Anda di halaman 1dari 25

SKOP AKHLAK ISLAM

Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah S.W.T., hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain.

a) Akhlak dengan Allah S.W.T. : Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah S.W.T:

-Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutantuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.

-Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.

-Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.

-Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan kemarahan manusia.

-Melaksanakan perkara-perkara yang wajib, fardhu dan nawafil.

-Redha menerima Qadha' dan Qadar Allah : Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya."

-Mensucikan Allah dan memujinya. Firman Allah bermaksud: Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah, dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. (Surah al-Isra, ayat 44),

-Berbaik sangka terhadap Allah bahawa yang datang daripada Allah kepada makhluk-Nya hanya kebaikan. Ini sesuai dengan firman-Nya bermaksud: Apa

juga kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapat, maka ia adalah dari Allah; dan apa juga bencana yang menimpamu maka ia adalah daripada (kesalahan) dirimu sendiri. (Surah an-Nisa, ayat 79).

- Beribadat dan memohon pertolongan hanya kepada Allah. Firman-Nya bermaksud: Engkau saja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah saja kami memohon pertolongan.(Surah al-Fatihah, ayat 5)

b) Akhlak dengan manusia :

-Akhlak dengan Rasulullah : iaitu beriman dengan penuh keyakinan bahawa nabi Muhammad saw adalah benar-benar nabi dan Rasul Allah yang menyampaikan risalah kepada seluruh manusia dan mengamalkan sunnah yang baik yang berbentuk suruhan ataupun larangan.

-Akhlak dengan ibu bapa : iaitu berbakti kepada ibu bapa. Berbuat baik di sini mengandungi erti meliputi dari segi perbuatan, perkataan dan tingkah laku. Contohnya berkata dengan sopan dan hormat, merendahkan diri, berdoa untuk keduanya dan menjaga keperluan hidupnya apabila mereka telah uzur dan sebagainya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : " Kami perintahkan manusia

berbuat baik kepada kedua ibu bapa."

-Akhlak dengan guru : Maksud dari sebuah hadith Nabi saw: "Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya." Setiap murid dikehendaki memuliakan dan menghormati gurunya kerana peranan guru mengajarkan sesuatu ilmu yang merupakan perkara penting di mana dengan ilmu tersebut manusia dapat menduduki tempat yang mulia dan terhormat dan dapat mengatasi berbagai kesulitan hidup sama ada kehidupan di dunia ataupun di akhirat.

-Akhlak kepada jiran tetangga : Umat Islam dituntut supaya berbuat baik terhadap jiran tetangga. Contohnya tidak menyusahkan atau mengganggu mereka seperti membunyikan radio kuat-kuat, tidak membuang sampah di muka rumah jiran, tidak menyakiti hati mereka dengan perkataan-perkataan kasar atau tidak sopan dan sebagainya. Malah berbuat baik terhadap jiran tetangga dalam pengertiannya itu dapat memberikan sesuatu pemberian kepada mereka sama ada sokongan moral atau material.

-Akhlak suami isteri : Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan gaulilah olehmu isteri-isteri itu dengan baik."

-Akhlak dengan anak-anak : Islam menetapkan peraturan terhadap anak-anak. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Kanak-kanak lelaki disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh dari kelahirannya dan diberi nama dengan baik-baik dan dihindarkan ia daripada perkara-perkara yang memudharatkan. Apabila berusia enam tahun hendaklah diberi pengajaran dan pendidikan akhlak yang baik."

-Akhlak dengan kaum kerabat : Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan dan memberi kepada kaum kerabat."

c) Akhlak terhadap makhluk selain manusia :

-Malaikat :Akhlak Islam menuntut seseorang muslim supaya menghormati para malaikat dengan menutup kemaluan walaupun bersendirian dan tidak ada orang lain yang melihat.

-Jin : Adab terhadap golongan jin antaranya Rasulullah melarang membuang hadas kecil di dalam lubang-lubang di bumi kerana ia adalah kediaman jin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Jangan kamu beristinjak dengan tahi kering dan jangan pula dengan tulang-tulang kerana sesungguhnya tulang-tulang itu adalah

makanan saudara kamu dari kalangan jin."

-Haiwan ternakan : Haiwan yang digunakan untuk membuat kerja, maka tidak boleh mereka dibebani di luar kesanggupan mereka atau dianiaya atau disakiti. Malah ketika hendak menyembelih untuk dimakan sekalipun, maka hendaklah penyembelihan dilakukan dengan cara yang paling baik iaitu dengan menggunakan pisau yang tajam, tidak mengasah pisau di hadapan haiwan tersebut atau menyembelih haiwan di samping haiwan-haiwan yang lain.

-Haiwan bukan ternakan : tidak menganiayai haiwan-haiwan bukan ternakan seperti mencederakannya dengan menggunakan batu dan sebagainya.

-Alam : Manusia diperintahkan untuk memakmurkan sumber-sumber alam demi kebaikan bersama. Islam menetapkan bahawa alam ini tidak boleh dicemari dengan kekotoran yang boleh merosakkan kehidupan manusia dan kehidupan lainnya.

SUMBER AKHLAK ISLAM

Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ini ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam sepotong hadith yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."

Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia)."

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM -Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan buruk adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk.

-Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia

dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia.

-Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.

-Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka. KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam. Antaranya : -Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam atau antara perutusan utama Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." (Imam Malik, hal. 132) Pernyataan Rasulullah itu menunjukkan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. -Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat nanti yang mana akhlak yang baik dapat memberatkan timbangan amalan yang baik. Begitulah juga sebaliknya. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik." -Akhlak dapat menyempurnakan keimanan seseorang mukmin. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya." (Imam Ahmad, Juz 3, No.7406) dan Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri (Sahih Bukhari, Jilid 1, Bil. 10).

-Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa manakala akhlak yang buruk boleh merosakkan pahala. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan ais (salji) dan akhlak merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu." -Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw di mana Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya engkau seorang yang memiliki peribadi yang agung )mulia)." Pujian allah swt terhadap RasulNya dengan akhlak yang mulia menunjukkan betapa besar dan pentingnya kedudukan akhlak dalam Islam. Banak lagi ayat-ayat dan hadith-hadith Rasulullah saw yang menunjukkan ketinggian kedudukan akhlak dan menggalakkan kita supaya berusaha menghiasi jiwa kita dengan akhlak yang mulia. -Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam, sebagaimana dalam sebuah hadith diterangkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : "Wahai Rasulullah, apakah itu agama?" Rasulullah menjawab : "Akhlak yang baik." -Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka sebaliknya akhlak yang buruk menyebabkan seseorang itu jauh dari syurga. Sebuah hadith menerangkan bahawa, "Si fulan pada siang harinya berpuasa dan pada malamnya bersembahyang sedangkan akhlaknya buruk, menganggu jiran tetangganya dengan perkataannya. Baginda bersabda : tidak ada kebaikan dalam ibadahnya, dia adalah ahli neraka." -Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatNya kerana walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN MANUSIA Akhlak merupakan garis pemisah antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa. Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng. Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang dimana akhlak manusia telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati,

menindas, suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama. -Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga. -Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya merupakan lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya." -Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw. -Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak." -Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut.

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-Mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.

10.FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN AKHLAK a) Persekitaran: -Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik. -Kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa mereka. -Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak. -Permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membawa kepada pergaulan bebas, perzinaan, pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya. -Budaya masyarakat yang cenderung ke arah liberalism seperti budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya. b) Nafsu Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah asti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini. c) Syaitan Satu lagi musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan

nafsu manusia iaitu syaitan. Fungsi syaitan adalah sebagai agen perosak akhlak manusia berlaku sejak Nabi Adam a.s. dan berterusan hingga ke hari kiamat. Kesimpulannya setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan cubaan hidup dalam usaha melatih diri menjadi manusia yang berakhlak dan bersedia menghadapi segala rintangan.

Cara-cara mengatasi dan memperbaiki akhlak :


-Menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa. -Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji. -Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta penafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa. -Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji. -Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak seseorang. -Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat, ulama atau auliya dan menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita. -Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita. -Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.

CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK Usaha untuk membina tamadun manusia perlu satu pendekatan yang holistik dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di atas kecemerlangan

tamadun kebendaan semata-mata tetapi metilah diiringi dengan kemajuan spiritual dan akhlak. Menurut Arnold Toynbee: agama adalah nadi dan inti kehidupan. Ia adalah cahaya penerang jiwa. Manusia tidak lepas dari agama. Idealogi-idealogi tidak mampu menjadi alternative kepada agama, kerana idealogi memberi sifat finatiksime dan kebencian. Sedangkan agama memberi kita rasa cinta dan kerja sama. Idealogi itu mungkin dapat memberi kita sepotong roti, akan tetapi ia merampas daripada kita ketenteraman hati dan kebebasan jiwa. Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang telah mencapai kehalusan tatasusila dan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh anggota masyarakatnya. Justeru untuk membina tamadun manusia mestilah dalam seluruh program pembangunannya tidak mengkesampingkan nilai akhlak. Ini diperkuatkan dengan ingatan Ibn Khaldun dalam Kitab Muqadimmahnya yang menyebut kemusnahan sesuatu tamadun ditandai dengan beberapa perkara, iaitu banyaknya kemewahan, kehidupan penuh dengan hiburan dan perhiasan, kehidupan cara homoseks di kotakota, politik wang, kerana mereka yang memimpin tidak mampu lagi mendapat kesetiaan dengan sifat-sifat utama yang dibuktikan dan mengajak orang lain kepada perjuangan, maka berlakulah politik wang. Dengan itu moral masyarakat akan menuju kepada kemerosotan. Kemusnahan dan kemerosotan sesebuah masyarakat atau ketamadunan akibat dari rosaknya akhlak masyarakat. Ini telah disebutkan oleh Dr. Gustave Le Bon yang mengembalikan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya dekadensi atau kerosakan moral yang membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986). Begitu jugalah pendapat Edward Gippon yang menganalisis faktor utama keruntuhan empayar Romawi adalah akibat tenggelamnya manusia pada waktu itu dalam kejahatan, kemewahan yang berlebih-lebihan, kemalasan, pengkhianatan, perselisihan untuk mendapatkan kedudukan dan sebab-sebab moral yang lain (Muqdad Yaljan, 1986).

Usaha masyarakat Islam di negara ini untuk membentuk masyarakat yang berakhlak ia sering berhadapan dengan pelbagai cabaran, antaranya melalui: Pendidikan Kita sudah pun memahami akan matlamat pendidikan Islam adalah untuk membentuk manusia yang berakhlak mulia,iaitu sepanjang perjalanan hidupnya ia akan terus melakukan kebaikan dan jauh daripada melakukan kemaksiatan. Di Malaysia, pendidikan Islam merupakan subjek yang wajib belajar di semua peringkat persekolahan dari tadika sehinggalah ke institusi pengajian tinggi. Tetapi malangnya, ia tidak cukup ampuh menghalang dari berlakunya keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang rata-rata melibatkan kaum remaja. Ketidakmampuan ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya sistem pendidikan Malaysia yang terlalu cepat diorientasikan dengan keperluan peperiksaan.Ini telah diakui sendiri oleh Datuk Seri Hishammuddiin Tun Hussein dengan mengatakan; Saya akui sistem pendidikan kita sekarang yang berorientasikan peperiksaan, membebankan pelajar dan guru. Oleh itu, kita mahu melahirkan satu pendekatan pendidikan yang tidak terlalu terikat dengan sistem peperiksaan yang menjadi amalan sekian lama,'' (Utusan Malaysia, Isnin 6.3.2006). Akibatnya, walaupun para pelajar telah mempelajari subjek agama di sekolah, tetapi ia lebih menjurus untuk lulus peperiksaan daripada mencapai matlamat pembentukan akhlak. ***Solusi: Untuk menyelesaikan masalah ini, penghayatan terhadap falsafah pendidikan negara yang mementingkan aspek persepaduan dan perseimbangan antara jasmani, rohani, emosi dan kognatif hendaklah selalu dihayati oleh para pendidik dan pengurus pendidikan di negara ini. Mereka harus menginsafi bahawa proses pendidikan menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah untuk meresapkan adab/akhlak atau perlakuan yang betul ke dalam diri individu sehingga

terpancarnya keadilan atau adab yang membolehkan seseorang itu mengenal pasti kedudukan sesuatu perkara pada tempatnya yang betul. Oleh kerana itu, sistem pendidikan harus berfungsi sebagai mekanisme yang menjalankan tugas sebagai agen tazkiyah (penyucian) jiwa bagi melahirkan warganegara yang berakhlak. Proses pendidikan harus bermula bukan sahaja untuk mengajar pelajar bagi mengenali sesuatu perkara itu sebagai akhlak yang baik atau buruk, tetapi mencakupi usaha untuk membiasakan sehingga boleh memaksa pelajar untuk mengamalkan perbuatan berakhlak. Ini berasaskan kepada tindakan Rasulullah yang telah membiasakan kepada anak-anak yang tinggal di rumah baginda untuk melakukan beberapa prinsip-prinsip akhlak seperti etika makan. Begitu juga Rasulullah menyuruh ibu bapa agar membiasakan anak-anak mereka melakukan kewajipan-kewajipan agama seperti solat ketika berumur tujuh tahun. Walaupun metode pembiasaan mempunyai pengaruh eduktif kepada pembentukan peribadi pelajar tetapi ia harus diteruskan dengan metode yang lain seperti penjelasan tentang nilai-nilai akhlak dan pembentukan keimanan yang kuat sebagai asas untuk mereka mengharungi kehidupan dalam persekitaran yang mencabar (Muqdad Yaljan, 1986). Institusi Keluarga Peranan dalam membentuk akhlak masyarakat tidak hanya terletak kepada institusi formal semata-mata tanpa diiringi dan dibantu oleh institusi keluarga. Institusi keluarga yang diterajui oleh bapa dan ibu wajib memainkan peranan yang utama dalam membentuk akhlak anak-anaknya, kerana masyarakat sebenarnya adalah jelmaan dari set-set keluarga. Keruntuhan akhlak masyarakat Barat umpamanya berpunca daripada runtuhnya institusi keluarga mereka yang gagal melahirkan manusia yang beradab. Hakikat ini dinyatakan oleh Ferdinand Lundberg apabila beliau membuat kesimpulan bahawa institusi keluarga sekarang mendekati titik

kemusnahan yang menyeluruh (Tofler, 1970). Keadaan ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya kesan daripada pembangunan kebendaan dan pengaruh globalisasi yang melahirkan manusia yang tidak mengambil berat soal-soal agama dan bersifat kebendaan. Akibatnya, terdapat ibu bapa yang tidak menghiraukan sangat soal pendidikan agama dan akhlak kepada anak-anak mereka. Mereka beranggapan faktor utama kebahagiaan itu terletak kepada kemewahan hidup. Justeru itu, mereka lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja dan jarang mempunyai masa dengan anak-anak. Anak-anak yang terabai ini kebiasaanya mencari keseronokan di luar rumah dengan mendampingi rakan sebaya mereka, lantas dipengaruhi oleh persekitarannya yang dominan dan akhirnya terjebak dalam krisis moral. Kadar penceraian yang semakin meningkat, bertambahnya keskes penderaan terhadap isteri, kes khalwat yang meningkat, anak lari dari rumah, penyalahgunaan dadah yang saban tahun terus meningkat. Kesemua gejala tersebut adalah di antara indikator-indikator berlakunya keruntuhan dalam institusi keluarga di negara ini. Suasana di rumah sudah tidak lagi menjadi tempat aman bagi keluarga untuk menikmati kebahagiaan dan kedamaian hidup. ***Solusi: Bagi melahirkan generasi yang berakhlak, peranan institusi keluarga amat penting untuk mencapai matlamat tersebut. Institusi keluarga perlu diperkasa semula melalui pelbagai strategi sama ada dilakukan oleh pihak kerajaan atau pertubuhanpertubuhan agama dan sosial. Pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga perlu diberi latihan secukupnya bagi mendedahkan mereka kepada tanggungjawab suami isteri serta ilmu dalam mengurus rumah tangga. Di Malaysia banyak pusat latihan telah ditubuhkan, tetapi tidak ada satu pun pusat latihan khusus yang ditubuhkan untuk memberi latihan bagi memperkasa pengurusan rumah tangga sama ada untuk mereka yang hendak mendirikan rumah tangga atau sudah berumahtangga. Latihan ini amat penting dilakukan bagi menyediakan suasana rumah tangga yang mampu

membentuk keperibadian manusia unggul. Golongan wanita juga perlu membuat pilihan tentang peranan mereka yang utama sama ada untuk berpartisipasi secara aktif dalam kegiatan luar rumah dengan mengabaikan tanggungjawab asasi mereka sebagai ibu dan isteri atau mengutamakan kedua-duanya atau menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangga bagi mendidik anak-anak menjadi manusia yang berguna. Walau bagaimanapun, golongan wanita tidak boleh melupakan hakikat bahawa mereka adalah mahaguru pertama kepada anakanaknya. Tanggungjawab mereka yang asasi adalah untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan. Media Massa Pembentukan akhlak masyarakat menghadapi cabaran hebat daripada pengaruh media massa yang memberi kesan negatif kepada akhlak masyarakat, khususnya golongan remaja. Dengan bermotifkan keuntungan, sesetengah media massa seolah-olah tidak menghiraukan langsung bahawa program-program, tulisan, rancangan-rancangan yang disajikan dan bahan-bahan yang dipaparkan kepada golongan manusia khususnya remaja mewujudkan sikap hedonisme, budaya permissive atau kebebasan yang bercanggah dengan agama dan budaya masyarakat. Iklan-iklan yang disiarkan langsung tidak menggambarkan budaya masyarakat Melayu-Islam tetapi lebih mempromosikan nilai hidup Barat yang serba bebas. Filem-filem yang ditayangkan ada kalanya lebih mempromosi budaya Barat daripada mengangkat martabat akal, keilmuan dan kemanusiaan. Pengaruh media massa amat hebat sehingga kan kebanyakan perlakuan golongan remaja dicorakkan oleh media massa. Budaya hip-hop, rock, punk dan lain-lain merupakan contoh budaya popular yang dipromosikan melalui media massa. Akibatnya ,jati diri golongan remaja hari ini semakin terhakis lalu menyebabkan mereka mengalami krisis identiti dan menjadi golongan peniru yang produktif.

***Solusi: Untuk membentuk masyarakat yang berakhlak, media massa haruslah menjalankan peranannya bersama dengan pihak-pihak lain bagi membentuk memupuk dan mempromosikan nilai-nilai akhlak yang mulia. Pengamal media haruslah bersedia mengkritik dan mendedahkan setiap perlakuan yang menyimpang dari nilai-nilai keagamaan dan budaya masyarakat. Setiap paparan dan rancangan yang disiarkan haruslah mengambil kira kesannya kepada masyarakat sama ada jangka panjang atau pendek dan tidak hanya memikirkan keuntungan atau populariti. Mereka boleh mencontohi rancangan yang popular di Barat tetapi dalam masa yang sama ia harus bertunjangkan kepada nilai keagamaan dan budaya masyarakat negara ini serta diadun dengan kreativiti tinggi bagi menarik perhatian massa. Pihak yang berwajib hendaklah lebih tegas mengawal kemasukan dan penyebaran unsur-unsur lucah sama ada dalam bentuk novel, cerpen, CD, VCD dan lain-lain ke dalam pasaran terbuka atau gelap.

Pembangunan Tidak dinafikan pembangunan merupakan aspek yang penting dalam mewujudkan masyarakat dan negara yang maju. Malaysia selepas mencapai kemerdekaan telah menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonominya bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan antara kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat. Kesan daripada pembangunan yang pesat telah menyebabkan berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan masyarakat dari luar bandar ke bandar. Kesan positif dari pembangunan ini memang tidak dinafikan, tetapi kesan negatifnya tetap ada, antaranya berlaku peningkatan gejala sosial di dalam masyarakat. Krisis moral ini berlaku apabila sesetengah pihak hanya melihat

pembangunan itu dari perspektif kebendaan semata-mata atau bertujuan untuk memaksimakan keuntungan. Mereka yang didorong dengan motif mencari keuntungan tidak langsung peka kepada soal pembentukan akhlak masyarakat.. Apa tidaknya, peniaga yang dahagakan keuntungan yang berlipat kali ganda telah mengadaikan prinsip moral menjual VCD lucah dan membuka kelab-kelab hiburan yang menghidangkan arak secara berleluasa, wanita GRO dan tempat pengedaran pil ekstasi. Akibatnya, ia menjadi pusat keruntuhan akhlak. Ia telah meruntuhkan usaha-usaha pihak lain termasuk kerajaan untuk membina masyarakat yang berakhlak mulia. ***Solusi: Untuk menyelesaikan masalah di atas, kita harus kembali kepada konsep pembangunan Islam yang holistik, iaitu meliputi aspek-aspek moral, spiritual dan material. Pembangunan harus berorientasikan kepada peningkatan martabat manusia sampai ke tingkat yang setinggi-tingginya dalam semua dimensi. Aspekaspek moral dan material, ekonomi dan sosial serta spiritual dan fizikal tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Yang menjadi fokus utama dalam pembangunan adalah manusianya bukan hanya dinilai dari sudut peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi sebagai indikator pembangunan (Khurshid Ahmad, 1982). Melalui pendekatan pembangunan Islam yang holistik, berorientasikan nilai dan pelbagai dimensi itu diharapkan ia mampu membentuk akhlak masyarakat yang bukan sahaja maju dari sudut materialnya tetapi turut maju dalam aspek akhlaknya. Kemajuan yang hanya menekankan satu dimensi adalah kemajuan yang tempang, yang akhirnya akan merosakkan kemajuan kebendaan. Penumpuan yang keterlaluan kepada aspek kebendaan hanya menjadikan manusia sebagai binatang ekonomi seperti mana yang wujud dalam kapitalisme. Ekonomisme merupakan dasar falsafah kapitalis Barat yang membawa manusia menyembah kebendaan. Hal ini tepat apa yang disebutkan oleh Ali Shariati; Keperluan material yang

ditumbuhkan setiap hari secara beransur-ansur semakin membesar menyebabkan manusia menjadi penyembah konsumsi (Ali Shariati, 1980). Dalam keghairahan mengejar kemajuan, kita jangan alpa tentang peri pentingnya peranan dan pemupukan nilai akhlak dalam masyarakat. Akhlak adalah pengukur kepada kemajuan, kerana ia berperanan penting melahirkan manusia yang mengamalkan nilai-nilai hidup yang baik serta berperanan mencetus kemajuan. Pembentukan nilai akhlak harus menjadi agenda nasional dan perlu kesepaduan usaha dari semua pihak. Untuk membina masyarakat yang berakhlak kita perlu suasana yang konstruktif kepada nilai itu berkembang dan berusaha untuk menyekat suasana yang boleh mengikis nilai-nilai akhlak. Kita harus mengingati selalu kata-kata seorang penyair Mesir, Syauqi Bey yang berkata; "Sesungguhnya bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu".

9.

PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA

Akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, contohnya Saidina Umar al-Khattab, sebagaimana keadaan beliau semasa berada di zaman jahiliyyah berbanding keadaannya sesudah memeluk agama Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu yang semulajadi tetapi ianya perlu

dibentuk. Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan membina akhlak mulia. Antara cara-cara itu ialah melalui :

a) Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifatsifat terpuji.

Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia daripada melakukan perbuatan mungkar. Biasanya didahului dengan panggilan "Wahai orang-orang yang beriman" kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan. Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Jika berlaku kemerosotan akhlak di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan iman dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang.

Pendidikan iman bolehlah disimpulkan sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan seseorang supaya dapat mempertahankan diri manusia daripada segala kerendahan

dan keburukan serta dapat mendorong manusia ke arah kemuliaan.

b) Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidik Berkualiti Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.

c) Mengambil Rasulullah saw Sebagai Contoh

Rasulullah adalah contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semua peringkat kehidupan. Bersesuaian dengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak di kalangan mereka. Firman Allah yang bermaksud : "Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang baik bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat serta sentiasa menyebut dan memperingati Allah dalam masa senang dan susah." Contoh-contoh akhlak Rasulullah saw :

1. Akhlak Rasulullah saw dengan Allah swt

-Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi terhadap Allah di samping redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya. -Melaksanakan kewajipan yang wajib atau difardhukan serta amalan-amalan sunat seperti bangun malam mengadakan Qiyamullail, berpuasa sunat, zikir, istighfar, doa, tasbih, tahmid dan sebagainya.

2. Akhlak Rasulullah saw dengan sesama manusia

-Akhlak Rasulullah saw meliputi aspek kekeluargaan, soaial, ekonomi, politik dan sebagainya. Dari aspek kekeluargaan, Rasulullah saw berjaya mewujudkan suasana yang harmoni dan Rasulullah saw pernah bersabda : "Rumahku adalah syurgaku."

-Rasulullah saw merupakan seorang yang bertanggungjawab, sentiasa memberi kasih sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur terhadap semua ahli keluarganya.

-Rasulullah saw juga selalu berbincang dengan para sahabat dan menghargai pandangan yang diberikan oleh mereka.

-Begitu juga akhlak dan sikap Rasulullah saw terhadap orang bukan Islam iaitu menghormati mereka, bersopan santun dan memberi haknya kepada mereka terutama dari segi kejiranan. Contohnya kisah baginda dengan seorang wanita Yahudi (jirannya) yang akhirnya wanita Yahudi tersebut telah memeluk Islam atas keprihatinan, kesabaran dan kemuliaan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw.

-3. Akhlak Rasulullah saw dengan makhluk lain. -Rasulullah saw begitu peka dan prihatin terhadap makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuha-tumbuhan dan alam sekitar. -Rasulullah saw menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada haiwan dan binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyiksa mereka. Demikian juga tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. Akhlak Rasulullah Sebagaimana surah Al-Mukminun ayat 1-10 1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, 2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, 3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, 4. dan orang-orang yang menunaikan zakat,

5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, 6. kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki[994]; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. 7. Barangsiapa mencari yang di balik itu[995] maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. 8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. 9. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. 10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi

***** Al-haqqu bila" nizom yaghlibuhul-baatil binnizom" Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang." mutiara kata.. "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

Anda mungkin juga menyukai