Anda di halaman 1dari 4

JAWAB SOALAN BERDASARKAN PERNYATAAN DI BAWAH :

FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA PADA 9 MAC 2016 JIKA ANDA TERLEPAS ANDA
KENA TUNGGU PADA 26 DISEMBER 2019

Pada 9 Mac 2016 nanti, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat
menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi,
Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari.

Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu
akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan
seolah-olah hilang sebahagiannya.

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena
Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik
dapat melihat fenomena ini. InsyaAllah saya sendiri akan ke sana untuk cuba merakam fenomena
tersebut.

Bagi anda di Malaysia, anda akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup (bukan
sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan
Januari 2010.

Waktu Kejadian

Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari
terbit di ufuk timur.

Bagi penduduk di Utara Malaysia, anda akan dapat melihat matahari sudahpun kelihatan hilang
sedikit sebahagian daripada sisinya ketika matahari terbit.

Bagi penduduk ke arah Selatan Malaysia, anda akan dapat lihat matahari dalam keadaan sempurna
bulat ketika ia terbit, dan berpeluang melihat Sentuhan Pertama (First Contact), iaitu saat jasad Bulan
kali pertama mula kelihatan di salah satu sisi matahari, lebih kurang 5-6 minit selepas terbitnya
matahari.

Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga
kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi.
Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.

Penyataan di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta
peratusan matahari tertutup di sebahagian kawasan di utara semenanjung :

Kangar 8.25 pagi (67%)

Kuah 8.25 pagi (67%)

Alor Setar 8.25 pagi (68%)

Kulim 8.25 pagi (70%)

Ipoh 8.24 pagi (73%)


Secara umumnya, Gerhana Matahari Separa di Malaysia akan tamat lebih kurang 1 jam 5 minit
SELEPAS waktu puncak di atas.

AMARAN! JANGAN SEKALI-KALI MELIHAT MATAHARI, SAMA ADA MENGGUNAKAN MATA


MAHUPUN PERALATAN ASTRONOMI, TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG PENAPIS KHAS
MATAHARI. IA BOLEH MENGAKIBATKAN MATA ANDA BUTA!

1. Berdasarkan pernyataan di atas, ambil 3 waktu pilihan anda dan lukiskan keadaan yang kamu lihat
pada matahari.

Waktu 1 : Pukul _________


Waktu 2 : Pukul ________

Waktu 3 : Pukul ________

2. Lukiskan cara peralatan (binocular, kaki retot dan kertas) yang di gunakan untuk pencerapan
gerhana.
3. Lukiskan kedudukan bumi , bulan dan matahari ketika gerhana matahari dan labelkan.

4. Nyatakan pendapat anda tentang gerhana matahari pada hari ini .

Anda mungkin juga menyukai