Anda di halaman 1dari 37

1

Tajuk Bengkel: Apakah Genosis? Pengenalan kepada Genosis


Kumpulan Sasaran: Guru, Penyelaras, dan Pemimpin Sekolah
Jangka Masa Bengkel: 1 hari (08:30 - 17:30)

Objektif Pembelajaran
❖ Pada hujung bengkel ini, peserta akan dapat:

1. Menerangkan lima elemen penting dan sub-komponen yang terdiri daripada


semua program Genosis
2. Membanding dan membezakan elemen penting program GenoBeta dengan
pendekatan pedagogi dan penilaian semasa KSSM
3. Menghuraikan murid Genosis
4. Menerangkan apa dan bagaimana seorang murid akan belajar di sekolah Genosis
dengan merujuk kepada Penanda Aras dan Petunjuk Genosis
5. Menghuraikan guru Genosis
6. Menerangkan tingkah laku profesional dan strategi mengajar guru Genosis

Gambaran Keseluruhan

Bengkel ini akan memperkenalkan pemimpin sekolah, ketua jabatan, penyelaras program,
dan guru kepada visi, misi dan prinsip Genosis, dan menyokong peserta untuk memahami
setiap elemen penting dan sub-komponen program GenoBeta.

Aktiviti Pembelajaran Flipped (Dilaksanakan oleh peserta sekurang-kurangnya dua hari


sebelum bengkel secara bersemuka)

Sebelum bengkel ini, peserta dikehendaki melengkapkan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Menonton video bertajuk "Genosis: Excellence in Education"


2. Membaca Panduan Program Genosis: "Apakah Genosis? Panduan untuk Guru "; dan
3. Menjawab secara ringkas soalan refleksi berikut: “Dengan mempertimbangkan semua
cabaran yang kita hadapi di abad ke 21 ini, bagaimanakah sekolah anda mengubah
pendekatan pengajaran dan pembelajarannya?

2
Penerangan Bengkel Secara Bersemuka

Semasa bengkel berlangsung, peserta akan meneroka dan mengkaji secara mendalam
tentang visi, misi dan prinsip pendidikan Genosis serta elemen penting program
GenoBeta. Peserta juga akan membuat penilaian tentang kefahaman mereka berkenaan
komponen-komponen tersebut. Sepanjang bengkel, pelbagai pendekatan pembelajaran
campuran yang menggabungkan model pengajaran dan pembelajaran berasaskan
inkuiri akan digunapakai untuk memastikan peserta dapat melibatkan diri, meneroka
dan menerangkan elemen program Genosis. Di samping itu, peserta juga akan dapat
mengembangkan kefahaman mereka dalam aspek penciptaan dan reka bentuk dan
seterusnya membuat penilaian terhadap diri sendiri dan rakan perserta lain tentang
pengetahuan dan kefahaman mereka.
Aktiviti Pembelajaran Flipped (Dilaksanakan oleh peserta sekurang-kurangnya dua
hari sebelum bengkel secara bersemuka)

Sebelum bengkel ini, peserta dikehendaki melengkapkan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Menonton video bertajuk "Genosis: Excellence in Education"


2. Membaca buku Panduan Program Genosis: "Apakah Genosis? Panduan untuk
Guru "; dan
3. Menjawab secara ringkas soalan refleksi berikut: “Dengan mempertimbangkan
semua cabaran yang kita hadapi di abad ke 21 ini, bagaimanakah sekolah anda
mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajarannya?

3
Kata Alu-Aluan & Pengenalan (15 minit)

1. Jurulatih Utama memperkenalkan diri dan memberikan gambaran keseluruhan


bengkel pembangunan profesional Genosis yang pertama.

2. Benarkan peserta memperkenalkan diri mereka secara ringkas dalam kumpulan


mereka sekiranya mereka bukan semua peserta dari sekolah yang sama.

3. Jurulatih Utama akan memberikan gambaran keseluruhan mengenai aktiviti


bengkel sehari.

4
Objektif Pembelajaran (5 minit)

● Jelaskan kepada peserta bahawa, sama seperti di bilik darjah mereka, setiap
bengkel pembangunan profesional Genosis mempunyai satu set objektif
pembelajaran yang menghuraikan apa yang peserta akan dapat lakukan pada
hujung setiap bengkel.

