Anda di halaman 1dari 3

KESELAMATAN DAN KESIHATAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

Posted on September 27, 2011


Sektor pertanian di Malaysia boleh dikatakan agak maju pada masa kini dengan wujudnya teknologi-
teknologi baru pertanian yang semakin mendapat perhatian umum. Ini termasuklah penggunaan
kaedah pengurusan pertanian yang baru, teknologi pertanian yang lebih canggih serta penghasilan
baka-baka baru pertanian yang dapat memberi pulangan yang berlipat ganda dalam masa yang lebih
pendek.
Walaupun statistik kemalangan industri pada masa kini lebih ketara di sektor perindustrian dan
pembuatan berbanding sektor pertanian, aspek keselamatan dan kesihatan di dalam sektor tersebut
tidak boleh diabaikan.
Di antara potensi hazad yang wujud di sektor pertanian:

i) Mesin bermotor dan peralatan elektrik pertanian


Penggunaan mesin dan peralatan pertanian yang tidak selamat boleh mengakibatkan:
a) Luka akibat terkena pisau pemotong seperti dari peralatan mesin penuaian
b) Renjatan elektrik atau kecederaan anggota badan akibat pendawaian yang tidak sempurna atau
rosak pada peralatan elektrik pertanian.
c) Kecederaan anggota badan seperti jari tersepit di celah-celah pergerakan roda tali sawat atau
sistem gearing mesin semasa kerja pembaikan mesin sedang dilakukan ataupun terlanggar oleh
mesin pertanian yang bergerak.

ii) Bahan kimia pertanian


a) Kecederaan pada mata akibat terkena semburan bahan kimia pertanian yang merbahaya,
contohnya racun rumpai.
b) Masalah skin irritation akibat semburan bahan kimia pertanian pada kulit. Masalah kulit gatal
serta kanser kulit mungkin lebih ketara apabila pekerja telah terdedah kepada bahan tersebut dalam
tempoh masa yang lama dan memberi kesan kronik pada pekerja
c) Masalah pernafasan ataupun yang berkaitan akibat kerap terdedah kepada bahan pertanian kimia
merbahaya, contohnya menyembur racun serangga perosak di dalam ladang tanpa PPE yang sesuai
iii) Masalah heat stress
a) Petani atau pekerja ladang yang terdedah kepada kepanasan matahari yang berterusan
mengakibatkan pekerja mungkin pengsan akibat badan kekurangan air serta kawalan suhu dalaman
badan yang tidak stabil
iv) Masalah ancaman haiwan merbahaya
a) Keselamatan pekerja di sektor pertanian turut boleh diancam oleh contohnya seperti ancaman
patukan ular.
Untuk mengurang serta mengelak masalah tahap hazad di sektor pertanian, berikut adalah
cadangan-cadangan langkah kawalan:
i) Pastikan peralatan atau mesin berada pada tahap keselamatan yang tinggi. Ini termasuklah
memastikan:
a) Penyelenggaraan mesin dan peralatan elektrik mengikut jadual. (Scheduling maintenance)
b) Jangan menggunakan peralatan elektrik tangan yang tidak selamat. Untuk mesin-mesin pertanian
seperti mesin membajak yang telah rosak dan perlu diperbaiki, tanda amaran perlu digantung pada
mesin-mesin tersebut untuk mengelakkan dari diguna oleh pengguna lain.
c) Penyelenggaraaan perlu dibuat oleh mereka yang mahir dan bertauliah sahaja. Kadang kala,
kemalangan industri boleh berlaku berikutan daripada mereka yang tidak berkelayakan tetapi cuba
memperbaiki peralatan yang rosak.
d) Sebelum menggunakan samada peralatan elektrik atau mesin-mesin pertanian seperti jentera
membajak atau menuai, cuba memeriksa semula keadaaan mesin tersebut sebelum
mengoperasikan mesin. Bantuan check-list dapat memudahkan pemeriksaan utama terhadap
aspek-aspek keselamatan yang perlu dititikberatkan pada mesin.
ii) Pastikan PPE diguna dan dibekalkan kepada pekerja. Aspek lain yang berkaitan termasuklah:
a) Penggunaan PPE mestilah bersesuaian dengan kerja yang dilakukan. Contohnya penggunaan
respirator serta face shield yang bersesuaian dengan kerja menyembur racun rumpai.
b) PPE yang diguna mestilah selesa dipakai oleh pekerja dan dapat melindungi pemakainya dari
hazad kimia tersebut.
c) Pekerja perlu diajar untuk memakai PPE dengan betul kerana PPE yang tidak dipakai dengan betul
boleh merbahayakan kesihatan pekerja. Pekerja turut juga diajar cara-cara penyelenggaraan asas
PPE yang betul agar peralatan lindungan diri tersebut boleh bertahan lama. PPE yang sudah rosak
perlulah ditukar.
iii) Khususnya untuk peladang atau petani yang lebih kerap bekerja di kawasan pertanian yang panas
terik, pengurusan jadual pekerja boleh dipraktikkan.
a) Ini boleh dilakukan dengan pengujudan jadual kerja bergilir (Rotating Work Schedule). Maka,
pekerja yang kerap terdedah kepada masalah tempat kerja terik panas boleh diurus dengan lebih
berkesan. (Cara ini adalah lebih sesuai untuk majikan yang mengupah tenaga pekerja ladang atau
pertanian yang besar)
b) Menyediakan tempat rehat atau pondok yang sesuai untuk pekerja berehat seketika di tempat
pertanian. Pihak majikan boleh turut menyediakan minuman air bersih atau pekerja boleh
membawa minuman air sendiri untuk menyejukan badan semasa kerja di kawasan pertanian yang
panas terik.
c) Topi perlu dipakai di kawasan kerja yang panas terik agak pekerja tidak terdedah terus kepada
panas terik yang mendadak dan mangakibatkan masalah heat stress
iv) Di samping PPE seperti respirator dan pelindung muka yang sesuai semasa kerja penyemburan

