Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 6

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL


TAJUK : PEMBUNGKUSAN
PRODUK : KOTAK KEK

SITUASI
Sebuah kedai kek akan mempromosikan produknya kepada pengguna.

TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk kotak pembungkusan kek.
Reka bentuk kotak pembungkusan kek itu mestilah menarik serta menggambarkan identiti
kedai kek tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi pelbagai gambar reka bentuk pembungkusan, muka taip, ilustrasi dan aspek-
aspek lain yang berkaitan sebagai sumber ilham dengan catatan.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis kotak kek sebagai sumber ilham dengan catatan.

3. Koleksi gambar pelbagai jenis kek sebagai sumber ilham dengan catatan.

4. Lukisan atau catan realistik kek yang dipilih.

- Boleh slice kek, kek penuh atau kedua-duanya

5. Lakaran olahan reka bentuk pembungkusan dengan catatan.

6. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih dengan skala dan catatan.

- 4 Lukisan Hamparan

7. Lakaran perkembangan idea muka taip, ilustrasi dan aspek-aspek lain yang berkaitan
dengan catatan.

8. Lakaran reka letak muka taip, ilustrasi dan aspek-aspek lain pada pelan hamparan
dengan catatan.

9. Kajian warna dan skema warna dengan catatan.

10. Hamparan penuh reka bentuk pilihan.

11. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar dengan
catatan.

12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

13. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan mengikut urutan dengan
catatan.
[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 14 2611/3

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kotak pembungkusan kek anda hendaklah
mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran minimum : Panjang : 30 cm
Lebar : 30 cm
Tinggi : 12 cm
Tema : Berdasarkan kajian
Teknik : Bebas
Warna : Bebas
Kapsyen : Mengikut kajian

Contoh:

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan kemas.
2. Portfolio anda hendaklah bermaklumat.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Anda mungkin juga menyukai