Anda di halaman 1dari 4

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2023


PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/3
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
KERJA KURSUS
Kertas 3
Mei – Oktober

1. Kertas ini mengandungi empat tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 4.


2. Calon dikehendaki melaksanakan satu tugasan sahaja.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek
yang ditetapkan.

Kertas ini mengandungi 4 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 2611/3

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja
kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Mei hingga bulan Oktober 2023.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan mesti asli, dihasilkan sendiri
oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian mesti dihasilkan menggunakan kertas berukuran
lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon mesti mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan


tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali


sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan
gred Cemerlang dan Baik.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga


hingga lima helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon mesti dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.
Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 2611/3

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan karya atau produk seni berdasarkan
satu daripada tajuk berikut:

Sebuah galeri seni akan mengadakan pameran cetakan yang bertemakan alam. Anda
1.
dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu cetakan jenis timbulan berdasarkan
tema yang diberi.

Berdasarkan kajian tersebut, lukisan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bahan yang bersesuaian dengan cetakan timbulan


Ukuran minimum : 30 cm × 30 cm
Tema : Alam
Teknik : Bebas dan bersesuaian
Warna : Minimum tiga warna
Nota : Perlu dibingkaikan dan mengikut disiplin cetakan

2. Seorang pereka fesyen memerlukan sebuah kotak pembungkusan eksklusif sempena


pelancaran koleksi selendang terbaharu. Kotak pembungkusan tersebut hendaklah
menampakkan rekaan selendang. Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan
satu kotak pembungkusan beserta ilustrasi, logo, dan perkara-perkara yang berkaitan
di dalam pembungkusan.

Berdasarkan kajian tersebut, pembungkusan eksklusif anda hendaklah mengikut



spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran : 30 cm × 20 cm × 6 cm
Tema : Flora dan geometri
Teknik : Ilustrasi (Cetakan komputer tidak dibenarkan)
Nota : Kotak pembungkusan hendaklah dihasilkan sendiri

3. Sebuah delegasi antarabangsa hadir membuat lawatan di Kementerian Pendidikan


Malaysia. Pihak kementerian ingin memberi cenderahati berbentuk hiasan dinding dari
kraf ukiran kayu. Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu hiasan
dinding yang bertemakan flora menggunakan kraf ukiran kayu.

Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding ukiran kayu anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu yang bersesuaian
Ukuran minimum : 30 cm × 30 cm
Tema : Alam flora
Teknik : Ukiran tebuk timbul
Nota : Hasil ukiran anda hendaklah dikemaskan

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 2611/3

4. Sebuah syarikat pengeluar produk ingin menghasilkan sebuah produk bekas minuman
tahan lasak dan serbaguna yang boleh digunakan untuk aktiviti luar. Anda dikehendaki
membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk bekas minuman yang tahan lasak,
serbaguna dan futuristik.

Berdasarkan kajian tersebut, produk bekas minuman anda hendaklah mengikut


spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian
Ukuran : Mengikut skala atau saiz sebenar
Tema : Lasak dan serbaguna
Teknik : Bebas dan bersesuaian
Nota : Reka bentuk bekas minuman anda
mestilah designomic

Nota:
Portfolio anda mesti bermaklumat dan mempunyai catatan serta mengandungi
perkara berikut:
(i) Proses pewujudan idea
(ii) Proses pengolahan idea
(ii) Proses penerokaan idea
(iv) Proses penghasilan karya atau produk

TUGASAN TAMAT

2611/3 © 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Anda mungkin juga menyukai