● Jelaskan bahawa pada akhir bengkel Genosis yang pertama ini, mereka akan dapat:
1. Menerangkan lima elemen penting dan sub-komponen yang terdiri daripada
semua program Genosis
2. Membanding dan membezakan elemen penting program GenoBeta dengan
pendekatan pedagogi dan penilaian semasa KSSM
3. Menghuraikan murid Genosis
4. Menerangkan apa dan bagaimana seorang murid akan belajar di sekolah
Genosis dengan merujuk kepada Penanda Aras dan Petunjuk Genosis
5. Menghuraikan guru Genosis
6. Menerangkan tingkah laku profesional dan strategi mengajar guru Genosis

5
Isyarat Senyap/ The Silent Signal (5 min)

1. Perkenalkan “The Silent Signal” sebagai strategi yang akan digunakan sepanjang bengkel
pembangunan profesional Genosis apabila perlu mendapatkan perhatian peserta dan
meminta mereka untuk senyap.

2. Tunjukkan dan terangkan langkah-langkah berikut :

Langkah 1 : Fasilitator akan mengangkat tangan dan memberikan isyarat auditori


dalam suara percakapan normal untuk menarik perhatian peserta, contohnya ‘Give me
5’.
Langkah 2 : Peserta akan memberi respon dengan melihat ke arah fasilitator sambil
mengangkat sebelah tangan dan memberhentikan perbincangan serta aktiviti dengan
serta-merta.
Langkah 3 : Peserta secara senyap memberi isyarat kepada peserta lain yang mungkin
tidak menyedari isyarat daripada fasiliator.
Langkah 4 : Apabila semua peserta sudah senyap, fasiliator akan memberi arahan
kepada mereka untuk turunkan tangan. Selepas itu, fasilitator akan bercakap kepada
peserta.

3. Jelaskan bahawa “The Silent Signal” juga boleh digunakan untuk menarik perhatian
pelajar di dalam bilik darjah. Penggunaan yang betul adalah penting dan harus
diamalkan sehingga digunakan dengan berkesan semasa sesi pengajaran.

4. Bincangkan strategi-strategi lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan perhatian


pelajar di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah. Contoh strategi adalah seperti
lagu, irama muzik, serangkap pantun atau tepukan berirama.
Cara Bekerja Genosis (5 min)

1. Jelaskan bahawa bahawa ini merupakan cara bekerja yang digunakan semasa
bengkel pembangunan profesional Genosis

2. Terangkan tingkah laku yang diharapkan daripada peserta serta manfaat tingkah
laku tersebut.

➢ Penglibatan aktif – memberi sumbangan positif terhadap semua aktiviti


➢ Membuat nota - mengambil nota semasa bengkel berjalan untuk membantu
kefahaman peribadi terhadap penyampaian atau perbincangan yang diadakan.
➢ Membuat Semakan - membuat refleksi tentang kemajuan pembelajaran
peribadi terhadap objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan
➢ Cari perkaitan – kaitkan apa yang anda tahu dengan situasi semasa anda.
➢ Kongsikan – kongsi maklum balas (secara lisan dan bertulis) dengan semua
peserta/kumpulan
➢ Tunjukkan penghargaan - menunjukkan penghargaan dan memuji sumbangan
peserta lain secara positif semasa sesi.
➢ Aplikasikan – gunakan pembelajaran baru dalam konteks dunia sebenar.

3. Tanya peserta sama ada mereka turut menggunakan peraturan yang sama.

4. Buat penambahbaikan dalam senarai Cara Bekerja Genosis berdasarkan idea


setiap kumpulan.

7
Aktiviti TakeOff – TouchDown (10 min)

1. Terangkan aktivitiTakeOff – TouchDown

❖ Dengar dengan teliti pernyataan yang akan saya bacakan.


❖ Berdiri sekiranya pernyataan tersebut ada kaitan dengan anda dan terus
berdiri. Teruskan duduk jika pernyataan itu tidak berkaitan dengan anda.
❖ Dengar pernyataan seterusnya yang akan saya bacakan.
❖ Jika anda sedang berdiri, jika pernyataan ini tidak berkaitan dengan anda sila
duduk, atau tetap berdiri jika ia berkaitan dengan anda. Sekiranya anda
sedang duduk, sila berdiri jika pernyataan ini berkaitan dengan anda, atau
teruskan duduk jika pernyataan ini tidak berkaitan dengan anda.

2. Contoh Pernyataan:
● Tempat lahir anda adalah di negeri lain di Malaysia dari yang anda tinggal
sekarang.
● Anda makan bijirin untuk sarapan hari ini
● Anda adalah abang/kakak sulung dalam keluarga anda
● Anda telah mengajar lebih dari 10 tahun
● Anda telah mengajar lebih dari 15 tahun
● Anda suka mengajar

8
OP1: Mengetahui Asas (30 min)

Aktiviti 1: Pandangan Pasukan (Team Viewpoint)

1. Peserta dikehendaki menjawab soalan “Apakah Program Genosis?” dengan


menulis jawapan peribadi mereka pada kertas A4. (5 min)

2. Rakan bahu akan bekerjasama untuk menggabungkan pernyataan mereka. Setiap


ahli turut dikehendaki untuk menulis pernyataan yang telah digabungkan pada
kertas masing-masing. (5 min)

3. Kedua-dua pasangan dalam setiap pasukan kini membandingkan pernyataan


mereka dan kemudian menggabungkan pernyataan masing-masing menjadi satu
pernyataan pasukan. Pernyataan pasukan ini akan ditulis pada helaian kertas
pemplotan. (10 min)

4. Kesemua pasukan diberi peluang untuk berkongsi pernyataan pasukan mereka.


Peserta boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan satu sama lain,
serta mengenal pasti persamaan yang wujud pada pernyataan masing-masing.

5. Setelah berakhirnya aktiviti ini, setiap JU harus mempunyai pemahaman yang jelas
dan serupa mengenai apakah itu Program Genosis, serta menampilkan sebuah
perenggan umum yang boleh digunakan bagi menjelaskannya kepada pihak
berkepentingan luar. (10 min)

Bahan-bahan diperlukan: kertas A4 – 1 helai bagi setiap peserta, kertas mahjong – 1


helai

9
OP1: Mengetahui Asas (30 min)

Aktiviti 2: Pengurus Grafik (Peta Pokok)

1. Jelaskan bahawa setiap kumpulan mempunyai Panduan Program Genosis "Apakah


Genosis? Panduan untuk Guru“ di meja mereka yang menyenaraikan kesemua
elemen penting program pendidikan Genosis dan sub-komponen bagi setiap lima
elemen tersebut.

2. Jelaskan bahawa, berdasarkan tontonan video dan bacaan pra-bengkel mereka dan
menggunakan Panduan Program Genosis "Apakah Genosis? Panduan untuk Guru
", setiap kumpulan harus menghasilkan satu Peta Pokok selepas membincangkan
pemahaman mereka tentang elemen atau sub-komponen tersebut dan bersetuju
dengan maklumat tersebut. Jelaskan bahawa mereka perlu menjawab dalam bentuk
ayat pendek atau dalam bentuk points pada pengurus grafik yang disediakan.

3. Semasa peserta mengisi pengurus grafik mereka, mainkan video bertajuk: "“Genosis
– Excellence in Education” tanpa audio. Ini memberi peluang kepada peserta yang
tidak membuat aktiviti pembelajaran Flipped untuk mengejar dan memberikan
sumbangan kepada perbincangan kumpulan.

10
OP1: Mengetahui Asas : Pengurus Grafik

11
OP1: Apakah Genosis (50 min)
Aktiviti 3 - Jigsaw: Menggabungkan Kepingan
1. Terangkan kepada peserta bahawa mereka kini akan bergerak ke dalam kumpulan yang
terdiri daripada 5 ahli. Minta peserta untuk bergerak ke meja seperti yang diarahkan.
Jelaskan bahawa kumpulan ini akan menjadi kumpulan "Asal" mereka.
2. Jelaskan bahawa setiap ahli kumpulan "Asal" mereka akan dinomborkan dari satu (1)
hingga lima (5) dan apabila diarahkan, peserta akan bergerak ke salah satu daripada lima
kumpulan "Pakar" berdasarkan nombor yang ditugaskan.
3. Minta peserta untuk bergerak ke kumpulan mereka yang ditugaskan, 1 hingga 5.
4. Jelaskan kepada peserta bahawa di setiap 5 "stesen" bina 1 ayat untuk menghuraikan
elemen Genosis yang ditugaskan. Semua kumpulan mempunyai 20 minit untuk
melengkapkannya.
5. Kumpulan Pakar: Atribut, Rangka Kerja Pembelajaran, Pendekatan kepada Pembelajaran,
e-Portfolio, Penanda aras & Petunjuk
6. Jelaskan bahawa dalam kumpulan "Pakar" mereka, mereka mempunyai dua puluh (20)
minit untuk mengkaji semua maklumat yang berkaitan dengan elemen penting tertentu,
membincangkan maklumat dengan rakan “pakar” mereka dan membuat nota jelas bagi
elemen tertentu dan sub komponennya supaya mereka akan dapat merumuskan
maklumat tersebut dan dapat melaporkan dengan jelas kepada kumpulan "Asal" mereka
mengenai maklumat yang mereka pelajari dalam kumpulan "Pakar" mereka.
7. Pernyataan kumpulan Pakar akan mendapat kelulusan daripada Fasilitator.
8. Selepas dua puluh (20) minit, minta peserta kembali ke kumpulan "Asal" mereka.

12
9. Jelaskan bahawa dalam kumpulan “Asal" mereka, setiap orang mempunyai lima (5)
minit untuk berkongsi maklumat yang mereka kumpulkan bagi salah satu elemen
penting dalam kumpulan "Pakar" mereka. Semasa setiap pakar menjelaskan apa
yang mereka pelajari, semua ahli kumpulan "Asal" perlu membuat nota ringkas.
Gunakan "Senarai Semak Elemen Program Genosis" untuk menulis dalam bentuk
ayat pendek atau points untuk setiap elemen dan sub-komponen yang menguasai
pemahaman kumpulan masing-masing.
10. Jelaskan bahawa dalam kumpulan "Asal" mereka, mereka kini akan mengumpulkan
ringkasan lengkap kesemua lima pernyataan. Tulis satu perenggan yang
merangkumi kesemua 5 pernyataan.
11. Muat naik perenggan ini ke Knowledge Exchange di gEMS.
12. Jelaskan bahawa setiap ahli kumpulan "Asal" harus dapat membentangkan
maklumat mereka pada bila-bila masa.
OP1: Pentaksiran untuk Pembelajaran bagi OP1 - Thumbs (3 min)

1. Jelaskan bahawa para peserta akan menggunakan strategi "Thumbs" untuk menilai
pemahaman / pencapaian mereka sendiri bagi OP 1. Pentaksiran kendiri adalah strategi
AfL yang penting yang memberi maklum balas kepada guru dan murid tentang kemajuan
dan pencapaian mereka sendiri bagi OP tersebut .
2. Dengan menggunakan ibu jari mereka (thumbs up - benar-benar faham dan mampu, ibu
jari ke sisi – tidak begitu faham/ mampu, thumbs down - keliru dan tidak faham/mampu),
mereka akan menunjukkan tahap pembelajaran mereka sendiri bagi objektif berikut:
✔ menerangkan lima elemen penting dan sub-komponen yang terdiri daripada GenoBeta
dan semua program Genosis;
3. Ambil maklum balas daripada kumpulan - bagaimana jika lebih daripada 50% peserta
menunjukkan Thumbs down? Apakah tindakan yang boleh anda ambil (atau boleh guru
ambil) pada ketika ini.
○ JU / Guru boleh meminta “thumbs up” untuk mengajar "ibu jari ke sisi" dan " thumbs
down”,
○ Bergantung kepada bilangan peserta/murid yang mempunyai "ibu jari ke sisi" dan /
atau "thumbs down”, JU / guru boleh bertanya APAKAH aspek yang mereka tidak
faham dan menerangkan sekali lagi
○ JU / Guru boleh meminta guru / murid untuk menulis beberapa soalan mengenai aspek
yang mereka tidak faham dan paparkannya di Parking Lot
○ JU / Guru boleh melakukan aktiviti "Think-Pair-Share" - tidak lebih dari 2 minit, untuk
semua murid menyemak semula

13
Arahan:
● Satu soalan / pernyataan diberikan untuk refleksi. Dalam kes ini, pencapaian Objektif
Pembelajaran peserta.
● Selepas mempertimbang tahap pemahaman / pembelajaran mereka sendiri, peserta
diminta untuk mengangkat ibu jari mereka dan memberikan respon dengan ibu jari
mereka (thumbs up - benar-benar faham dan mampu, ibu jari ke sisi – tidak begitu
faham/mampu, thumbs down - keliru dan tidak faham/mampu)
● Apabila JU mengumumkan "Tunjukkan saya ibu jari anda: bagaimanakah anda fikir
anda memahami dan mencapai Objektif Pembelajaran yang pertama?“. Semua
peserta mengangkat ibu jari mereka dan memberikan respon mereka.
● JU mengambil maklum balas maklum balas dan memutuskan tindakan yang akan
diambil pada ketika itu.
OP2: Kurikulum Genosis & KSSM: Membanding dan Membezakan (30 min)

1. Arahkan peserta untuk bergerak ke dalam kumpulan berempat (4) ahli.

2. Jelaskan bahawa di meja kumpulan mereka, mereka akan dapati maklumat


gambaran mengenai KSSM yang baru dan pendekatan pedagoginya. Minta setiap
kumpulan menyemak semula komponen utama dan pendekatan pedagogi KSSM
tersebut daripada bahan dan sumber yang disediakan.

3. Jelaskan bahawa selepas menyemak semula bahan dan sumber KSSM, kumpulan
harus membuat Gambar Rajah Venn atau Peta Buih Berganda untuk
membandingkan dan membezakan persamaan dan perbezaan antara elemen
penting dan pendekatan pedagogi Genosis dan KSSM.

