat-sifat mazmumah iaitu
bermaksud kesempurnaan insan,bukan untuk mengawal kebebasan peribadi
seseorang.Ciri yang seterusnya pula iaitu bersifat sederhana dan seimbang tuntutan
akhlak dalam islam adalah sederhana dan tidak membebankan sehingga ia menjadi
pasif dan tidak akan membiarkan ia sehingga menimbulkan sebarang bahaya dan
kerosakan.Mencakupi suruhan dan larangan iaitu bagi kebaikan seluruh manusia
perlaksanaan akhlak islamiyyah adalah secara meliputi suruhan dan larangan dengan
tidak boleh memberi keutamaan atau menghiraukan mana-mana aspek
tersebut.Ciri-ciri berdasarkan ia bersih dalam perlaksanaan iaitu untuk mencapai
kebaikan,akhlak Islamiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan
sesuatu perbuatan dan tindakan hendaklah dengan cara yang baik dan melalui
saluran yang sahih yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah.Di dalam konteks ini
ia untuk mencapai suatu matlamat iaitu cara perlaksanaannya haruslah bersih
menurut tata cara islam.Akhir sekali,ciri iaitu matlamat adalah tidak menghalalkan
cara keseimbangan iaitu melalui akhlak dalam islam ia membawa kesinambungan
bagi tuntutan realiti kehidupan antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah
iaitu dan antara kehidupan dunia dan akhirat yang sesuai dengan tabii manusia itu
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai