Anda di halaman 1dari 3

BERTARIKH PADA 1hb JUN 2015

ANTARA

NURAIHAN BINTI MOHAMAD HASHIM

DAN

MEWAGAYA SDN. BHD.

PERJANJIAN PENYEWAAN
PERJANJIAN ini dibuat pada 1hb JUN 2015

ANTARA

MEWAGAYA SDN. BHD. yang bagi tujuan Perjanjian ini diwakili oleh Rushamizan Rustam (No.
K/P : 830210-12-6369) yang beralamat di Lot 2.13, Asia City Complex 88000 Kota Kinabalu,
Sabah (kemudian daripada ini disebut penyewa)

DAN

NURAIHAN BINTI MOHAMAD HASHIM (No. K/P : 851109-02-6024) warganegara Malaysia/


yang beralamat di No. 8 Lorong Inanam Laut 5, Taman Inanam Laut 88450 Kota Kinbalu,
Sabah.(kemudian disebut Tuan Rumah) bagi pihak yang satu lagi,

BAHAWASANYA:

A. Tuan Rumah ialah tuan punya rumah yang berdaftar M-0-8, Tingkat Bawah, Blok M,
Bandar Sierra Apartment, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. (kemudian daripada ini
disebut sebagai Rumah)

B. Tuan Rumah bersetuju menyewakan Rumah tersebut kepada Penyewa. Penyewa


bersetuju mengambil Premis tersebut secara sewaan bulanan tertakluk kepada
terma dan syarat yang dipersetujui bersama.

KLAUSA 1
TEMPOH PENYEWAAN DAN PELANJUTAN

1.1 Penyewaan

Tuan Tanah bersetuju memberi sewaan dan Penyewa bersetuju menerima sewaan
Premis tersebut bagi tempoh 3 tahun mulai 1hb Jun 2015 dan berakhir 31hb Mei
2018 (kemudian daripada ini disebut Tempoh Penyewaan) tertakluk kepada terma-
terma dan syarat - syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini.

1.2 Pelanjutan Penyewaan

(a) Atas permohonan bertulis daripada Penyewa yang dibuat tidak kurang daripada
tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh penyewaan ini, Tuan Rumah boleh
melanjutkan Perjanjian ini selama suatu tempoh (tempoh masa tidak boleh
melebihi 1 tahun) yang akan dipersetujui antara Tuan Rumah dengan Penyewa
dengan kadar sewa yang akan dipersetujui dan tertakluk kepada terma -
terma dan syarat-syarat sebagaimana yang terkandung dalam Perjanjian ini.
(b) Tuan Rumah hendaklah memberikan jawapan secara bert ulis terhadap
permohonan Penyewa untuk melanjutkan tempoh Perjanjian ini dalam tempoh
dua puluh satu (21) hari dari tarikh penerimaan permohonan daripada
Penyewa.

*Nota: Tempoh Penyewaan hendaklah tidak melebihi tiga tahun.

KLAUSA 2
BAYARAN SEWA

2. Penyewa bersetuju dengan Tuan Rumah seperti yang berikut:

(a) membayar kepada Tuan Rumah sebanyak RM1000 / Ringgit Malaysia Seribu
Sahaja (Sewa Bulanan) yang hendaklah dibayar dengan cek atas nama
Rushamizan Bin Rustam (Alliance Bank : 100390010062171) atau Nuraihan
Binti Mohamad Hashim (Maybank : 152050158865) dan juga pengunaan
tunai.

(b) bayaran Sewa Bulanan yang pertama hendaklah dibuat pada 1hb Jun 2015
dan bayaran sewa bulanan seterusnya hendaklah di buat pada awal bulan
setiap bulan.

Ditandatangani oleh : )
) ...
) (TANDATANGAN)
Untuk dan bagi pihak Tuan Rumah )
)

Ditandatangani oleh : )
) ...
) (TANDATANGAN)
Untuk dan bagi pihak Penyewa )
)

Anda mungkin juga menyukai