Anda di halaman 1dari 4

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022


PENDIDIKAN SENI VISUAL 2611/3
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
KERJA KURSUS
Kertas 3
Mei – November

1. Kertas ini mengandungi empat tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 4.


2. Calon dikehendaki melaksanakan satu tugasan sahaja.
3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek
yang ditetapkan.

Kertas ini mengandungi 4 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
2611/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 2611/3

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib
melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja
kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan
Mei hingga bulan November 2022.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan
cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan mesti asli, dihasilkan sendiri
oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian mesti dihasilkan menggunakan kertas berukuran
lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon mesti mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan


tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali


sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mesti memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan
gred Cemerlang dan Baik.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga


hingga lima helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon mesti dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan
menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio.
Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang
masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

14. Semua hasil kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah kemas.

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 2611/3

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan karya atau produk seni berdasarkan
satu daripada tajuk berikut:

1. Satu pameran seni lukis peringkat antarabangsa yang bertemakan Keindahan


Bandar Anda akan diadakan di negara kita. Anda dikehendaki membuat kajian dan
menghasilkan satu karya lukisan yang mengutamakan perspektif menarik dan unik.

Berdasarkan kajian tersebut, lukisan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Pelbagai jenis pensil/arang/pen/pensil warna


Ukuran minimum : 59 cm × 42 cm
Tema : Keindahan Bandar Anda
Teknik : Bebas dan bersesuaian

2. Sebuah kafe mahu mengubah suai kafe mereka supaya lebih eksklusif dan kelihatan
mewah. Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka bentuk hiasan
dalaman kafe tersebut.

Berdasarkan kajian tersebut, model hiasan dalaman kafe anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran : Berdasarkan skala
Tema : Tradisional
Teknik : Bebas dan bersesuaian
Nota : Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri

3. Sebuah hotel memerlukan hiasan dinding yang akan diletakkan di lobi utama. Anda
dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu hiasan dinding yang bertemakan
landskap menggunakan seni sulaman.

Berdasarkan kajian tersebut, seni sulaman anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Fabrik dan bahan sulaman yang bersesuaian


Ukuran minimum : 25 cm × 35 cm
Tema : Landskap
Teknik : Bebas dan bersesuaian

[Lihat halaman sebelah


2611/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 2611/3

4. Sebuah syarikat penerbitan akan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Memori.
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu sarung buku berserta
ilustrasi bagi buku tersebut supaya kelihatan eksklusif.

Berdasarkan kajian tersebut, produk anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian


Ukuran : 32 cm × 4 cm × 26 cm
Tajuk : Memori
Teknik : Ilustrasi ( Cetakan komputer tidak dibenarkan)

Nota:
Portfolio anda mesti bermaklumat dan mempunyai catatan serta mengandungi
perkara berikut:
(i)
Proses pewujudan idea
(ii)
Proses pengolahan idea
(ii) Proses penerokaan idea
(iv) Proses penghasilan karya atau produk

TUGASAN TAMAT

2611/3 © 2022 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Anda mungkin juga menyukai