racun pertanian, pemakaian safety boot atau rubber boot yang sesuai dapat
mengelak khususnya anggota kaki dari ancaman patukan ular
Kesimpulannya, tidak kira samada sektor perindustrian, pertanian ataupun sektor kerja yang lain,
masing-masing mempunyai risiko atau hazad tersendiri yang perlu diambil kira dan dicegah. Pekerja
dan majikan perlu sama-sama mengambil inisiatif untuk menjaga aspek keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja.
~Menjaga Keselamatan Tanggungjawab Bersama~
ETIKA KETIKA BERADA DI LADANG
Posted on August 18, 2011
Aspek keselamatan
adalah aspek yang paling dititikberatkan dalam mana mana kerja atau aktiviti
sekalipun. Begitu juga keselamatan semasa berada di ladang. Hal ini kerana
semasa berada di ladang kita terdedah dengan pelbagai bahaya.
Terdapat beberapa aspek keselamatan yang harus diutamakan semasa bekerja di
ladang:
1. Pakaian
Semasa berada diladang, pakaian haruslah sentiasa kemas dan teratur. Elakkan memakai pakaian
yang longgar dan nipis. Pastikan juga di bahagian bawah seluar tiada tali yang
berjuntai keluar. Ini kerana untuk mengelakkan tali seluar tersangkut pada
jentera semasa sedang melakukan kerja. Semasa melakukan kerja meracun, pastikan
juga kita memakai baju yang telah disediakan khas atau apron, goggles yang
khas, sarung tangan dan kasut boot.
Semasa memandu traktor.
Elakkan membawa penumpang bersama semasa memandu
traktor.
Memandu dalam kelajuan yang paling rendah.
Kurangkan kelajuan semasa membelok.
Matikan suis utama jika berada dalam kecemasan.
Semasa memandu, elakkan berbual dengan kawan-kawan.
Duduk di tempat yang disediakan.
Sentiasa fokus semasa melakukan kerja.

Semasa meracun rumpai.


Sebelum memulakan proses meracun, pastikan mesin
penyembur racun dicuci dengan bersih untuk membuang sisa racun yang terdahulu.
Bancuh racun mengikut sukatan yang disyorkan sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan
pembaziran.
Meracun mengikut arah angin bagi tujuan mengelakkan racun terkena pada badan kita.
Pastikan nozel berada pada paras lutut semasa melakukan proses penyemburan racun

Anda mungkin juga menyukai