14
OP2: Pentaksiran untuk Pembelajaran bagi OP2 - Thumbs (3 min)

1. Jelaskan bahawa para peserta akan menggunakan strategi "Thumbs" untuk menilai
pemahaman / pencapaian mereka sendiri bagi OP 2. Pentaksiran kendiri adalah
strategi AfL yang penting yang memberi maklum balas kepada guru dan murid
sendiri tentang kemajuan dan pencapaian mereka sendiri bagi OP tersebut .
2. Dengan menggunakan ibu jari mereka (thumbs up - benar-benar faham dan
mampu, ibu jari ke sisi – tidak begitu mampu, thumbs down - keliru dan tidak
mampu), mereka akan menunjukkan tahap pembelajaran mereka sendiri bagi
objektif berikut:
✔ Membanding dan membezakan elemen penting program GenoBeta dengan
pendekatan pedagogi dan penilaian semasa KSSM
3. Ambil maklum balas daripada kumpulan - bagaimana jika lebih daripada 50%
peserta menunjukkan Thumbs down? Apakah tindakan yang boleh anda ambil (atau
boleh guru ambil) pada ketika ini.
○ JU / Guru boleh meminta “thumbs up” untuk mengajar "ibu jari ke sisi" dan "
thumbs down”,
○ Bergantung kepada bilangan peserta/murid yang mempunyai "ibu jari ke sisi"
dan / atau "thumbs down”, JU / guru boleh bertanya APAKAH aspek yang
mereka tidak faham dan menerangkan sekali lagi
○ JU / Guru boleh meminta guru / murid untuk menulis beberapa soalan
mengenai aspek yang mereka tidak faham dan paparkannya di Parking Lot
○ JU / Guru boleh melakukan aktiviti "Think-Pair-Share" - tidak lebih dari 2 minit,
untuk semua murid menyemak semula

15
Arahan:
● Satu soalan / pernyataan diberikan untuk refleksi. Dalam kes ini, pencapaian Objektif
Pembelajaran peserta.
● Selepas mempertimbang tahap pemahaman / pembelajaran mereka sendiri, peserta
diminta untuk mengangkat ibu jari mereka dan memberikan respon dengan ibu jari
mereka (thumbs up - benar-benar faham dan mampu, ibu jari ke sisi – tidak begitu
faham/mampu, thumbs down - keliru dan tidak faham/mampu)
● Apabila JU mengumumkan "Tunjukkan saya ibu jari anda: bagaimanakah anda fikir
anda memahami dan mencapai Objektif Pembelajaran yang kedua?“. Semua peserta
mengangkat ibu jari mereka dan memberikan respon mereka.
● JU mengambil maklum balas maklum balas dan memutuskan tindakan yang akan
diambil pada ketika itu.
Jumlah kini: 2 jam 36 minit

Minum Pagi (30 min)

16
OP3: Murid Genosis (20 min)

Aktiviti 5: Menghuraikan Murid Genosis yang Ideal

1. Jelaskan bahawa peserta kini perlu memikirkan 3 perkara di mana murid yang
mereka sedang ajar boleh memberi tumpuan sebagai Murid Genosis.
2. Arahkan peserta menulis SATU perkara fokus yang mereka fikirkan pada SATU
nota lekit.
3. Di salah satu sisi bilik, lukiskan satu rangka saiz sebenar murid.
4. Arahkan peserta untuk melekatkan catatan nota lekit pada rangka Murid Genosis.
5. Jelaskan bahawa peserta perlu membaca catatan nota lekit yang sudah dilekatkan
sebelum menambah sendiri memandangkan tidak boleh ada ulangan perkara
fokus (focus item) dalam rangka. (ini akan menggalakkan perasaan untuk berlumba
melekatkan catatan nota lekit dahulu, jadi bersedia untuk menguruskan khalayak
ramai)
6. Setelah semua kumpulan telah menambah perkara fokus mereka, kategorikannya
kepada: Atribut dan Rangka Kerja Pembelajaran (Bagaimana)
7. Jelaskan bahawa murid tidak perlu melakukan semua bidang kemahiran/tingkah
laku yang terdapat dalam penilaian sepanjang masa. Guru harus membimbing
murid untuk menjadi strategik dan memilih beberapa bidang fokus untuk sesuatu
jangka masa dan menyemak semula kemajuan mereka pada akhir masa yang
ditetapkan.
8. Jelaskan bahawa kini terdapat pemahaman bersama tentang standard yang ingin
dicapai oleh Genosis, peserta dalam kumpulan kecil mereka harus membuat
penghuraian tentang murid Genosis yang ideal.

