Anda di halaman 1dari 4

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2021


PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/3
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
KERJA KURSUS
Kertas 3
Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi empat tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 4.


2. Calon dikehendaki melaksanakan satu tugasan sahaja.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek
dan kriteria yang ditetapkan.

Kertas ini mengandungi 4 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 2611/3

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja
kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Februari hingga bulan Julai 2021.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan mesti asli, dihasilkan sendiri
oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian mesti dihasilkan menggunakan kertas berukuran
lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon mesti mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan


tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali


sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan
gred Cemerlang dan Baik.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga


helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon mesti dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.
Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 2611/3

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan karya atau produk seni berdasarkan
satu daripada tajuk berikut:

1. Sebuah resort memerlukan hiasan dinding yang akan diletakkan di lobi utama. Kaji dan
hasilkan satu hiasan dinding yang bertemakan kehidupan nelayan menggunakan seni
batik.

Berdasarkan kajian tersebut, rekaan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Fabrik yang bersesuaian


Ukuran minimum : 60 cm × 120 cm
Tema : Kehidupan nelayan
Teknik : Bebas dan bersesuaian

2. Sebuah syarikat makanan tradisional ingin membuat rekaan grafik terbaharu pada
kotak pembungkusan makanan sedia ada mereka bagi pasaran antarabangsa. Kaji
dan hasilkan satu rekaan grafik untuk kotak pembungkusan tersebut supaya kelihatan
eksklusif dan menarik.

Berdasarkan kajian tersebut, rekaan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran minimum : 30 cm × 30 cm × 15 cm
Tema : Berdasarkan kajian
Teknik : Bebas dan bersesuaian

3. Sebuah syarikat perabot ingin menghasilkan kerusi santai pelbagai guna. Kaji dan
hasilkan satu kerusi santai pelbagai guna yang kontemporari dan eksklusif.

Berdasarkan kajian tersebut, rekaan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran : Berdasarkan skala
Tema : Moden kontemporari
Teknik : Bebas dan bersesuaian

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 2611/3

4. Pertandingan seni lukis untuk bakat muda akan diadakan di Balai Seni Visual Negara.
Kaji dan hasilkan satu catan cat minyak bagi menyertai pertandingan tersebut. Anda
dikehendaki memilih satu aliran dan gaya pelukis tempatan atau antarabangsa sebagai
subjek kajian.

Berdasarkan kajian tersebut, catan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kanvas dan cat minyak


Ukuran minimum : 40 cm × 50 cm
Tema : Kehidupan
Teknik : Bebas mengikut subjek kajian
Gaya : Mengikut subjek kajian aliran dan artis rujukan

Nota:
Portfolio anda mesti bermaklumat dan mempunyai catatan serta mengandungi proses berikut:
(i) Pewujudan idea
(ii) Pengolahan idea
(ii) Penerokaan idea
(iv) Penghasilan karya atau produk

TUGASAN TAMAT

2611/3 © 2021 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Anda mungkin juga menyukai