Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : TELEMUSIM

Encik Rizuan bin Asmarah


Cik Fairzan Nazzila Binti Mohd Nazrie

ABSTRAK

Keseluruhan kajian dilaksanakan bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam
menguasai kemahiran memahami dan mengingat maklumat tentang kejadian empat musim. Topik
kejadian empat musim ini terkandung di dalam kurikulum KSSM Tingkatan 2 dan Kurikulum
Antarabangsa Cambridge. Sampel kajian melibatkan seramai 10 orang pelajar Tingkatan 2 dan 6 orang
pelajar Tingkatan 3 dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui
ujian pra yang menunjukkan murid masih lemah dalam memahami dan menguasai maklumat berkaitan
kejadian empat musim. Aspek yang diberikan penekanan dalam kejadian empat musim adalah
kemahiran pelajar mengingat maklumat seperti tarikh-tarikh berlakunya kejadian empat musim,
mengenal pasti negara-negara yang mengalami jenis musim pada waktu yang berbeza, garisan-garisan
yang terlibat ketika berlakunya kejadian empat musim serta jumlah penerimaan cahaya matahari pada
sudut dan bacaan yang berbeza. Sehubungan itu, projek penyediaan dan pemilihan bahan-bahan bantu
mengajar (BBM) dengan pendekatan Telemusim yang mempunyai roda berpusing dan mempunyai
maklumat berfokus berkaitan kejadian empat musim disediakan yang bertujuan untuk membantu
pelajar Tingkatan 2 dan 3 Sekolah Antarabangsa Labuan dalam menangani masalah yang dihadapi
pelajar dalam aspek memahami dan mengingat fakta berkaitan kejadian empat musim. Di dalam
Telemusim Beroda ini, terdapat maklumat yang berfokus dan berkaitan antara roda-roda yang lain serta
mempunyai maklumat berkaitan kejadian empat musim yang boleh membantu pelajar memahami dan
mengingat maklumat secara gamifikasi dan melibatkan kaedah pembelajaran kinestetik dan
merangsang perkembangan kognitif, psikomotor, dan afektif pelajar. Berdasarkan ujian pra Geografi
bulan Mac, kelas Tingkatan 2 dan 3 didapati sebanyak 100 peratus pelajar telah gagal. Keadaan ini
tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana pelajar ini akan menghadapi Peperiksaan Semester, Akhir
Tahun dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun hadapan. Oleh itu, kajian tindakan dilakukan bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran memahami dan mengingat fakta berkaitan kejadian empat musim
dengan menggunakan Telemusim. Antara contoh hasil pembelajaran yang perlu dicapai adalah seperti
mengingat maklumat seperti tarikh-tarikh berlakunya kejadian empat musim, memahami dan mengenal
pasti negara-negara yang mengalami jenis musim pada waktu yang berbeza serta memahami dan
mengetahui garisan-garisan yang terlibat ketika berlakunya kejadian empat musim serta jumlah
penerimaan cahaya matahari pada sudut dan bacaan yang berbeza. Kajian ini melibatkan seramai 16
orang pelajar Sekolah menengah rendah (tingkatan 2 dan 3) bagi Kurikulum Kebangsaan. Seramai 10
orang pelajar Tingkatan 2 dan 6 orang pelajar Tingkatan 3 serta 2 orang guru telah terlibat dalam kajian.
Ujian pra diberikan kepada pelajar untuk mengukur tahap penguasaan pelajar dalam topik kejadian
empat musim. Bagi membantu pelajar dalam menguasai topik kejadian empat musim, akitiviti
gamifikasi dilaksanakan menggunakan Telemusim yang mengandungi semua fakta penting mengenai
kejadian empat musim bagi merangsang aspek psikomotor, kinestetik, kognitif dan afektif pelajar.
Ujian pasca diberi untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam topik kejadian empat musim
selepas menggunakan Telemusim. Selepas menggunakan Telemusim, didapati seramai 16 orang pelajar
telah berjaya mengetahui tarikh-tarikh berlakunya kejadian empat musim, mengenal pasti negara-
negara yang mengalami jenis musim pada waktu yang berbeza serta telah dapat mengetahui garisan-
garisan yang terlibat ketika berlakunya kejadian empat musim serta jumlah penerimaan cahaya
matahari pada sudut dan bacaan yang berbeza. Secara kesimpulannya, kajian tindakan yang dibuat
mengenai Telemusim sememangnya terbukti mampu meningkatkan tahap psikomotor, kinestetik,
kognitif dan pembelajaran afektif pelajar seterusnya membantu mereka memahami dan mengingat
maklumat penting tentang kejadian empat musim.

Kata kunci : Kejadian Empat Musim, KSSM, Psikomotor, Kognitif, Kinestetik, Afektif, Telemusim,
BBM, Peperiksaan, Gamifikasi, Ujian Pra, Ujian Pasca, Terbukti.

Anda mungkin juga menyukai