17
OP4: Menerangkan apa dan bagaimana seorang murid akan belajar di sekolah
Genosis dengan merujuk kepada Penanda Aras dan Petunjuk Genosis (45 min)
Aktiviti 6: Menilai Seorang Murid
1. Muat turun Buku Panduan untuk Pelajar Genosis di Bengkel 1 Kohort 1 gEMS -
http://genosis.internexia.net klik Pengenalan dan Gambaran Keseluruhan Program
Genosis
2. Jelaskan bahawa mereka kini perlu membaca buku tersebut secara senyap.
3. Selepas 5 minit, arahkan mereka untuk memberi perhatian kepada Penanda Aras
dan Petunjuk unuk Pelajar (Lampiran C, muka surat 31).
4. Jelaskan bahawa penanda aras dan petunjuk merupakan satu dokumen terperinci
untuk membantu murid langkah demi langkah untuk mencapai piawaian/standard
pelajar yang telah diinginkan. Murid tidak dijangka mencapai tahap tertinggi dalam
satu tahun. Ia mungkin mengambil murid sehingga 5 tahun untuk berkembang
dalam semua bidang, ada murid yang mungkin mengambil masa yang sedikit dan
ada sesetengah murid mungkin tidak mencapai tahap tertinggi dalam semua
bidang. Ia adalah panduan dan aspirasi.
5. Maklumkan peserta bahawa mereka akan bekerjasama dengan pasangan yang
mengajar di kelas yang sama. Secara berpasangan, mereka perlu memikirkan
seorang murid yang kedua-duanya sedang ajar.
6. Edarkan Templat Pentaksiran untuk Murid.
7. Jelaskan bahawa dalam masa 20 minit, peserta akan menggunakan templat
Pentaksiran untuk menilai murid ini berdasarkan Penanda Aras dan Petunjuk
untuk Pelajar. Mereka perlu melihat evidens yang membantu mereka membuat
keputusan mengenai tahap murid.
8. Setelah 20 minit berakhir, arahkan peserta untuk bekerja di kumpulan berempat
mereka untuk membincangkan apa yang perlu dilakukan oleh murid mereka untuk
meningkatkan pencapaian mereka ke satu (1) tahap lagi.

18
19
Pentaksiran untuk Pembelajaran bagi P3 dan OP4 (3 min)
1. .Jelaskan bahawa JU akan menggunakan strategi AfL "Fist to Five" untuk menilai
pemahaman / pencapaian mereka sendiri bagi OP 3 & 4. Pentaksiran kendiri adalah
strategi AfL penting yang memberikan maklum balas kepada guru dan kepada
murid tentang kemajuan dan pencapaian mereka sendiri bagi OP tersebut.
2. Jelaskan kepada JU bahawa semasa bengkel ini mereka akan diberi peluang untuk
melatih strategi AfL yang berbeza untuk pentaksiran kendiri / pentaksiran rakan
sebaya.
3. Ambil maklum balas dari kumpulan - bagaimana jika anda mempunyai kurang
daripada 4? Apakah tindakan yang boleh anda ambil (atau boleh diambil oleh guru)
pada ketika ini.
● Guru boleh meminta "5" untuk mengajar "0 dan 1 / 2",
● Bergantung kepada bilangan peserta/murid yang mempunyai 3 atau kurang,
JU/guru boleh bertanya APAKAH aspek yang mereka tidak faham dan
menerangkan sekali lagi
● JU/Guru boleh meminta murid menulis beberapa soalan mengenai aspek yang
mereka tidak faham dan paparkannya di Parking Lot
● JU/Guru boleh melakukan aktiviti "Think-Pair-Share" - tidak lebih dari 2 minit,
untuk semua murid menyemak semula.
4. Terangkan kepada peserta bahawa semasa lawatan tempohari, Pasukan Lawatan
Kemajuan melihat sedikit evidens AfL semasa Pemerhatian Pelajaran.

20
Arahan:
1. Satu soalan / pernyataan diberikan untuk refleksi. Dalam kes ini, pencapaian
peserta bagi Objektif Pembelajaran.
2. Selepas mempertimbangkan tahap pemahaman / pembelajaran mereka sendiri,
peserta diminta untuk mengangkat tangan dan memberi respon dengan tangan
mereka dengan mengeengam tangan (fist) (untuk menunjukkan 0: "Saya tidak
faham apa-apa"), atau menaikkan jari mereka pada skala 1-5 (1: "Saya memerlukan
bantuan, saya tidak begitu faham", kepada 5: "Saya faham dan boleh mengajar
dan melatih orang lain")
3. Apabila JU mengumumkan "Tunjuk kepada saya Fist to Five, bagaimanakah anda
fikir anda memahami dan mencapai Objektif Pembelajaran yang ketiga dan
keempat?", semua peserta mengangkat tangan dan memberikan respon mereka.
4. JU mengambil perhatian terhadap maklum balas dan memutuskan tindakan yang
akan diambil pada ketika itu.
Solat & Makan Tengah Hari (60 min)

21
OP5: Guru Genosis (45 min)

Aktiviti 7: Pentaksiran Kendiri

1. Berikan Buku Panduan untuk Guru Genosis kepada semua peserta.


2. Jelaskan bahawa secara individu, mereka kini perlu membaca buku tersebut secara
pantas secara senyap.
3. Selepas 5 minit, arahkan mereka untuk memberi perhatian kepada Penanda Aras
dan Petunjuk untuk Guru (Lampiran D, muka surat 63).
4. Jelaskan bahawa penanda aras dan petunjuk merupakan satu dokumen terperinci
untuk membimbing guru langkah demi langkah untuk mencapai
piawaian/standard PdPC yang diinginkan. Jelaskan bahawa seseorang guru tidak
mungkin dapat mencapai tahap tertinggi dalam satu tahun. Ia akan mengambil
masa dan penanda aras dan petunjuk ini merupakan adalah satu panduan dan
aspirasi.
5. Maklumkan peserta bahawa secara individu mereka sekarang akan membuat
pentaksiran keatas amalan dan kemajuan mereka sendiri.
6. Edarkan Templat Pentaksiran untuk Guru.
7. Jelaskan bahawa dalam masa 20 minit, mereka akan menggunakan templat
Pentaksiran untuk menilai diri mereka berdasarkan Penanda Aras dan Petunjuk
untuk Guru. Mereka perlu memberi/menulis evidens yang membantu mereka
membuat keputusan mengenai tahap pencapaian mereka.
8. Setelah 20 minit berakhir, arahkan peserta berbincangn dengan pasangan bahu
apa yang perlu mereka lakukan untuk mecapai satu (1) tahap lebih tinggi.

22
23
OP 6: Guru Genosis (20 min)

Aktiviti 8: Penyataan Peribadi

1. Jelaskan bahawa peserta kini perlu memikirkan 3 perkara di mana mereka


boleh memberi tumpuan sebagai Guru Genosis.
2. Jelaskan bahawa peserta perlu menulis pernyataan peribadi di mana mereka
akan memberi tumpuan kepada perkara-perkara dalam pernyataan tersebut
sepanjang tempoh sesi persekolahan.
3. Peserta digalakkan untuk melaksanakan perkara-perkara tersebut sebelum
bermulanya program Genosis bagi Tingkatan 2 pada tahun 2020. Peserta kini
sudah boleh memulakan persiapan serta mengaplikasinya bersama-sama
dengan murid-murid mereka.
4. Peserta akan menulis kenyataan peribadi mereka pada kertas A4 dan
berkongsikan pernyataan mereka dengan peserta lain.

24
OP6: Guru Genosis (20 min)

Aktiviti 9: Seorang Guru Genosis (Pengurus Grafik)

1. Jelaskan bahawa peserta perlu bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing


untuk merangka sebuah pengurus grafik yang menunjukkan ciri-ciri utama tingkah
laku seseorang guru Genosis. (Peserta boleh menggunakan peta minda, peta i-
THINK, dll.)
2. Peserta kemudiannya harus mengenal pasti Penanda Aras dan Petunjuk Genosis
yang boleh dikaitkan kepada ciri-ciri yang telah mereka senaraikan.
3. Apabila diberi isyarat, setiap kumpulan dikehendaki menukar pengurus grafik
mereka dengan kumpulan yang lain. Kumpulan tersebut akan menilai hasil kerja
dan memberi maklum balas.

25
Pentaksiran untuk Pembelajaran bagi OP5 dan OP6 (3 min)
1. .Jelaskan bahawa JU akan menggunakan strategi AfL "Fist to Five" untuk menilai
pemahaman / pencapaian mereka sendiri bagi OP 5 & 6. Pentaksiran kendiri
adalah strategi AfL penting yang memberikan maklum balas kepada guru dan
kepada murid tentang kemajuan dan pencapaian mereka sendiri bagi OP tersebut.
2. Jelaskan kepada JU bahawa semasa bengkel ini mereka akan diberi peluang untuk
melatih strategi AfL yang berbeza untuk pentaksiran kendiri / pentaksiran rakan
sebaya.
3. Ambil maklum balas dari kumpulan - bagaimana jika anda mempunyai kurang
daripada 4? Apakah tindakan yang boleh anda ambil (atau boleh diambil oleh guru)
pada ketika ini.
● Guru boleh meminta "5" untuk mengajar "0 dan 1 / 2",
● Bergantung kepada bilangan peserta/murid yang mempunyai 3 atau kurang,
JU/guru boleh bertanya APAKAH aspek yang mereka tidak faham dan
menerangkan sekali lagi
● JU/Guru boleh meminta murid menulis beberapa soalan mengenai aspek yang
mereka tidak faham dan paparkannya di Parking Lot
● JU/Guru boleh melakukan aktiviti "Think-Pair-Share" - tidak lebih dari 2 minit,
untuk semua murid menyemak semula.
4. Terangkan kepada peserta bahawa semasa lawatan tempohari, Pasukan Lawatan
Kemajuan melihat sedikit evidens AfL semasa Pemerhatian Pelajaran.

26
Arahan:
1. Satu soalan / pernyataan diberikan untuk refleksi. Dalam kes ini, pencapaian peserta
bagi Objektif Pembelajaran.
2. Selepas mempertimbangkan tahap pemahaman / pembelajaran mereka sendiri,
peserta diminta untuk mengangkat tangan dan memberi respon dengan tangan
mereka dengan mengeengam tangan (fist) (untuk menunjukkan 0: "Saya tidak faham
apa-apa"), atau menaikkan jari mereka pada skala 1-5 (1: "Saya memerlukan bantuan,
saya tidak begitu faham", kepada 5: "Saya faham dan boleh mengajar dan melatih
orang lain")
3. Apabila JU mengumumkan "Tunjuk kepada saya Fist to Five, bagaimanakah anda fikir
anda memahami dan mencapai Objektif Pembelajaran yang kelima dan keenam?",
semua peserta mengangkat tangan dan memberikan respon mereka.
4. JU mengambil perhatian terhadap maklum balas dan memutuskan tindakan yang
akan diambil pada ketika itu.
Minum Petang (30 min)

27
Quiz-Quiz-Trade (20 min)

1. Jelaskan kepada peserta bahawa mereka akan menilai pengetahuan dan


pemahaman masing-masing dari lima elemen penting dan subkomponen dari
program Genosis menggunakan Struktur Pembelajaran Koperatif yang digelar
Quiz-Quiz-Trade.
2. Berikan setiap peserta satu (1) kad "Kuiz".
3. Jelaskan bahawa apabila diarahkan setiap peserta harus berdiri dengan 'Kad Kuiz'
dan mengangkat tangan supaya peserta lain mengetahui bahawa mereka sedang
mencari pasangan.
4. Jelaskan bahawa apabila mereka telah menemui pasangan, mereka harus
menurunkan tangan.
5. Terangkan proses Quiz-Quiz-Trade.

❖ Salah satu pasangan membaca soalan mereka dan pasangan lain cuba untuk
menjawab.
❖ Berikan pujian apabila pasangan anda menjawab dengan betul atau berikan
bimbingan sekiranya jawapan yang salah diberikan. Setelah itu, tukar peranan.
❖ Apabila kedua-dua pasangan telah bertanya soalan mereka dan masing-masing
telah memberikan maklum balas mereka, ucap terima kasih dan tukar kad
'Kuiz'.
❖ Naikkan tangan anda sekali lagi untuk mencari pasangan baru dan ulangi
proses itu sehingga diarahkan berhenti.

28
Refleksi & Penutup (15min)

1. Minta peserta untuk membuat refleksi sendiri secara senyap untuk


mempertimbangkan tiga soalan berikut:

❖ Apakah 2-3 dari Atribut Genosis yang anda berasa anda telah bangunkan atau
tunjukkan hari ini? Terangkan dengan ringkas mengapa anda berasa
sedemikian.
❖ Apakah strategi bilik darjah - Struktur Pembelajaran Koperatif, Model
Pemikiran, Alat Pentaksiran untuk Pembelajaran – yang anda percaya anda
pelajari hari ini? Yang manakah 2-3 daripada strategi tersebut yang boleh anda
gunakan dengan mudah di dalam bilik darjah anda?
❖ Apakah satu-satunya (1) perkara pembelajaran paling penting mengenai
program Genosis yang akan anda membawa bersama anda hari ini?

2. Minta beberapa peserta untuk berkongsi jawapan mereka kepada satu (1) soalan
refleksi. Dapatkan dalam 6-8 jawapan dalam jumlah yang meliputi kesemua tiga
soalan.
3. Berikan penutup dan terangkan kepada peserta bahawa bengkel seterusnya akan
menumpukan kepada Elemen Penting Genosis ketiga dan keempat iaitu Kerangka
untuk Pembelajaran dan Pendekatan Pembelajaran
4. Ucapkan terima kasih kepada peserta untuk penyertaan aktif mereka dan ucapkan
selamat pulang.

29
Maklum Balas Bengkel 1 F2

30
31

Anda mungkin juga menyukai